SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR,
JALAN SIBUGA,
90 000 SANDAKAN,
SABAH.
BUKU
PERATURAN SEKOLAH
NAMA: _________________________
KELAS: _________________________
Disediakan Oleh:
BADAN DISIPLIN
1
SK MAWAR SANDAKAN
ISI KANDUNGAN
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Visi, Misi Dan Motto Sekolah
3. Peraturan – Peraturan Disiplin Sekolah
Perkara 1: Waktu Persekolahan
Perkara 2: Pakaian Seragam Sekolah
Perkara 3: Kekemasan Diri
Perkara 4: Waktu Rehat
Perkara 5: Kehadiran
Perkara 6: Kebersihan
Perkara 7: Keselamatan
Perkara 8: Tingkah Laku Yang Melanggar Peraturan Sekolah
Perkara 9: Aktiviti Kokurikulum
Perkara 10: Pusat Sumber
Perkara 11: Makmal Sains
Perkara 12: Buku Teks ( Spbt )
Perkara 13: Alat-Alat Sukan ( Pjk )
Perkara 14: Tandas
Perkara 15: Kantin Sekolah
Perkara 16: Peraturan Am
Perkara 17: Notis Kebakaran
4. Contoh Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran Ke Sekolah
5. Contoh Surat Perjanjian Dan Ppengakuan Berkelakuan Baik
6. Contoh Peraturan Pakaian Murid Lelaki
7. Contoh Peraturan Pakaian Murid Perempuan
8. Lencana Sekolah
9. Lagu Sekolah
10.Lagu “Negaraku” Dan Lagu “Sabah Tanah Airku”
11.Ikrar Murid
2
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang
dan harmonis dari segi intelek, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan Negara.
3
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MOTTO
CEMERLANG,CEKAL,CEKAP,CERDIK
4
SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR
SANDAKAN, SABAH
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
1. WAKTU PERSEKOLAHAN
TAHAP 1
ISNIN – SELASA 7.00 PAGI – 1.30 PETANG (SOLAT ZUHUR)
RABU – KHAMIS 7.00 PAGI – 12.30 PETANG
JUMAAT 7.00 PAGI – 11.00 PAGI
TAHAP 2
ISNIN – SELASA 7.00 PAGI – 1.30 PETANG (SOLAT ZUHUR)
RABU 7.00 PAGI – 3.00 PETANG (KOKUM)
KHAMIS 7.00 PAGI – 1.00 PETANG
JUMAAT 7.00 PAGI – 11.00 PAGI
1.1 Murid hendaklah sampai di sekolah sekurang-kurangnya
10 minit sebelum loceng di bunyikan pada pukul 7.00
pagi.
1.2 Setibanya di sekolah murid-murid hendaklah berbaris di
tapak perhimpunan.
1.3 Murid-murid akan masuk ke dalam kelas apabila
dibenarkan oleh guru yang bertugas pada hari tersebut.
1.4 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah pada
masa yang ditetapkan.
1.5 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada
di dalam bilik darjah kecuali dengan kebenaran guru.
5
1.6 Murid-murid yang hendak keluar dari kelas hendaklah
mendapatkan kebenaran “Pas Keluar” dari guru yang
berada di dalam kelas.
1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada Guru
Besar / Penolong Kanan / Guru Bertugas dan nama
dicatatkan pada buku murid balik awal yang terdapat di
pejabat sekolah.
2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
2.1 Pakaian Murid lelaki
2.1.1 Seluar bagi jurid-murid lelaki ialah
2.1.2 seluar panjang berwarna biru tua
(navy blue)
2.1.3 Sekiranya bertali pinggang, tali
2.1.4 pinggang itu adalah jenis berkepala
kecil dan tidak berhias. Tali pinggang
mestilah berwarna hitam atau biru tua
sahaja.
Baju kemeja lengan pendek atau
panjang berwarna putih dengan satu
poket di sebelah kiri.
Lencana sekolah dilekatkan / dijahit di
atas poket baju dan tag nama
dibahagian bawah lencana sekolah
2.2 Pakaian Murid Perempuan
2.2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain
2.2.2 berwarna biru tua (navy blue) yang
kosong dan tidak bercorak.
Pakaian seragam hendaklah lengkap
dengan lencana sekolah yang dilekat /
6
2.2.3 dijahit dikiri atas dan tag nama di
2.2.4 bawah lencana sekolah.
