The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5. Garis Panduan dan Piawaian Premis IPTS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUAN NUR ARIFAH BINTI NORDIN (MOHE), 2023-07-17 03:24:14

5. Garis Panduan dan Piawaian Premis IPTS

5. Garis Panduan dan Piawaian Premis IPTS

GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PREMIS IPTS BAHAGIAN STANDARD SWASTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TARIKH KUAT KUASA GARIS PANDUAN 1 JUN 2023


2 / 72 ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN .............................................................................................. 4 2. LATAR BELAKANG...................................................................................... 4 3. PIHAK BERKUASA MELULUSKAN............................................................. 5 4. TUJUAN......................................................................................................... 5 5. SKOP............................................................................................................. 5 6. TAMBAHAN TAFSIRAN ............................................................................... 6 7. SINGKATAN.................................................................................................. 8 8. PREMIS BAHARU IPTS................................................................................ 9 8.1 PUNCA KUASA ................................................................................. 10 8.2 PEMOHON ........................................................................................ 10 8.3 PIAWAIAN PREMIS BAHARU IPTS.................................................. 11 8.3.1 PIAWAIAN UMUM................................................................... 11 8.3.2 PIAWAIAN KHUSUS............................................................... 14 8.4 PROSEDUR PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS .................... 17 8.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS ................... 17 8.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS ........... 17 8.7 BORANG PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS......................... 17 9. PINDAH PREMIS IPTS................................................................................ 18 9.1 PUNCA KUASA ................................................................................. 19 9.2 PEMOHON ........................................................................................ 19 9.3 PIAWAIAN PINDAH PREMIS IPTS ................................................... 20 9.3.1 PIAWAIAN UMUM................................................................... 20 9.3.2 PIAWAIAN KHUSUS............................................................... 23 9.4 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS...................... 26 9.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS..................... 28


3 / 72 9.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS............. 29 9.7 BORANG PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS .......................... 31 10. TAMBAH PREMIS IPTS.............................................................................. 37 10.1 PUNCA KUASA ................................................................................. 38 10.2 PEMOHON ........................................................................................ 38 10.3 PIAWAIAN TAMBAH PREMIS IPTS.................................................. 39 10.3.1 PIAWAIAN UMUM................................................................... 39 10.3.2 PIAWAIAN KHUSUS............................................................... 42 10.4 PROSEDUR PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS .................... 44 10.5 CARTA ALIR PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS ................... 46 10.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS ........... 47 10.7 BORANG PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS......................... 49 11. UBAH SUAI PREMIS IPTS.......................................................................... 55 11.1 PUNCA KUASA ................................................................................. 56 11.2 PEMOHON ........................................................................................ 56 11.3 PIAWAIAN UBAH SUAI PREMIS IPTS.............................................. 57 11.3.1 PIAWAIAN UMUM................................................................... 57 11.3.2 PIAWAIAN KHUSUS............................................................... 59 11.4 PROSEDUR PERMOHONAN UBAH SUAI PREMIS IPTS................ 61 11.5 CARTA ALIR PERMOHONAN UBAH SUAI PREMIS IPTS.............. 63 11.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN UBAH SUAI PREMIS IPTS...... 64 11.7 BORANG PERMOHONAN UBAH SUAI PREMIS IPTS..................... 66 12 PENUTUP................................................................................................... 72 13 PERTANYAAN ........................................................................................... 72 14 RUJUKAN................................................................................................... 72


4 / 72 1. PENGENALAN Garis panduan dan piawaian ini merupakan dokumen rujukan kepada pemohon untuk mengemukakan permohonan berkaitan premis Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang meliputi topik-topik seperti berikut: i. Premis baharu (penubuhan atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan atau pendaftaran cawangan IPTS); ii. Pindah premis; iii. Tambah premis; dan iv. Ubah suai premis. 2. LATAR BELAKANG Pembangunan sesebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) turut menyumbang bagi meningkatkan akses, kualiti dan enrolmen pendidikan tinggi di samping dapat meningkatkan status sosioekonomi rakyat (mobiliti sosial) setempat serta melahirkan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan, berkualiti dan membawa kemakmuran kepada negara. Justeru, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) perlu berperanan dalam memperkukuhkan keupayaan IPT dan seterusnya dapat menjayakan transformasi negara. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab IPTS untuk menyediakan kemudahan sokongan dan komponen infrastruktur bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mengikut perkembangan semasa.


5 / 72 3. PIHAK BERKUASA MELULUSKAN Kelulusan Ketua Pendaftar IPTS hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum sesebuah IPTS boleh mendaftarkan premis baharu, pindah premis, tambah premis atau ubah suai premis. Permohonan bagi mendapatkan kelulusan berkaitan premis IPTS hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar IPTS, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 4. TUJUAN Memberi panduan kepada pihak IPTS bagi penyediaan premis yang memenuhi kriteria seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. 5. SKOP Garis panduan dan piawaian ini merangkumi piawaian, prosedur, carta alir, senarai semak dan borang bagi premis baharu, pindah premis, tambah premis dan ubah suai premis di IPTS.


