The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penggunaan Kalimah Suci dalam Hiburan (Muzik)

NAMA PENSYARAH: Ustaz Abdullah bin Long
TARIKH HANTAR: 24 September 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zarith Sufea, 2021-10-02 10:56:55

ISL1063 TEOLOGI ISLAM

Penggunaan Kalimah Suci dalam Hiburan (Muzik)

NAMA PENSYARAH: Ustaz Abdullah bin Long
TARIKH HANTAR: 24 September 2021

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

ISL1063: TEOLOGI ISLAM
SESSION 2/2021

Penggunaan Kalimah Suci dalam Hiburan (Muzik)

NAMA PENSYARAH: Ustaz Abdullah bin Long NOMBOR ID KELAS
TARIKH HANTAR: 24 September 2021 BMF20-07-059 DBF4D
BMF20-07-060 DBF4D
NAMA BMF20-07-061 DBF4D
Putri Nur Zarith Sufea binti Mohd Nor Sufian BMF20-07-062 DBF4D
Nur Syafiqah binti Zamhuri
Nur Dania binti Nor Isham
Nurul Ain binti Othman

PENGENALAN

Fitrah manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang
boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan
pendengaran. Pendek kata, apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan
suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan suatu hiburan. Perkara ini sudah sebati dalam
kehidupan masyarakat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Mana tidaknya, muzik
didendangkan semasa memandu, menyiapkan tugasan, beriadah dan banyak lagi dalam aktiviti
seharian. Oleh itu, batas dalam berhibur haruslah dilihat dan ditekankan terutamanya di
kalangan remaja dalam masyarakat Malaysia kerana mereka lebih mudah terikut dengan trend
semasa.

Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas
syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama. Antara contoh hiburan yang
popular di kalangan masyarakat Malaysia adalah muzik. Ini kerana, selain melodi, muzik
mengandungi mesej dalam bentuk lirik. Gabungan kedua-dua melodi dan lirik boleh
meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan
manusia. Allah SWT menjadikan kehidupan dunia penuh dengan keseronokan, permainan dan
kelalaian. Semua itu adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-Nya yang paling
amalan yang baik dan paling bersyukur kepada-Nya. (Selangor, 2019)

Sebagai seorang muslim, sifat kesederhanaan sepatutnya dipraktikkan dalam mencari
hiburan. Hal ini demikian kerana, pada zaman globalisasi ini, banyak penggiat seni dalam
industri hiburan telah mencabuli kesucian agama Islam, khususnya kalimah suci Allah yang
telah digunakan dalam industri hiburan terutamanya muzik. Oleh hal yang demikian, kita
seharusnya berjaga-jaga dalam mengikuti hiburan terutamanya di era akhir zaman ini kerana
sangat mudah untuk umat Islam di Malaysia terjerumus dalam perkara yang merosakkan
akidah secara tidak sedar.

Syariat Islam diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia
bertujuan untuk mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan
kebahagiaan hidup yang berpanjangan. Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan
dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari
keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan. Konsep berhibur dalam Islam
adalah dengan tujuan untuk membangunkan dan mendamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan
merehatkan rohani serta jasmani.

ISI DAN HURAIAN

1. Pandangan ulama terhadap hiburan muzik.
Ada dua pandangan dalam Islam terhadap muzik. Ada ulama yang membenarkan dan

ada pula yang melarangnya. Perbezaan ini terjadi kerana Al-Quran tidak menyatakan sama ada
membenarkan ataupun melarang hiburan. Imam Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar
menyatakan, para ulama berselisih pendapat tentang hukum menyanyi dan bermain alat muzik.
Menurut jumhur ulama, hukumnya haram.

Namun begitu, menurut Mazhab Ahl al-Madinah, Az-Zahiriyah, dan jamaah Sufiyah
membolehkannya. Abu Mansyur al-Baghdadi (dari Mazhab Syafi'i) mengatakan bahawa
Abdullah bin Ja'far berpendapat bahawa menyanyi dan bermain muzik itu tidak menjadi
masalah. Bahkan, beliau sendiri pernah menciptakan sebuah lagu untuk dinyanyikan para
pelayan (budak), wanita (jawari) dengan alat muzik, seperti rebab. Peristiwa ini terjadi di masa
Khalifah Ali bin Abi Thalib RA.

