MPU 3103
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO : SUKAN DAN PERADABAN
PENSYARAH : SIR RAJA AHMAD RAJA HUSIN
KELAS : DPR1A
NAMA NO MATRIX
AFDHAN ZIQRI INDAVID 07DPR21F2006
MOHAMAD IZWAN SYAFIQ 07DPR21F2004
SHELLMA ANAK GILBERT 07DPR21F2035
NURYN AIDAYANA SOFFEA BINTI MOHAMAD NAZIR 07DPR21F2021
NUR SYAFIQAH SYAZWANI BINTI DURASIP 07DPR21F2017
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA BIL.
M/S
1. PENGENALAN
2. MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN 1
3. IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM 2
4. PERANAN IKON SUKAN DALAM PERPADUAN 3-4
5. SATU MURID SATU SUKAN 5-6
6. JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI 7-8
9-10
NASIONAL
7. KESIMPULAN 11
PENGENALAN
SUKAN DAN PERPADUAN TIDAK ASING LAGI DI NEGARA KITA MALAYSIA, HAL
INI KERANA DENGAN ADANYA SUKAN IA SEDIKIT SEBANYAK MEMBENTUK
SEBUAH PERPADUAN YANG AMAN DAN DAMAI TANPA ADA PERMUSUHAN
ANTARA KAUM DI MALAYSIA, KERANA KITA HIDUP DALAM PELBAGAI KAUM DAN
BANGSA. INFRASTRUKTUR SUKAN YANG TERDAPAT DI NEGARA INI SESUAI
UNTUK ACARA SUKAN SAMA ADA DI PERINGKAT KEBANGSAAN MAHUPUN
ANTARABANGSA. DENGAN INI, ATLET-ATLET NEGARA DALAM YANG TERLIBAT
DALAM PELBAGAI JENIS SUKAN DAPAT MEMBENTUK KEROHANIAN
MASYARAKAT SEKALI GUS MAMPU MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI
PERSADA DUNIA.
MAKSUD SUKAN
SUKAN IALAH AKTIVITI FIZIKAL YANG DILAKUKAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN
SEPERTI PERTANDINGAN, KESERONOKAN, PEMBANGUNAN, KEMAHIRAN,
KECEMERLANGAN, DAN SEBAGAINYA. AKTIVITI RIADAH SEPERTI JOGGING
JUGA MERUPAKAN SALAH SATU SUKAN RIADAH YANG ADA DI NEGARA INI.
MAKSUD PERPADUAN
PERPADUAN IALAH PROSES MRNYATUPADUKAN SEMUA ANGGOTA
MASYARAKAT DAN NEGARA MELALUI IDEOLOGI SUPAYA SETIAP ANGGOTA
M,ASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA
SATU PERASAAN KEBANGSAAN BERSAMA DI KALANGAN MEREKA
IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN
KAUM
Tanpa kita sedari, melalui sukan perpaduan dapat dipupuk dalam diri masyarakat
meskipun masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Walaupun
negara kita iaitu Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum, agama dan bangsa,
namun ianya bukanlah penghalang bagi masyrakat untuk terus bersatu padu. Hal ini
demikian kerana, aktiviti yang sihat seperti bersukan dan riadah ini dapat mengukuhkan
perpaduan yang melibatkan pelbagai kaum. Terdapat pelbagai contoh yang boleh
diambil daripada sukan dalam memupuk perpaduan antara masyarakat di bawah satu
naungan. Antaranya ialah, sewaktu Malaysia menjuarai SUKAN SEA ke 29 yang
diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebaik sahaja negara Malaysia diumumkan
sebagai pemenang keseluruhan SUKAN SEA ken 29, seluruh rakyat Malaysia
menyambut kemenangan tersebut dengan penuh keriangan dan kebanggan terhadap
kejayaan yang telah di capai oleh para atlet Malaysia yang telah bertungkus-lumus
memenangi acara yang dipertandingkan. Kejayaan ini telah disambut oleh semua
rakyat Malaysia dan bukan itu sahaja, ianya juga turut disambut oleh Menteri Belia dan
sukan serta Perdana Menteri yang turut hadir pada acara penutupan SUKAN SEA edisi
29. Seterusnya,perpaduan melalui sukan juga dapat dipupuk biarpun masyarakat yang
berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong
pasukan negara yang bertanding tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Tambahan
pula, apabila demokrasi seperti mengundi pemimpin daerah diadakan. Sebagai contoh,
meskipun rakyat yang akan menjadi berpuak puak apabila melibatkan kefahaman politik
yang berlainan, namun apabila sebut sahaja tentang sukan, rakyat yang dahulunya
berpuak dek kerana kefahaman politik yang berlainan, kini telah bersatu demi memberi
sokongan yang padu kepada para atlet dan pemain yang terlibat. Contohnya, apabila
pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya
kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai dan menjadi milik kita
bersama. Sokongan yang padu dan terbaik di berikan oleh rakyat Malaysia kepada atlet
yang sedang bertanding demi mengharumkan nama negara.