6 / 72 6. TAMBAHAN TAFSIRAN Bagi maksud garis panduan dan piawaian ini, tambahan tafsiran istilah adalah penambahan tafsiran selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. 6.1 “Kemudahan akademik” Premis akademik untuk aktiviti PdP seperti bilik kuliah, bilik tutorial, makmal, bengkel, studio, dewan kuliah, dewan peperiksaan, perpustakaan, bilik kebal dan sebagainya. 6.2 “Kemudahan sokongan” Premis bukan akademik pula adalah seperti bangunan pentadbiran, dewan perhimpunan dan sebagainya yang diperlukan untuk menyokong pengoperasian sesebuah IPTS tersebut. 6.3 “Kondusif” Keadaan yang selamat, selesa dan sesuai dari segi lokasi, tempat dan ruang serta mempunyai peralatan asas yang mencukupi. Keperluan ini penting bagi tujuan penyediaan proses PdP dan khidmat sokongan pelajar serta kakitangan.


7 / 72 6.4 “Perakuan Siap dan Pematuhan” (Certificate of Completion and Compliance) Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) adalah perakuan bangunan yang dikeluarkan oleh (Principal Submitting Person, PSP) yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan LAM. 6.5 “Permit Menduduki” (Occupation Permit) Sijil yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mengesahkan bahawa bangunan tersebut dibina mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan dan layak untuk diduduki. 6.6 “Pindah Premis” Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) berpindah atau beralih atau bertukar premis induk atau keseluruhan premis dari tempat yang terdahulu ke tempat yang baharu. 6.7 “Premis Baharu” Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) mendaftarkan lokasi premis institusi bagi tujuan penubuhan atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan atau pendaftaran cawangan IPTS.


8 / 72 6.8 “Tambah Premis” Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) membuat penambahan ke atas kemudahan akademik dan kemudahan sokongan. 6.9 “Ubah suai Premis” Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) membuat perubahan kepada premis yang telah didaftarkan supaya menjadi lebih sesuai dengan sesuatu keadaan. 7. SINGKATAN CCC Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Cempletion and Compliance) OC Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Occupancy Certificate) OP Permit Menduduki (Occupancy Permit) PBT Pihak Berkuasa Tempatan PdP Pengajaran dan Pembelajaran


9 / 72 8. PREMIS BAHARU IPTS


10 / 72 8.1 PUNCA KUASA Akta 555 memperuntukkan tentang perkara-perkara berhubung dengan premis IPTS. Dalam membuat permohonan yang berkaitan dengan pemilihan dan penyediaan premis, pemohon hendaklah merujuk dan mematuhi kepada peruntukan berkaitan seperti mana terkandung dalam seksyen berikut: Seksyen 24 – Semua Institusi Pendidikan Tinggi Swasta hendaklah didaftarkan Seksyen 25 – Daftar institusi pendidikan tinggi swasta Seksyen 26 – Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan Seksyen 27 – Penolakan pendaftaran Seksyen 28 – Pertukaran premis Seksyen 29 – Syarat Pendaftaran Seksyen 88 – Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan Seksyen 93 – Kehendak tentang premis 8.2 PEMOHON Ketua Eksekutif perlu mengemukakan alamat premis baharu IPTS semasa mengemukakan permohonan penubuhan baharu atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan cawangan atau pendaftaran cawangan IPTS.


11 / 72 8.3 PIAWAIAN PREMIS BAHARU IPTS 8.3.1 PIAWAIAN UMUM i. Ketua Eksekutif bertanggungjawab memastikan premis berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi. ii. Semua kemudahan dan infrastruktur hendaklah mematuhi undangundang yang berkaitan serta peraturan-peraturan kesihatan dan keselamatan. iii. Premis hendaklah mempunyai ruang atau laluan keluar yang selamat sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam. iv. Institusi hendaklah menyediakan bilik isolasi bagi pelajar yang tidak sihat sebelum mendapatkan rawatan lanjut. v. Institusi hendaklah menyediakan pelan perancangan susun atur bilikbilik PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik yang bersesuaian serta boleh berfungsi dengan baik untuk PdP. vi. Institusi hendaklah memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik kakitangan akademik serta bukan akademik.


12 / 72 vii. Lokasi premis hendaklah mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur sokongan seperti komunikasi dan capaian internet yang memuaskan. viii. Lokasi premis hendaklah strategik iaitu berdekatan dengan kemudahan awam seperti perkhidmatan bas, teksi, pengangkutan rel atau perkhidmatan antara bandar lain. ix. Lokasi premis hendaklah dirancang supaya mencukupi untuk menampung keperluan tambahan pembangunan masa hadapan. x. Lokasi premis yang terletak di kawasan komersil hendaklah mempunyai keluasan yang bersesuaian dan penyediaan kemudahan akademik serta kemudahan sokongan yang mencukupi, selamat dan selesa untuk kegunaan pelajar dan kakitangan. xi. Lokasi dan persekitaran premis adalah bebas daripada pengaruh berunsur negatif. Contoh: tempat kegiatan maksiat, aktiviti haram atau lain-lain. xii. Lokasi dan persekitaran premis adalah bebas daripada kawasan yang berisiko tinggi yang boleh mengancam keselamatan. Contoh: kawasan hakisan tanah, kuari, lombong atau industri berbahaya yang menyumbang kepada pencemaran atau masalah kesihatan.


