The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frml email, 2020-10-17 03:24:09

Modul Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3

Pendidikan Seni Visual

Keywords: PSV

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sasaran : Pelajar Tingkatan 3

Tajuk : 1) Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri

2) Seni Lukisan
3) Seni Catan
4) Seni Arca
5) Reka Bentuk Landskap

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid boleh ;

1) Murid boleh menjelaskan jenis pakaian tradisional dan perhiasan

diri mengikut kaum dan etnik di Malaysia

2) Murid boleh menggalurkan perkembangan seni lukisan dari aspek

sejarah seni lukisan dan karya lukisan kontemporari

3) Murid boleh menjelaskan seni catan dari aspek bahan, teknik,

aliran, pelukis dan karya seni catan tempatan

4) Murid boleh menjelaskan kaedah asas membentuk arca
5) Murid boleh memerihalkan peranan pereka landskap

6) Murid boleh menjelaskan konsep reka betuk landskap

Tempoh
Pelaksanaan : 1 jam - 1 minggu

Tajuk 1 : PAKAIAN TRADISIONAL DAN PERHIASAN DIRI

1. Pakaian tradisional merujuk apa sahaja yang dipakai dibadan seperti baju dan seluar tradisional termasuk alat
perhiasan diri

2. Perhiasan diri merupakan aksesori untuk kecantikan diri khususnya dipakai oleh kaum wanita.

3. Antara fungsi pakaian tradisional dan perhiasan diri ialah mencerminkan status dan perilaku individu
pemakai, menunjukkan identiti budaya sesuatu kaum dan menggambarkan tradisi budaya yang dipakai pada
upacara dan adat istiadat tertentu.

4. Jenis pakaian tradisonal :
(a) Pakaian tradisional Melayu
(i) Lelaki - Baju Sikap, Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang
(ii) Wanita - Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Kedah, Baju
Kebaya dan Baju Riau Pahang
(b) Pakaian tradisional Cina
(i) Lelaki - Samfu
(ii) Wanita - Ceongsam
(c) Pakaian tradisional India
(i) Lelaki- Dito dan Jippa
(ii) Wanita - Sari
(d) Pakaian tradisional Iban
(i) Lelaki - Baju Gagung, Baju Burung dan Sirat
(ii) Wanita - Manik Empang, Rawai, Selampai, Kain Karap dan Tating Kain
(e) Pakaian tradisional Kadazan
(i) Lelaki - Souva dan Sia
(ii) Wanita - Sia, Sia Id Sahom dan Gonob

5. Perhiasan diri:
(a) Melayu
(i) Lelaki- Tengkolok, Songkok, Butang, Keris, Samping dan Capal
(ii) Wanita - Sanggul Lintang, Cucuk Sanggul, Subang, Gendik, Anting-anting dan Dokoh
(b) Cina
(i) Lelaki - Penutup Kepala dan Cincin
(ii) Wanita - Cucuk Sanggul, Anting-anting dan Gelang Tangan
(c) India
(i) Lelaki - Thundu
(ii) Wanita - Perhiasan Kepala, Gelang Tangan dan Gelang Kaki
(d) Iban
(i) Lelaki - Ketapu, Lampit, Tali Mulung dan Ilang
(ii) Wanita - Sugu Tinggi, Tali Ujan, Tumpa, Simpai Pirak, Lampir, Buah Pauh, Sementing Ringgit,
Perecha dan Geruncung Kaki
(e) Kadazan
(i) Lelaki - Sigal dan Sandai
(ii) Wanita - Siung, Soundung, Rupia dan Bolilit

Persepsi Seni
S.P 1.1.1 Murid boleh menjelaskan jenis pakaian tradisional dan perhiasan dir mengikut kaum dan etnik di Malaysia

Soalan Subjektif

1. Tandakan ( / ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah. TP1

(a) Dengan mengetahui dan mengkaji sejarah pakaian tradisional sesuatu kaum, kita dapat
membentuk kesedaran budaya