BERIKUT IALAH ANTARA KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH
KONTINJEN MALAYSIA :
PERANAN IKON SUKAN DALAM
PERPADUAN
Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama negara, peranan
ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain iaitu dari perspektif perpaduan kaum.
Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan negara,
sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan yang terdiri dari
masyarakat yang berbilang kaum, agama, dan bangsa yang berkongsi minat yang
sama. Setiap kali perlawanan berlangsung, kita dapat melihat penyokong akan
bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.
Rajah:Penyokong yang terdiri dari pelbagai kaum
Perpaduan dalam negara penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi
alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus
diketengahkan dengan lebih tersusun di dalam pelbagai ruangan termasuk sekolah dan
kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukanlah sekadar dalam masyarakat, tetapi
juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Hal
ini kerana, sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat
"kekitaan" dalam masyarakat di Negara kita. "kekitaan" dalam masyarakat di Negara
kita.
Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum,
pergaulan dan interaksi atlet. Pemain pelbagai kaum akan persefahaman yang erat.
Ketika pertandingan atau permainan akan berlangsung mereka akan Bersatu hati,
saling membantu untuk menjayakan misi negara.
SATU MURID SATU SUKAN
Dasar 1 murid 1 sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada
tahun 2011 iaitu Datuk Sri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak banyak
mendatangkan mafaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program
pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1 murid 1 sukan menjadi serampang
dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan iaitu melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya
untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan atau permainan di sekolah.
Antara manfaat dasar 1 murid 1 sukan ini ialah murid-murid dapat mengisi masa lapang
mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid yang
menglibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai contoh, murid-
murid dapat menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti bola sepak, badminton,
bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu memang
memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Hal ini membolehkan murid-murid
dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat mengelakkan diri daripada
aktiviti yang kurang berfaedah.
Seterusnya, program ini juga dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan
dalam kalangan murid sekolah. Hal ini penting kerana murid yang aktif dalam sukan
akan menyebabkan badan mereka merasa sihat dan cergas. Oleh yang demikian, otak
mereka akan cedas dan murid-murid akan mudah memahami pembelajaran di sekolah
dan dapat mencapai kecermelangan dalam bidang akedemik. Hal ini membuktikan
bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mudah mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Dasar ini juga dapat membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang
sukan atau permainan, memalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat
disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru bak kata pepatah kalua tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
JABATANPERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI
NASIONAL
VISI:
Peneraju perpaduan dan keharmonian negara Malaysia
MISI:
Memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian negara berasaskan perlembagaan
persekutuan dan rukun negara berasaskan perlembagaan persekutuan dan rukun
negara
MOTO
“BERSATU KITA MAJU”
Perana perpaduan
➢ Mendidik masyarakat agar cinta akan perpaduan
➢ Memelihara, mengekalkan dan meningkatkan perhubungan kaum
ke arah perpaduan nasional
➢ Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama
➢ Menjalankan wahana perpaduan dan kajian perhubungan kaum
➢ Melaksanakan Langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal
ehwal perpaduan negara dan integrasi nasional
➢ Menyediakan syor kepada kerajaan dalam menyatakan pendirian
negara di peringkat antarabangsa
Dasar kualiti perpaduan
Dasar kualiti perpaduan adalah untuk menjadikan perpaduan
sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, mampu memelihara, memupuk
dan memperkukuhkan perpaduan dan intergrasi nasional melaui aktiviti-
altiviti kemasyarakatan.
Kesimpulan
Sukan adalah satu langakh dalam membentuk perpaduan yang paling berkesan
dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Tidak kira dalam
bentuk apa jua jenis sukan, kesemuanya dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara kaum. Betapa besarnya peranan sukan ini dapat dilihat dari aspek Malaysia ini
terus-menerus memastikan perpaduan kaum terus utuh selepas Malaysia menyambut
Hari Kebangsaan. Sukan bukanlah hanya satu aktiviti yang ditonton, dilihat dan dinikmati
persembahannya, tetapi ianya juga adalah jauh lebih besar iaitu menjadi penyebab
kaum-kaum di Malaysia sentiasa Bersatu-padu sehingga ke hari ini. Jelaslah bahawa,
suksan boleh dikategorikan sebagai satu rangkaian perpaduan di negara Malaysia yang
tercinta ini iaitu yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Perkara ini secara tidak
langsung semakin menghapuskan jurang yang wujud antara kaum dan seterusnya
menggalakkan orang ramai untuk melupakan perbezaan sesama sendiri. Oleh itu, apa
yang telah pasti, semangat persaudaraan yang dapat dibina melalui aktiviti sukan ini akan
terus diterapkan supaya negara kita akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan juga
harmoni.