Murid-muris Islam digalakkan
memakai tudung berwarna putih dan
tepinya tidak boleh berfesyen serta
berukuran sesuai dengan murid yang
memakainya.
Murid-murid perempuan juga boleh
memakai baju kemeja berlengan
pendek, berleher dan berwarna putih
berserta dengan pakaian sekolah
“Pinafore tunic” berwarna biru tua
(navy blue) dan labuhnya hendaklah
sampai ke paras lutut.
2.3 Kasut
2.3.1 Kasut berwarna hitam atau putih yang
diperbuat daripada kanvas dan
2.3.2 polyester yang mempunyai daya serap
2.3.3 dan penyaluran gerak udara tanpa
warna yang lain dibahagian atasnya.
Ketinggian kasut tidak melebihi buku
lali.
Sebarang kasut sukan (track shoe)
tidak dibenarkan.
2.4 Stoking
2.4.1 Semua murid wajib memakai stoking.
2.4.2 Stoking hendaklah berwarna
hitam(Jika memakai Kasut Hitam)
2.4.3 atau putih (Jika memakai kasut putih)
tanpa sebarang warna lain.
Panjang stoking mestilah menutupi
pergelangan kaki.
7
2.5 Tanda Nama dan Lencana Sekolah
2.5.1 Mesti dipakai pada setiap masa
persekolahan.
2.5.2 Kedudukan tanda nama dilekatkan
dibawah lencana sekolah
2.6 Pakaian ketika bersenam dan bersukan
2.6.1 Baju ‘T’ berlengan panjang atau
2.6.2 pendek berwarna putih / mengikut
2.6.3 rumah sukan.
Seluar panjang track bottom berwarna
hitam atau biru tua / mengikut rumah
sukan
Seluar panjang track bottom bercorak
dan berwarna lain TIDAK
DIBENARKAN
2.7 Pakaian ketika Hari Rabu (Unit Beruniform)
2.7.1 Murid-murid adalah digalakkan
memakai pakaian seragam
Pasukan Beruniform sekurang-
kurangnya Kemeja T mengikut
pasukan masing-masing bergantung
kepada arahan dari masa ke semasa.
2.8 Pakaian Seragam Khas ( Identiti Khas)
2.8.1 Murid-murid yang memegang
jawatan tertentu hendaklah
mematuhi arahan memakai Pakaian
Seragam Sekolah yang telah
ditetapkan.
8
3. KEKEMASAN DIRI
3.1 Rambut
3.1.1 Murid Lelaki
3.1.1.1 Murid lelaki tidak
dibenarkan berambut
panjang ( sila rujuk lampiran
3.1.1.2 Fesyen-fesyen model rambut
terkini tidak dibenarkan.
3.1.1.3 Tidak dibenarkan
mewarnakan rambut.
3.1.2 Murid Perempuan
3.1.2.1 Jika rambut melebihi paras
bahu, rambut mestilah diikat.
3.1.2.2 Ikatan rambut yang
dibenarkan ialah jenis
ponytail dan ditocang.
3.1.2.3 Riben atau pengikat rambut
berwarna hitam atau biru tua
sahaja yang dibenarkan.
3.1.2.4 Panjang rambut dihadapan
hendaklah tidak melebihi
paras kening mata.
3.2 Perhiasan Diri
3.2.1 Semua barang kemas seperti cincin,
3.2.2 gelang, anting-anting, rantai leher dan
sebagainya tidak dibenarkan untuk
dipakai ke sekolah kecuali jam tangan.
Semua murid tidak dibenarkan
berkuku panjang / mewarnakan kuku.
9
3.2.3 Penggunaan make-up ( termasuk celak
) adalah dilarang sama sekali.
4. WAKTU REHAT
4.1 Waktu rehat bagi semua murid tahap 1 ialah pada jam
9:00 pagi hingga 9:30 pagi manakala untuk semua murid
tahap 2 ialah pada jam 09:30 pagi hingga 10:00 pagi.
4.2 Semua murid dilarang berada di dalam bilik darjah
kecuali dengan kebenaran.
4.3 Murid-murid hendaklah beratur mengikut kelas masing-
masing dan tidak berebut-rebut semasa mengambil dan
membeli makanan.
