KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
ECO2073
FIQH MUAMALAT 1
SESI 1/2021
Tajuk: Harta Pusaka (Fara’id)
Nama Pensyarah: Mrs. Asyikin binti Salleh NOMBOR ID KELAS
Tarikh Penghantaran: 14 Mei 2021 BMF20-07-059 DBF3D
BMF20-07-060 DBF3D
NAMA BMF20-07-062 DBF3D
Putri Nur Zarith Sufea binti Mohd Nor Sufian BMF20-07-066 DBF3D
Nur Syafiqah binti Zamhuri BMF20-07-068 DBF3D
Nurul Ain binti Othman
Siti Nadiah Wadihah binti Abd Razak
Fatin Munirah binti Muhammad Nadzri
PENGHARGAAN
Dengan seikhlas hati, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang membantu kami menyelesaikan tugasan ini, terutamanya Puan Ashikin binti Salleh yang
membantu dan mengajar kami tanpa penat lelah dalam membuat tugasan ini dari awal hingga
akhir tugasan ini.
Tidak dilupakan juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan:
Putri Nur Zarith Sufea, Nur Syafiqah, , Nurul Ain, Fatin Munirah, dan Siti Nadiah Wadihah, kerana
memberikan kerjasama yang terbaik dalam melaksanakan tugasan ini. Semua ahli kumpulan
melakukan kerja dengan baik dan cekap. Kami melalui beberapa masalah dari awal tetapi menjadi
lebih baik sehingga akhir projek. Kami berusaha mencari masa yang sesuai untuk semua ahli
kumpulan berbincang bersama. Perkara ini akan menjadi sukar sekiranya ahli kumpulan tidak
memberi Kerjasama yang baik antara satu sama lain.
Kumpulan ini dianggotai oleh lima orang iaitu Putri Nur Zarith Sufea, Nur Syafiqah, Nurul
Ain, Fatin Munirah dan Siti Nadiah Wadihah. Kami sangat gembira kerana dapat menganggotai
dalam kumpulan ini. Ini kerana kami semua memberikan kerjasama yang terbaik dan melakukan
kerja dengan cekap. Kami membahagikan kerja sama rata bagi setiap orang. Kami telah berusaha
sedaya upaya untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya dan kami berjaya menyelesaikan
tugasan ini tepat pada waktunya.
2
ISI KANDUNGAN Muka surat
Isi kandungan 4
Pengenalan 5
6
Isu-isu semasa 7
1) Pertikaian antara waris dalam pembahagian faraid
2) Masalah kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka
3) Waris hilang (MAFQUD)
Organisasi laporan 8
9-11
Isi utama: Pandangan ulama’/syarak
12
Cadangan kaedah penyelesaian 13-14
i. Hibah
ii. Kaedah al-radd (pulangan semula) 15
iii. Instrumen Wakaf
16
Penutup
3
PENGENALAN
Terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka dalam islam dinamakan sebagai faraid.
Harta pusaka ialah harta yang diperolehi daripada seseorang yang meninggal dunia dan si mati
meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut hukum syarak. Setelah
diuruskan jenazah si mati, waris si mati perlu membayar hutang piutang si mati dan dilaksanakan
wasiatnya (sekiranya ada). Faraid dibahagikan mengikut kadar yang telah ditetapkan secara
rasional. Pembahagian harta pusaka tertakluk kepada sebab dan syarat-syarat tertentu serta
tiada yang menghalang ahli waris daripada menerima harta pusaka1 .
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian
harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian
dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua per tiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu per dua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si
mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika
si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya
ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu per tiga. Kalau pula si mati itu mempunyai
beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu per enam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan
sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa
di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta
pusaka dan penentuan bahagian masingmasing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari
Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa: 11)
Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai golongan muslim yang masih tidak jelas akan
konsep harta pusaka atau dikenali sebagai faraid dan terdapat banyak isu isu yang berlaku.
1 DR AZWAN ABDULLAH, Pengurusan harta pusaka dalam Islam (Sinar Harian: Sinar Harian, 21
April 2020), 1.
4
ISU 1: PERTIKAIAN ANTARA WARIS DALAM PEMBAHAGIAN FARAID
Isu yang sering muncul dalam pengurusan harta pusaka ialah perselisihan faham antara
waris dalam pembahagian harta. Menurut Amanah Raya Berhad (ARB), isu ini adalah yang paling
kerap dihadapi mereka.
Pertengkaran boleh berlaku selepas kematian apabila ada waris yang tidak berpuas hati
dalam pengurusan jenazah. Kita dapat lihat dalam kes pelawak arwah Abam Bocey, atau nama
sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dimana terjadinya pergaduhan antara balu,
Siti Norhidayah Mohd Ali dengan adik si mati, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak
Syed Mohd Ridzuan tentang pembahagian harta. Ali Puteh menuduh balu mengambil harta
arwah abangnya untuk kepentingan diri sendiri dan kes ini berlanjutan sehingga saman
menyaman antara mereka terjadi. Ini menyebabkan maruah, silaturrahim dan kehidupan waris
yang ditinggalkan terkena tempias seperti anak dan isteri si mati.