Pandangan Imam Syafi'i pula, sepanjang pengetahuannya, tiada seorang pun dari ulama
Hijaz yang benci mendengarkan nyanyian kecuali apabila didalamnya mengandungi hal-hal
yang dilarang oleh syarak. Para ulama Hanafiyah menyatakan, nyanyian yang diharamkan
adalah nyanyian yang mengandungi kata-kata yang tidak baik, tidak sopan, berunsurkan lucah,
menyalahgunakan kalimah suci Allah dan sebagainya. Sedangkan, yang dibolehkan adalah
lagu yang memuji keindahan bunga, air terjun, gunung, pemandangan alam, dan memuji
kebesaran Allah SWT. (Damhuri, 2020)

Tuntasnya, muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai diharuskan
atau diharamkan secara mutlak.Yang mengharamkan muzik dan nyanyian telah menyatakan
alasan dan hujah mereka secara terperinci, manakala yang mengharuskan pula menetapkan
syarat-syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi. Dengan itu, berbalik kepada tajuk kami
iaitu ‘Penggunaan kalimah suci dalam hiburan’, maka jelaslah bahawa haram hukumnya
kerana ianya adalah satu perkara yang menghina dan mempersendakan agama Islam. Justeru,
ini menunjukkan bahawa pengharaman muzik oleh sebahagian ulama, adalah kerana lirik
muzik dan nyanyian itu sendiri.

2. Punca tercetusnya isu penggunaan kalimah suci dalam industri hiburan.

Isu menggunakan kalimah suci dalam industri hiburan ini berlaku kerana golongan
yang tiada kesedaran dalam menjaga sensitiviti berkaitan agama, beranggapan hal sedemikian
merupakan perkara biasa dan boleh digunakan. Mereka merasakan alunan kalimah suci
merupakan suatu alunan suara yang tenang, syahdu dan merdu bila didengar sehingga mereka
menggunakannya dalam muzik dan hiburan.

Seperti contoh sebelum ini, mereka tidak mengetahui bahawa adzan merupakan
panggilan suci untuk orang Islam mengerjakan solat dan juga menganggap perkara itu tidak
sensitif. Bukan itu sahaja, mereka merasakan kalimah-kalimah suci itu hanyalah secebis dari
beberapa perkataan Bahasa Arab yang popular dan tidak mengambil kisah tentang maksud dan
kesucian bait-bait tersebut dalam agama Islam.

Isu-isu ini juga tercetus oleh kerana kebenaran Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa
penganut agama Kristian di seluruh negara untuk menggunakan kalimah “Allah” dan tiga
perkataan Arab iaitu, Baitullah, Kaabah, dan Solat dalam penerbitan agama mereka untuk
tujuan pendidikan. Permohonan penggunaan kalimah suci Allah di dalam kitab Bible mereka
ini dibuat oleh Jill Ireland Lawrence Bill. Namun begitu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah menegaskan sebarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible terjemahan
Bahasa Melayu atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian dalam apa bentuk
sekalipun adalah dilarang sama sekali di Selangor. Penegasan Sultan Sharafuddin juga adalah
selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Titular Roman Catholic Archbishop
of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada 2014 dan fatwa yang diwartakan di
Negeri Selangor pada 18 Feb 2010, yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh
digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh hal yang demikian, ramai golongan bukan Islam yang mula mengambil
kesempatan dan menggunakan kalimah-kalimah suci Allah di dalam industri hiburan. Sebagai
seorang Muslim terutamanya di negara Malaysia yang mana Islam merupakan agama rasmi,
kita tidak seharusnya leka dan mengambil mudah dalam isu-isu penggunaan kalimah suci di
dalam industri hiburan kerana kalimah suci Allah ialah suatu kalimah suci bagi umat Islam dan
hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa yang mempunyai sifat-
sifat kesempurnaan.

Maka jelaslah di sini bahawa kebenaran Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa
penganut agama Kristian di seluruh negara untuk menggunakan kalimah “Allah” dan tiga
perkataan Arab seharusnya dilarang dan ditentang sehabis-habisnya. Ianya adalah bertujuan
untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat
digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang
akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila
kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak
ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara. (Adil,
2021)

ISU 1: Melagukan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Hukum melagukan bacaan ayat-ayat Al-Quran telah mendapat perbahasan yang sangat
hebat di kalangan para ulama. Melagukan ayat-ayat Al-Quran misalnya, zikir yang dialunkan
dengan muzik, ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan sebagai lagu.

Pandangan pertama mengatakan, hukum membaca Al-Quran dengan irama lagu ialah
makruh. Pendapat ini disampaikan Imam Ahmad bin Hanbal, Malik bin Anas, Said bin al-
Musayyib, Said bin Jabir, al-Qasim bin Muhammad, Hasan al-Bashri, Ibnu Sirin, Ibrahim an-
Nakha'i, dan lainnya. Keindahan Alquran tak hanya terbatas pada susunan huruf, kalimat,
atau makna yang terkandung di baliknya. Tetapi, Al-Quran juga indah kala dibaca.