4.4 Murid-murid hendaklah makan dan minum di kawasan
kantin sahaja.
4.5 Loceng akan dibunyikan menandakan waktu rehat tamat
dan murid-murid tidak dibenarkan lagi berada
dikawasan kantin kecuali dengan kebenaran.
5. KEHADIRAN
5.1 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah
memberikan surat doktor atau surat daripada ibubapa
menunjukkan sebab tidak hadir ke sekolah
5.2 Jika gagal berbuat demikian, tindakan disiplin akan
dikenakan.
5.3 “Surat Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah:
Amaran Pertama” akan dikirimkan kepada ibubapa
sekiranya murid-murid tidak hadir ke sekolah selama
tiga hari berturut-turut atau 10 hari berselang-seli.
5.4 “Surat Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah:
Amaran Kedua” akan dikirimkan kepada ibubapa
sekiranya murid-murid tidak hadir ke sekolah selepas
tujuh hari.
5.5 Surat “Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah:
Amaran Terakhir” akan dikirimkan kepada ibubapa
sekiranya tidak menerima jawapan daripada ibubapa.
10
5.6 Ibubapa hendaklah membalas surat tersebut atau hadir
ke sekolah berjumpa dengan Guru Besar / Penolong
Kanan HEM.
5.7 Murid-murid yang hendak pulang awal atas sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru
Besar / Penolong Kanan / Guru Bertugas.
5.8 Surat tunjuk sebab akan dikirimkan kepada ibubapa jika
murid-murid selalu lewat tanpa alasan yang munasabah
dan akan dikenakan tindakan disiplin.
5.9 Apabila pihak sekolah mengadakan kelas tambahan,
semua murid yang terlibat diwajibkan hadir. Murid yang
tidak menghadirkan diri, surat tunjuk sebab daripada
ibubapa hendaklah diberikan kepada guru yang
berkenaan.
5.10 Murid-murid tidak dibenarkan cuti pada hari
persekolahan kecuali mendapat kebenaran dari pihak
sekolah / Jabatan Pendidikan.
6. KEBERSIHAN
6.1 Adalah menjadi kewajipan murid untuk menjaga
kebersihan bilik darjah, pusat sumber, kantin, stor,
tandas dan seluruh kawasan sekolah.
6.2 Pastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan
teratur sebelum bermula dan berakhir waktu
persekolahan.
6.3 Murid-murid dilarang membuang sampah di merata-rata
tempat dan gunakan tong sampah yang telah disediakan.
6.4 Setiap kelas mestilah mempunyai jadual tugas dan alat-
alat kelengkapan seperti penyapu, bakul sampah dan
pemadam papan tulis.
11
7. KESELAMATAN
7.1 Keselamatan Dalam Sekolah
7.1.1 Orang luar tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah. Sekiranya terdapat urusan
7.1.2 sila berjumpa dengan pengawal keselamatan
7.1.3 untuk mendapatkan “ Pas Lawatan ”.
7.1.4 Kawasan sekolah akan dikawal dan diawasi
7.1.5 oleh pengawal keselamatan yang bertugas 24
7.1.6 jam sehari.
7.1.7 Barang-barang yang berbahaya tidak
dibenarkan dibawa ke sekolah.
7.1.8 Pemeriksaan mengejut akan dijalankan
sekiranya perlu kepada murid.
Latihan kebakaran perlu diadakan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun.
Ibubapa dilarang mengambil anak pada waktu
pembelajaran kecuali dengan kebenaran Guru
Besar / Pentadbir Sekolah.
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
terhadap murid yang pulang lewat kecuali jika
terdapat kelas tambahan atau aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Ibubapa dinasihatkan untuk mengambil anak
tepat pada masanya.
7.2 Keselamatan Dalam Bilik Darjah
7.2.1 Kelas perlu dibersihkan sebelum waktu
pembelajaran bermula. Murid
7.2.2 yang bertugas sahaja dibenarkan berada di
7.2.3 dalam kelas.
Semua murid wajib menjaga kebersihan dan
keceriaan kelas.
Bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-
alat di dalam kelas.
12
7.2.4 Beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
7.2.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan
kawasan sekolah dalam
7.2.6 waktu pembelajaran tanpa kebenaran guru dan
7.2.7 Guru Besar
Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan
7.2.8 kelas(ponteng) pada waktu pembelajaran.
