ADAT
PERKAHWINAN
KAUM INDIA
NAMA PENSYARAH : ENCIK SHAHROL AMAN BIN AHMAD
KUMPULAN : KUMPULAN V
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. SITI SYAHIRAH NAJWA BINTI AHMAD IDHAM (293585)
2. HANANI BINTI HANIFAH (293383)
3. NUR ALYA IRDINA BINTI MOHAMAD AZIZI (293439)
4. NURUL ATIQAH BINTI AZZUAN (293353)
5. SITI AISHAH BINTI MUHAMMAD AZMAN (293620)
6. MOHAMMAD ILYA IRDHAM BIN AHMAD RADZI (293932)
7. MUHAMMAD HAIKAL NAIMULLAH BIN MOHD IZUHA (293695)
8. MOHD ALIFF DANIEL BIN SAMSULBAHRI (295511)
9. NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN (293935)
10.NUR HAMIZAH BINTI FAIZAL HANAS (293870)
ISI KANDUNGAN
1.PENGENALAN ---------- ( 1 )
2.MERISIK ---------- ( 2 )
3.KUNJUNGAN
KE RUMAH ---------- ( 3-5 )
PEREMPUAN
4.THIRUMANA ---- ( 6-7 )
PORUTTAM
5.IKAT JANJI ----- ( 8-9 )
(NICHAYAM)
6.ADAT PARISAM -- ( 10-11 )
7.THAALI ---------- ( 12 )
8.KAD JEMPUTAN ----- ( 13 )
9.MUKUURTHA KAAL --( 14-15)
10.ADAT SEMASA ---- ( 16-23 )
PERKAHWINAN
11. KESIMPULAN ------- ( 24 )
12. RUJUKAN --------- ( 25 )
Pengenalan
Perkahwinan didefinasikan
sebagai satu pernikahan dan juga
pergabungan perpaduan antara dua
unsur berdasarkan maklumat
daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Perkahwinan ialah hubungan yang
mengikat antara dua orang yang
diiktiraf oleh pihak berkuasa awam
atau disatukan oleh kepercayaan
agama. Kaum India Malaysia ialah
kaum yang berasal daripada
keturunan India Selatan yang
berhijrah ke Tanah Melayu semasa
pemerintahan British.
Masyarakat India juga terdiri
daripada suku kaum yang berbeza.
Masyarakat India bukan sahaja
terdiri daripada suku Tamil tetapi
juga merangkumi golongan lain
seperti suku Telugu dan Malayalam.
Masyarakat India juga kaya dengan
ciri-ciri budaya dan mengekalkan
budaya ini sehingga ke hari ini.
1
ADAT PERKAHWINAN
kaum India
M: ERISIK
Amalan merisik adalah tradisi yang
diamalkan bukan sahaja dalam masyarakat
India, tetapi juga dalam kebanyakan
komuniti lain. Ia adalah untuk melihat
keadaan pengantin perempuan. Mengikut
tradisi India, masa lawatan rumah wanita
dirahsiakan. Dalam peringkat ini, beberapa
aspek perlu dipertimbangkan seperti faktor
etnik, subetnik, kasta dan agama. Selain itu,
terdapat juga faktor lain seperti status
ekonomi dan status sosial yang merangkumi
aspek umur, tahap pendidikan, pekerjaan,
latar belakang, rupa paras dan banyak lagi.
Maklumat ini selalunya datang terus daripada
orang yang terlibat, tetapi juga boleh datang
secara tidak langsung daripada rakan dan
keluarga. Orang tengah bernama Tirumana
Talaga kadangkala membantu dalam operasi
pengintipan ini. Tetapi kini peranan itu diisi
oleh pencari jodoh yang berdaftar. Ini
biasanya diuruskan oleh ibu bapa pengantin
lelaki yang mempunyai banyak pengalaman
dalam menilai seseorang sebagai pasangan
hidup.