13 / 72 xiii. Institusi digalakkan menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi mengikut nisbah pelajar, kakitangan dan pelawat. xiv. Institusi digalakkan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang mesra pengguna termasuk memenuhi keperluan tertentu seperti golongan orang kurang upaya (OKU). xv. Institusi digalakkan untuk membahagikan susun atur pelan premis mengikut fungsi ruang seperti berikut: a. Zon pentadbiran; b. Zon akademik; c. Zon kediaman; d. Zon rekreasi. xvi. Premis sebaik-baiknya dilengkapi ciri-ciri keselamatan. Contohnya kawasan berpagar, pengawal keselamatan, pas keselamatan, kamera litar tertutup dan lampu sorot dan tumpu. xvii. IPTS boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sekiranya melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar IPTS.


14 / 72 8.3.2 PIAWAIAN KHUSUS i. Premis hendaklah mendapat sokongan daripada agensi berkaitan iaitu: a. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan di bawah naungan PBT, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM); atau b. Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) / Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Occupation of Certificate - OC) / Permit Menduduki (Occupation Permit - OP) yang terkini; atau c. Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT. ii. Sekiranya premis berstatus sewaan, premis tersebut hendaklah masih dalam tempoh sah laku sewaan. iii. IPTS hendaklah menjalankan aktiviti PdP di premis yang telah berdaftar sahaja. iv. Sebarang pertukaran alamat premis hendaklah mendapat kelulusan Menteri terlebih dahulu. v. Setiap premis hendaklah mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sesuai sebagaimana yang ditetapkan di dalam dokumen jaminan kualiti serta mematuhi standard badan bertauliah profesional atau badan akreditasi untuk memastikan PdP berjalan dengan berkesan.


15 / 72 vi. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan akademik yang bersesuaian dan mencukupi bagi maksud mewujudkan suasana PdP yang kondusif berdasarkan dokumen jaminan kualiti. Contoh kemudahan akademik asas yang perlu ada adalah seperti berikut: a. Bilik kuliah b. Perpustakaan atau pusat sumber c. Bilik kebal vii. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan akademik lain mengikut keperluan PdP seperti yang digariskan dalam dokumen jaminan kualiti seperti berikut: a. Bilik tutorial b. Makmal atau bengkel atau studio atau ruang simulasi c. Makmal komputer d. Dewan kuliah atau peperiksaan viii. Institusi hendaklah menyediakan kemudahan sokongan mengikut keperluan yang bersesuaian seperti berikut: a. Pejabat Ketua Eksekutif b. Bilik mesyuarat c. Pejabat am d. Bilik kebal atau peti besi e. Bilik fail dan rekod f. Bilik staf pengurusan dan akademik g. Pejabat hal ehwal pelajar


16 / 72 h. Pejabat hal ehwal pelajar antarabangsa (bagi institusi yang mempunyai pelajar antarabangsa ataupun mempunyai perancangan untuk membuat pengambilan pelajar antarabangsa) i. Pejabat pendaftar ix. Kemudahan bagi tujuan pengurusan kebajikan dan pembangunan pelajar hendaklah disediakan mengikut keperluan pelajar seperti berikut: a. Ruang rehat pelajar b. Kemudahan kokurikulum atau riadah c. Pusat kegiatan pelajar d. Bilik kaunseling e. Bilik isolasi f. Tandas g. Kantin atau kafeteria h. Bilik solat atau surau i. Ruang parkir j. Penginapan pelajar


17 / 72 8.4 PROSEDUR PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS Sila rujuk prosedur permohonan bagi penubuhan baharu atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan cawangan atau pendaftaran cawangan IPTS dalam garis panduan dan piawaian (GPP) Penubuhan Baharu IPTS, GPP Penubuhan Cawangan IPTS atau GPP Pendaftaran IPTS yang terkini. 8.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS Sila rujuk carta alir bagi penubuhan baharu atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan cawangan atau pendaftaran cawangan IPTS dalam garis panduan dan piawaian (GPP) Penubuhan Baharu IPTS, GPP Penubuhan Cawangan IPTS atau GPP Pendaftaran IPTS yang terkini. 8.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS Sila rujuk senarai semak permohonan bagi penubuhan baharu atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan cawangan atau pendaftaran cawangan IPTS dalam portal JPT. 8.7 BORANG PERMOHONAN PREMIS BAHARU IPTS Sila rujuk borang permohonan bagi penubuhan baharu atau pendaftaran baharu IPTS atau penubuhan cawangan atau pendaftaran cawangan IPTS dalam portal JPT.


18 / 72 9. PINDAH PREMIS IPTS


19 / 72 9.1 PUNCA KUASA Akta 555 memperuntukkan tentang perkara-perkara berhubung dengan premis IPTS. Dalam membuat permohonan yang berkaitan dengan pemilihan dan penyediaan premis, pemohon hendaklah merujuk dan mematuhi kepada peruntukan berkaitan seperti mana terkandung dalam seksyen berikut: Seksyen 24 – Semua Institusi Pendidikan Tinggi Swasta hendaklah didaftarkan Seksyen 25 – Daftar institusi pendidikan tinggi swasta Seksyen 26 – Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan Seksyen 27 – Penolakan pendaftaran Seksyen 28 – Pertukaran premis Seksyen 29 – Syarat pendaftaran Seksyen 88 – Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan Seksyen 93 – Kehendak tentang premis 9.2 PEMOHON Permohonan bagi pindah premis IPTS hendaklah dikemukakan oleh Ketua Eksekutif kepada Ketua Pendaftar IPTS.