7.2.9 Murid yang keluar tanpa kad kebenaran akan
dianggap merayau dan boleh dikenakan
tindakan disiplin.
Tidak boleh makan dan minum di dalam kelas
kecuali dengan kebenaran guru
Murid dikehendaki mengosongkan bilik darjah
semasa waktu rehat
7.3 Jalan raya
7.3.1 Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah
mestilah berhati-hati. Jangan berlari-lari dan
7.3.2 bermain-main di jalan raya.
7.3.3 Murid-murid hendaklah memandang kiri dan
7.3.4 kanan sebelum melintas jalan.
Murid-murid dilarang mengikut orang yang
7.3.5 tidak dikenali sewaktu pulang.
Murid-murid yang menaiki bas / kereta /
motosikal hendaklah berada di kawasan
sekolah sehingga bas / kereta / motosikal tiba.
Murid-murid hendaklah menunggu ketibaan
bas / kereta / motosikal bersebelahan dengan
pondok PENGAWAL SEKOLAH
13
7.4 Harta Benda Murid
7.4.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan
buku-buku atau barang-barang persendirian di
7.4.2 bawah laci meja selepas waktu persekolahan.
7.4.3 Murid-murid tidak digalakkan membawa duit
dengan jumlah yang banyak ke sekolah.
7.4.4 Murid-murid dilarang meninggalkan barang-
barang yang berharga atau duit di dalam bilik
7.4.5 darjah semasa meninggalkan bilik darjah.
7.4.6 Murid-murid dilarang membawa permainan
dan perhiasan yang tidak sepatutnya dibawa ke
sekolah.
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
diatas kehilangan barang-barang tersebut.
Tindakan akan diambil terhadap mana-mana
murid yang berbuat demikian.
7.5 Harta Benda Sekolah
7.5.1 Murid-murid hendaklah bertanggungjawab
7.5.2 menjaga keselamatan harta benda sekolah.
7.5.3 Murid-murid dilarang menconteng atau
7.5.4 mengotorkan mana-mana bahagian kawasan
7.5.5 sekolah.
Harta benda sekolah tidak dibenarkan dibawa
keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
pihak pentadbiran sekolah.
Sebarang kerosakkan, kehilangan, kepecahan
dan sebagainya yang dilakukan oleh mana-
mana murid adalah kesalahan murid tersebut.
Murid yang merosakkan atau menghilangkan
harta benda sekolah adalah wajib membayar
ganti rugi yang setimpal dengan barang yang
dirosakkan atau dihilangkan.
14
7.5.6 Tanamkan semangat dan sikap sayangkan
harta benda sekolah.
7.6 Kawasan Larangan
7.6.1 Murid-murid dilarang masuk ke dalam pejabat
sekolah / bilik guru kecuali dengan kebenaran.
7.6.2 Dilarang ke pusat sumber sekolah kecuali
untuk belajar atau dengan kebenaran dan
7.6.3 bersama guru.
7.6.4 Dilarang ke kantin pada waktu belajar.
Dilarang ke stor barangan atau peralatan sukan
7.6.5 kecuali dengan kebenaran.
7.6.6 Dilarang ke tempat letak kereta guru.
7.6.7 Dilarang ke kawasan pra sekolah.
7.6.8 Dilarang ke kawasan tangki air.
Dilarang ke kawasan-kawasan yang
diumumkan dari semasa ke semasa.