Mengikut hukum Faraid, isteri berhak mendapat 1/8 harta, ibu arwah pula mendapat
1/6 bahagian harta. Maka baki harta akan jatuh kepada anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah
Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey. Waris-waris lain seperti adik-beradik tidak ada hak
ke atas segala harta pusaka si mati2. Oleh itu, tindakan Ali Puteh untuk mengeruhkan keadaan
ini, malah menyebarkan di khalayak ramai adalah tidak relevan. Didapati bahawa Syed Uthman
Hamzah Al-Juffrey berusia 5 bulan, iaitu di bawah umur 18 tahun, maka harta pusaka itu
mengikut pembahagian faraid akan dijadikan harta anak amanah dan akan dipegang sesiapa
yang dilantik sebagai penjaga harta atau individu yang telah dipersetujui semasa bicara kuasa
harta pusaka3.
2 Latifah Arifin, Uruskan wasiat, pembahagian harta elak waris berkonflik (Berita Harian: Berita
Harian, 2019), 1.
3 Sudirman Mohd Tahir, Harta Arwah Abam, (MyMetro: Metro, 2021), 1.
5
ISU 2: MASALAH KEGAGALAN DAN KELEWATAN PENGAGIHAN HARTA PUSAKA
Tidak menjadi sesuatu yang asing dalam masyarakat Malaysia berkenaan kelewatan dan
kegagalan dalam pembahagian harta. Faktor-faktor yang membawa kepada masalah ini adalah:
1. Perilaku buruk dan pandangan waris yang salah
Hasil kajian menunjukkan masyarakat di Malaysia ini kurang berminat untuk membuat
perancangan dalam pengurusan harta secara terperinci kerana mereka menganggap hal ini tidak
penting. Disebabkan itu, mereka telah bergantung sepenuhnya kepada sistem pewarisan harta
pusaka selepas kematian iaitu pembahagian secara faraid. Oleh yang demikian, persepsi
masyarakat yang berpandangan sedemikian mestilah dikikis demi masa depan umat Islam.
Sebaliknya, untuk mengelakkan masalah ini terjadi, perancangan pengurusan harta semasa hidup
seperti pemberian melalui hibah dan wasiat perlu dipertingkatkan kerana ia memberi kesan yang
buruk kepadda masyarakat Islam4.
2. Kurang kefahaman terhadap konsep sebenar pewarisan
Berdasarkan tujuan keadilan dalam pembahagian harta secara Faraid, adalah sebenarnya
tidak perlu terlalu nyata dan terkekang. Walau bagaimanapun, masyarakat kita sendiri telah
menyempitkan pelaksanaan hukun, mengakibatkannya menjadi tidak sesuai untuk dipraktikkan.
Jelaslah bahawa masyarakat masih kurang memahami konsep pembahagian harta secara Faraid
dalam Islam.
Berdasarkan sesi soal jawab Ustaz Azhar Idrus, terdapat individu menyatakan bahawa
harta peninggalan ayahnya yang meninggalkan pada 5 tahun lalu masih belum diuruskan.
Hukum melewatkan urusan ini adalah makruh, dan sunat bagi menguruskan harta di awal waktu.
Malah, si mati akan berdosa jika tidak mendidik anak-anak dan berlaku kezaliman antara mereka
dalam perebutan harta. Kesannya, harta pusaka tersebut tidak terurus dan tidak dapat
dimanfaatkan. Malah menjejaskan hubungan silaturrahim sesama saudara kandung sendiri.
4 Prof Madya, Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia (Fakulti
Undang-undang UiTM, 02600 Arau, Perlis: UiTM Arau, 2010), 1.
6
ISU 3: WARIS HILANG (MAFQUD)
Isu mustahak yang perlu dibincangkan dalam aspek Faraid ialah berkenaan orang hilang
(al-mafqud). Mafqud adalah individu yang terputus hubungan dan gagal dikesan sehingga status
hidup atau matinya tidak diketahui. Isu ini membawa impak yang besar dalam proses Faraid yang
melibatkan bahagian individu hilang tersebut ataupun hartanya sendiri yang perlu dibahagikan
kepada waris lain5. Mereka akan dianggap masih hidup selagi tidak dibuktikan mati untuk
memelihara hak waris berkenaan. Hanya Mahkamah Tinggi sahaja yang boleh mengisytiharkan
kematian sekiranya tiada bukti, dan tarikh ia dianggap telah mati adalah pada tarikh perintah
anggapan mati dikeluarkan. Antara isu yang boleh dikaitkan ialah tragedi MH3706.
Sejak tragedi MH370 yang hilang dari radar pada 2014, isu pengurusan harta milik Al-
Mafqud menjadi perhatian ramai. Untuk pengetahuan, harta Al-Mafqud tersebut akan dibekukan.