2
KUNJUNGAN
KE
RUMAH
PEREMPUAN
3
Selepas sahaja adat merisik dijalankan, mereka
akan ke adat seterusnya iaitu kunjungan ke
rumah pengantin perempuan. Semasa acara ini
berlaku, bakal pengantin lelaki akan bersiap-
siap untuk bertandang ke rumah untuk melihat
perwatakan serta wajah bakal pengantin
perempuan. Amalan tersebut dipanggil sebagai
“Pen paarttal” dalam bahasa tamil ataupun
lebih dikenali sebagai adat untuk melihat bakal
isteri. Kedatangan wakil bagi pihak lelaki ke
rumah pihak perempuan mestilah dalam
jumlah yang bukan genap nombornya, namun
tidak kisah berapa bilangan orang yang
mengunjungi ke rumah pengantin.
Bagi adat mereka, semasa kehadiran ke rumah
pengantin perempuan adalah tidak wajib untuk
membawa buah tangan seperti buah-buahan,
cendana dan sirih. Namun begitu, bagi pihak
lelaki yang berkemampuan mereka akan
membawa buah tangan ataupun hantaran
seperti pinang, sirih dan lain-lain untuk
dijadikan sebagai tanda. Tanda ini bermaksud
sebagai niat baik atau tanda yang boleh
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan
antara mereka. Setelah itu, mereka akan
membincang dan beramah mesra antara wakil
pengantin lelaki dengan keluarga pengantin
perempuan. Setelah perbincangan selesai,
bakal pengantin perempuan akan membuat
keputusan jika ingin menerima atau tidak
hantaran yang diberi oleh bakal pengantin
lelaki. Nama bagi “hantaran” dalam bahasa
tamil dikenali sebagai “Sire”. Jika bakal
pengantin perempuan tidak menerima
pemberian hantaran itu maka mereka akan
melayan wakil daripada pihak lelaki itu sebagai
tetamu yang hadir ke rumah. Namun, jika bakal
pengantin perempuan menerima hantaran
yang diberi mereka akan meneruskan majlis
tersebut dengan gembira dan riuh rendah.
4
Acara yang seterusnya
adalah pakaian sari akan
dipakai oleh pihak pengantin
perempuan dan akan
didandan untuk melayan
tetamu yang bertandang
iaitu bakal suaminya dengan
menghidangkan segelas air
minuman.
Semasa acara ini dijalankan,
bakal pengantin lelaki
berpeluang untuk
melihat bakal
isterinya dengan jarak yang
lebih dekat.
Habis sahaja mereka menjamu air,
bakal pengantin lelaki dan
perempuan akan mebuat sesi
suai kenal bersama keluarga
pihak lelaki dan pihak perempuan.
Adat ini bukan sahaja untuk
melihat pihak perempuan namun
juga bertujuan untuk pengantin
perempuan mengetahui latar
belakang pengantin lelaki .
Namun, terdapat perbezaan iaitu
bakal pengantin perempuan tidak
akan hadir bersama ketika
kunjungan ke rumah bakal
pengantin lelaki.
5
THIRUMANA PORUTTAM
Dalam masyarakat India, terdapat
cara lain untuk mengetahui keserasian
antara dua bakal pengantin. Ia
dinamakan `Porutam Paartal` dan
kajian ini dilakukan terlebih dahulu
kerana menurut ajaran Hindu, mereka
tidak mempercayai konsep perceraian.
Terdapat 12 aspek yang perlu disertakan untuk
menentukan kesesuaian diantara kedua-dua bakal
pengantin tersebut melalui cara tilikan diantara yang
masih diamalkan oleh kaum Hindu adalah ‘Tina
poruttam’ atau ‘Natcattira poruttam’, ‘Kana
poruttam’,‘Mahentira poruttam’,‘Stiri tirkkam’,‘Yooni
poruttam’,‘Raasi poruttam’,‘Raasiyaati paati
poruttam’,‘Vasiyaporuttam’,‘Rajji porrutam’, ‘Veethai
porrutam’,‘Naadiporutham’ dan ‘Virutcha poruttam’
6
Masyarakat India biasanya akan merujuk
kepada sami yang berada di kuil. Sami akan
menyatakan tentang bintang serasi antara
pengantin lelaki dan pengantin
perempuan. Jika bintang serasi pengantin
lelaki dan bintang serasi perempuan
berpadanan, baru mereka akan setuju
untuk dikahwinkan.