(b) Setiap kaum atau etnik di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang serupa
(c) Pakaian Ceongsam dipakai oleh wanita Cina
(d) Baju Gagung oleh kaum lelaki suku Iban diperbuat daripada kulit haiwan
(e) Sia Id Sahom dan Sia ialah pakaian kaum Kadazan Papar
(f) Manik menjadi hiasan utama pakaian kaum Iban
(g) Pakaian tradisional hari ini hanya dipakai di pesta atau pada perayaan tertentu sahaja
(h) Cucuk sanggul berfungsi untuk merapikan sanggul rambut
(i) Tengkolok ialah kain penutup kepala lelaki
(j) Pakaian tradisional wanita Melayu ialah Baju Kebaya

2. Berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang telah anda peroleh, lengkapkan jadual berikut. TP1

Alat Perhiasan Diri Pernyataan
(i) Nama alat :

(ii) Alat perhiasan kaum :

(iii) Ciri-ciri alat perhiasan perhiasan diri :

(i) Nama alat :

(ii) Alat perhiasan kaum :

(iii) Ciri-ciri alat perhiasan perhiasan diri :

(i) Nama alat :

(ii) Alat perhiasan kaum :

(iii) Ciri-ciri alat perhiasan perhiasan diri :

(i) Nama alat :

(ii) Alat perhiasan kaum :

(iii) Ciri-ciri alat perhiasan perhiasan diri :

Tajuk 2 : Seni Lukisan

1. Seni lukisan dapat menyampaikan maklumat mengenai nilai dan identiti budaya masyarakat.
2. Penghayatan terhadap karya seni dapat mendekatkan diri seseorang dengan masyarakat.
3. Selain itu, seni lukisan juga digunakan sebagai alat untuk menyatakan idea dan imaginasi.
4. Seni lukisan berfungsi sebagai elemen untuk memenuhi keperluan diri misalnya membuat apresiasi seni.
5. Hasil seni lukisan bersifat dua dimensi dan biasanya dipamerkan di ruang tamu, galeri atau di tempat awam.
6. Seni lukisan merupakan aktiviti yang sistematik menggunakan garisan, jalinan, ton, cahaya, ruang dan
komposisi dalam kerja seni visual.
7. Seni lukisan dihasilkan dengan menggunakan media kering seperti charcoal, pen marker, pensel, pensel
warna, krayon dan seumpanya di atas permukaan kertas, kanvas dan kain.
8. Media tersebut digunakan bagi menghasilkan kesan serta memberikan maksud yang tertentu.
9. Teknik yang berlainan akan menghasilkan kesan yang berbeza. Antaranya :

(a) Teknik lorekan
(b) Teknik contengan
(c) Teknik titikan
(d) Teknik silang pangkah
(e) Teknik gosokan
(f) Teknik garisan
(g) Teknik campuran
10. Perkembangan sejarah seni lukis tempatan merujuk kepada hasil karya pelukis tempatan dari era 1960-an
sehingga sekarang.
(a) Era 1960-an, ciri-ciri
(i) Mendapat pengaruh gaya barat
(ii) Berlaliran ekspresionisme dan abstrak ekspesionisme
(iii) Terdapat pelukis yang belajar di luar negara
(b) Era 1970-an, ciri-ciri
(i) terdapat kerya bersumber kesenian tradisi dan Islam
(ii) masih mengekalkan gaya seni moden Barat
(iii) berlaku perubahan ke arah kesenian tradisi yang mencerminkan identiti nasional
(c) Era 1980-an, ciri-ciri
(i) kebangkitan seni Islam terselah
(ii) karya seni berkonsepkan Islam
(iii) kepelbagaian gaya dalam mencari identiti bagi menggambarkan nilai bangsa, masyarakat, budaya dan

agama
(d) Era 1990-an, ciri-ciri

(i) karya kaya dengan kepelbagaian stail, pendekatan dan makna
(ii) dikenali sebagai era pluralis
(iii) kelompok pelukis yang menggunakan seni tradisi, merujuk kepada ekstetika Islam dan mengekalkan

gaya Barat
11. Ciri-ciri karya seni lukisan kontemporari:

(a) Penerimaan teknologi telah mempelbagaikan penggunaan media, alat dan teknik konvensional.
(b) Terdapat karya dihasilkan menggunakan perkakasan elektronik seperti telefon pintar, mesin faks, mesin

Fotokopi, perkakasan komputer, kamera video dan sebagainya
(c) Terdapat karya yang menggabungkan teknik hybrid dan teknik lukisan digital

Persepsi Seni
S.P 1.1.1 Murid boleh menggalurkan perkembangan seni lukisan dari aspek sejarah seni lukisan dan karya lukisan kontemporari

Soalan Subjektif

1. Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang sesuai. TP1

(a) Bidang seni halus terdiri daripada komponen berikut iaitu _______________, _______________,
_______________ dan _______________.

(b) Salah satu fungsi seni lukisan adalah ______________________________.
(c) Seni lukisan mementingkan elemen-elemen seperti _______________, _______________,

_______________, _______________ dan _______________.
(d) Beberapa contoh teknik seni lukisan ialah _______________, _______________ dan ______________
(e) Karya seni lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik, alat dan bahan ialah teknik

_______________.
(f) Antara institusi yang terlibat membantu perkembangan seni lukis tanah air ialah _______________ dan

_______________.
(g) Contoh pelukis tanah air ialah _________________ dan _________________.
(h) Pada peringkat awal, gaya karya lukisan hanya bercirikan _________________.
(i) Dua contoh media seni lukis ialah _________________ dan _________________.

2. Lengkapkan rajay berikut dengan jawapan yang sesuai TP1 (a) _____________
(b) _____________
Contoh media

Seni Lukisan Contoh teknik (c) _____________
(d) _____________
Gaya (e) _____________
(f) ______________

Tajuk 3: Seni Catan

1. Seni catan ialah karya yang dihasilkan menggunakan bahan pewarna pada permukaan yang rata seperti kertas,
kanvas atau dinding dan berbentuk dua dimensi
2. Seni catan berkembang secara berperingkat
3. Karya seni lukis tempatan mempamerkan kepelbagaian daripada aspek media, teknik dan aliran
4. Bagi seni catan komtemporari, pelbagai permukaan boleh digunakan seperti permukaan kayu, plastik atau
logam.
5. Media atau bahan pewarna yang biasa digunakan ialah cat air, cat minyak, cat poster dan akrilik.
6. Bahan pewarna daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit , pinang, inai dan senduduk juga digunakan.
7. Peralatan seni catan yang digunakan ialah berus, pemidang, palet, pisau palit dan penyangga lukisan.
8. Antara fungsi seni catan :

(a) menceritakan sesuatu peristiwa
(b) memberitahu sesuatu mesej
(c) meluahkan perasaan seorang artis
(d) merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual dalam bentuk nyata atau abstrak.
9. Antara pelukis seni catan tempatan ialah Yong Mun Sen, Abdullah Ariff dan Mohamed Hoessein Enas.
10. Media utama seni catan dan ciri-cirinya:

Media Ciri-ciri
Cat air ⚫ Daripada tiub atau bentuk kek, menggunakan bahantara air
⚫ Bahan pengilat - gam arab
Cat minyak ⚫ Kesan sapuan bersifat lut sinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu

Cat poster beberapa kali
Cat tempera ⚫ Dalam bentuk tiub, menggunakan bahantara turpentin
Cat akrilik ⚫ Bahan pengilat - minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang
Cat gouache ⚫ Kesan sapuan bersifat legap, licin, berkilat, kasar dan berjalinan bergantung pada
Cat fresko
teknik yang digunakan
⚫ Daripada botol atau tiub, bahantara menggunakan tiub
⚫ Mengandungi pengilat larut air
⚫ Kesan sapuan bersifat legap
⚫ Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk, bahantara menggunakan air
⚫ Bahan pengilat kuning telur dan pewarna kekal.
⚫ Kesan sapuan cepat kering
⚫ Dalam bentuk tiub atau botol, bahantara menggunakan air
⚫ Dicampur dengan cecair plastik berwarna putih
⚫ Kesan sapuan cepat kering dan cerah