20 / 72 9.3 PIAWAIAN PINDAH PREMIS IPTS 9.3.1 PIAWAIAN UMUM i. Ketua Eksekutif bertanggungjawab memastikan premis berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi. ii. Semua kemudahan dan infrastruktur hendaklah mematuhi undangundang yang berkaitan serta peraturan-peraturan kesihatan dan keselamatan. iii. Premis hendaklah mempunyai ruang atau laluan keluar yang selamat sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam. iv. Institusi hendaklah menyediakan bilik isolasi bagi pelajar yang tidak sihat sebelum mendapatkan rawatan lanjut. v. Institusi hendaklah menyediakan pelan perancangan susun atur bilikbilik PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik yang bersesuaian serta boleh berfungsi dengan baik untuk PdP. vi. Institusi hendaklah memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik kakitangan akademik serta bukan akademik.


21 / 72 vii. Lokasi premis hendaklah mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur sokongan seperti komunikasi dan capaian internet yang memuaskan. viii. Lokasi premis hendaklah strategik iaitu berdekatan dengan kemudahan awam seperti perkhidmatan bas, teksi, pengangkutan rel atau perkhidmatan antara bandar lain. ix. Lokasi premis hendaklah dirancang supaya mencukupi untuk menampung keperluan tambahan pembangunan masa hadapan. x. Lokasi premis yang terletak di kawasan komersil hendaklah mempunyai keluasan yang bersesuaian dan penyediaan kemudahan akademik serta kemudahan sokongan yang mencukupi, selamat dan selesa untuk kegunaan pelajar dan kakitangan. xi. Lokasi dan persekitaran premis adalah bebas daripada pengaruh berunsur negatif. Contoh: tempat kegiatan maksiat, aktiviti haram atau lain-lain. xii. Lokasi dan persekitaran premis adalah bebas daripada kawasan yang berisiko tinggi yang boleh mengancam keselamatan. Contoh: kawasan hakisan tanah, kuari, lombong atau industri berbahaya yang menyumbang kepada pencemaran atau masalah kesihatan.


22 / 72 xiii. Institusi digalakkan menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi mengikut nisbah pelajar, kakitangan dan pelawat. xiv. Institusi digalakkan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang mesra pengguna termasuk memenuhi keperluan tertentu seperti golongan orang kurang upaya (OKU). xv. Institusi digalakkan untuk membahagikan susun atur pelan premis mengikut fungsi ruang seperti berikut: a. Zon pentadbiran; b. Zon akademik; c. Zon kediaman; d. Zon rekreasi. xvi. Premis sebaik-baiknya dilengkapi ciri-ciri keselamatan. Contohnya kawasan berpagar, pengawal keselamatan, pas keselamatan, kamera litar tertutup dan lampu sorot dan tumpu. xvii. IPTS boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sekiranya melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar IPTS.


23 / 72 9.3.2 PIAWAIAN KHUSUS i. Premis hendaklah mendapat sokongan daripada agensi berkaitan iaitu: a. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan di bawah naungan PBT, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM); atau b. Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) / Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Occupation of Certificate - OC) / Permit Menduduki (Occupation Permit - OP) yang terkini; atau c. Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT. ii. Sekiranya premis berstatus sewaan, premis tersebut hendaklah masih dalam tempoh sah laku sewaan. iii. IPTS hendaklah menjalankan aktiviti PdP di premis yang telah berdaftar sahaja. iv. Ketua eksekutif hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar IPTS terlebih dahulu sebelum berpindah premis. Ketua eksekutif seterusnya perlu mengemas kini perakuan pendaftaran selepas kelulusan pindah premis diperoleh. v. Bagi pindah premis, IPTS bertanggungjawab memaklumkan pihak MQA selepas mendapat surat kelulusan dari JPT bagi tujuan penilaian semula akreditasi (sekiranya berkaitan) kursus pengajian yang terlibat.


24 / 72 vi. Setiap premis hendaklah mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sesuai sebagaimana yang ditetapkan di dalam dokumen jaminan kualiti serta mematuhi standard badan bertauliah profesional atau badan akreditasi untuk memastikan PdP berjalan dengan berkesan. vii. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan akademik yang bersesuaian dan mencukupi bagi maksud mewujudkan suasana PdP yang kondusif berdasarkan dokumen jaminan kualiti. Contoh kemudahan akademik asas yang perlu ada adalah seperti berikut: a. Bilik kuliah b. Perpustakaan atau pusat sumber c. Bilik kebal viii. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan akademik lain mengikut keperluan PdP seperti yang digariskan dalam dokumen jaminan kualiti seperti berikut: a. Bilik tutorial b. Makmal atau bengkel atau studio atau ruang simulasi c. Makmal komputer d. Dewan kuliah atau peperiksaan ix. Institusi hendaklah menyediakan kemudahan sokongan mengikut keperluan yang bersesuaian seperti berikut: a. Pejabat Ketua Eksekutif b. Bilik mesyuarat