Sebagai contoh, rumah, barang kemas, pelaburan dan harta-harta lain di bawah nama Al-Mafqud
tersebut tidak boleh ditukar nama mahupun proses jual beli, ijarah, gadaian dan lain-lain.
Sekiranya dibuat, maka urusan tersebut terbatal dan tidak sah.
Perintah dari mahkamah adalah menjadi keperluan bagi menyelesaikan isu harta tanah
Al-Mafqud. Kekeliruan telah muncul di kalangan masyarakat Islam dalam pemilihan antara
Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil kerana terdapat perbezaan dalam penetapan tempoh
seseorang itu boleh diisytiharkan meninggal dunia secara mati hukmi (anggapan kematian).
Dalam sistem perundangan Syariah, Deklarasi Anggapan Kematian hanya digunakan
dalam proses pembubaran perkahwinan. Bagi negeri-negeri di Malaysia, tempoh 7 tahun
diperlukan kecuali Terengganu hanya 4 tahun.
Manakala Mahkamah Tinggi Sivil memerlukan tempoh selepas 7 tahun, mengikut Akta
Keterangan 1950, Seksyen 108. Selepas tempoh ini, pihak waris atau yang berkaitan boleh
memohon dengan Mahkamah Tinggi Sivil untuk mengeluarkan perintah Anggapan Kematian.
5 Wan Zahari Wan Yusoffa , Muhammad Azwan Sulaimanb , Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari,
Isu Dan Penyelesaian Harta Al-Mafqud: Satu Pemerhatian (International Journal of Islamic and
Civilizational Studies: Pusat Endowmen dan Wakaf, 2019), 5.
6Nik Rahim Nik Wajis, Lukman Bin Abdul Mutalib, HARTA TIDAK DITUNTUT: PUNCA DAN KAEDAH
PENYELESAIANNYA (Universiti Sains Islam Malaysia: ResearchGate, 2018), 132.
7
ORGANISASI LAPORAN
PUTRI NUR ZARITH SUFEA BINTI MOHD NOR SUFIAN
BMF20-07-059
NUR SYAFIQAH BINTI ZAMHURI
BMF20-07-060
NURUL AIN BINTI OTHMAN
BMF20-07-062
SITI NADIAH WADIHAH BINTI ABD RAZAK
BMF20-07-066
FATIN MUNIRAH BINTI MUHAMMAD NADZRI
BMF20-07-068
16/04/2021 17/04/2021
Mendapat tajuk Kumpulan berbincang
assignment dan
rubrik pemarkahan tajuk untuk dipilih
Bersepakat memilih
10/5/2021 faraid sebagai tajuk
kami melakukan kerja
utama
kerja terakhir dan
menyemak semula bagi
pembetulan.
26/04/2021 23/04/2021
berbincang tentang Berbincang isu-isu
kaedah-kaedah dalam semasa yang berlaku
penyelesaian isu isu
pembahagian harta dalam faraid
memilih 3 isu utama
pusaka
25/04/2021 24/04/2021
Berbincang tentang Kami menyiapkan serta
pandangan ulama' mengupas isu-isu utama
tentang pembahagian
dalam pembahagian
harta harta
8
ISU UTAMA: PANDANGAN ULAMA’ / SYARAK
Ilmu Faraid atau ilmu pengurusan harta Islam merupakan salah satu cabang fiqh Islam
yang mempunyai perbahasan yang tersendiri, ia bukan sahaja melibatkan teori tetapi juga amali
yang memerlukan kemahiran dalam pengiraan. Ilmu ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam
surah Al-Nisa’ dalam ayat 11, 12 dan 176. Perlu ditekankan bahawa ilmu faraid amat penting
dalam menjamin setiap apa yang dimiliki adalah berdasarkan kepada konsep pemilikan yang sah
menurut Syariat Islam. Ini kerana setiap apa yang manusia miliki di dunia akan dipersoalkan
oleh Allah SWT di akhirat kelak. Kesedaran untuk menambah ilmu pengetahuan tentang hukum
faraid ialah satu usaha yang terpuji. Pada hari ini, kita dapat lihat ramai umat Islam yang
mementingkan konsep pemilikan harta berteraskan fiqh Islam. Penggunaan istilah Hudud untuk
faraid merupakan satu bentuk uslub quraniy yang amat jelas bagi menerangkan kepada umat
Islam tentang pentingnya faraid dalam pembahagian harta pusaka bagi menjamin setiap
pemilikan harta mesti berteraskan kepada hak harta yang sebenar tanpa mengambil hak orang
lain. Setiap hak wajib disampaikan kepada pemiliknya yang sebenar.
Perkataan faraid berasal daripada Bahasa Arab. Faraid merupakan kata jamak daripada
perkataan faridah yang memberi maksud kepada ketetapan atau ketentuan (Al-Fairuz Abaadiy).
