The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marqah, 2020-03-28 23:08:42

MODUL PA SANITIZER

SMKSI

JAWAB SEMUA SOALAN

Bahagian A : Soalan struktur

1. Nyatakan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN). (4 Markah)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________



2. Huraikan tindakan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam
menangani penularan wabak Covid-19. (4 Markah)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga fungsi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). (3 Markah)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

4. Huraikan 2 Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri
baru-baru ini. (4 Markah)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Bahagian B : Alih Bentuk Komunikasi
Jawab semua soalan.

Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kes
positif Covid-19 mengikut negeri terpilih dalam Malaysia dari 21 Mac hingga 24 Mac
tahun 2020.
Penularan wabak Covid-19 telah melanda seluruh dunia termasuklah negara kita. Setiap
hari berlaku pertambahan kes positif Covid-19. Pada 21 Mac 2020, kes tertinggi adalah di
Selangor iaitu sebanyak 292 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 166 kes. Sabah pula
mencatatkan kurang 30 kes berbanding Kuala Lumpur tetapi lebih 5 kes berbanding Johor.
Sementara itu Sarawak mencatatkan sebanyak 68 kes.
Pada 22 Mac 2020, berlaku peningkatan di semua negeri, dimana Sabah mencatat
peningkatan yang tertinggi iaitu pertambahan sebanyak 22 kes. Sarawak pula menunjukkan
peningkatan paling sedikit iaitu pertambahan sebanyak 8 kes. Selangor dan Kuala Lumpur
mencatatkan peningkatan kes yang sama iaitu sebanyak 17 kes melebihi 1 kes di Johor.

Peningkatan kes terus berlaku di semua negeri pada 23 Mac 2020. Kuala Lumpur dan
Selangor merupakan dua negeri yang mencapai peningkatan tertinggi iaitu masing-masing
mencatatkan pertambahan 59 kes dan 45 kes. Peningkatan kes terendah ialah di Sarawak iaitu
pertambahan 2 kes sahaja. Sementara Johor mencatatkan pertambahan sebanyak 13 kes,
melebihi 2 kes berbanding Sabah.

Pada 24 Mac 2020, peningkatan masih berlaku di smua negeri tetapi jumlahnya tidak
sebanyak seperti hari sebelumnya. Peningkatan tertinggi ialah sebanyak 27 kes di Selangor dan
diikuti 15 kes di Kuala Lumpur. Sarawak dan Johor, masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak 5 kes dan 4 kes. Peningkatan kes terendah ialah di Sabah iaitu sebanyak 1 kes sahaja.
Semua rakyat Malaysia berdoa dan berharap terus berlaku penurunan dan seterusnya wabak ini
terhapus di bumi Malaysia yang tercinta.

(Disesuaikan daripada Laporan Kementerian
Kesihatan
Malaysia, 2020)

Bahagian C : Soalan Esei
Jawab semua soalan.

1. Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai
langkah untuk menangani penularan wabak Covid-19. Perintah ini telah memberi
kesan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Bincangkan.

2. Dalam tempoh pelaksanaan PKP, Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej
Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang memberi manfaat kepada
semua rakyat. Huraikan.


Click to View FlipBook Version