8. TINGKAH LAKU – TINGKAH LAKU YANG MELANGGAR
PERATURAN SEKOLAH
8.1 Tingkah Laku Jenayah
8.1.1 Berjudi
8.1.2 Mencuri
8.1.3 Melawan / mengancam / memukul /
mencederakan guru
8.1.4 Melawan / mengancam / memukul /
mencederakan pengawas
8.1.5 Memeras ugut
8.1.6 Membuli
8.1.7 Menganggotai kumpulan haram /
kongsi gelap
8.1.8 Menyalahgunakan dadah
15
8.1.9 Membawa senjata merbahaya
8.1.10 Mencabul kehormatan
8.1.11 Mengancam / memukul /
mencederakan murid lain
8.1.12 Menceroboh bilik khas / kedai
koperasi / pejabat sekolah / asrama
8.1.13 mengedar dadah
8.1.14 Menunjuk perasaan / menggangu
ketenteraman / berpiket
8.1.15 Bertaruh secara besar-besaran
8.2 Tingkah Laku Lucah
8.2.1 Bercumbu-cumbuan
8.2.2 Berkhalwat
8.2.3 Membawa bahan-bahan lucah ke
sekolah
8.2.4 Mengintai murid-murid perempuan
8.2.5 Menggunakan kata-kata dan
perbuatan lucah
8.2.6 Melukis dan menulis kata-kata dan
gambar lucah
8.3 Kekemasan Diri
8.3.1 Berambut panjang / fesyen rambut
keterlaluan dan bertentangan dengan
8.3.2 peraturan sekolah
8.3.3 Berkuku panjang
8.3.4 Bermisai dan berjanggut
Memakai pakaian yang tidak
8.3.5 mengikut peraturan sekolah
Memakai barang-barang perhiasan
yang dilarang di sekolah
16
8.4 Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa
8.4.1 Berkeliaran di kawasan sekolah
8.4.2 Datang lewat ke sekolah
8.4.3 Lewat ke perhimpunan
8.4.4 Makan dan minum di kantin di luar
waktu rehat
8.5 Tingkah Laku Kurang Sopan dan Biadap
8.5.1 Berkelakuan kasar terhadap guru
8.5.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
8.5.3 Berkelakuan kasar terhadap murid
lain
8.5.4 Berbahasa kesat
8.5.5 Menyimpan rokok
8.5.6 Menghisap rokok
8.5.7 Mengganggu proses pengajaran
dalam pembelajaran
8.5.8 Tidak menghormati guru
8.5.9 Tidak menghormati pengawas
8.6 Tingkah Laku Musnah
8.6.1 Merosakkan harta benda sekolah
8.6.2 Merosakkan harta benda Guru Besar
dan guru-guru lain
8.6.3 Merosakkan harta benda kantin
sekolah
8.6.4 Merosakkan harta benda murid
8.6.5 Merosakkan harta benda asrama
17
8.7 Tingkah Laku Tidak Jujur
8.7.1 Menipu yang melibatkan wang
8.7.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan
8.8 Ponteng
8.8.1 Ponteng kelas
8.8.2 Ponteng sekolah
8.8.3 Ponteng Perhimpunan
8.8.4 Ponteng kegiatan di luar bilik darjah /
ko-kurikulum
8.8.5 Ponteng ujian / peperiksaan
9. AKTIVITI KO-KURIKULUM
9.1 Semua murid tahun 4 , 5 dan 6 diwajibkan mengambil
bahagian di dalam ketiga-tiga bidang aktiviti ko-
kurikulum.
9.2 Murid-murid diwajibkan hadir dalam aktiviti-aktiviti
persatuan / kelab / pasukan beruniform yang disertai.
9.3 Semua murid adalah tertakluk kepada Perlembagaan
persatuan / kelab / pasukan beruniform yang mereka
sertai.
9.4 Pakaian murid ketika menghadiri aktiviti ko-kurikulum
mestilah mengikut peraturan sekolah atau seperti yang
telah ditetapkan oleh persatuan / kelab / pasukan
beruniform.
9.5 Semua murid yang menyertai aktiviti ko-kurikulum di
dalam atau di luar sekolah mestilah mendapat kebenaran
ibubapa / penjaga / pihak sekolah.
9.6 Murid-murid yang dipilih mewakili mana-mana pasukan
atau badan luar perlu mendapatkan kebenaran bertulis
dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
9.7 Murid-murid yang didapati mewakili mana-mana
persatuan atau badan tertentu dalam apa jua aktiviti ko-
kurikulum tanpa kebenaran pihak sekolah dan Jabatan
18
Pelajaran Negeri Sabah boleh dikenakan tindakan
disiplin.
10. PUSAT SUMBER SEKOLAH
10.1 Setiap murid diwajibkan masuk ke dalam Pusat Sumber
10.2 mengikut jadual yang ditetapkan mengikut kelas atau
10.3 Jadual Pusat Sumber Khas.
Murid-murid tidak dibenarkan memasuki Pusat Sumber
10.4 tanpa iringan guru atau pengawas pusat sumber di
10.5 dalamnya mengikut jadual Pusat Sumber.