Namun begitu, pada zaman kini adat ini
kurang diamalkan oleh sesetengah
masyarakat India. Hal ini demikian kerana,
masyarakat India zaman kini kurang percaya
terhadap adat kerasian bintang. Terdapat 12
jenis ‘Raasi Palan’ dalam agama Hindu iaitu
terdiri daripada
‘Mesham’,‘Rishabam’,‘Midhunam’,‘Kadagam’,‘
Simmam’,‘Kanni’,‘Thulaam’,‘Vir
uchigam’,‘Dhanusu’,‘Magaram’,‘Kumbam’ dan
‘Meenam’
7
Adat
IKAT JANJI
ATAU
‘NICHAYAM’
KAUM INDIA
8
Adat
IKAT JANJI ATAU ‘NICHAYAM’
KAUM INDIA
Setelah semua langkah ini selesai, terdapat
upacara 'Nichayam' di mana kedua-dua pihak
bertukar kalung bunga sebagai tanda persetujuan.
Bertunang dikenali sebagai "Nichayama" dalam
bahasa Tamil. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3,
bertunang bermaksud janji untuk menjadi suami
isteri, iaitu sama seperti berkahwin.
Pengantin perempuan dilarang tampil di khalayak
ramai kecuali diminta oleh pengantin lelaki. Ini
kerana perkara itu dianggap biadap. Pengantin
lelaki kemudiannya menyatakan ikrarnya bersetuju
untuk mengahwini pengantin perempuan.
Pihak lelaki kemudiannya mengatakan janji untuk
mengahwini bakal isterinya. Perkahwinan rasmi
akan diumumkan kepada kedua-dua belah
keluarga dan pinang ditukar antara kedua belah
pihak sebagai tanda ikatan mereka. Upacara
pertukaran pinang ini dikenali sebagai
“taambuulam marrutal”. Selepas upacara
pertukaran sirih tamat, tarikh sebenar perkahwinan
akan dimaklumkan dan perbelanjaan perkahwinan
termasuk katering, jemputan perkahwinan dan
lain-lain kos persiapan akan diselesaikan antara
pihak.
9
Volume No. 1 • July
Adat Parisam
A Apa itu Adat Parisam?
dat Parisam mempunyai persamaan dengan
sebuah majlis pertunangan. Melalui majlis
tersebut, terdapat beberapa kategori hantaran
disediakan oleh pihak pengantin lelaki dalam
bentuk jumlah yang ganjil. Antaranya, sari,
cincin, bag tangan, buah-buahan dan
sebagainya. Wanita yang telah mempunyai
suami sahaja yang layak untuk menyediakan
hantaran, diketahui sebagai Cumanggali.
Parisam akan berlangsung pada tarikh yang
dipersetujui antara kedua-dua pihak. Parisam
terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan
parisam basah.
PARISAM BIASA
Pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal daripada
hari perkahwinan
UDAN PARISAM
Hadiah akan diberi pada hari
yang sama pada waktu pagi,
sebelum majlis berlangsung.
perkahwinan dilangsungkan.
10
BAGAIMANAKAH "INFO TAMBAHAN"
PROSES ADAT
PARISAM? Tiga upacara penting iaitu
mengunjungi rumah
Mengetuai rombongan ke
rumah pengantin pengantin (pen paartal ),
adat ikat janji (niccayam)
Parisam akan diiringi oleh bakal pengantin lelaki yang
memakai pakaian tradisional India untuk menjemput dan pemberian hadiah.
pengantin perempuan. Pada masa yang sama, instrumen
seperti tabla, naatasawaram dan mathaalam akan
dimainkan. Peranan pengantin perempuan ialah
menyediakan pasu yang dipanggil puurana kumbun
untuk diletakkan di ruang tamu. Kuttu Vilakku atau pelita
minyak diletakkan di sebelah puurana kumbun untuk
mengundang keberkatan dari Tuhan.
Upacara bagi memulakan adat,
sembahyang adalah pekara pertama yang
dilakukan. Selanjutnya, ayah kepada pihak
perempuan akan memegang parisam yang
mengandungi sari dan akan diberikan kepada
anaknya. Kunyit juga turut digunakan ntuk menulis
sesuatu yang dilakukan oleh pengantiperempuan di
dalam adat parisam sebagai meminta restu
daripada Tuhan.
Pada hari yang sama,
seorang wanita lain
akan memimpin pengantin perempuan yang
berpakaian sari parisam keluar ke ruang tamu.
