The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI ZULAIKHA, 2024-06-26 00:37:54

BUKU SKRAP DIGITAL JAHITAN INSANG PARI

BUKU SKRAP DIGITAL JAHITAN INSANG PARI

Keywords: BUKU SKRAP DIGITAL

KBP 3083 Latihan Kemahiran Hidup dan Pravokasional Jahitan Insang Pari SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH D20211099084 KUMPULAN A


Pengguna perlu menekan pautan buku skrap Jahitan Insang Pari yang telah disediakan. 1. Paparan utama buku skrap digital akan muncul di skrin. 2. Pengguna perlu klik ikon “ > ” untuk bergerak ke muka surat yang seterusnya. 3. Pengguna perlu klik ikon “ < ” untuk kembali ke muka surat sebelumnya. 4. Pengguna perlu mengimbas kod QR pada halaman terakhir buku skrap untuk melihat pautan video cara penghasilan Jahitan Insang Pari. 5. MANUAL PENGGUNAAN


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, saya dapat menyiapkan tugasan Buku Skrap Asas Jahitan Insang Pari ini dengan sebaiknya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus saya iaitu Dr. Noraini binti Abdullah kerana tanpa jemu dan lelah memberi tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang tempoh menyiapkan buku skrap digital ini. Akhir kata, semoga buku skrap digital ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Terima kasih. PENGHARGAAN


1.0 Pendahuluan 2.0 Fungsi Jahitan Insang Pari 3.0 Contoh Jahitan Insang Pari 4.0 Bahan Jahitan Yang Digunakan 5.0 Alatan Jahitan Yang Digunakan 6.0 Cara Melaksanakan Jahitan Insang Pari 7.0 Hasil Jahitan Yang Diinovasikan 8.0 Video Cara Melaksanakan Jahitan Insang Pari 9.0 Penutup ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1 2 3 4 5 6 - 9 10 11 12


Istilah "jahitan asas " merujuk kepada jenis jahitan asas yang kerap digunakan dalam pelbagai tugas jahitan, termasuk untuk kraftangan, pakaian dan aksesori. Jahitan asas ini penting kerana ia memberi asas yang kukuh kepada pemula dalam teknik jahitan dan selalunya jahitan pertama mereka. Selain itu, Jahitan asas juga boleh dihasilkan dengan jahitan tangan iaitu menggunakan jarum dan benang sahaja serta juga boleh menggunakan mesin menjahit. Pendahuluan 1


Jahitan yang menjadi pilihan saya dalam buku skrap digital ini adalah jahitan Insang Pari. Satu kaedah jahitan tangan untuk kemasan tepi kain ialah jahitan insang pari. Jahitan ini kerap digunakan untuk menghasilkan kemasan yang bersih, kukuh dan mengekalkan tepi fabrik tanpa serabut dalam penghasilan pakaian, kraftangan dan aksesori. Fungsi Jahitan Insang Pari: Pakaian: Digunakan untuk mengemaskan bahagian tepi pakaian seperti lengan baju, labuh atau bahagian tepi leher yang tidak dipotong dengan lipatan kain. Kraf: Digunakan dalam projek kraf seperti membuat kotak pensel, beg tangan, bantal hiasan dan sebagainya untuk menyediakan pembungkusan yang menarik dan kemas. Sulaman: Jahitan ini juga digunakan dalam sulaman untuk mencipta corak hiasan pada fabrik. Jenis Jahitan 2


Contoh Gambar Jahitan Insang Pari 3


Bahan Jahitan Yang Digunakan Nama Fungsi Fabrik/ Kain Felt Benang Velcro Tape Digunakan untuk jahitan butang sama ada jahitan tangan atau jahitan mesin untuk mencantum kepingan fabrik. Bahan utama yang digunakan untuk menjahit padanya menggunakan benang dan jarum. Berfungsi sebagai penghubung atau pelekat pada fabrik/kain felt. 4


Alatan Jahitan Yang Digunakan Nama Fungsi Jarum Tangan Pensel & Pembaris Gunting & cutter Hot Glue Gun Untuk jahitan biasa dan kebanyakkan digunakan oleh tukang jahit biasa. Mengukur dan -menanda kedudukan lubang yg ingin dijahit. Menggunting fabrik/kain felt atau lebihan benang jahitan. Alat untuk menampal Velcro Tape pada fabrik/kain felt. 5


Cara Melaksanakan Jahitan Insang Pari Sediakan alatan dan bahan jahitan. 1. 3. Masukkan benang ke dalam jarum dan ikat simpulan di hujung benang. 2. Tanda jarak pada kain felt dengan menggunakan pembaris dan pensel. 6


4. Cucuk jarum dari bahagian bawah kain felt (dalam ke luar) 5. Kemudian, cucuk jarum dari luar tembus ke helaian kain felt kedua (tembus ke belakang dua lapis) 6. Selepas itu, tarik jarum tadi dan masukkan ke dalam bulatan benang itu. 7


7. Masukkan jarum dari hadapan ke belakang dan letakkan benang di bawah jarum. 8. Selepas itu, tarik jarum ke atas. 9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga selesai. 10. Matikan jahitan pada hujung bahagian kain. 8


11. Gunting Velcro Tape mengikut saiz sesuai. 12. Gunakan hot glue gun untuk menampalkan velcro tape pada kain felt. 13. Hias hasil jahitan. 9


Hasil Jahitan Insang Pari 10


Video Cara Melaksanakan Jahitan Insang Pari Imbas kod QR di atas untuk me lihat video. Se lamat mencuba! 11


Mata pelajaran asas jahitan merupakan mata pelajaran kemahiran yang diperkenalkan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran yang ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Oleh itu, dengan adanya buku skrap digital ini, ia bertindak sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk guru untuk ditunjukkan kepada muridmurid. Hal ini secara tidak langsung akan membantu guru dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu kreatif dan berkesan. Penutup 12


T ERIMA KAS IH


Click to View FlipBook Version