KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
ECO2513
FIQH MUAMALAT 2
SESSION 2/2021
BAY’ AL-TAWARRUQ (MUNAZZAM)
NAMA PENSYARAH: Madam Asyikin binti Salleh NOMBOR ID KELAS
TARIKH HANTAR: 30 September 2021
BMF 20-07-059 DBF4D
NAMA
Putri Nur Zarith Sufea binti Mohd Nor Sufian BMF 20-07-060 DBF4D
Nur Syafiqah binti Zamhuri
Nur Dania binti Nor Isham BMF 20-07-061 DBF4D
Nurul Ain binti Othman
BMF 20-07-062 DBF4D
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI 3
Penghargaan 4
Pengenalan tugasan 5
Pengenalan watak-watak 6-8
E-komik
Isu semasa 9-10
Ulasan berkaitan isu/Cadangan penyelesaian 11-16
Kuiz dan teka silang kata 17-18
Refleksi 19-20
Rujukan
21
2|Page
PENGHARGAAN
Dengan seikhlas hati, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang membantu kami menyelesaikan tugasan ini, terutamanya Puan Ashikin binti Salleh yang
membantu dan mengajar kami tanpa penat lelah dalam membuat tugasan ini dari awal hingga
akhir tugasan ini.
Tidak dilupakan juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
kumpulan: Putri Nur Zarith Sufea, Nur Syafiqah, Nur Dania, dan Nurul Ain, kerana
memberikan kerjasama yang terbaik dalam melaksanakan tugasan ini. Semua ahli kumpulan
melakukan kerja dengan baik dan cekap. Kami melalui beberapa masalah dari awal tetapi
menjadi lebih baik sehingga akhir projek. Kami berusaha mencari masa yang sesuai untuk
semua ahli kumpulan berbincang bersama. Perkara ini akan menjadi sukar sekiranya ahli
kumpulan tidak memberi Kerjasama yang baik antara satu sama lain.
Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang iaitu Putri Nur Zarith Sufea, Nur Syafiqah,
Nur Dania, dan Nurul Ain. Kami sangat gembira kerana dapat menganggotai dalam kumpulan
ini. Ini kerana kami semua memberikan kerjasama yang terbaik dan melakukan kerja dengan
cekap. Kami membahagikan kerja sama rata bagi setiap orang. Kami telah berusaha sedaya
upaya untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya dan kami berjaya menyelesaikan tugasan
ini tepat pada waktunya.
3|Page
PENGENALAN TUGASAN
Tugasan ECO2513 Fiqh Muamalat 2 ini memberi peluang kepada kami untuk mengkaji
lebih terperinci mengenai tajuk yang kami pilih iaitu kontrak Bay’ Al-Tawarruq Munazzam.
Bay’ Al-Tawarruq ini adalah merujuk kepada transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan
pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin
keuntungan) atau Musawamah (iaitu jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan
margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset
tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi
mendapatkan tunai. Ianya juga dikenali sebagai Komoditi Murabahah. Kebiasaannya, konsep
ini digunapakai dalam struktur produk deposit, pembiayaan, pengurusan aset dan tanggungan
risiko. (ZAINUDIN, 2020)
Tugasan ini mengkehendaki kami untuk membuat e-komik berkaitan kontrak yang telah
kami kaji. Kami juga dikehendaki mencari isu-isu yang timbul berkaitan kontrak bay’
Tawarruq Munazzam serta pendapat dan ulasan pandangan ulama’ berkaitan isu kontrak ini.
Tugasan ini dapat memberi pendedahan kepada semua tentang kontrak Bay’ Tawarruq
Munazzam terutama secara umumnya kepada kami. Tugasan ini memberi pendedahan tentang
perbezaan kontrak Tawarruq berbanding kontrak yang lain.
Dengan tugasan ini, kami berharap semua dapat memahami lebih jelas mengenai
Kontrak Bay’ Tawarruq serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan.