10.6 Setiap murid dikehendaki membaca, melihat, memerhati
10.7 sebarang maklumat, iklan pemberitahuan di kawasan
10.8 yang disediakan di Pusat Sumber sebelum memasuki
10.9 atau menggunakan Pusat Sumber.
Kasut hendaklah ditanggalkan dan disusun rapi di rak
10.10 yang disediakan ketika masukke dalam Pusat Sumber.
Murid tidak dibenarkan membuat bising, kekotoran,
meludah dan bermain sebarang perbuatan yang
mengganggu ketenteraman pengguna Pusat Sumber.
Murid-murid dilarang memindahkan kedudukan kerusi
dan meja serta sebagainya tanpa kebenaran guru atau
pengawas pusat sumber.
Tidak dibenarkan membawa masuk bag ke dalam Pusat
Sumber.
Sebarang kegiatan atau aktiviti tidak boleh dijalankan di
Pusat Sumber kecuali dengan kebenaran Guru Pusat
Sumber.
Murid-murid boleh meminjam buku di Pusat Sumber
dengan menggunakan kad yang dikeluarkan oleh pihak
Pusat Sumber dan tidak melebihi dari had bilangan buku
dan tempoh yang ditetapkan.
Kegagalan murid mengembalikan buku dalam tempoh
yang telah ditetapkan akan dikenakan denda dan
tindakan.
19
10.11 Semua buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan
semula ditempat yang telah disediakan atau di tempat
10.12 asal.
Susun semula meja, kerusi di tempat asal dan jangan
10.13 tinggalkan sampah, alat tulis dan sebagainya di Pusat
10.14 Sumber.
10.15 Pastikan semua suis lampu, kipas dan hawa dingin
dimatikan.
Dilarang keras membawa makanan dan minuman ke
dalam Pusat Sumber.
Sekiranya kehilangan buku hendaklah digantikan
dengan buku atau harga asal buku tersebut.
11. MAKMAL SAINS
11.1 Utamakan keselamatan anda sepanjang masa berada di
dalam makmal.
11.2 Murid-murid dikehendaki beratur semasa hendak masuk
atau keluar dari makmal.
11.3 Bukakan semua tingkap dan kipas sebaik sahaja anda
masuk ke dalam makmal, supaya asap kimia yang
beracun tidak terkumpul di dalamnya tetapi semua kipas
mesti ditutup semasa anda menggunakan api bunsen.
11.4 Masukkan semua kerusi ke bawah meja semasa anda
menjalani eksperimen supaya ianya tidak mengganggu
pergerakan anda.
11.5 Menjaga keselamatan makmal adalah tanggungjawab
semua pihak dan jangan buangkan sampah sarap ke
dalam singki atau makmal.
11.6 Pastikan bahan kimia yang hendak digunakan adalah
betul. Baca label di atas botol dengan teliti dan tanyalah
kepada guru apabila terdapat sebarang kemusykilan.
11.7 Semua radas metilah dibersihkan dan dikembalikan di
tempat asalnya di akhir eksperimen anda.
20
11.8 Semua kerosakkan radas hendaklah dilaporkan kepada
11.9 guru berkenaan untuk direkodkan dan jangan
11.10 buangkannya ke dalam tong sampah.
Laporkan serta merta kepada guru yang berkenaan
11.11 segala kecederaan yang telah berlaku di dalam makmal
11.12 dan jangan berdiam diri.
Pastikan anda tahu di mana terletaknya pemadam api,
suis utama elektrik dan pili utama saluran gas dalam
makmal serta mengetahui cara yang betul
menggunakannya di dalam masa kecemasan.
Amalkan sikap membasuh tangan sebelum keluar dari
makmal.
Murid-murid dilarang :
11.12.1 Masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru
11.12.2 Membawa bag sekolah ke dalam makmal.
11.12.3 Membuat bising dan berlari-lari di dalam
makmal.
11.12.4 Melakukan apa-apa eksperimen yang tidak
diarahkan oleh guru.
11.12.5 Membawa keluar sebarang bahan
kimia atau radas dari makmal tanpa
kebenaran.
11.12.6 Makan, minum atau merokok di
dalam makmal.
12. BUKU TEKS ( SPBT )
12.1 Peminjaman buku teks diberikan kepada semua murid.
12.2 Buku teks yang telah dipinjam hendahlah dijaga
kebersihannya, dibalut dengan pembalut plastik atau
pembalut yang sesuai.
