The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marqah, 2020-04-14 01:05:42

perpaduan_integrasi_nasional_Neat

LAPORAN PRESTASI




P E R F O RMANC E REP O R T








DITERBITKAN OLEH:
BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Laman web: www.penerangan.gov.my
Portal: pmr.penerangan.gov.my
E-mel : [email protected]
B.026 (B.M) OGOS 2016 (050.)
CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT NO.MY.-AR5240

KANDUNGAN




•••••••••• 02 Pengenalan: Apa itu Perpaduan
dan Integrasi Nasional?
•••••••••• 06 Inisiatif-Inisiatif Perpaduan & Integrasi Nasional
∫ Rukun Tetangga
∫ Skim Rondaan Sukarela
∫ Mediator Komuniti
∫ Kelab Rukun Negara
∫ Sekretariat Rukun Negara
∫ Tabika Perpaduan
∫ Taska Permata Perpaduan
∫ Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)
••••••••••33 Inisiatif Khas Kerajaan
∫ Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN)
∫ Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman
dan Keharmonian antara Penganut Agama (JKMPKA)

•••••••••• 39 Penutup

Perpaduan Dan
Integrasi Nasional


Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang
berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun
demikian, perpaduan dan integrasi merujuk
kepada dua proses yang berbeza.

Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat
dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah,
hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang
bersatu dengan memberi komitmen yang penuh
kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Manakala integrasi nasional merupakan satu proses
dinamik yang merapatkan masyarakat antara negeri
dan wilayah bagi membentuk satu bangsa Malaysia
yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Integrasi Nasional


Integrasi Nasional merupakan usaha merapatkan
hubungan masyarakat pelbagai kaum ke arah
meningkatkan semangat muhibbah dan rasa kekitaan
demi keharmonian dan kesejahteraan negara. Melalui
integrasi nasional, pemupukan dan penggalakkan
interaksi sosial yang memfokus kepada saling menerima
dan menghargai sosio-budaya antara kaum dapat
mengeratkan hubungan antara kaum.

01 Menggalakkan interaksi sosial di antara masyarakat
pelbagai kaum tinggal di negeri dan wilayah berbeza
bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi
nasional.

Meningkatkan perasaan kekitaan dan semangat
02
muhibah dengan memahami adat resam, budaya
dan amalan hidup masyarakat tempatan.

Meningkatkan kefahaman dan mengikis persepsi
03 negatif antara masyarakat pelbagai kaum demi
pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional.
••••••••••••••••••••••••••••••••
4 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERPADUAN ADALAH AMAT

PENTING, KERANA JIKA TIDAK
ADA PERPADUAN MAKA KITA

TIDAK AKAN MENIKMATI

KEAMANAN DAN JIKA TIDAK
ADA KEAMANAN MAKA TIDAK

AKAN ADA PEMBANGUNAN
DAN PROSPERITI




Allahyarham Tun Abdul Razak
(Sumber dipetik daripada: Ucapan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima
Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Majlis
Sentuhan Kasih DiRaja Perlis, 19 April 2015)


PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 5

6 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Rukun
Tetangga


PENGENALAN
Skim Rukun Tetangga telah
dilancarkan oleh Allahyarham Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga
Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu
(Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan
awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan
keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu
yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian
yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.
Kini, Rukun Tetangga (RT) berkembang sebagai organisasi
sukarela diperingkat akar umbi berlandaskan Akta Rukun
Tetangga 2012 yang melaksanakan aktiviti / perkhidmatan
untuk tujuan memupuk, meningkatkan dan mengukuhkan
semangat kejiranan, perpaduan, kesejahteraan dan kualiti
hidup di dalam kalangan masyarakat.
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 7

Fungsi Dan Tugas

Jawatankuasa
Rukun Tetangga


SEKSyEN & AKTA RUKUN
TETANGGA 2012

Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan
01 mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah,
keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama,
keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi
dan kualiti hidup dalam kalangan anggota masyarakat

Menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat
02 semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam
kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhati dan
penyiasat itu kepada Pengarah.

Mengambil apa-apa langkah yang wajar untuk
03 membolehkan pemastautin melindungi diri mereka
••••••••••••••••••••••••••••••••
terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana.