4|Page
PENGENALAN WATAK-WATAK
WATAK-WATAK
5|Page
E-KOMIK
6|Page
7|Page
8|Page
ISU SEMASA KONTRAK BAY’ AL TAWARRUQ
1) Persamaan Bay’ Al-Tawarruq dan Bay’ Al-‘inah
Terdapat banyak kekeliruan yang berlaku di antara Bay’ Al-Tawarruq dan juga Bay’
Al-Inah kerana modus operandi yang hampir sama. Kedua-dua kontrak tersebut
membabitkan pelanggan membeli komoditi dan kemudian menjual kembali komoditi
tersebut kepada pihak lain. Isu ini menyebabkan berlakunya perselisihan bentuk perjanjian
yang akan membawa kepada isu Bay’ Al-Inah, dimana komoditi yang telah dijual
dipulangkan kembali kepada penjual yang asal. Ini merupakan pandangan sebahagian
fuqaha’ terhadap isu yang berlaku di dalam kontak Bay’ Al-Tawarruq. (Amiruddin, 2016)
2) Bay’ Al-Tawarruq mempunyai unsur riba dan merupakan satu helah
Isu ini berlaku kerana Bay’ Al-Tawarruq dianggap sebagai satu helah yang boleh
membawa ke arah Riba’, iaitu pelanggan membeli komoditi atau aset, kemudian menjual
kembali komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan duit secara tunai serta
tidak ingin menggunakan komoditi tersebut. Walau bagaimanapun, jualan komoditi itu
tidak boleh dilakukan sendiri oleh pelanggan, sebaliknya harus dilakukan oleh wakil yang
dilantik seperti pihak bank.
3) Isu berkaitan dengan komoditi atau aset
Isu komoditi ini berlaku kerana aset atau komoditi tidak wujud sewaktu jual beli
dilakukan. Pelanggan tidak dapat hak sepenuhnya terhadap komoditi tersebut. Jual beli ini
juga menjadi perbalahan berlaku kerana pertindihan aset di antara pelanggan dan pihak
ketiga. Terdapat juga pandangan yang mengatakan aset yang dijual telah rosak serta tidak
dapat dimanfaatkan.
4) Isu berkenaan ketiadaan penyerahan dan pegangan komoditi
Dalam kontrak Bay’ Al-Tawarruq, isu berkenaan ketiadaan penyerahan dan pegangan
telah mendapat keraguan sama ada komoditi yang dijual itu benar-benar berlaku atau tidak
berlaku. Ini kerana pelanggan tidak dapat mengesahkan bahawa komoditi itu telah dibeli
olehnya serta dijual kepada pihak ketiga. Terdapat juga keraguan yang tidak membolehkan
penghantaran serta pegangan terhadap komoditi tersebut.
9|Page
5) Isu pertindihan hukum tawarruq
Para ulama silam dan kontemporari telah membincangkan tentang hukum bay` al-
tawarruq berdasarkan penilaian masing-masing yang berbeza. Terdapat berlakunya
beberapa pertindihan dalam mentafsir hukum Bay’ Al-Tawarruq dan juga perselisihan
pendapat antara ulama’ dalam mengharuskan atau membatalkan kontrak ini.
(MAHYUDIN, 2015)
10 | P a g e
PERBAHASAN ULAMA BERKAITAN ISU BAY’ AL TAWARRUQ
Oleh kerana terdapat banyak perbezaan dalam pandangan ahli fuqaha mengenai bay’ al
tawarruq munazzam, terdapat tiga pola penghukuman yang dapat dirumuskan iaitu:
I. Pandangan yang menjelaskan bay’ al tawarruq munazzam sebagai haram kerana
persamaannya dengan bay’ al inah yang dikatakan haram disebabkan penggunaan
hilah kepada riba.
II. Pandangan yang mengatakan ia sebagai makruh kerana konsep yang hampir serupa
dengan bay’ al inah.
III. Pandangan yang mengharuskan tawarruq munazzam kerana mengambil kira prinsip
di mana semua jual beli adalah harus dan terdapat perbezaan yang jelas dalam
struktur antara bay al tawarruq munazzam dan bay al inah. (Nor Fadilah Bahari,
2020)
· Ulama’ terdahulu
Mazhab Hanafi: Harus jika penjual tidak mengetahui niat sebenar pembeli.
Mazhab Maliki: Tidak menerangkan secara khusus, tetapi menurut bab buyu` al-`ajal, mereka
mengharuskan kontrak ini kerana ianya tidak termasuk dalam jual beli yang diharamkan dalam
Islam.
Mazhab Syafie: Tiada penerangan yang jelas mengenai bay’ al tawarruq.
Mazhab Ḥanbali: Terdapat dua pendapat. Riwayat yang pertama oleh al-Bahutī mengharuskan
bay’ al tawarruq, manakala Riwayat kedua oleh Imam Ibn Taymiyyah telah mengatakan
bahawa bay’ al tawwaruq ialah makruh yang menghampiri haram kerana mempunyai unsur
riba’.