12.3 Semua murid dilarang menconteng atau merosakkan
buku teks.
21
12.4 Murid yang bertukar atau berpindah sekolah hendaklah
mengembalikan buku-buku teks tersebut sebelum
meninggalkan sekolah.
12.5 Buku-buku teks hendaklah dipulangkan pada masa yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan murid
mengembalikan buku teks wajib menggantikannya.
12.6 Kehilangan buku teks mesti diganti dengan buku yang
sama atau harga asal buku tersebut.
13. ALAT – ALAT SUKAN ( PJK )
13.1 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil atau
menggunakan alatan sukan kecuali dengan kebenaran
13.2 guru.
Semua murid hendaklah sentiasa berwaspada ketika
13.3 menggunakan alatan sukan yang membahayakan diri
13.4 sendiri atau orang lain.
13.5 Alatan sukan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya
13.6 setelah selesai digunakan.
13.7 Pengambilan dan penghantaran hendaklah dicatat dalam
13.8 buku yang telah disediakan.
13.9 Alatan sukan hendaklah disusun dan dikemaskini setiap
kali selesai menggunakannya.
13.10 Pastikan alatan yang digunakan dikembalikan dalam
13.11 keadaan yang sempurna dan mencukupi.
Murid tidak dibenarkan mengambil dan mengembalikan
alatan sukan tanpa pengawasan guru.
Cuci dulu alatan tersebut sekiranya perlu sebelum
disimpan di dalam bilik alatan / stor.
Pastikan bilik peralatan sukan berkunci sebelum
meninggalkannya dan kunci perlu diserahkan kepada
guru yang berkenaan.
Tindakan akan dikenakan terhadap murid yang tidak
mengikuti peraturan ini.
Alatan yang rosak, cacat dan hilang hendaklah
dilaporkan dengan segera kepada guru yang berkenaan.
22
14. TANDAS
14.1 Murid-murid hendaklah sentiasa bekerjasama menjaga
kebersihan tandas setiap masa.
14.2 Murid-murid hendaklah menggunakan tandas untuk
membuang air kecil dan besar dengan betul dan
berperaturan.
14.3 Semua murid dilarang keras membuang dan
memasukkan batu, kayu atau sesuatu yang keras ke
dalam lubang tandas sehingga boleh menyebabkan
tandas tersumbat.
14.4 Murid-murid dilarang menggunakan tandas guru.
14.5 Kawasan tandas perempuan adalah kawasan larangan
bagi murid lelaki dan begitu juga sebaliknya.
14.6 Murid-murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa
waktu belajar kecuali dengan kebenaran guru. Kad
kebenaran disediakan untuk 2 orang keluar dalam satu
masa yang sama.
14.7 Semua murid dilarang merosakkan sesuatu yang berada
di dalam tandas.
14.8 Jangan membuat bising semasa berada di dalam tandas
dan juga sepanjang perjalanan pergi dan balik dari
tandas.
14.9 Sekiranya didapati mana-mana murid yang bersalah
maka tindakan yang setimpal akan dikenakan.
15. KANTIN SEKOLAH
15.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan
minuman kecuali pada waktu rehat.
15.2 Murid-murid hendaklah membuat barisan atau beratur
ketika membeli atau mengambil makanan dan minuman.
15.3 Jaga kebersihan semasa makan dan minum, gunakan
tong sampah untuk membuang sampah atau sisa-sisa
makanan.
23
15.4 Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman
yang dijual di luar kawasan sekolah.
15.5 Murid-murid dilarang memasuki bahagian dalam kantin.
15.6 Semua murid digalakkan membaca doa sebelum dan
selepas makan ( murid Islam ).
15.7 Murid-murid hendaklah mematuhi arahan guru bertugas
atau pengawas dari semasa ke semasa.
15.8 Murid-murid dikehendaki makan dan minum dalam
keadaan duduk dan bersopan di meja yang disediakan,
15.9 Murid-murid dilarang makan dan minum di meja guru.
15.10 Murid-murid tidak dibenarkan menolong menjual di
kantin.
15.11 Murid-murid dilarang keras menjual di kawasan
sekolah.