8 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi
04 maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-
apa pertikaian atau perselisihan dalam kalangan anggota
masyarakat; dan

Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang
05 diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
••••••••••••••

Skim Rondaan Sukarela

PENGENALAN
Skim Rondaan Sukarela adalah satu skim yang dipohon
01
oleh sekumpulan pemastautin dalam Kawasan Rukun
Tetangga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20
orang dan berumur 18 tahun ke atas.

Skim Rondaan Sukarela telah dilancarkan secara rasminya
02
pada 21 Februari 2004 di Pulau Pinang. Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 14 April 2004 telah memutuskan
untuk memperluaskan SRS di seluruh negara.

Tujuan utama penubuhan Skim Rondaan Sukarela adalah
03
•••••••••••••••••••••••••••
untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan
jenayah dan gejala sosial di komuniti setempat.
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 9

Permohonan untuk
04 mengendalikan Skim
Rondaan Sukarela
di keseluruhan atau
sebahagian kawasan
perlu dikemukakan
kepada Jabatan •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Perpaduan Negara &
Integrasi Nasional untuk
kelulusan Ketua Pengarah.

Peranan Kawasan Rukun
05
Tetangga dalam menjaga
•••••••••••••••••••••••••••••
keselamatan telah diperkasakan apabila •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Skim Rondaan Sukarela (SRS) diiktiraf dan dipromosi
sebagai salah satu pelaksana utama dalam inisiatif
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Iaitu untuk
meningkatkan keselamatan dan mencegah
jenayah di bawah GTP dan
bekerjasama dengan PDRM dan
RELA serta pihak berkuasa
tempatan.





10 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Tugas Anggota Skim

Rondaan Sukarela

SEKSyEN 18 AKTA RUKUN TETANGGA 2012
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
01
02
Tugas meronda di dalam Tugas mengawal di Pusat
Kawasan sebagaimana Kawasan pada apa-apa
yang ditentukan oleh waktu sebagaimana yang
Jawatankuasa Kawasan ditentukan oleh Pengarah.
Rukun Tetangga.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
03
Tugas mengawal di mana- mana premis, tempat
atau lokasi di dalam Kawasan sebagaimana yang
dikehendaki oleh Pengarah.











PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 11

SKUAD UNITI

PENGENALAN
Skuad Uniti ditubuhkan di peringkat
komuniti Rukun Tetangga dengan
matlamat khusus untuk memberi khidmat :

01 02 03 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bantu mula dalam Khidmat Mediasi Komuniti.
aspek sosial; komuniti; dan
Program ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9
Mac 2014 bersempena dengan Program Penyatuan Nasional
di Perumahan Awam Seri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Skuad Uniti melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa
mengira kaum dan bertindak sebagai agen pemangkin
perkhidmatan kepada rakyat. Selain itu, skuad ini merupakan •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
pasukan pertama yang menerima, menyampaikan maklumat
dan membantu mangsa ketika berlaku situasi kecemasan dan
kritikal di peringkat komuniti (Social First Aid).
12 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

OBJEKTIF
Mengurus dan mengurangkan tekanan situasi kecemasan
01 dan kritikal dalam komuniti dengan kadar seberapa segera
melalui jaringan kerjasama strategik pelbagai agensi
berkaitan;
Meningkatkan semangat muhibbah, cintakan Negara dan
02 rasa kekitaan melalui pendampingan sosial dan pelbagai
jaringan kerjasama;
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Meningkatkan pemahaman dalam aspek kebudayaan dan
03
cara hidup masyarakat berbilang kaum untuk mengukuhkan
•••••••••••••••••••••••
semangat kejiranan, perpaduan, kualiti hidup dan
kesejahteraan rakyat.
FUNGSI
Membantu mangsa, mempercepatkan bantuan, mendidik,
memperkasa dan menyelaras program kepada kumpulan sasar.

PRINSIP UTAMA
01 02 03 04 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Hormat Tolong-
menghormati Kerjasama Jaringan menolong


PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 13

Mediator Komuniti

PENGENALAN
Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha
mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di
dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik
persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak
utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus
merosot, malah bertambah positif.
MISI
Mengurangkan pergaduhan antara kaum melalui
Mediator Komuniti untuk meningkatkan keharmonian
masyarakat.