25 / 72 c. Pejabat am d. Bilik kebal atau peti besi e. Bilik fail dan rekod f. Bilik staf pengurusan dan akademik g. Pejabat hal ehwal pelajar h. Pejabat hal ehwal pelajar antarabangsa (bagi institusi yang mempunyai pelajar antarabangsa ataupun mempunyai perancangan untuk membuat pengambilan pelajar antarabangsa) i. Pejabat pendaftar x. Kemudahan bagi tujuan pengurusan kebajikan dan pembangunan pelajar hendaklah disediakan mengikut keperluan pelajar seperti berikut: a. Ruang rehat pelajar b. Kemudahan kokurikulum atau riadah c. Pusat kegiatan pelajar d. Bilik kaunseling e. Bilik isolasi f. Tandas g. Kantin atau kafeteria h. Bilik solat atau surau i. Ruang parkir j. Penginapan pelajar


26 / 72 9.4 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS i. Permohonan bagi pindah premis hendaklah dikemukakan mengikut senarai semak permohonan yang ditetapkan melalui Sistem e-IPTS. ii. Ketua Eksekutif perlu mengisi borang permohonan bagi pindah premis IPTS iaitu Jadual Kedua (Borang H – Permohonan Untuk Menukar Atau Mengubah suai Premis Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) bersama dokumen-dokumen berkaitan. iii. Fi pemprosesan (bank draf / kiriman wang / pembayaran dalam talian) atas nama “Akauntan Negara Malaysia – KPT – T” dikenakan bagi permohonan pindah premis IPTS adalah seperti berikut: a. IPTS bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan luar negeri - RM100.00. b. IPTS bertaraf kolej - RM50.00. iv. Pemakluman awal kepada Ketua Pendaftar IPTS untuk pindah boleh dikemukakan tidak kurang daripada enam (6) bulan sebelum pindah premis yang dicadangkan itu.


27 / 72 v. Permohonan kepada Ketua Pendaftar IPTS untuk mendapatkan kelulusan pindah premis hendaklah dikemukakan tidak kurang daripada tiga (3) bulan sebelum pindah premis yang dicadangkan itu. vi. Permohonan pindaan perakuan pendaftaran hendaklah dibuat setelah mendapat kelulusan pindah premis.


28 / 72 9.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS Tidak Lengkap Pindaan perakuan pendaftaran di dalam Sistem e-IPTS Sijil pendaftaran & Lampiran A dan Lampiran B Pemohon mengemukakan permohonan kepada JPT melalui Sistem e-IPTS JPT terima dokumen Lengkap Lawatan Premis (sekiranya perlu) Lulus Menerima surat kelulusan Dokumen dikembalikan kepada pemohon melalui Sistem e-IPTS untuk pembetulan Menerima surat penolakan Lulus Tidak Lulus Status permohonan Status dokumen permohonan


29 / 72 9.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS (Sebarang perubahan terhadap senarai semak akan dikemas kini di portal JPT iaitu jpt.mohe.gov.my) i. Surat iringan permohonan daripada IPTS (ditandatangani oleh Ketua Eksekutif) ii. Borang H (Permohonan untuk menukar atau mengubah suai premis IPTS) iii. Fi pemprosesan (bank draf/ kiriman wang /pembayaran dalam talian) atas nama “Akauntan Negara Malaysia – KPT – T”: a. Universiti / Kolej Universiti / Kampus Cawangan – RM100.00 b. Kolej – RM50.00 iv. Perjanjian sewa (Tenancy agreement) premis / perjanjian jual beli premis (sales and purchase agreement) yang ditandatangani dan dimeterai perlu dimatikan setem (jika berkaitan). v. Surat sokongan agensi (Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perancang / Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). vi. Salinan pelan lantai yang diluluskan oleh PBT atau disediakan oleh Arkitek Berdaftar atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar.


30 / 72 vii. Surat Akuan Persetujuan daripada pelajar atau ibu bapa pelajar dan senarai nama pelajar terlibat (sekiranya berpindah premis) (Rujuk Portal JPT). viii. Salinan softcopy profil IPTS (Rujuk Portal JPT)*. ix. Salinan softcopy gambar berwarna sekitar premis bagi permohonan tambah atau pindah premis (Rujuk Portal JPT)*. x. Salinan softcopy gambar berwarna sebelum dan selepas ubah suai dilakukan (jika berkaitan). xi. Salinan softcopy gambar berwarna setiap bilik yang akan didaftarkan dalam Lampiran A (Rujuk Portal JPT)*. xii. Video premis dari pintu masuk dan keseluruhan premis termasuk bilik yang akan didaftarkan (mohon kemukakan pautan video sahaja)*. Nota: *bagi IPTS yang memperoleh MyQUEST 4/5/6 atau SETARA 4/5/6.


31 / 72 BORANG H AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996 PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PENDAFTARAN) 1997 PERMOHONAN UNTUK MENUKAR ATAU MENGUBAH SUAI PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA No Perakuan Perakuan: Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Tinggi Saya mohon untuk menukar dan mengubah suai premis institusi pendidikan tinggi swasta sebagaimana butir-butir yang dinyatakan dalam ini. 2. Saya sertakan bersama-sama ini fi yang berikut: (a) Menukar premis: institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf universiti, kolej universiti atau kampus cawangan RM100.00 institusi pendidikan tinggi swasta RM50.00 (b) Mengubah suai premis: institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf universiti, kolej universiti atau kampus cawangan RM100.00 institusi pendidikan tinggi swasta RM50.00 Nama bank: …………………………………………………………….…………… No. draf bank: …………………………………………………………….………... Yang benar, …………………………………………… (Tandatangan Ketua Eksekutif) Nama penuh: ...................................................................... No. K.P./No. Pasport: ......................................................... Tarikh: ………………………………..................................... 9.7 BORANG PERMOHONAN PINDAH PREMIS IPTS