⚫ Dalam bentuk botol, menggunakan bahantara kapur plaster
⚫ Bahan pengilat menggunakan air kapur
⚫ Kesan sapuan warna yang bersifat lut sinat tetapi legap
⚫ Dalam bentuk botol atau tin, menggunakan bahantara kapur plaster
⚫ Bahan pengilat menggunakan air kapur
⚫ Kesan sapuan legap

11. Teknik seni catan jika menggunakan media cat minyak ialah teknik impasto, teknik glazing, teknik
pintalisme, teknik hard edges, teknik scumbling dan teknik alla prima.
12. Jika menggunakan cat air, teknik yang digunakan ialah : basah atas basah, basah atas kering, kering atas
kering dan kering atas basah

Persepsi Seni
S.P 3.1 Murid boleh menjelaskan seni catan dari aspek bahan, teknik, aliran, pelukis da karya seni catan tempatan

Soalan Subjektif

1. Lengkapkan peta i-THINK berikut dalam empat media dalam seni catan. TP1

a) __________ b) __________

Media dalam
seni catan

c)___________ d) __________

2. Senaraikan teknik catan air dengan melengkapkan peta i-THINK berikut. TP1

Internat Guru

a)_________ b)_________

Teknik
catan

air

c)_________ d)_________

Buku teks Majalah

3. Berdasarkan pengetahuan yang telah diberikan, pilih empat jenis media dan lengkapkan jadual berikut.

Jenis media Bahantara Alatan Jenis permukaan Teknik Ciri-ciri
(a)
(b)
(c)
(d)

Tajuk 4 : SENI ARCA

1. Seni arca merupakan karya seni halus yang bersifat tiga dimensi yang boleh disentuh dari berbagai sudut.
2. Terbahagi kepada dua jenis iaitu arca estetik (dinikmati keindahan) dan arca berfungsi (mempunyai fungsi
dan tujuan tertentu)
3. Antara tokoh pergarca tempatan ialah Ramlah Abdullah, Mad Anuar Ismail dan Raja Shahriman Raja
Aziddin.
4. Kaedah asas membentuk arca:

Kaedah Keterangan
Manpulasi Menghasilkan arca menggunakan bahan yang mudah dibentuk seperti tanah liat dengan cara
melentur, menambah dan sebagainya
Binaan Menggunakan satu jenis bahan utama dengan menambah atau membuat cantuman sama ada
berkerangka atau tidak berkerangka
Luakan Membuang memotong atau mengurangkan bahagian-bahagian tertentu pada sesuatu bahan.
Antara media pembinaan arca ini ialah batu, kayu dan Plaster of Paris
Acuan Bahan cecair dituangkan ke dalam acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu. Boleh
dihasilkan dengan kuantiti yang banyak

5. Bentuk-bentuk arca:

Bentuk arca Keterangan
Arca binaan Arca terbentuk daripada cantuman komponen bahan yang sama
Arca asemblaj Terdiri daripada cantuman pelbagai jenis bahan berbeza yang digabungkan menjadi
arca. Kebiasaannya ialah bahan buangan atau terpakai
Arca timbulan Hasil karya dua dimensi yang kemudiannya ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi
dengan cara memahat, memotong, mengorek dan sebagainya.
Arca mobail Arca yang bergerak dalam keadan berputar atau berombak. Biasanya digantungdi
tempat yang tingg. Digerakkan menerusi sumber seperti kuasa angin, elektrik dan
Arca stabail sebagainya.
Arca yang mengandungi bahagian yang bergerak tetapi mempunyai tapak yang stabil
Arca instalasi dan tetap di lantai
Seni memasang, membina dan menyatukan sejumlah objek yang memberi makna dalam
Arca luakan sesuatu isu masyarakat
Arca acuan Proses mengukir dan membuang bahan yang berlebihan
Arca dinding Arca yang dibentuk menggunakan bahan yang berlebihan
Arca yang dilekatkan pada dinding