Pada ketika itu, ahli keluarga serta saudara
mara boleh mengalungkan kalungan bunga
di leher pengantin. Amalan ini lebih dikenali
sebagai kalungan tunggal atau orrai-maalai.
11
Thaali atau Tjirumaangalyam adalah simbol suci
perkahwinan yang dipakai di leher kedua-dua
pengantin. Segumpal benang putih bersalut kunyit
diikat pada tali. Terdapat pelbagai jenis thali yang
digunakan oleh orang India. B. Lingath Thaali,
Pottut Thaali, Penyewa Thaali. Penggunaan thali
jenis ini berbeza-beza antara suku kaum dalam
masyarakat India.
Persiapan Thali berlaku 7-9 hari sebelum
perkahwinan. Lelaki membawa kumkum, emas,
pinang, cendana dan kelapa sebagai bayaran kepada
pembuat tali. Ini adalah untuk memberitahu
Pembuat Thali untuk mengetahui hari terbaik
untuk membuatnya. Tiga hari sebelum
perkahwinan, thali diletakkan di tempat
sembahyang seperti yang diarahkan oleh pembuat
thali. Pengantin lelaki dan perempuan dilarang
untuk tawar-menawar dengan perkhidmatan
pembuat tali.
Kemudiannya, upacara
sembahyang yang dipanggil
Thaalippadaiyal dilakukan. Dalam
majlis ini, pengantin dihidangkan
bubur manis, nasi manis, dhoti dan
sari. Secara amnya, thali tidak
semestinya diperbuat daripada
emas dan boleh dibuat daripada
kunyit. Direka bentuk untuk lebih
selamat dan kurang
berkemungkinan dicuri.
12
KAD
JEMPUTAN
Undangan perkahwinan memainkan peranan penting bagi
masyarakat Hindu di India. Jemputan ini dibuat mengikut
kalendar Hindu (almanac), jadi tidak ada kekeliruan pada kad.
Jika sesuatu berlaku, perkahwinan anda tidak akan berjaya.
Cetakan jemputan disapu serbuk kunyit cair sebagai tanda
harmoni. Jemputan bernombor ganjil dibawa ke kuil untuk
upacara keagamaan yang berpusat di sekitar sembahyang
(arcanai). Kad-kad tersebut diletakkan di atas dulang yang berisi
pinang, wang ringgit, kelapa dan pinang sebagai tanda
kekayaan. Upacara ini dipanggil Taman Parnum. Dulang
kemudian dibawa ke rumah pengantin perempuan dan
dihadiahkan kepada pengantin lelaki. Sirih dilafazkan serentak
dengan jemputan rasmi.
13
'MUKUURTHA KAAL’
Selepas menetapkan tarikh perkahwinan, Mukuurta
Kaal dilakukan 4-5 hari sebelum perkahwinan. Ini
adalah pemujaan pertama secara rasmi sebelum
memulakan perkahwinan. Pakar atau sami akan
dijemput untuk membuat pemujaan. Pekara ini
biasanya dilakukan di hadapan sembilan wanita tua .
Adat "Mukurta Kaal" selalunya dilakukan ketikahari
yang cerah dan baik berdasarkan kepercayaan kaum
India. Pokok muda lurus akan dipotong untuk dibuat
'Mukurta Karl'. Pokok ini perlu berukuran sepanjang 2-3
meter dengan lilitan sebesar 20-30 sentimeter.
Upacara mengadakan 'Mukruta Karl' dikatakan
sebagai adat memperingati perkahwinan dan
akan diadakan di rumah pengantin. Bahan-
bahan utama seperti kumkum, pinang, Kunyit,
air dan sebagainya akan disediakan. Keluarga
pengantin lelaki dan perempuan memohon
kepada Tuhan mereka agar perkahwinan ini
diteruskan tanpa halangan. Bersihkan dan
kupas batang kayu tersebut. Lima orang suri
rumah akan sapukan kunyit cair dan Kum Kum
pada batang dari pangkal ke hujung. Setelah
Selesai, hujung kayu akan diikat dengan
menggunakan sehelai kain bewarna merah
bersama dengan daun ara atau mangga. Kayu
akan ditanam pada kedalaman 0.5 meter dan
bahan tersebut akan ditanam sekali di dalam
lubang sebagai simbol kekayaan.