OBJEKTIF
Memelihara keharmonian masyarakat melalui
01
mediasi di antara pihak yang bertelagah.
Menjadi pengantara bagi membantu menyelesaikan
02
masalah masyarakat setempat.

••••••••••••••••
03 Menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat
setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat.
14 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Mediator Komuniti

PERANAN
Memberi
01
perkhidmatan
mediasi
secara sukarela
kepada pihak yang
memerlukan.

Membantu mencari penyelesaian yang boleh
02
diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara
keharmonian masyarakat.

Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran
03 mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman
secara berterusan.

Menenteramkan ketegangan antara pihak-pihak yang
04
bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara
mereka.

Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan
05
ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan/balasan.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 15
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kod Etika
PRINSIP DAN ETIKA KERJA yANG DIDOKONG OLEH
MEDIATOR KOMUNITI ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
BERKEcUALI INTEGRITI
Melaksanakan Tidak melakukan rasuah atau
tugas dengan menggunakan kuasa dan
tidak berpihak kedudukan untuk kepentingan
kepada mana- diri sendiri serta bagi pihak yang
mana pihak. berkepentingan.

01 02 03 04

AMANAH BERTANGGUNGJAwAB
Melaksanakan Mempunyai akauntabiliti
tugas dengan telus yang tinggi serta komited
dan penuh jujur, di dalam menjalankan
ikhlas serta tugas.
bertanggungjawab.






16 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

KOMITMEN
Sentiasa
melaksanakan
tugas dengan penuh BERDISIPLIN
tanggungjawab Sentiasa berkelakuan baik
dan tidak dan mematuhi undang-
membelakangkan undang serta
kewajipan awam peraturan yang diguna
kerana kepentingan pakai dan menepati masa.
peribadi.

05 06 07 08

DEDIKASI PROFESIONAL
Bersedia menerima Sentiasa meningkatkan
tanggungjawab ilmu dan kemahiran bagi
pada bila-bila menghasilkan
masa tanpa perkhidmatan yang
mengharapkan cekap, cepat dan tepat
sebarang imbuhan serta memiliki ciri-ciri
atau balasan demi yang kreatif, inovatif,
kepentingan bermotivasi, berdaya
komuniti. saing dan akauntabiliti.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 17

Kelab Rukun
Negara

OBJEKTIF

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
02
01
Memperkenalkan Rukun Menyemai prinsip-prinsip
Negara kepada murid supaya yang terkandung dalam
mereka dapat mengetahui Rukun Negara dalam
dan memahami falsafah serta kalangan murid.
prinsip-prinsip Rukun Negara.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
06
05
Menyemai semangat Mempertingkatkan
perpaduan dalam kalangan penghayatan
murid berasaskan sikap agama yang
saling mempercayai, hormat- dianuti.
menghormati, toleransi dan
kerjasama antara kaum.


18 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
03
04
Mempertingkatkan kesedaran Mendidik murid
dan pemahaman murid supaya memahami,
tentang kepentingan Rukun menghayati dan
Negara kepada negara. mengamalkan Rukun
Negara.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
07
Mempertingkatkan kefahaman
dan menghormati budaya, adat
resam dan pantang larang
kaum-kaum di Malaysia.





PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 19

Pengisian
Program Dan
Aktiviti Kelab
Rukun Negara •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
01
Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-
sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang
berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan,
pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun
Negara dalam kalangan murid.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
02
Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan
menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun
Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah
satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid
pelbagai kaum.

20 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Sekretariat
Rukun Negara


OBJEKTIF
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
02
01
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Menjadi mekanisme Menjadikan Sekretariat
pemupukan perpaduan di Rukun Negara sebagai
peringkat Institut Pengajian `platform’ berkesan
Tinggi dalam memperkaya untuk menyemai dan
pengetahuan, pemahaman, memperkukuhkan
penghayatan, penilaian dan semangat patriotisme
pengamalan mahasiswa dalam kalangan
terhadap prinsip-prinsip mahasiswa.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Rukun Negara.












PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 21

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
03
04
Mewujudkan Meningkatkan kesedaran khususnya
negara bangsa dalam kalangan mahasiswa untuk
yang mampu mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun
bersaing dan Negara dalam kehidupan seharian
berdiri sama tinggi ke arah melahirkan masyarakat yang
di persada dunia. mempunyai jati diri, setia, bersepadu,
berwawasan, bermaruah, bersikap
sederhana, terbuka serta beretika
sejajar dengan wawasan negara.















22 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Tabika
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Perpaduan

PENGENALAN
Tabika Perpaduan (Taman
Bimbingan Kanak-kanak)
mula diperkenalkan pada
tahun 1976 di bawah Rancangan
Perhubungan Masyarakat iaitu
sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis.
Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya
kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan
pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun
bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai
perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam
persekolahan kelak.




PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 23

OBJEKTIF

Menyemai Mengembangkan
dan memupuk keupayaan
semangat fizikal serta Mengamalkan
muhibah, kejiranan mempraktikkan nilai agama/
dan perpaduan amalan kesihatan moral dalam
dalam kalangan dan keselamatan kehidupan
kanak-kanak. yang betul. harian.

01 02 03 04 05
Mengeratkan Menggalakkan kanak-
hubungan serta kanak mengamalkan
memupuk nilai-nilai murni,
perpaduan dalam kerohanian dan moral
kalangan ibu bapa yang positif.
dan masyarakat.











24 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Menghormati dan
menggunakan
Bahasa Melayu
sebagai bahasa
utama dan Bahasa Memperkembangkan
Inggeris sebagai daya kreatif dan
bahasa kedua. estetika.

06 07 08 09
Mewujudkan perasaan Memperkembangkan
ingin tahu melalui konsep kendiri ke arah
pelbagai deria ke arah pembentukan peribadi dan
pembentukan kognitif, perwatakan yang positif.
penaakulan dan
penyelesaian masalah
serta meneroka ilmu
pengetahuan.








PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 25

PENDIDIKAN KO-KURIKULUM
Pendidikan ko-kurikulum merupakan salah satu
01 aktiviti/program yang ditekankan pelaksanaannya
dalam pendidikan prasekolah di kelas-kelas Tabika
Perpaduan.

Objektif utama pelaksanaannya adalah sebagai
02 mekanisme penyemaian dan pemupukan sikap
kendiri dan personaliti seimbang dalam kalangan
kanak-kanak.

Kegiatan ini juga menjadi asas kepada ibu bapa/
03
penjaga dan masyarakat setempat untuk berinteraksi
dan bertemu dalam kegiatan kemasyarakatan
melalui program yang dilaksanakan. Pertemuan
dan perjumpaan yang sering dilaksanakan melalui
kegiatan kelas dan ko-kurikulum ini didapati memberi
impak positif terhadap pemupukan sosialisasi yang
sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Antara jenis aktiviti/program tersebut :
04 Muzik dan Budaya (Melukis, Mewarna, Membaca,
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bercerita, Tarian, Bersajak, Pakaian Beragam,
Permainan Muzik dan Pertandingan Lagu Patriotik,
Sukaneka, Tabikarama, Program Bumi Hijau, Lawatan
26 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Sambil Belajar, Sambutan Hari Bersejarah, Sambutan
Hari Peristiwa, Sambutan Harijadi dan Perayaan Pelbagai
Kaum).
Pola sosialisasi yang kerap berlaku ini akan mewujudkan
••••••••••••••••••••••• 05
hubungan, interaksi dan semangat perpaduan dalam
kalangan kanak-kanak, ibu bapa serta masyarakat
umum. Mengikut analisa “Kajian Keberkesanan Kurikulum
dan Ko-Kurikulum Serta Latihan Guru Tabika Perpaduan”
yang dilaksanakan oleh Profesor Dr. Fatimah Daud
pada tahun 2007 menunjukkan bahawa kegiatan ko-
kurikulum telah membantu dalam penyemaian perpaduan
kaum. Pelaksanaannya juga didapati
pada tahap yang baik dan
memuaskan. Oleh yang
demikian, langkah-
langkah bagi
meningkatkan
pelaksanaan
aktiviti ko-
kurikulum
perlu
diteruskan.




PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 27

KURIKULUM
Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2010. Terdapat 6
tunjang kurikulum prasekolah iaitu :



Komunikasi Kemanusiaan

01 02

Ketrampilan KURIKULUM Sains dan
Diri 06 03 Teknologi


05 04
Kerohanian, Perkembangan
Sikap dan Nilai Fizikal dan Estetika









28 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Institut Kajian & Latihan
Integrasi Nasional (IKLIN)


PENGENALAN
Pewujudan sebuah institusi latihan untuk
mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai,
kakitangan dan sukarelawan Jabatan ini penting bagi
memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat
dan menjadi lebih relevan kepada keperluan
pelanggan dalam bidang perpaduan dan integrasi
nasional. Malah ia turut memainkan peranan sebagai
pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang berdaya
saing dan efektif serta menghubungkan sektor
akademik dan penyelidikan sosial dengan agensi
pelaksana ke arah proses pemantapan perpaduan
Negara dan integrasi nasional.

Oleh yang demikian, Institut Kajian dan Latihan
Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan atas
persetujuan dan kelulusan Jemaah Menteri yang
telah bersidang pada 15 Disember 2004 dengan
hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 29

yang bersatu
padu. Kenyataan
ini bermaksud
rakyat
Malaysia dari
setiap lapisan
masyarakat
perlu memahami
hasrat murni yang
tersirat ini dengan syarat
mereka dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

IKLIN telah diilhamkan oleh YB Datuk Dr. Maximus
Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
ditubuhkan untuk dua fungsi teras iaitu menjalankan
kajian serta melaksanakan program latihan dalam
bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pada masa
yang sama hasrat untuk menjadikan IKLIN sebagai
sebuah pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang
unggul dalam bidang perpaduan akan terus menjadi
fokus di dalam setiap perancangan serta program
yang akan dilaksanakan.


30 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Sebagai sebuah
institut yang
bercita-cita untuk
menggalakkan
perkongsian ilmu
pengetahuan, idea,
latihan, kajian dan
penyelidikan serta
konsep pembelajaran
sepanjang hayat bagi
memacukan ilmu dan
pendidikan dalam bidang
Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional.

Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(Jabatan Perdana Menteri) berhasrat dan bertekad
mentransformasikan bidang perpaduan dan integrasi
sebagai satu landasan rujukan di peringkat serantau
dan antarabangsa.

Pendekatan program latihan, kajian dan penyelidikan
(R&D) serta jalinan kerjasama pintar di antara
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 31

universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan
hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran
sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

IKLIN bertekad cemerlang untuk melahirkan modal
insan yang berteraskan kepada Perlembagaan,
Rukun Negara dan Wawasan 2020 Negara serta
selaras dengan komitmen negara di peringkat
antarabangsa di dalam memastikan kesejahteraan
dan bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan
pembelajaran sepanjang hayat,
yang akan menumpukan
program latihannya
di bidang yang
berkaitan dengan
perpaduan
dan integrasi
nasional.







32 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 33

Majlis Konsultasi
Perpaduan Negara (MKPN)

LATAR BELAKANG

01 Pada 15 September 2011, dalam perutusan khas
Hari Malaysia, YAB Perdana Menteri di dalam
ucapannya telah mengumumkan bahawa mengikut
Fasal 3, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
ketiga-tiga penguatkuasaan proklomasi darurat
yang telah diisytiharkan dahulu ditamatkan. Lanjutan
dari pengumuman ini, penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara yang bersandarkan kepada
Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1969 di bawah
Peratoran-Peratoran Perlu (Majlis Perpaduan Negara),
1971 turut termansuh secara automatik.











•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
34 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

02 Keperluan menubuhkan sebuah badan
yang menjadi mekanisma perpaduan bagi
menggantikan PANEL telah diilhamkan oleh YAB
Perdana Menteri di bawah konsep penyatuan
nasional (national reconciliation). Ia dicadangkan
sebaik sahaja selesainya Pilihan raya Umum ke-13
pada Mei 2013. Berasaskan kepada pemerhatian
umum dan trend pengundian ketika itu, tanda-
tanda polarisasi kaum mula wujud dan perlu ada
sebuah mekanisma bebas untuk membincangkan
dan mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam
mengatasi isu-isu polarisasi kaum dan perpaduan
yang berbangkit.