6. Contoh bentuk arca

Persepsi Seni Jenis arca
S.P 4.1.4 Murid boleh menjelaskan kaedah asas membentuk arca

1. Lengkapkan jadual berikut dengan maklumat yang sesuai. TP1

Kaedah penghasilan arca
(a) Penghasilan arca berasaskan seni yang boleh bergerak dengan cara berputar
atau berombak

(b) Seni memasang, membina dan menyatukan sejumlah objek yang memberi
makna tertentu

(c) Terbentuk daripada cantuman komponen bahan yang sama

(d) Kombinasi ciri-ciri catan dan aca

2. Pilih satu kaedah membentuk arca yang paling mudah dilakukan. Jelaskan sebab anda memilih kaedah
tersebut. TP2 KBAT

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

Tajuk 5 : Reka Bentuk Landskap

1. Reka bentuk landskap ialah seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan hasil buatan manusia
secara kreatif
2. Hasil reka bentuk landskap bertujuan mengindahkan suasana dan meningkatkan kualiti ruang.
3. Pereka landskap ialah individu yang terlibat dalam aktiviti merancang, mereka bentuk, melaksana dan
menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamtan dan kemudahan orang ramai.
4. Peranan pereka landskap:
(a) merancang ruang landskap dengan mengutamakan aspek fungsi
(b) mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh pelanggan
(c) memastikan reka bentuk memenuhi standard dan mendapat kelulusan pihak berwajib
(d) memastikan ruang dapat berfungsi seperti yang dikehendaki
(e) reka bentuk selaran dengan struktur, mekanik dan elektrik melalui penyediaan pelan
(f) memastikan ruang dibina memenuhi spesifikasi dan pernbelanjaan mengikut peruntukan pelanggan
5. Konsep reka bentuk landskap:

Konsep Islam Susunan tumbuhan dan binaan teratur. Tema umum taman ialah kawasan teduhan dan
Konsep Taman Melayu air. Struktur binaan kolam air direka dalam bentuk geometri gaya Islam.
Konsep Jepun Pokok-pokok yang ditanam berunsurkan pokok herba. Binaan gazebo (wakaf)
mempunyai ukiran bermotifkan flora. Dibahagian hadapan laman terdapat kawasan
Konsep Inggeris yang bersifat terbuka
Konsep Bali Berasal daripada gaya tradisional Jepun yang ringkas. Ciri-ciri konsep seperti
mempunyai tanglung yang diperbuat daripada batu. Terdapat juga pagar atau dinding
dengan ciri tradisional. Jambatan dibina bagi menghubungkan pulau buatan di dalam
kolam.
Konsep kedesaan Inggeris yang dipenuhi bunga pada abad ke-19. Terdapat hiasan
dengan bangku taman, gazebo berbentuk bulat atau heksagon. Terdapat juga kolam
atau tasik kecil yang mempunyai sebuah jambatan.
Taman tropika yang diaspirasikan dari Pulau Bali Indonesia

Persepsi Seni
S.P 5.1.1 Murid boleh memerihalkan peranan pereka landskap
S.P 5.1.2 Murid boleh menjelaskan konsep reka bentuk landskap

Soalan Subjektif
1. Senaraikan proses penghasilan reka bentuk landskap dalam peta pemikiran i-THINK berikut. TP1

(a) (b) (c)

(d) (e) (f)

(g)

2. Namakan konsep landskap dan ciri-ciri landskap berdasarkan gambar di bawah. TP1

(a) Konsep landskap:
_____________________________________________________________________________________

(b) Ciri-ciri landskap:
(i) ___________________________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________________________
(iii) __________________________________________________________________________________
(iv) __________________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version