Imam Muhammad Bin al-Ḥasan al-Syaybani: Makruh yang menghampiri haram.
Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim: Makruh yang menghampiri haram.
Imam Ahmad Ibn Ḥanbal, Ibn Hummam dan pengikutnya: Harus
Imam al-Nawawi: Harus
11 | P a g e
· Ulama’ Kontemporari
Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islāmī yang ke-15: Harus
Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islāmī yang ke-17: Haram bagi bay’ al-tawarruq al-munazzām
kerana kontrak ini tidak memenuhi syarat bentuk tawarruq yang diharuskan oleh ulama
terdahulu.
Majlis Penasihat Kewangan Islam Timur Tengah: Harus untuk bay’ al-tawarruq al-munazzām.
Ahli penasihat: ‘Abd Allah b. Sulayman al-Mani‘
Dr Musa Adam ‘Isa, Usamah Bahr dan Dr Sulaiman Nasir al- ‘Ulwan: Harus
Dr. Khalid b ‘Ali al-Musyayqah, Dr Rafiq Yūnus al-Misrī, Dr Muhammad b `Abd Allah al-
Syaybanī, Dr Sami Suwaylem dan Dr Ḥussin Ḥamid Ḥassan: Menolak bay’ al tawarruq yang
digunakan dalam institusi kewangan Islam.
Namun, ini tidak membawa maksud tawarruq munazzam tidak boleh diaplikasikan dalam
perbankan Islam tetapi ianya memerlukan beberapa penambahbaikan. Salah Al-Shalhoob telah
memberikan beberapa saranan untuk memperbaik kontrak tawarruq munazzam, iaitu pemilikan
penuh oleh penjual atas komoditi yang dijual kepada pelanggan. Oleh itu, komoditi tersebut
dijual sendiri oleh pembeli di pasaran bagi mendapatkan tunai. Di sini, institusi kewangan tidak
menjadi ajen kepada pembeli. Institusi kewangan boleh bekerjasama dengan pelanggan untuk
menjual komoditi secara tangguh atau secara tunai. (Rahman, 2010)
12 | P a g e
Alibi yang Dihujahkan Daripada Para Ulama’ dan Fuqaha’ yang Mengharuskan Bay
Al Tawwaruq.
1. Al-Quran (Surah al-Baqarah, 2: 275)
Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang
dimasuki syaitan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama
dengan riba. Padahal, Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah
diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barangsiapa
mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ayat yang diwarnakan itu memberi penjelasan bahawa semua bentuk jual beli, tidak
termasuk bentuk jual beli yang terdapat dalil pengharaman adalah dihalalkan oleh Allah
S.W.T. Perkataan البيعyang digunakan dalam ayat ini merangkumkan semua jenis jual beli
yang mana turut termasuk bay‘ al-tawarruq.
13 | P a g e
2. Sunnah Rasulullah S.A.W
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W melantik seorang
sahabat sebagai petugas di Khaibar. Sahabat tersebut membawa kurma yang disebut (janib).
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat tersebut: “Adakah semua kurma Khaibar
begini?” Sahabat tersebut menjawab: “Demi Allah, tidak wahai Rasulullah. Kami membeli
kurma ini satu sa` dengan imbalan kurma ini sebanyak dua sa’ dan jika kami membeli
kurma ini dua sa` dengan imbalan kurma ini tiga sa`”. Rasulullah S.A.W bersabda: “Jangan
lakukan seperti itu. Tetapi jual semua kurma tersebut dengan dirham, kemudian belilah
dengan dirham tersebut kurma janib”.
Langkah-langkah untuk menjauhi daripada hakikat riba telah diperjelas dalam hadith
diatas. Maka, akad jual beli yang sah tanpa niat untuk menjadikannya sebagai muslihat
kepada riba jelas boleh digunakan. Pertukaran antara aset dan mata wang yang wujud dalam
kontrak ini menjadikan bay’ al tawarruq sah di sisi syarak dan tidak boleh dikira sebagai
helah yang membawa kepada riba. (THE CONCEPT AND APPLICATION OF HIBAH
AS A FINANCIAL INSTRUMENT FROM THE MALAYSIAN LEGAL PERSPECTIVE:
AN ANALYSIS, 2020)
14 | P a g e
3. Kaedah Fiqh
Berdasarkan kaedah fiqh tersebut, bay’ al tawarruq (munazzam) adalah termasuk dalam
jual beli dan kontrak yang diharuskan.