Namun begitu, Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa menurut penulis Fath al-
Bari fi Syarh Shahih al-Bukhari, yang memperindah bacaan Al-Quran sangat dianjurkan, jika
tidak mampu maka berusahalah semampunya. Akan tetapi, tajwid, aturan pembacaan dan
tahsin Al-Quran hendaklah dijaga supaya kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan Al-
Quran itu terhindar. (TARMIZI, 2019)

Menurut kesimpulan dari artikel Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama
bersepakat perbuatan membaca al-Quran dengan lenggok atau intonasi berirama lagu,
dihukumkan haram sekiranya ia merosakkan lafaz dan makna. Namun, selama mana bacaan
tersebut masih lagi meraikan tartil dan tajwid, tanpa mengubah lafaz dan makna maka ia adalah
harus dan dituntut.

Pandangan ini disokong keras oleh ahli-ahli fuqaha dan berdasarkan hadis hadis yang
dikemukakan oleh ahli ahli fuqaha. Sabda Rasulullah S.A.W:

‫َز ّيِنُوا ا ْلقُ ْرآ َن ِّبأَ ْص َواتِّ ُك ْم‬
Maksudnya: Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.

Riwayat Al-Nasaie (1015)

‫َفإِّ َّن ال َّص ْو َت ا ْل َح َس َن َي ِّزيدُ ا ْلقُ ْرآ َن ُح ْس ًنا‬
Maksudnya: Kerana sesungguhnya suara yang baik itu menambahkan keelokan bagi al-

Quran.
Rujuk Hasyiah Al-Sindi ‘Ala Ibn Majah (1/403)

ISU 2: Penggunaan kalimah suci Allah dalam hiburan yang tidak sopan.
Mutakhir ini, terdapat banyak isu berkenaan penggunaan kalimah suci digunakan di
dalam hiburan. Larangan penggunaan nama Allah dengan mengaitkan-Nya dengan kesesatan,
kebatilan dan pendustaan adalah amat jelas dan nyata menerusi ayat-ayat al-Quran yang
dibentangkan. Perbuatan melanggar larangan itu sama seperti meredhai kekufuran dan
kesyirikan. Penggunaan nama Allah yang dikaitkan dan disertakan dengan unsur syirik atau
pemesongan kefahaman daripada maksud sebenar mestilah dielakkan. Justeru, perlu difahami
bahawa menyebut nama Allah mestilah wajib secara haq membawa maksud yang sebenar serta
bebas daripada maksud lain yang dusta, syirik dan terpesong. Pendirian ini demi menjaga
kesucian nama Allah dan mengelakkan daripada penyalahgunaan dan penyimpangan oleh
pihak yang mengambil kesempatan.
Firman Allah:

‫َو ِّلِلِّ الأَ ْس َماء ا ْل ُح ْسنَى َفادْ ُعوهُ بِّ َها َوذَ ُرو ْا الَّ ِّذي َن يُ ْل ِّحدُو َن ّفِي أَ ْس َمآ ِئّ ِّه َسيُ ْج َز ْو َن َما َكانُو ْا يَ ْع َملُو َن‬
(Surah Al-A’raaf; 7: 180)
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka
akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”

Firman ini menunjukkan penegasan Allah tentang nama-nama-Nya yang mulia dan
suatu bentuk larangan penyalahgunaan nama Allah yang ditegaskan oleh Allah sendiri.

Sebagai contoh, baru-baru ini terjadinya isu dimana ada program realiti tarian, ‘Street
Woman Fighter’ dalam industri hiburan Korea yang lebih dikenali sebagai KPOP telah
menggunakan laungan azan berbentuk remix sebagai latar belakang muzik bagi pembukaan
episod barunya. Jelas sekali jenis hiburan yang dikaitkan dalam program ini adalah tidak sopan
kerana mereka bukanlah golongan Muslim, maka tentunya batas dan aurat tidak dihiraukan.
Hal ini mendatangkan amarah umat Islam di seluruh dunia kerana memperlekehkan laungan
suci azan yang dijadikan panggilan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah solat. Banyak
individu termasuklah mereka yang tidak beragama Islam telah mengecam teruk atas tindakan
tersebut dan meminta permohonan maaf dari pihak tersebut kerana telah menyentuh isu sensitif
melibatkan kesucian agama. Maka, dalam hal ini umat Islam diharamkan untuk menyokong
perbuatan sedemikian dan wajiblah ke atas mereka untuk mempertahankan laungan azan yang
merupakan seruan Allah kepada umatnya untuk beribat kepadaNya. Jelas juga disini bahawa,
perbuatan tersebut sangat tidak profesional. (Rashid, 2021)