32 / 72 BAHAGIAN I UNTUK DIISI OLEH KETUA EKSEKUTIF 1. Nama Institusi: ............................................................................................................................................ 2. Alamat Institusi: ............................................................................................................................................ ................................................................................................Poskod:............................... No. telefon: ............................................................................ No. faks: ................................................................................ E-mel: ................................................................................... 3. Maklumat penubuhan: No. rujukan kelulusan penubuhan: ……………………..………………………. Tarikh kelulusan: …………………………………………………………………. 4. Maklumat pendaftaran: No. perakuan pendaftaran: ……………………………………………………….. Tarikh pendaftaran: ……………………………………………………….………. Tarikh tamat tempoh: ………………………………………………………………. BAHAGIAN II JIKA PERMOHONAN ADALAH UNTUK MENUKAR PREMIS (Sila tanda (√) di kotak-kotak yang berkenaan) 5. Alamat premis baharu: .................................................................................................................................................. ...............................................................................................Poskod:………………………..... No. telefon: .............................................................................. No. faks: .................................................................................... E-mel: ...................................................................................... 6. Jenis institusi: universiti kolej universiti kampus cawangan institusi pendidikan tinggi swasta Institusi pendidikan jarak jauh


33 / 72 7. Maklumat premis: (i) Jenis premis Bangunan kampus kompleks pejabat kompleks membeli belah rumah kedai rumah lain-lain (nyatakan):……………………….. (ii) Pemunyaan pemunya penyewa Amaun sewa: RM……………………...... setiap bulan/tahun* Tarikh tamat tempoh sewaan: ……………………………………………… Nama dan alamat pemunya premis: ………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………..……………………………………… (Sila lampirkan suatu salinan pelan perjanjian sewaan) a. Luas lantai premis : …………………………………..…………………….meter persegi (Sila lampirkan suatu salinan pelan lantai premis) b. Luas tapak premis : ………………………................................................…hektar (Sila lampirkan suatu salinan pelan tapak premis) 8. Butir-butir bilik: No. Bilik Jenis Kegunaan Bilik Ukuran Bilik


34 / 72 9. Butir-butir kemudahan/kelengkapan: Bil. Jenis Kemudahan/Kelengkapan Jumlah (Sila lampirkan pelan bangunan bagi premis baru dengan menomborkan setiap bilik)


35 / 72 BAHAGIAN III JIKA PERMOHONAN ADALAH UNTUK MENGUBAH SUAI PREMIS (Sila tanda (√) di kotak-kotak yang berkenaan) 10. Jenis pengubahsuaian: 11. Butir-butir pengubahsuaian: Bil. Bilik/Bangunan Sedia Ada Bilik/Bangunan Baru (Sila lampirkan suatu salinan pelan lantai dan pelan lantai baru yang ditentusahkan) Tambahan bilik/bangunan Pengurangan bilik/bangunan Pengubahsuaian kegunaan bilik/bangunan Pengubahsuaian lain: (nyatakan) …………………………………………………


36 / 72 BAHAGIAN IV PENGAKUAN Saya ……………………………........No. Kad Pengenalan ./ No. Pasport:……………... (Nama Ketua Eksekutif) bagi pihaksyarikat/pertubuhan/perbadanan/institusi* iaitu ............................................. .........……………….…………………………..……………………………………................. dengan sesungguhnya dan sejujurnya mengaku bahawa— (a) pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam borang permohonan ini dan dokumen-dokumen yang dikepilkan adalah benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya; (b) tandatangan pada borang permohonan ini adalah dengan tulisan tangan saya; dan (c) sepanjang pengetahuan saya, semua anggota pengurusan, kakitangan dan guru yang diambil kerja di institusi pendidikan tinggi swasta ini tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah. * Potong mana-mana yang tidak berkenaan Ditandatangani dan diakui oleh saya, Cap Rasmi ………………………………….………….. …………………………………….............. (Tandatangan Ketua Eksekutif) (Tarikh)


37 / 72 10. TAMBAH PREMIS IPTS


38 / 72 10.1 PUNCA KUASA Akta 555 memperuntukkan tentang perkara-perkara berhubung dengan premis IPTS. Dalam membuat permohonan yang berkaitan dengan pemilihan dan penyediaan premis, pemohon hendaklah merujuk dan mematuhi kepada peruntukan berkaitan seperti mana terkandung dalam seksyen berikut: Seksyen 24 – Semua Institusi Pendidikan Tinggi Swasta hendaklah didaftarkan Seksyen 25 – Daftar institusi pendidikan tinggi swasta Seksyen 26 – Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan Seksyen 27 – Penolakan pendaftaran Seksyen 28 – Pertukaran premis Seksyen 29 – Syarat Pendaftaran Seksyen 88 – Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan Seksyen 93 – Kehendak tentang premis 10.2 PEMOHON Permohonan bagi tambah premis IPTS hendaklah dikemukakan oleh Ketua Eksekutif kepada Ketua Pendaftar IPTS.