4. Pandangan fikiran akal
Perniagaan dan jual beli dilakukan dengan tujuan membuat keuntungan daripada duit
yang sedikit kepada banyak. Jual beli merupakan perhubungan yang menghubungkan modal
dan keuntungan dan tiada sesiapa yang melihat perkara ini sebagai sesuatu yang negatif,
termasuklah para ulama. Bay’ al tawarruq juga dijalankan dengan tujuan yang sama, iaitu
mendapatkan duit dan barangan sebagai objek kepada kontrak tersebut, dan menggabungkan
modal dengan keuntungan.
Ulama’ Rabithah al-‘Alam al-Islām mengutarakan pandangannya bahawa bay’ al tawarruq
adalah diperlukan bagi memenuhi keperluan harian yang mendesak.
Abdullah bin Sulaiman al-Mani‘ dalam Majalah al-Buhūth al-Islamiyah juga berkata makna
serta tujuan riba adalah tidak jelas dalam bay’ al tawarruq.
15 | P a g e
Alibi yang Dihujahkan Daripada Para Ulama’ yang Membenarkan Bay Al Tawarruq.
1. Al-Quran (Surah al-Baqarah, 2:275)
Terjemahan: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Allah S.W.T telah mengharamkan riba’, sementara bay‘ al- ‘īnah dan al-tawarruq adalah
kontrak yang terhampir kepada riba. Ia adalah wasilah (berhubung) dengan perkara yang haram
dan hukum yang jatuh ke atasnya juga haram.
2. Sunnah Rasulullah SAW
Riwayat Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah S.A.;
Sehubungan dengan itu, pandanga ulama yang menolak bay‘ al-tawarruq ini adalah kerana bay’
al-tawarruq dilakukan adalah dengan matlamat utamanya mendapatkan wang, di mana pembeli
mendapatkan wang dengan cara membeli wang dengan wang yang lebih di hujung transaksi
dan perkara ini merupakan riba. Barang hanya dijadikan perantara dan matlamat utama kontrak
ini bukanlah pemilikan barang tersebut.
16 | P a g e
WARIQ KUIZ BAY’ AL-TAWARRUQ Bay’ Tawarruq
Garis Tunai-i
2 Ketiga
1) Berasal dari perkataan arab yang bermaksud mencari ______________.
2) Bay’ Al-Tawarruq secara umum merujuk kepada urusniaga yang melibatkan
__________ peringkat urusniaga.
3) Sebahagian besar ___________ disusun berdasarkan bay’ Al-Inah atau Tawarruq.
4) _________ juga dikenali sebagai ‘ Komoditi Murabahah’ di dalam amalan perbankan.
5) Membeli komoditi dengan harga yang ditangguhkan, ditentukan melalui penjualan
tawar-menawar atau kenaikan harga, dan menjualnya kepada pihak _________ untuk
mendapatkan wang.
17 | P a g e
TEKA SILANG KATA
Melintang
1. Tawarruq terbahagi kepada dua iaitu Tawarruq Fardi dan Tawarruq ________.
2. Tidak boleh berpihak kepada orang lain atau mewakilkan.
Menegak
3. Pembelian hanyalah untuk mendapatkan _______ dan bukan untuk memanfaatkan
barang.
4. Berapakah pihak yang terlibat termasuk ejen dalam Tawarruq Munazzam.
18 | P a g e
REFLEKSI INDIVIDU
Nama: Putri Nur Zarith Sufea Binti Mohd Nor Sufian No ID: BMF 20-07-059
Kelas: DBF4D Kumpulan: 5
Daripada kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kontrak tawarruq
munazzam yang melibatkan 4 pihak iaitu pelanggan, bank, broker A dan juga broker B. Kontrak
Tawarruq merupakan satu kontrak yang melibatkan komoditi, dimana dibayar secara ansuran
serta dijual kembali komoditi tersebut kepada pihak lain dengan harga yang lebih murah. Kontrak
ini dilakukan bagi mendapatkan wang tunai dengan segera. Ini adalah satu kontrak yang dapat
dimanfaatkan oleh pelanggan yang memerlukan wang tunai dan tidak mahukan komoditi. Dengan
melakukan kajian ini, saya dapat belajar bekerjasama dan memberi pandangan serta idea sesama
ahli kumpulan.
Nama: Nur Syafiqah binti Zamhuri No ID: BMF 20-07-060
Kelas: DBF4D Kumpulan: 5
Dengan tugasan ini, saya dapat memahami kontrak bay tawarruq munazzam dengan lebih jelas.