14
'MUKUURTHA KAAL’
Kemudian majlis akan diteruskan
dengan diketuai oleh lima orang wanita
yang sudah berkahwin. 9 jenis bijirin
akan ditabur di sekeliling batang pokok
dan lampu minyak dinyalakan.
Lazimnya, pasangan pengantin
bersama-sama berikrar untuk menjaga
alam sekitar sebagai lambang
persahabatan mereka dengan alam
sekitar. Adat menubuhkan "Mukuurtha
Kaal" biasanya diadakan di rumah
pengantin lelaki.
Tiga upacara penting (pen
phaltal) dan adat ikat
untuk dihadiri di rumah
pengantin perempuan
hadiah (parisam) dan
Janji (niccayam) amalan
yang biasa dilakukan oleh
kaum India. Namun begitu,
terdapat juga yang
berhenti melakukannya
upacara ini untuk
mencegah pembaziran.
15
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT
INDIA
ADAT SEBELUM BERKAHWIN
Pengantin lelaki tidak dibenarkan
keluar selama tiga hari sebelum
majlis perkahwinan. Upacara
perkahwinan dilakukan oleh Tok-
Sami, yang akan menabur
sembilan jenis bijirin selepas
upacara cincin.
PENGGALUNGAN THAALI
Thaali diperbuat daripada benang dan
akan disapu kunyit, penggantin lelaki
perlu menggalungkan thaali di leher
pengantin perempuan. Hujung thaali
akan diikan dengan seulas kunyit.
Selepas itu, pasangan pengantin akan
bersujud di kaki ibu bapa mereka
sebagai tanda hormat dan ingin
mendapatkan keberkatan.
16
ADAT
PERKAHWINAN
MASYARAKAT
INDIA
Selepas majlis selesai, sebagai tanda
penghormatan kepada suaminya,
pengantin perempuan perlu pergi ke rumah
pengantin lelaki selepas disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Pengantin lelaki
kemudian melawat rumah pengantin
perempuan dan tinggal di sana selama tiga
hari. Pada masa ini, ibu bapa mertua
mengadakan kenduri untuk pasangan.
Selepas tiga hari, pasangan pengantin
kembali ke rumah pengantin lelaki dan
memulakan kehidupan mereka sebagai
suami isteri.
PENGANTIN LELAKI
Pada hari perkahwinan mereka, pengantin
lelaki India memakai dhoti yang dibalut
dengan serban. Ini adalah pakaian persegi,
direka dengan kapas seluruhnya. Ia boleh
berukuran sehingga 5 meter dan boleh dibalut
pada badan. Selalunya, dhoti adalah bewarna
putih atau putih pudar. Ia selalunya menutupi
pinggang dan antara kaki. Sebaliknya,
pengantin perempuan hendaklah memakai
saree. Lelaki Punjabi hendaklah memakai dhoti
atau kurta dan wanita hendaklah memakai
salwar kameez dupatta. Ini adalah seluar
dengan baju panjang yang dihiasi dengan
benang emas dan labuci.
17
PERLAKSANAAN
perkahwinan
masyarakat
india
ADIK ATAU ABANG PENGANTIN PEREMPUAN
AKAN MENGAPIT PENGANTIN . SAUDARA-MARA
PIHAK PENGANTIN LELAKI AKAN SAPU KUNYIT
CAIR PADA PADA PERMUKAAN KULIT MUKA DAN
JUGA TANGAN. KEMUDIAN PENGANTIN LELAKI
AKAN DIBAWA KE BILIK UNTUK MENUKAR
KEPADA PAKAIAN PERKAHWINAN. SETERUSNYA,
AKAN DIBAWA PENGANTIN PEREMPUAN KELUAR
DARI BILIK DENGAN MEMAKAI SARI
PERTUNANGANNYA. ADAT YANG SAMA AKAN
DILAKUKAN TERHADAP PENGANTIN PEREMPUAN
IAITU SAUDARA- MARA AKAN SAPU KUNYIT CAIR
PADA PERMUKAAN KULIT PENGANTIN
PEREMPUAN DAN TOK SAMI AKAN MEMBERI
SARI PERKAHWINAN KEPADA PENGAPIT
PENGANTIN PEREMPUAN. PENGANTIN LELAKI
AKAN DIBAWA KELUAR DENGAN PAKAIAN
KAHWIN DAN PENGAPITNYA AKAN MEMAKAIKAN
CINCIN PADA SEBELAH KEDUA-DUA IBU
JARI KAKINYA. ADAT INI SEMAKIN DILUPAKAN
PADA MASA KINI. PENGANTIN LELAKI AKAN
DIPAKAIKAN CINCIN JARI KAKI YANG DIKENALI
SEBAGAI ‘METTI’ SEBAGAI TANDA BAHAWA
MEREKA SUDAH BERKAHWIN.