39 / 72 10.3 PIAWAIAN TAMBAH PREMIS IPTS 10.3.1 PIAWAIAN UMUM i. Ketua Eksekutif bertanggungjawab memastikan premis berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi. ii. Semua kemudahan dan infrastruktur hendaklah mematuhi undangundang yang berkaitan serta peraturan-peraturan kesihatan dan keselamatan. iii. Premis hendaklah mempunyai ruang atau laluan keluar yang selamat sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam. iv. Institusi hendaklah menyediakan bilik isolasi bagi pelajar yang tidak sihat sebelum mendapatkan rawatan lanjut. v. Institusi hendaklah menyediakan pelan perancangan susun atur bilikbilik PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik yang bersesuaian serta boleh berfungsi dengan baik untuk PdP. vi. Institusi hendaklah memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik kakitangan akademik serta bukan akademik.


40 / 72 vii. Lokasi premis hendaklah mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur sokongan seperti komunikasi dan capaian internet yang memuaskan. viii. Lokasi premis hendaklah strategik iaitu berdekatan dengan kemudahan awam seperti perkhidmatan bas, teksi, pengangkutan rel atau perkhidmatan antara bandar lain. ix. Lokasi premis hendaklah dirancang supaya mencukupi untuk menampung keperluan tambahan pembangunan masa hadapan. x. Lokasi premis yang terletak di kawasan komersil hendaklah mempunyai keluasan yang bersesuaian dan penyediaan kemudahan akademik serta kemudahan sokongan yang mencukupi, selamat dan selesa untuk kegunaan pelajar dan kakitangan. xi. Lokasi dan persekitaran premis adalah bebas daripada pengaruh berunsur negatif. Contoh: tempat kegiatan maksiat, aktiviti haram atau lain-lain. xii. Lokasi dan persekitaran premis adalah bebas daripada kawasan yang berisiko tinggi yang boleh mengancam keselamatan. Contoh: kawasan hakisan tanah, kuari, lombong atau industri berbahaya yang menyumbang kepada pencemaran atau masalah kesihatan.


41 / 72 xiii. Institusi digalakkan menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi mengikut nisbah pelajar, kakitangan dan pelawat. xiv. Institusi digalakkan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang mesra pengguna termasuk memenuhi keperluan tertentu seperti golongan orang kurang upaya (OKU). xv. Institusi digalakkan untuk membahagikan susun atur pelan premis mengikut fungsi ruang seperti berikut: a. Zon pentadbiran; b. Zon akademik; c. Zon kediaman; d. Zon rekreasi. xvi. Premis sebaik-baiknya dilengkapi ciri-ciri keselamatan. Contohnya kawasan berpagar, pengawal keselamatan, pas keselamatan, kamera litar tertutup dan lampu sorot dan tumpu. xvii. IPTS boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sekiranya melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar IPTS.


42 / 72 10.3.2 PIAWAIAN KHUSUS i. Premis hendaklah mendapat sokongan daripada agensi berkaitan iaitu: a. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan di bawah naungan PBT, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM); atau b. Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) / Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Occupation of Certificate - OC) / Permit Menduduki (Occupation Permit - OP) yang terkini; atau c. Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT. ii. Sekiranya premis berstatus sewaan, premis tersebut hendaklah masih dalam tempoh sah laku sewaan. iii. IPTS hendaklah menjalankan aktiviti PdP di premis yang telah berdaftar sahaja. iv. Ketua eksekutif hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar IPTS terlebih dahulu sebelum menambah premis. Ketua eksekutif seterusnya perlu mengemas kini perakuan pendaftaran selepas kelulusan tambah premis diperoleh. v. Premis tambahan perlu berada dalam lingkungan radius 25 kilometer dari premis induk. Jumlah radius ini juga mengambil kira mobiliti pelajar dari premis induk ke premis tambahan.


43 / 72 vi. Setiap premis hendaklah mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sesuai sebagaimana yang ditetapkan di dalam dokumen jaminan kualiti serta mematuhi standard badan bertauliah profesional atau badan akreditasi untuk memastikan PdP berjalan dengan berkesan. vii. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan akademik yang bersesuaian dan mencukupi bagi maksud mewujudkan suasana PdP yang kondusif berdasarkan dokumen jaminan kualiti. viii. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan akademik lain mengikut keperluan PdP seperti yang digariskan dalam dokumen jaminan kualiti. ix. Institusi hendaklah menyediakan kemudahan sokongan mengikut keperluan yang bersesuaian. x. Kemudahan bagi tujuan pengurusan kebajikan dan pembangunan pelajar hendaklah disediakan mengikut keperluan pelajar yang bersesuaian.


44 / 72 10.4 PROSEDUR PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS i. Permohonan bagi tambah premis hendaklah dikemukakan mengikut senarai semak permohonan yang ditetapkan melalui Sistem e-IPTS. ii. Ketua Eksekutif perlu mengisi borang permohonan bagi tambah premis IPTS iaitu Jadual Kedua (Borang H – Permohonan Untuk Menukar Atau Mengubah suai Premis Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) bersama dokumen-dokumen berkaitan. iii. Fi pemprosesan (bank draf / kiriman wang / pembayaran dalam talian) atas nama “Akauntan Negara Malaysia – KPT – T” dikenakan bagi permohonan tambah premis IPTS adalah seperti berikut: a. IPTS bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan luar negeri - RM100.00. b. IPTS bertaraf kolej - RM50.00. iv. Pemakluman awal kepada Ketua Pendaftar IPTS untuk tambah premis boleh dikemukakan tidak kurang daripada enam (6) bulan sebelum tambah premis yang dicadangkan itu.