Manakala menurut istilah ulama fiqh, Faraid ialah ilmu pengetahuan yang membincangkan
tentang kadar-kadar pewarisan bagi setiap ahli waris, dan penjelasan tentang siapa yang berhak
dan sebaliknya serta kaedah pembahagian harta pusaka. Ilmu faraid juga dikenali sebagai ilmu
mirath.
Pensyariatan faraid bertujuan untuk merealisasikan kemaslahatan manusia sama ada
melibatkan individu, keluarga dan masyarakat. Hakikatnya, kemaslahatan yang sebenar hanyalah
diketahui oleh Allah SWT yang telah menentukan serta menetapkan hukum tersebut. Dalil
pensyariatan atau masyru’iyyah hukum faraid adalah bersandarkan kepada Al-quran, Al-Sunah
dan Ijma’ 7.
7Dato’ Seri Mufti, AL-KAFI #1463: BOLEHKAH HARTA PENINGGALAN DIBAHAGI SECARA SAMA
RATA TANPA IKUT FARAID (Mufti of Federal Territory, MuftiWP, 2019), 1.
9
Hukum melaksanakan harta pusaka melalui faraid secara Islam pada asasnya adalah wajib
syar’iy yang bersandarkan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan as-Sunnah. Ini
menunjukkan faraid dalam pengurusan harta pusaka kepada hukum wajib.
Para ulama bersepakat bahawa pemilikan tarikah (harta pusaka) akan berpindah kepada
waris selepas kematian pewaris. Para ulama menyatakan bahawa harus membahagikan harta
pusaka secara taradhi atau saling bersetuju antara ahli waris 8. Contohnya mereka bersetuju
untuk memberikan bahagian yang lebih kepada ibu simati. Namun, terdapat syarat-syarat dalam
pembahagian seperti ini, syarat-syaratnya adalah seperti berikut (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaitiyyah. 7/160):
1) Semua ahli waris yang berhak baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik
pada pandangan syarak.
2) Persetujuan bersama yang dicapai adalah yang sebenar bukan kerana paksaan atau kerana
malu, tidak berkait dengan kepentingan seseorang seperti persetujuan orang sakit atau
penghutang yang muflis dan seumpamanya.
3) Wajib bagi ahli waris berkeyakinan bahawa hukum Allah adalah lebih adil dan lebih baik.
Tidak ada yang lebih baik dan adil daripada hukum Allah. Allah SWT berfirman dalam surah
al-Tin ayat 8 yang bermaksud: (Bukankah Allah (yang demikian kekuasaannya) seadil-
adil Hakim?).
Imam Ibn Kathir menyebut: “Allah SWT mengingkari sesiapa yang keluar daripada
hukumNya yang meliputi segala kebaikan, yang mencegah segala keburukan.Allah SWT maha
mengetahui segala sesuatu dan maha Adil pada segala-galanya” (Ibn Kathir. Tafsir Ibn Kathir.
3/131). Syeikh Tantawi pula menyebut: “Tidak ada seorang pun yang hukumannya lebih baik
daripada hukuman Allah atau sama dengan hukum Allah. Ini adalah akidah golongan yang yakin
dengan agamanya, tunduk kepada tanggungjawab Syariah, beriman dengan keesaan Allah dan
patuh mengikuti sunnah Rasul dan Nabi” (Tantawi. Muhammad Sayid. Al-Tafsir Al-Wasit. 1/1292).
Terdapat pelbagai tindakan yang dilakukan untuk mengelakkan daripada pembahagian
harta pusaka secara faraid, sebagai contoh seorang ayah menghibahkan (menghadiahkan)
keseluruhan hartanya kepada anak perempuan dan isterinya. Ini dilakukan supaya harta tersebut
8 Mushaddad Hasbullah, Zahari Mahad Musa, Mohamad Zaharuddin Zakaria, PENSYARIATAN
FARAID MENGIKUT KERANGKA FIQH ISLAM (Universiti Sains Islam Malaysia: ResearchGate,
2017), 11.
10
tidak dibahagikan secara Faraid kepada ahli waris lain yang ada. Pada asalnya harus bagi seorang
bapa menghibahkan kesemua hartanya kepada anakanaknya, hibah itu sah jika pemilikan
dilakukan semasa si bapa masih hidup dan dalam keadaan sihat. Namun perbuat itu tidak
sepatutnya dilakukan jika ada niat tersembunyi atau helah di sebaliknya iaitu bagi menghalang
sebahagian waris lain darpada mendapat hak dalam harta pusaka. Imam Badr Al-Din Al-‘Aini
menyebut:
Terjemahan: “Manakala berhelah untuk membatalkan hak Muslim yang lain adalah dosa dan
perseteruan” (Al-Aini. Badr Al-Din. ‘Umdah Al-Qari Syarh Sahih Al-Bukhari. 24/109).
Imam Muhammad bin Hasan iaitu murid kepada imam Abu Hanifah menyebut:
Terjemahan: “Bukanlah daripada akhlak mukminin lari daripada hukum Allah dengan melakukan
helah untuk membatalkan hak orang lain” (Al-Aini. Badr AlDin. ‘Umdah Al-Qari Syarh Sahih Al-
Bukhari. 24/109).
Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa tindakan sebegini adalah haram dan ia
adalah daripada perbuatan golongan Yahudi (Ibn Qudamah. Mughni. 2/263) sebagaimana yang
diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Terjemahan: “Jangan kamu lakukan seperti apa yang dilakukan oleh golongan Yahudi, mereka
menghalalkan perkara yang Allah haramkan dengan serendahrendah helah” (Ibn Abi Al-‘Izz Al-
Hanfiy. Al-Tanbih ‘ala Musykilat al-Hidayah. 5/697).
Imam Syatibiy dalam kitabnya al-Muafaqat menyatakan:
“Sesungguhnya hakikat helah adalah masyhur dalam mengutamakan perbuatan yang pada
zahirnya harus dengan tujuan untuk mambatalalkan hukum syar’ie dan menukarkannya pada
zahir kepada hukum yang lain. Maka hasil daripada perbuatan tersebut ialah merosakkan kaedah
syarak pada realiti seperti seseorang menghibahkan harta ketika hampir cukup haul kerana ingin
lari daripada zakat, hukum asal hibah adalah harus namun natijah hibah tersebut menjadi
penghalang atau perosak kepada zakat. Akan tetapi perbuatan ini menjadi rosak dengan syarat
menpunyai qasad atau niat untuk membatalkan hukum syarak”. (Al-Syatibiy. Al-Muafaqat. 5/187-
188).
Perbuatan menghindar daripada melaksanakan pembahagian harta pusaka melalui faraid
dengan menggunakan helah tertentu seperti menghibahkan keseluruhan harta semasa hidup
kepada waris tertentu merupakan perbuatan yang dibenci oleh Islam. Perbuatan sebegini
merupakan perosak kepada hukum Syarak jika ianya dilakukan dengan niat untuk lari daripada
melaksanakan hukum Allah atau menyekat orang yang berhak menerima harta daripada
menerima haknya.
11
CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN
1) Menggalakkan konsep hibah kepada masyarakat.
Konsep hibah yang wujud dalam al-Qur’an dan al-Sunnah merupakan satu daripada bentuk
pengurusan harta yang dianjurkan dalam Islam. Ia adalah pemberian ataupun hadiah atas dasar
kasih sayang dan pertolongan yang dibenarkan dalam Islam kepada ahli keluarga atau sesiapa
sahaja yang dikehendakinya. Hibah merupakan perkataan Arab yang berasal daripada kata kerja
wahaba dari segi bahasa yang bermaksud tabarru‘, iaitu sumbangan (al-Jurjani 1998: 319).
Menurut mazhab Shafi‘i, hibah ialah pemberian milik ‘ayn harta tanpa balasan ketika hidup secara
sukarela (al-Bugha et al. 2006: 101). Pelaksanaan hibah ialah satu amalan sunat dan digalakkan
dalam Islam. Amalan ini adalah berdasarkan al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak ulama dan logik akal.
Antara ayat al-Qur’an yang menjadi dalil-dalil pensyariatan hibah ialah sebagaimana firman Allah
SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 177, yang mafhumnya: “…dan menderma seseorang akan
hartanya sedang ia menyayangi, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin
dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta”. Selain itu, sabda
Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya: “saling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan
saling menyayangi” (al- Bukhari 1987: no. hadis 174). Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk
selagi tidak memenuhi rukun dan syaratnya . Menurut jumhur fuqaha’ daripada kalangan mazhab
Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, rukun-rukun hibah ialah
I. Pemberi hibah
II. Penerima hibah
III. Harta yang dihibah
IV. Sighah.
Pemberian hibah tidak terhad kepada sekumpulan orang tertentu sahaja seperti mana yang
terdapat dalam sistem faraid yang hanya memberikan hak harta kepada ahli waris. Hibah tidak
pula mengecualikan orang lain bagi mendapatkan haknya seperti mana dalam wasiat yang
mengecualikan waris sebagai penerima wasiat (Nilamuddin, 2019). Di Malaysia, sehingga hari ini
masih tiada peruntukan terperinci mengenai undang-undang hibah yang dilaksanakan. Setakat
hari ini, hanya terdapat peruntukan yang dijelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Kesimpulanya, kerajaan harus mendedahkan serta menggalakkan masyarakat melakukan hibah
agar tidak berlaku persengketaan antara waris si mati9.
