The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Unit 2 Pemakanan PJPK T3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aron5527, 2020-07-29 22:00:59

Unit 2 Pemakanan

Unit 2 Pemakanan PJPK T3

UNIT 2.0
PEMAKANAN

Pendidikan Kesihatan T3

Standard Pembelajaran

Memerihal keperluan harian kalori seharian mengikut
kumpulan umur, jantina, aktiviti fizikal dan fisiologi.

Menghurai keperluan pengambilan kalori
berdasarkan aktiviti harian.

Menilai pengambilan kalori seharian.

Merancang menu makanan seimbang mengikut
keperluan kalori.

PENGENALAN

◦ Keperluan pemakanan berbeza pada setiap peringkat
kehidupan seseorang. Bagi bayi yang baru lahir, susu ibu
merupakan pemakanan terbaik. Kanak-kanak pula
memerlukan makanan yang dapat memastikan
pertumbuhan dan perkembangan mereka.

◦ Remaja di sekolah menengah perlu memilih makanan
daripada lima kumpulan makanan berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia agar semua nutrien yang diperlukan
oleh tubuh dipenuhi.

◦ Para remaja digalakkan mempelbagaikan jenis makanan
mengikut kumpulan makanan dalam setiap hidangan
utama, mengurangkan pengambilan lemak, minyak,
garam, gula dan perisa.

DIET SEIMBANG ◦ Pengambilan kalori bergantung kepada
beberapa faktor termasuklah umur, jantina,
fisiologi dan tahap aktiviti fizikal.

◦ Rancangkan menu bersesuaian dengan
aktiviti dan keperluan kalori.

KEPERLUAN KALORI REMAJA

◦ Manusia memerlukan tenaga untuk kehidupan seharian seperti bernafas,
bergerak, bekerja, membaca dan sebagainya.

◦ Jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang bergantung pada sejauh
mana dia aktif dengan aktiviti fizikal, keadaan fisiologinya, jantina serta
tempoh tugas yang dilaksanakan.

◦ BERAPAKAH JUMLAH KALORI YANG ANDA PERLUKAN?

JADUAL KALORI MENGIKUT MAKANAN



RANCANG
MENU

MAKANAN
SEIMBANG

INGAT

◦ RANCANG
pemakanan
anda untuk
mendapat tubuh
badan yang
SIHAT dan BEBAS
obesiti.

TAMAT ◦ Sila jawab soalan pengukuhan.


Click to View FlipBook Version