45 / 72 v. Permohonan kepada Ketua Pendaftar IPTS untuk mendapatkan kelulusan tambah premis hendaklah dikemukakan tidak kurang daripada tiga (3) bulan sebelum tambah premis yang dicadangkan itu. vi. Permohonan pindaan perakuan pendaftaran hendaklah dibuat setelah mendapat kelulusan tambah premis.


46 / 72 10.5 CARTA ALIR PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS Tidak Lengkap Pindaan perakuan pendaftaran di dalam Sistem e-IPTS Sijil pendaftaran & Lampiran A dan Lampiran B Pemohon mengemukakan permohonan kepada JPT melalui Sistem e-IPTS JPT terima dokumen Lengkap Lawatan Premis (sekiranya perlu) Lulus Menerima surat kelulusan Dokumen dikembalikan kepada pemohon melalui Sistem e-IPTS untuk pembetulan Menerima surat penolakan Tidak Lulus Status permohonan Status dokumen permohonan


47 / 72 10.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS (Sebarang perubahan terhadap senarai semak akan dikemas kini di portal JPT iaitu jpt.mohe.gov.my) i. Surat iringan permohonan daripada IPTS (ditandatangani oleh Ketua Eksekutif) ii. Borang H (Permohonan untuk menukar atau mengubah suai premis IPTS) iii. Fi pemprosesan (bank draf / kiriman wang / pembayaran dalam talian) atas nama “Akauntan Negara Malaysia – KPT – T”: a. Universiti / Kolej Universiti / Kampus Cawangan – RM100.00 b. Kolej – RM50.00 iv. Perjanjian sewa (Tenancy agreement) premis / perjanjian jual beli premis (sales and purchase agreement) yang ditandatangani dan dimeterai perlu dimatikan setem (jika berkaitan). v. Surat sokongan agensi (Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perancang / Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)).


48 / 72 vi. Salinan pelan lantai yang diluluskan oleh PBT atau disediakan oleh Arkitek Berdaftar atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar. vii. Surat Akuan Persetujuan daripada pelajar atau ibu bapa pelajar dan senarai nama pelajar terlibat (sekiranya berpindah premis) (Rujuk Portal JPT). viii. Salinan softcopy profil IPTS (Rujuk Portal JPT)*. ix. Salinan softcopy gambar berwarna sekitar premis bagi permohonan tambah atau pindah premis (Rujuk Portal JPT)*. x. Salinan softcopy gambar berwarna sebelum dan selepas ubah suai dilakukan (jika berkaitan). xi. Salinan softcopy gambar berwarna setiap bilik yang akan didaftarkan dalam Lampiran A (Rujuk Portal JPT)*. xii. Video premis dari pintu masuk dan keseluruhan premis termasuk bilik yang akan didaftarkan (mohon kemukakan pautan video sahaja)*. Nota: *bagi IPTS yang memperoleh MyQUEST 4/5/6 atau SETARA 4/5/6.


49 / 72 10.7 BORANG PERMOHONAN TAMBAH PREMIS IPTS BORANG H AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996 PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PENDAFTARAN) 1997 PERMOHONAN UNTUK MENUKAR ATAU MENGUBAH SUAI PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA No Perakuan Perakuan: Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Tinggi Saya mohon untuk menukar dan mengubah suai premis institusi pendidikan tinggi swasta sebagaimana butir-butir yang dinyatakan dalam ini. 2. Saya sertakan bersama-sama ini fi yang berikut: (a) Menukar premis: institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf universiti, kolej universiti atau kampus cawangan RM100.00 institusi pendidikan tinggi swasta RM50.00 (b) Mengubah suai premis: institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf universiti, kolej universiti atau kampus cawangan RM100.00 institusi pendidikan tinggi swasta RM50.00 Nama bank: …………………………………………………………….…………… No. draf bank: …………………………………………………………….………... Yang benar, …………………………………………… (Tandatangan Ketua Eksekutif) Nama penuh: ...................................................................... No. K.P./No. Pasport: ......................................................... Tarikh: ……………………………….....................................


50 / 72 BAHAGIAN I UNTUK DIISI OLEH KETUA EKSEKUTIF 1. Nama Institusi: ............................................................................................................................................ 2. Alamat institusi: ............................................................................................................................................ .............................................................................................. Poskod:................................ No. telefon: ............................................................................ No. faks: ................................................................................ E-mel: ................................................................................... 3. Maklumat penubuhan: No. rujukan kelulusan penubuhan: ……………………..………………………. Tarikh kelulusan: …………………………………………………………………. 4. Maklumat pendaftaran: No. perakuan pendaftaran: ……………………………………………………….. Tarikh pendaftaran: ……………………………………………………….………. Tarikh tamat tempoh: ………………………………………………………………. BAHAGIAN II JIKA PERMOHONAN ADALAH UNTUK MENUKAR PREMIS (Sila tanda (√) di kotak-kotak yang berkenaan) 5. Alamat premis baharu: .................................................................................................................................................. ................................................................................Poskod:………………………………......... No. telefon: .............................................................................. No. faks: .................................................................................... E-mel: ...................................................................................... 6. Jenis institusi: universiti kolej universiti kampus cawangan institusi pendidikan tinggi swasta Institusi pendidikan jarak jauh


Click to View FlipBook Version