18
Seterusnya, pengantin lelaki pergi ke atas pelamin dan melakukan
ritual membasuh kaki ibu dan bapanya dengan air dan susu. Adalah
menjadi kebiasaan untuk meminta restu dan keampunan ibu
bapanya sebelum memulakan hidup baru. Pengantin perempuan
akan melakukan perkara yang sama ke atas ibu bapanya. Para
bhikkhu kemudian membacakan ayat-ayat dalam bahasa Sanskrit.
Pengantin perempuan juga dihias menarik. Contohnya, seperti barang
kemas, bunga dan juga alat solek. Tujuan wanita India memakai
barang kemas adalah untuk kelihatan lebih menarik. Kebanyakan
barang kemas yang digunakan melambangkan dewa atau simbol
tertentu yang mereka percaya. Terdapat banyak bahan mentah yang
digunakan untuk membuat perhiasan. Walau bagaimanapun,
perhiasan yang paling diidamkan adalah diperbuat daripada emas.
Emas adalah satu bentuk kekayaan di India. Kaum India pasti akan
menggunakan emas walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Orang yang
kaya kebiasanya akan mencampurkan perhiasan ini dengan pelbagai
jenis batu permata.
19
Majlis perkahwinan adalah salah satu
cara untuk menunjukkan betapa
seseorang itu menghargai perkahwinan.
Lebih kaya pasangan itu, lebih banyak
emas yang mungkin mereka bawa
bersama. Ramai orang India percaya
bahawa memakai perhiasan emas adalah
cara untuk membawa kebahagiaan dan
tuah dalam hidup mereka. Perhiasan
India yang diperbuat daripada emas
sangat dekat dengan kepercayaan agama
mereka, kerana emas dilihat sebagai
simbol agama Hindu.
Walaupun begitu, perhiasan kaum India yang diperbuat
daripada emas hanyalah anting-anting dan kalung sahaja
manakala cincin dan gelang kaki tidak diperbuat daripada
emas. Hal ini kerana, emas melambangkan dewa maka ia
tidak dibenarkan untuk menyentuh kaki. Emas juga
dianggap sebagai satu tanda kehormatan terhadap para
dewa dan dewi.
20
Dulang berisi "thali" dan
beras kuning akan
digunakan untuk
mendapatkan restu kepada
pasangan pengantin lelaki
dan perempuan daripada
para tetamu yang hadir ke
majlis perkahwinan.
"Thaali" atau juga dikenali sebagai
“Thirumaangalyam” akan diikat di
leher pengantin perempuan untuk
menunjukkan simbol suci
perkahwinan. "Thaali" akan disapu
bersama kunyit, thaali diperbuat
daripada ikatan bebola benang putih.
"Lingathaali" dan "Pottu Thaali" ialah
varian "thaali" yang biasa digunakan
dalam masyarakat India. Ini
menunjukkan kepelbagaian suku
kaum yang berbeza dalam
masyarakat India.
21
Suami isteri kemudiannya
secara berpasangan akan
mengelilingi api keramat
yang dipanggil 'Agni Kunda'.
"Agni" bermaksud "api"
manakala "Kunda"
membawa maksud satu
bentuk tenaga . Tenaga
adalah sbagai saksi utama
kepada perkahwinan. Dalam
agama Hindu dewa api atau
api keramat iaitu 'Agni'
adalah sebagai saksi
perkahwinan.
Hujung 'dhoti' pengantin lelaki dan
hujung sari pengantin perempuan diikat
dan perlu mengelilingi 'agni kundam'
sebanyak tujuh kali. Pengantin lelaki perlu
mengambil jari manis pengantin
perempuan dan melingkarinya. Menurut
undang-undang dan tradisi "Agni Kundam",
perkahwinan Hindu tidak dianggap
sempurna melainkan tujuh kehadiran api
suci dilakukan secara bersama oleh
pasangan pengantin.