9 Majlis Agama Islam Selangor, BEZA HIBAH DAN WASIAT, (Wasiat MAIS: MAIS, 2020), 2.
12
2) Kaedah Al-Radd (pulangan semula)
Dalam masalah faraid yang mempunyai lebihan harta, kaedah Al-Radd boleh dijadikan jalan
penyelesaian dalam pengurusan harta. Harta yang lebih akan dipulangkan semula kepada waris
ashab al-furud mengikut bahagian faraid masing-masing. Waris ashab al-furud diletakkan sebagai
kumpulan pertama dalam hierarki agihan faraid. Kelompok ini merupakan waris yang ditentukan
bahagian tetapnya berdasarkan nas syarak terutama melalui ayat-ayat al-mawarith iaitu ayat, 11,
12 dan 176 daripada surah al-Nisa’. Waris ashab al-furud terdiri daripada 12 orang yang meliputi
empat orang lelaki dan lapan orang perempuan. Empat orang lelaki ialah bapa, datuk yang sah,
saudara lelaki seibu dan suami. Manakala lapan orang perempuan ialah ibu, nenek, anak
perempuan, cucu perempuan (anak perempuan daripada anak lelaki), saudara perempuan
kandung (seibu sebapa), saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan isteri.
Walaupun logik akal tidak dapat mengetahui kedudukan waris ashāb al-furūd sebagai kelompok
pertama, namun ia dapat memperlihat Islam mengiktiraf waris yang hampir dengan si mati untuk
dipelihara kebajikan mereka10.
Sebarang bentuk pengabaian waris adalah dilarang dalam menjaga kebajikan waris seiring
dengan alasan Rasulullah SAW menerusi hadis Baginda:
Terjemahan: Sesungguhnya sekiranya kamu meninggalkan warismu dalam kemewahan adalah
lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam kesusahan, meminta-minta kepada manusia lain
atas usaha (tangan-tangan) mereka. (Al-Bukhariyy. Al-Jamic al-Musnad al-Sahih. Kitab: Al-
Wasaya, Bab: An yatruka warathatahu aghniya’, no: 2742).
Kaedah Al-Radd dalam kerangka agihan Faraid dari sudut bahasa bermaksud kembali (i’adah),
berpaling (sarf) dan menolak (rafd). Menurut istilah pula ialah mengembalikan lebihan harta
kepada waris ashab al-furud yang wujud dalam sesuatu kes faraid, kerana pada masa yang sama
tidak terdapat waris casabah yang mewarisi lebihan pusaka tersebut. Kaedah al-radd dalam
agihan faraid menyebabkan pengurangan pada asal masalah dan penambahan pada kadar-kadar
habuan pusaka yang telah ditentukan (M. Salleh bin A. Hamid, 2001: 79). Bentuk agihan secara
al-radd adalah bertentangan sama sekali dengan kaedah al-cawl iaitu jumlah asal masalah
10 Zahari Mahad Musa, AGIHAN FARAID MELALUI KAEDAH AL-RADD (PULANGAN SEMULA)
SEBAGAI MEKANISME KEBAJIKAN WARIS DAN AMALAN DI MALAYSIA ((Universiti Sains Islam
Malaysia: ResearchGate, 2017), 11.
13
sesuatu kes melebihi saham setiap waris. Kesannya waris akan mendapat habuan yang sedikit
daripada harta pusaka sebenar dalam al-cawl (Nasir Khadr Sulayman, 2009: 2).
Tiga syarat penting dalam perlaksanaan kaedah ini bagi menyelesaikan masalah-masalah faraid
ialah (Jumucah Muhammad Barraj: 582):
i. Terdapatnya waris-waris ashab al-furud yang mewarisi harta secara fardu (bahagian tetap).
ii. Terdapat lebihan harta selepas diagihkan kepada waris-waris ashab al-furud.
iii. Ketiadaan waris asabah (mengambil secara baki) kerana sekiranya mereka wujud maka
pemulangan semula tidak akan wujud.
Misalnya, seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan waris yang terdiri daripada ibu
dan saudara perempuan sebapa. Maka, ibu akan mendapat 2/6 bahagian dan saudara
perempuan sebapa 3/6 bahagian. Dalam hal ini, terdapat lebihan harta sebanyak 1/6. Mengikut
kaedah al-radd, penyelesaiannya ialah jumlah asal masalah iaitu enam ditukar kepada jumlah
saham bagi setiap waris iaitu lima. Oleh yang demikian, bahagian ibu ialah 2/5 dan bahagian
saudara perempuan sebapa ialah 3/5.
Dalam kes tersebut, semua waris si mati adalah waris ashabal-furud dan tiada yang
dikategorikan sebagai waris asabah11. Ahli waris ashabal-furud adalah waris yang bahagiannya
telah ditetapkan dalam al-Qur'an dan hadith. Manakala asabah ialah ahli waris yang menerima
seluruh harta pusaka jika ia bersendirian, atau baki harta selepas dibahagikan kepada waris lain
yang mempunyai hak. Apabila agihan dibuat terdapat lebihan sebanyak 1/6, maka penetapan
dibuat semula dengan agihan mengikut waris yang wujud sahaja.
Dalam contoh lain, waris si mati terdiri daripada isteri, ibu dan dua orang saudara perempuan
seibu. Isteri mendapat 1/4 (bersamaan 3/12), ibu mendapat 1/6 (bersamaan 2/12) dan dua orang
saudara perempuan seibu mendapat 1/3 (bersamaan 4/12). Terdapat lebihan saham iaitu
sebayak 3/12. Melalui kaedah al-radd, bahagian baharu yang diperolehi oleh setiap waris ialah
isteri mendapat 3/9, ibu mendapat 2/9 dan dua orang saudara perempuan seibu mendapat 4/9.