03 Oleh itu, pada 11 September 2013, Mesyuarat
Jemaah Menteri telah bersetuju menubuhkan
sebuah badan yang dikenali dengan Majlis
Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) atau
National Unity Consultative Council (NUCC).

Kejayaan utama Majlis ini adalah telah
04
menghasilkan satu Blueprint - Pelan Perpaduan,
Kesepaduan dan Penyatuanpaduan dalam

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 35
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

tempoh dua tahun beroperasi. Pelan induk ini
merupakan satu payung yang akan menyeragamkan
pelaksanaan semua program dan aktiviti
berorientasikan perpaduan di negara ini. Fokus
utama pelan ini adalah mewujudkan pendekatan
proaktif dalam memperkukuhkan aspek positif
kepelbagaian dan perpaduan negara selain terus
menangani sumber perselisihan dalam masyarakat.
Setelah menyempurnakan penyediaan pelan induk
ini, operasi MKPN telah ditamatkan pada akhir
Oktober 2015.

MATLAMAT
• Pembinaan bangsa memerlukan usaha yang
berterusan dan tidak boleh dicapai dalam sehari dua.
Justeru, usaha pembinaan bangsa perlu diteruskan
dari satu generasi ke generasi berikutnya agar
negara terus kekal aman dan bersatupadu.

• Penyatuan nasional akan menjadi lebih bermakna
sekiranya kepentingan nasional dipegang teguh oleh
semua pihak daripada memenuhi kepentingan dan
tuntutan pihak-pihak tertentu.
 
36 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Jawatankuasa Mempromosikan
Persefahaman Dan Keharmonian
Antara Penganut Agama (JKMPKA)


LATAR BELAKANG
Pada 20 Januari 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri telah
memutuskan untuk melantik Allahyarhamah Y.Bhg Datuk
Hajah Ilani Binti Dato’ Haji Isahak sebagai Penyelaras Khas
bagi membantu kerajaan mempromosikan persefahaman dan
keharmonian di antara agama di Malaysia demi meneruskan
usaha menjalin perhubungan dan menjaga keamanan serta
kestabilan sosial.

Bagi mengukuhkan impian ini, JKMPKA telah menubuhkan
dua (2) jawatankuasa kerja bagi menggerakkan aktiviti untuk
mencapai visi dan misinya. Jawatankuasa kerja itu ialah :








PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 37

Jawatankuasa Kerja Persefahaman Terhadap Isu-isu
01
Antara Penganut Agama
Jawatankuasa Kerja Aktiviti dan Acara bersama Kerajaan
02
dan Pemimpin Masyarakat serta Penglibatan Belia
••••••••••
Memantapkan perhubungan dalam
kalangan penganut pelbagai agama.
Memastikan kerajaan 01 Menjadi badan
memberi perhatian mediasi dalam
kepada suara isu-isu berbangkit
pertubuhan dan 04 OBJEKTIF 02 antara penganut
badan agama. agama.
03
Menggalakkan semua pertubuhan agama menghormati
serta patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.
MELALUI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT ;
Meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai agama dan
01 isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan
ketenteraman masyarakat.

Mencadangkan kepada kerajaan dasar-dasar yang
02
berteraskan nilai-nilai agama.
03 Melaksanakan secara bersama aktiviti kemasyarakatan.
••••••••••••••••••
38 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PENUTUP

Dalam membina jati diri yang ampuh,
seorang warganegara perlu memahami
asas membentuk ‘Perpaduan’ dalam
mencapai hasrat kerajaan untuk menwujudkan
integrasi nasional sebagai satu perhubungan yang
kuat antara satu sama lain.

Demi membudayakan perpaduan dan meraikan
kepelbagaian, asas integrasi masyarakat Malaysia perlu
menerapkan nilai-nilai toleransi yang tinggi dengan
bertunjangkan kepada persefahaman tanpa mengira
ideologi politik masing-masing.














PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 39

SUMBER:

LAPORAN PRESTASI



P E R F O RMANC E REP O R T









DITERBITKAN OLEH:
BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Laman web: www.penerangan.gov.my
Portal: pmr.penerangan.gov.my
E-mel : [email protected]
B.026 (B.M) OGOS 2016 (050.)
CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT NO.MY.-AR5240


Click to View FlipBook Version