Sebagai contoh bagi isu ini, Penyanyi pop korea terkenal bernama CL daripada
kumpulan 2NE1 telah menggunakan alunan ayat suci Al-Quran dalam lagu solonya, MTBD
sekitar tahun 2016 dan telah menyebabkan semua umat Islam melantangkan suara mereka
dalam menyuruh penyanyi tersebut membuang bahagian yang mengandungi ayat suci Al-
Quran tersebut dan meminta maaf secara terbuka dengan #cl_stop_using_our_quran di sosial
media. Penyanyi tersebut mengakui kesilapannya dan membuat permohonan maaf kepada
semua pihak. Beliau juga berkata pihaknya telah membuang bahagian yang mengandungi ayat
suci Al-Quran dalam versi baharu lagunya itu dan membuang versi lama selama-lamanya. Ini
sebabnya mengapa umat Islam harus sentiasa kuat dalam mempertahankan agama Islam supaya
agama ini tidak ditindas oleh penganut agama lain. (Herman, 2016)

Contoh yang lain juga adalah berkaitan isu Jay Park. Contoh lain yang dapat kita lihat
bagi isu ini adalah pada Mei tahun ini, dimana penyanyi rap Hip-Hop Jay Park telah
menggunakan kalimah suci Allah dalam lagu remix terbarunya yang berjudul ‘MUKBANG!’.
Dalam lagu tersebut, terdapat bait lirik yang sangat sensitif bagi umat Islam di seluruh dunia.
Ianya berbunyi ‘Worship me like Allah, get it done like wallah’ yang jelas membawa maksud
meminta untuk orang menyembahnya seperti Allah SWT. Bukan itu sahaja, terdapat guna bait
dimana mengatakan ‘Jay Park a young God’ dalam ayat yang sama, yang bermakna dia seorang
Tuhan muda.

Ini boleh menyebabkan pendengar Muslim terpesong akidah jika dinyanyikan bersama.
Islam mengajar bahawa Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Esa dan Agung. Allah SWT
tidak berkongsi ke-esaan-Nya dengan yang lain, dan hanya satu yang patut disembah, iaitu
Allah SWT. Perkara ini telah disebut di dalam Al-Quran beberapa kali. Antara contoh yang
dapat kita lihat akan keesaan Allah SWT ialah dalam Surah Al-Ikhlas.

Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1)
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada
beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada siapapun yang serupa denganNya".
(4)

RUMUSAN
Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan fitrah. Justeru itu, Islam
mengharuskan hiburan untuk memenuhi tuntutan fitrah yang bersesuaian dengan garis panduan
syariat. Hiburan di dalam Islam adalah sesuatu yang dilakukan bertujuan untuk mendidik jiwa
dan menghasilkan ketenangan sanubari di samping melahirkan kegembiraan dan keseronokan
berhibur. Masyarakat Muslim di Malaysia sudah semestinya tidak asing lagi dengan industri
hiburan antarabangsa yang semakin lama berkembang mekar di persada dunia. Maka
kebanyakan penggiatnya juga adalah dari pelbagai lapisan pelusuk masyarakat dan agama.
Oleh itu, masyarakat Muslim di Malaysia perlu memastikan dan memilih hiburan yang tidak
bercanggah dengan garis ukur yang telah diletakkan dalam hukum syarak. Sebagai orang
Muslim, kita mestilah berusaha dalam menangani isu penggunaan kalimah suci Allah dalam
industri hiburan supaya ianya tidak berleluasa dan merosakkan kesucian agama Islam.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Luqman ayat 6:

‫َو ِّم َن ال ّنَا ِّس َم ْن يَّ ْشتَ ِّر ْي َل ْه َو ا ْل َح ِّد ْي ِّث ِّليُ ِّض َّل َع ْن َسبِّ ْي ِّل َّلهلاِّ ِّب َغ ْي ِّر ِّع ْل ۖم َّو َيتَّ ِّخذَ َها هُ ُز ًوا اُو ٰٰۤل ِٕى َك لَ ُه ْم َعذَا ٌب ُّم ِّه ْي ٌن‬

Terjemahan: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya
kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang yang akan peroleh azab yang menghinakan.” (Luqman : 6)

Oleh itu, Islam menolak terus pandangan yang mengatakan bahawa agama Islam
mengongkong penganutnya untuk berhibur. Sedangkan Islam tidak akan menghalang sesuatu
seni muzik sama ada tradisional atau moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Bahkan pada zaman Rasulullah SAW lagi Islamisasi seni muzik telah diperkenalkan.
Iaitu ketika baginda mengiktiraf seni muzik kaum Ansar. Sikap tolak ansur dan keterbukaan
Rasulullah SAW terserlah setelah membenarkan dua orang gadis dari golongan Ansar untuk
menyanyi walaupun mendapat sedikit teguran daripada Abu Bakar R.A pada peringkat
awalnya. Jelas disini bahawa Islam mengiktiraf seni muzik selagi ia tidak bercanggah dengan
syariat Islam. (RUSLI, 2017)


Click to View FlipBook Version