.
11 Dato’ Seri Mufti, AL-KAFI #1463: BOLEHKAH HARTA PENINGGALAN DIBAHAGI SECARA SAMA
RATA TANPA IKUT FARAID (Mufti of Federal Territory, MuftiWP, 2019), 1.
14
3) Penyelesaian harta Al-Mafqud melalui instrumen wakaf
Pra-syarat harta yang hendak diwakafkan perlulah bercirikan halal, jelas (ta’yin), pemilikan penuh
oleh pewakaf, boleh dipindah milik dan mempunyai manfaat yang berterusan.
Salah satu ciri harta yang hendak diwakafkan adalah jelas pemiliknya. Contohnya, tanah
yang tidak jelas statusnya disebabkan pemilik Al-Mafqud disarankan supaya diambil alih dan
diurus oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Setelah Pentadbir Tanah bagi Pihak Berkuasa Negeri bersetuju untuk meneruskan
peruntukan perwakafan di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 (Pindaan 2016),
mereka boleh melucutkan hak mana-mana tanah berimilik yang tidak menjelaskan bayaran yang
dituntut seperti bayaran hasil tanah dan sebagainya. Majoriti tanah milik Al-Mafqud adalah terbiar
dan tidak dimanfaatkan. Maka, Pentadbir Tanah boleh menyelesaikan isu ini dengan
menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 melalui pengeluaran
Notis di bawah Seksyen 6A selepas melalui proses tertentu.
Menggunakan kaedah ini, harta Al-Mafqud yang tidak dapat diselesaikan kerana tiada sijil
anggapan kematian dalam tempoh tertentu perlulah dikembalikan kepada pihak berkuasa dan
diurus oleh agensi khas yang dibentuk. Agensi ini ditinjau oleh Lembaga Pemegang Amanah Al-
Mafqud. Harta benda di dunia ini bukanlah milik penuh penama yang berdaftar. Oleh itu, apabila
harta Al-Mafqud tidak dapat dilengkapkan, haruslah dipulangkan kepada pemilik sebenar, Allah
SWT.
Pengembalian harta Al-Mafqud itu kepada Allah SWT bersamaan dengan rang wakaf di
mana wakaf adalah satu ibadah pemberian harta hak milik seseorang kepada Allah SWT dengan
niat untuk merapatkan diri dengan-Nya, dan harta tersebut menjadi kepunyaan milik Allah SWT.
Harta yang diwakafkan itu ditujukan untuk kebajikan Islam dan kegunaan orang ramai.
Mewakafkan harta Al-Mafqud ialah satu jalan penyelesaian yang dapat memajukan harta yang
dibekukan itu dan dapat kemaslahatan harta yang terbiar. Cadangan pengurusan harta Al-Mafqud
melalui konsep wakaf juga diharap melengkapkan salah satu tuntutan daripada lima Maqasid
Syariah iaitu Hifz Al-Mal (penjagaan ke atas harta)12.
12 Mushaddad Hasbullah, PEWARISAN HARTA ORANG HILANG (AL-MAFQUD): TINJAUAN
TERHADAP PANDANGAN SYARIAH DAN PERLAKSANAANNYA, (Malaysian Journal of Syariah and
Law: MJSL, 2016), 4.
15
PENUTUP
Kesimpulannya, pembahagian harta pusaka ataupun faraid merupakan ketetapan Allah
yang komprehensif. Terdapat tiga jenis waris dalam pusaka Islam iaitu waris ashab-alfurud,
asabah dan waris arham ataupun zawi-alarham. Fardu-fardu dan bahagian-bahagian yang
ditetapkan dalam Al-Quran sama ada ½,1/4,1/8,1/3,2/3,1/6 dan 1/3 baki. Faraid adalah
peraturan yang bersifat qat’ie dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah mengikut cita rasa
masyarakat. Ianya bertujuan untuk memberi keadilan untuk semua manusia. Allah SWT
mensyariatkan undang-undang harta pusaka tanpa unsur-unsur diskriminasi antara lelaki dan
perempuan dan dalam masa yang sama telah mengiktiraf wanita dan peranan mereka dalam
rumah tangga, keluarga dan pemilikan harta.
Juga, ARB memainkan peranan penting dalam membantu umat Islam dari sudut
perancangan dan pengurusan harta. Namun, terdapat beberapa isu dan cabaran dapat dilihat
dihadapi oleh ARB dalam menjalankan amanah seperti isu berkaitan waris dan birokrasi yang
melibatkan pihak ketiga. Terdapatnya agen atau bank yang bertindak sebagai pentadbir harta
tanpa kelulusan merupakan salah satu isu terbaru telah dikenal pasti. Berdasarkan penerangan
yang telah dinyatakan, faktor-faktor di pihak waris banyak mendominasi cabaran dihadapi oleh
ARB. ARB telah menggunakan pelbagai cara dalam mengendalikan isu yang dihadapi.