Kontrak tawarruq munazzam ini merupakan kontrak yang digantikan dengan bay al inah. Di
mana kontrak tersebut (Bay al inah) sudah dibubarkan dalam Bank Islam atas isu isu tertentu.
Saya dan ahli kumpulan yang lain juga telah berbincang mengenai isu-isu yang terdapat dalam
kontrak ini. Di kesempatan ini, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya
kerana memberi komitmen yang sangat bagus dan kepada Madam Ashikin yang sudi membantu
kami menyelesaikan tugasan ini.
19 | P a g e
Nama: Nur Dania binti Nor Isham No ID: BMF20-07-061
Kelas: DBF4D Kumpulan: 5
Semasa melaksanakan tugasan komik bagi subjek fiqh muamalat ini, sumbangan saya kepada
kumpulan termasuklah memberi idea – idea dalam penghasilah komik tersebut. Banyak idea yang
diberikan dalam memastikan jalan cerita komik yang dihasilkan adalah selari dengan tema yang
dipilih oleh kumpulan kami iaitu “Tawarruq Munazzam”. Saya berperanan dalam membuat quiz atau
soalan yang berkaitan dengan tema yang kami pilih.
Perjalanan gerak kerja kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan ini berjalan dengan lancar
tanpa sebarang perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara kami. Kami berjaya menyiapkan
tugasan komik ini tepat pada masanya. Kami membahagi tugas antara ahli kumpulan untuk mencari
maklumat berkaitan dengan Tawarruq Munazzam dan maklumat - maklumat tersebut kami
gabungkan untuk menghasilkan komik berteks yang menarik. Selain itu, setelah saya membuat
banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan – rakan, saya mula lebih mengenali serta
memahami tentang Tawarruq Munazzam secara terperinci lagi.
Nama: Nurul Ain binti Othman No ID: BMF20-07-062
Kelas: DBF4D Kumpulan: 5
Banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada tugasan ini. Saya dapat lebih banyak informasi
dan ilmu baharu tentang tawarruq al munazzam dengan lebih terperinci dan tawarruq itu sendiri
dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya tidak begitu tahu akan perbezaan membuat pembiayaan
di bank konvensional dan pembiayaan di bank islamik. Dalam membuat tugasan ini, akhirnya saya
dapat mengetahui aplikasi ini di dunia sebenar. Oleh kerana saya ditugaskan untuk mencari
maklumat dan menyiapkan bahagian perbahasan ulama’ bagi tawarruq al munazzam, saya
mendapat ilmu baru tentang sebab dan mengapa mereka memberikan pandangan masing-masing
sebegitu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
tugasan ini.
20 | P a g e
RUJUKAN
References
Amiruddin, R. (2016, Mac 28). Isu-isu implementasi dan analisa gap dalam operasi Tawarruq.
Retrieved from IslamicMarkets: https://islamicmarkets.com/publications/isu-isu-
implementasi-dan-analisa-gap-dalam-operasi-tawarruq
MAHYUDIN, M. I. (2015). APLIKASI TAWARRUQ DALAM SISTEM PERBANKAN
ISLAM: KAJIAN DI BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD. JABATAN
SYARIAH DAN EKONOMI, 208. Retrieved from
file:///C:/Users/Zarith%20Sufea/OneDrive/Documents/KOLEJ%20PROFESIONAL%
20MARA/SEM%204/ECO2513%20Fiqh%20Muamalat%202/Assignment/final_thesi
s_master_mohd_izuwan_Semua.pdf
Nor Fadilah Bahari, N. A. (2020, September 28). KONTRAK SHARIAH AL-TAWARRUQ:
KONSEP DAN APLIKASINYA DALAM PRODUK. Konsep Tawarruq dalam
perbankan islam, 15.
Rahman, A. A. (2010). BAY‘AL-TAWARRUQ DAN APLIKASINYA DALAM
PEMBIAYAAN PERIBADI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD . Jurnal
Syariah, Jil. 18, Bil. 2 , 28.
THE CONCEPT AND APPLICATION OF HIBAH AS A FINANCIAL INSTRUMENT
FROM THE MALAYSIAN LEGAL PERSPECTIVE: AN ANALYSIS. (2020). IIUM
LAW JOURNAL VOL. 28 NO. 1, 26.
ZAINUDIN, S. (2020, Februari 12). Yapeim perkenal At-Tawarruq. Retrieved from Sinar
Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/69717/BISNES/Yapeim-perkenal-At-
Tawarruq
21 | P a g e