The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-51295122, 2022-05-13 19:29:55

Minit Mesyuarat Panitia Sains bil 1

Minit Mesyuarat Panitia Sains bil 1

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1 SESI 2022/23
SEK KEB ULU BERNAM, PERAK.

Tarikh : 28 April 2022
Masa : 10.35 pagi
Tempat : Bilik Sains
Kehadiran
1. En. Azmi Bin Mohd Zain ( Ketua Panitia , Guru Sains Tahun 1, 4 dan 5
2. En. Abdul Hamid Bin Abdul Manaf ( Guru Besar, Guru Sains Tahun 1 dan 2
3. En. Mohd Shafiq Bin Mohd Ghause ( Guru Sains Tahun 6 )

1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Pengerusi atau Ketua panitia Sains sesi 2022/ 2023 mengucapkan
selamat datang kepada ahli panitia Sains sek keb Ulu Bernam.

1.2 Pengerusi mempersilakan tuan Guru Besar untuk membuat ucapan
aluan kepada ahli panitia Sains

1.3 Guru Besar berharap semua ahli panitia Sains dapat bergerak dalam
satu pasukan untuk memantapkan pelaksanaan bagi setiap
perancangan panitia.

1.4 Guru Besar berharap agar panitia Sains pada tahun ini dapat diaktifkan
sentiasa berbincang bagi setiap perancangan yang akan dilaksanakan.

1.4 Guru Besar mengingatkan agar Mesyuarat akan datang dapat
dilaksanakan mengikut ketetaapan didalam buku pengurusan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat bil.4/2021
Dicadangkan oleh : En. Abdul Hamid Bin Abdul Manaf
Disokong oleh : En. Mohd Shafiq Bin Mohd Ghause

3 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. Perancangan Panitia Sains Sesi 2022/23

4.1 Fail Persediaan Mengajar

4.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
- Pengerusi mengingatkan bahawa setiap ahli mesti memiliki RPT
terkini dan bertepatan dengan sukatan pelajaran.
- Guru Besar mengingatkan agar setiap guru mencetak RPT
sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran.
- Setiap RPT mestilah mempunyai Tarikh dan minggu pelaksaan
yang terkini.

4.1.2 Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran ( DSKP )
- Pengerusi dan Guru Besar mengingatkan agar DSKP disediakan
dan dicetak serta di simpan satu Salinan dalam fail.

4.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.2.1 Borang Transit
- Pengerusi mengingatkan supaya setiap guru dapat
menyediakan boring Transit untuk tujuan perekodan
penilaiaan murid.
- Guru Besar meminta En. Shafiq untuk menyediakan satu tapak
Borang Transit menggunakan MS excel dan beliau telah
bersetuju.

4.2.2 PBD
- Guru Besar mengingatkan supaya pembentangan PBD mesti
dilakukan bagi setiap kali mesyuarat dijalankan.
- Penilaian PBD bagi setiap topik atau pembelajaran adalah
bergantung kepada penilaian professional guru secara
menyeluruh.
- Ahli Panitia telah bersetuju untuk melaksanakan Pentaksiran
bertulis bagi matapelajaran sains dan menetapkan nilaian
pemarkahan seperti berikut:

Tahap Penguasaan Markah
TP 1
TP 2 00 - 20
TP 3 21 - 39
TP 4 40 - 59
TP 5 60 – 75
TP 6 76 – 90
91 - 100

4.3 Rancangan Pengajaran harian (RPH) dan CIDS

4.3.1 RPH
- Guru Besar mengingatkan agar RPH mestilah dibuat dan
dihantar untuk disemak
- RPH hendaklan disediakan berpandukan RPT dan DSKP yang
terkini

4.3.2 CIDS
- Guru Besar mengucapkan tahniah kepada ahli panitia kerana
telah Berjaya untuk menyediakan RPH menggunakan Platform
CIDS secara 100 %.
- Diharap setiap guru dapat menambah baik penyediaan RPH
setiap masa.

4.4 Perbelanjaan Panitia Sains

- Guru boleh mencadangkan barangan yang diperlukan untuk
dibeli dan bersesuaian dengan jumlah wang yang
diperuntukkan.

- En. Azmi telah memaklumkan pembelian 2 set lego untuk
kegunaan guru dan mengingatkan agar ianya di simpan dengan
baik selepas di gunakan.

4.5 PLC
- PLC akan dilaksanak bagi guru sains sebagai persediaan
sekolahT 25 dan telah bersetuju untuk melaksanakan
- Peer Coaching - Learning Walk

4.6 Takwim Program Panitia Sains

Bil Aktiviti Tarikh Penyelaras

1 Mesyuarat Panitia 28 April 2022 Ketua Panitia

bil.1

2 Mesyuarat Panitia 23 Jun 20222 Ketua Panitia

bil.2

3 Mesyuarat Panitia 22 Sept 2022 Ketua Panitia

bil.3

4 Mesyuarat Panitia 8 Dis 2022 Ketua Panitia

bil.4

5 Sahabat Sains Mac hingga Ustaz Azmi

Disember

6 Pentaksiran bertulis Jun dan Guru Sains

Februari

7 1 Minggu 1 Fakta Mac 2022 En. Shafiq

hingga Mac

2023

8 Minggu Sains En. Mohd Shafiq

9 Science is Fun En. Abdul Hamid

10 Pertandingan Roket Ustaz Azmi

Air

4.6.1 Setiap penyelaras program mestilah menyediakan kertas
cadangan pelaksanaan aktiviti dan dibincangkan sebelum dijalankan.

5 Hal-hal Lain

5.1 Classroom Panitia Sains
- Ketua Panitia memaklumkan kepada ahli panitia ada tapak
classroom untuk perkongsian maklumat.
- Ahli Panitia diingatkan supaya segala maklumat dimuat naik
untuk dikongsikan bersama

5.2 SIC+
- Matapelajaran Sains telah dipilih untuk dibimbing bantu oleh
pegawai SIC+ Tuan Haji Ismail
- Ustaz Azmi telah dicerap pada 18 April 2022 oleh Tuan Haji
Ismail dan Guru besar
- Cikgu Shafiq akan dicerap untuk sesi seterusnya dan Tarikh
akan dimaklumkan kemudian.

5.3 Sudut Sains
- Guru Besar memaklumkan agar sudut matapelajaran sains
dikemaskini.

5.4 Bilik Sains
- Ketua Panitia memaklumkan agar dapat bersama-sama
menceriakan bilik sains.
- Ahli panitia juga telah bersetuju untuk Menyusun dan melabel
peralatan dan radas sains.
- Mesyuarat akan diadakan pada bulan Jun untuk menentukan
halatuju untuk menceriakan bilik sains.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 minit pagi

Disediakan oleh:

……………………………………………..
(AZMI BIN MOHD ZAIN)
Ketua Panitia Sains,
Sek Keb Ulu Bernam.


Click to View FlipBook Version