Selain itu, bagi mengelakkan waris daripada berhadapan dengan masalah pengurusan
pembahagian harta pusaka, masyarakat perlu sedar betapa pentingnya membuat persediaan
awal dalam pengurusan harta sebelum meninggal dunia dan menjadi lebih peka akan ilmu dan
proses berkaitan perancangan serta pengurusan harta. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan
peningkatan kerjasama antara ARB dan masyarakat dari sudut pentadbiran harta orang Islam,
malah dapat membantu memudahkan serta mempercepatkan proses pengurusan harta umat
Islam13.
13 Siti Mashitoh Mahamood, ISU-ISU BERBANGKIT DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA
RINGKAS SECARA BERWASIAT DAN TIDAK BERWASIAT DI AMANAH RAYA BERHAD (University
of Malaya: Department of Shariah and Law Academy of Islamic Studies, 6.
16
References
Arifin, L. (2019, Oktober 9). Uruskan wasiat, pembahagian harta elak waris berkonflik. Retrieved
from Bharian: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/10/615667/uruskan-
wasiat-pembahagian-harta-elak-waris-berkonflik
Faraidadmin. (2021, February 10). Kesan Lewat Urus Pembahagian Harta Pusaka. Retrieved from
efaraid: https://efaraid.mais.gov.my/kesan-lewat-urus-pembahagian-harta-pusaka/
Hasbullah, M. (2016). PEWARISAN HARTA ORANG HILANG (AL-MAFQUD):. Retrieved from
Malaysian Journal of Syariah Law: file:///C:/Users/Zarith%20Sufea/Downloads/14-
Article%20Text-51-1-10-20170807.pdf
Idrus, U. A. (2012, March 29). Lewat Urus Harta Pusaka. Retrieved from YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=TUSV0imENE0
Mahamood, S. M. (2019). ISU-ISU BERBANGKIT DALAM PENGURUSAN. Retrieved from umexpert:
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=MTAxMDgw
Mohamed, A. (2019, Jun 19). Usah ambil mudah persoalan wasiat, pengurusan harta selepas
mati. Retrieved from bharian:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/06/576016/usah-ambil-mudah-
persoalan-wasiat-pengurusan-harta-selepas-mati
Musa, Z. M. (2020, December). AGIHAN FARAID MELALUI KAEDAH AL-RADD (PULANGAN
SEMULA) SEBAGAI MEKANISME KEBAJIKAN WARIS DAN AMALAN DI MALAYSIA.
Retrieved from researchgate:
https://www.researchgate.net/publication/346671677_AGIHAN_FARAID_MELALUI_KAE
DAH_AL-
RADD_PULANGAN_SEMULA_SEBAGAI_MEKANISME_KEBAJIKAN_WARIS_DAN_AMALAN_
DI_MALAYSIA
Nilamuddin, S. (2019). ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA ORANG
ISLAM . Retrieved from PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL:
file:///C:/Users/Zarith%20Sufea/Downloads/isu-
isu_dan_permasalahan_dalam_pembahagian_pusaka_orang_islam_di_malaysia._utk_po
rtal.pdf
17
Rashid, A. (2019). Masalah kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka di Malaysia.
Retrieved from UiTM: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32037/
Shahid, U. I. (2018, November 30). Perwarisan Harta Pusaka Anak Angkat. Retrieved from
sinarharian: http://archive.sinarharian.com.my/mobile/sinar-islam/perwarisan-harta-
pusaka-anak-angkat-1.910422
Sulaiman, D. M. (2020, November 18). Penyelesaian harta Al-Mafqud perlu disegerakan.
Retrieved from sinarharian:
https://www.sinarharian.com.my/article/110884/KHAS/Pendapat/Penyelesaian-harta-Al-
Mafqud-perlu-disegerakan
Syahida. (2018). Pengurusan Tuntutan Harta Pusaka dalam. Retrieved from Journal of
Muwafaqat: file:///C:/Users/Zarith%20Sufea/Downloads/Noor-Syahida_Pengurusan-
Tuntutan-Harta-Pusaka-Dalam-Kalangan-Masyarakat-Islam.pdf
Tahir, S. M. (2019). 'Anak dah mula tanya, cari arwah' – Balu Abam Bocey. Retrieved from hmetro:
https://www.hmetro.com.my/rap/2021/05/705241/anak-dah-mula-tanya-cari-arwah-
%E2%80%93-balu-abam-bocey
Zahari, W. (2019). Isu Dan Penyelesaian Harta Al-Mafqud: Satu Pemerhatian. Retrieved from
International Journal of Islamic and Civilizational Studies:
file:///C:/Users/Zarith%20Sufea/Downloads/381-Article%20Text-1903-1-10-
20191007%20(4).pdf
18