Setiap pusingan "Agni Kundam"
mempunyai makna yang berbeza. Langkah
pertama membawa maksud hidup tanpa
perlu berlapar dan langkah kedua untuk
hidup sihat. Langkah ketiga ialah sentiasa
beramal. Langkah keempat, memberikan
keselesaan dan kekayaan, langkah kelima
pengantin dilimpahi wang. Langkah
keenam, musim yang baik perlu diteruskan.
Langkah terakhir dikenali sebagai
"Dharma" yang bermaksud bahawa
keadilan perlu dikekalkan.
22
Seterusnya, Orang Hindu, kaum India
mengikut adat tradisi perlu memakai
cincin jari kaki yang dikenali sebagai
metti. Ia melambangkan status material.
Metti juga melambangkan peranan
wanita baik sebagai isteri. ‘Metti’ juga
melambangkan peranan seorang wanita
sebagai isteri. Pengantin lelaki akan
memakaikan cincin di jari kaki iaitu di
jari panjang kaki pengantin perempuan.
Pengantin perempuan akan meletakkan
kakinya di atas batu giling yang dikenali
sebagai ‘Ammi Kal’.
23
KESIMPULAN
Perkahwinan adalah bahagian penting dalam kehidupan
manusia. Perkahwinan dilihat sebagai penghubung yang sah
mengikat dua insan sehingga lahirnya zuriat. Keutuhan adat
perkahwinan adalah isu kesinambungan dalam kaum. Ia
mencerminkan budaya dan adat resam
yang perlu ditanam
demi rupa dan sejarah negara. Kemodenan hari ini mungkin
memberi sedikit impak kepada transmisi budaya adat
kepada generasi baru amnya, dan adat perkahwinan
khususnya. Namun begitu, budaya ini perlu disemai kepada
golongan muda supaya mereka dapat "menjauhkan diri
daripada hujan dan mengalahkan panas". Dunia menuntut
perubahan gaya hidup untuk mengikuti kemajuan, tetapi
amalan budaya adalah khazanah masyarakat dan tidak
boleh dilupakan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya
berbangga dengan keunikan masyarakat
Malaysia. Harapan sebagai rakyat Malaysia agar
semua lapisan masyarakat dapat saling
menghormati antara satu sama lain. Sebagai
warganegara Malaysia kita hendakalah saling
memahami tentang budaya etnik lain juga selain
daripada masyarakat India. Sebagai
contoh,masyarakat Melayu dan juga masyarakat
Cina.
24
RUJUKAN
Adat ISTIADAT Perkahwinan Kaum India. ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM
INDIA. (2014, September 23). Retrieved December 21, 2022, from
http://priyisha.blogspot.com/2014/09/adat-istiadat-perkahwinan-kaum-india.html?m=1
Afees, I. (2014, September 8). Adat Perkahwinan Kaum India di Malaysia. Academia.edu.
Retrieved December 22, 2022, from
https://www.academia.edu/8240170/ADAT_PERKAHWINAN_KAUM_INDIA_DI_
MALAYSIA
Ismail, A. M. (2012, June). Adat Perkahwinan masyarakat jawi peranakan India islam di
Pulau Pinang. researchgate. Retrieved December 21, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/294858465_Adat_Perkahwinan_Masyarakat_
Jawi_Peranakan_India_Islam_Di_Pulau_Pinang
Mokhtar, H. (2015, February 6). 4.0 Perkahwinan Kaum India. Retrieved December 21,
2022, from http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/40-perkahwinan-
kaum-india.html
Perkahwinan Masyrakat India Yang Unik. Kata Malaysia. (2020, December 18). Retrieved
December 21, 2022, from https://katamalaysia.my/culture/perkahwinan-masyrakat-
india-yang-unik/
Roberto Follow, R. (2013, October 8). Adat Perkahwinan masyarakat India. Share and
Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved December 22, 2022, from
https://www.slideshare.net/ron95/adat-perkahwinan-masyarakat-india
Tarsyni, K. (2020, April 5). Adat Perkahwinan India. prezi.com. Retrieved December 22,
2022, from https://prezi.com/p/b5qoccaapecr/adat-perkahwinan-india/
25