16. PERATURAN AM
16.1 Murid-murid dilarang membawa barang-barang berikut
ke sekolah :
16.1.1 Senjata berbahaya
16.1.2 Cecair pemadam ( liquid paper )
16.1.3 Radio / Walkman
16.1.4 Kaset video dan cakera padat
16.1.5 Sebarang permainan komputer
16.1.6 Telefon bimbit
16.1.7 Buku-buku berunsur lucah
16.1.8 Semua jenis majalah kecuali majalah
akademik
16.1.9 Gambar lucah
16.1.10 Mercun dan bunga api
16.1.11 Mancis dan pemetik api
16.1.12 Jam pintar
24
17. NOTIS KEBAKARAN
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BILA
BERLAKU KEBAKARAN
1. BILA BERLAKU KEBAKARAN :
i. Sesiapa yang ternampak kebakaran hendaklah segera
memberitahu guru.
ii. Murid atau guru yang terdekat dengan loceng hendaklah
segera membunyikan loceng isyarat kecemasan atau
isyarat-isyarat kecemasan yang lain yang sesuai.
iii. Loceng hendaklah dibunyikan berterusan sehingga
semua murid atau penghuni bangunan menyedari
tentang kebakaran yang berlaku.
iv. Guru atau murid yang tahu menggunakan alat pemadam
api hendaklah segera menggunakan alat itu sekiranya api
itu kecil dan boleh dipadamkan.
v. Langkah awal menyiram dengan air dan menggunakan
pasir boleh juga digunakan.
2. MENGOSONGKAN BANGUNAN :
i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid
hendaklah berdiri di sisi meja tulis masing-masing
sementara menunggu araha daripada guru yang
berkenaan.
ii. Guru akan memberitahu lorong, pintu dan tangga yang
mesti digunakan untuk keluar dari bangunan itu, supaya
mereka selamat ke tempat perhimpunan.
iii. Murid-murid hendaklah turun mengikut tangga yang
paling slamat dan hampir.
25
iv. Murid-murid hendaklah bergerak segera dalam satu
barisan meninggalkan bilik darjah mengikut jalan yang
telah ditetapkan.
v. Murid-murid mesti bergerak dengan senyap, tenang dan
tidak terburu-buru atau berlari dan memotong rakan lain
sehingga sampai ke tempat berkumpul.
vi. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap atau ketawa
semasa mengosongkan bangunan bagi membolehkan
mereka mendengar arahan dengan jelas.
vii. Murid atau guru yang berada di tandas, di tangga atau di
lain-lain tempat hendaklah mengekori segera ke tempat
perhimpunan.
viii. Guru-guru yang berkenaan hendaklah mengekori
barisan murid-murid tersebut dengan membawa buku
daftar kedatangan.
ix. Guru Besar, guru-guru dan kakitangan hendaklah pergi
dengan segera ke tempat perhimpunan yang telah
ditetapkan. Guru Besar akan menerima laporan dari
guru-guru dan kakitangan yang mereka semua selamat.
x. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu
semula untuk mengambil barang seperti baju, bag, buku
dan lain-lain barang sehingga mendapat kebenaran dari
Guru Besar atau Pegawai Bomba.
3. MEMANGGIL BOMBA
i. Apa sahaja corak kebakaran yang berlaku di dalam
bangunan itu samada kecil atau besar atau baru bermula,
hendaklah menghubungi bomba dengan segera.
ii. Penyampaian maklumat kepada bomba tentang
kebakaran itu boleh dibuat melalui panggilan telefon
atau terus pergi ke balai bomba.
26
4. TEMPAT BERKUMPUL
i. Tempat berkumpul di tapak perhimpunan sekolah dan
perubahan tempat akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa.
ii. Murid-murid hendaklah berhimpun mengikut barisan
darjah masing-masing dan berdiri rapat-rapat serta tidak
dalam keadaan berselerak.
5. PANGGILAN BARIS
i. Setelah sampai ke tempat berkumpul, nama-nama murid
hendaklah dipanggil berpandukan buku daftar
kedatangan.
ii. Guru darjah hendaklah memastikan segera sama ada
semua murid telah berada di tempat berkumpul.
iii. Setelah selesai murid-murid, guru-guru dan kakitangan
sekolah mengisi semula bangunan tersebut seperti yang
diarahkan oleh Guru Besar atau Pegawai Bomba.
6. ALIRAN PERJALANAN MURID / GURU / KAKITANGAN
i. Jika arahan perjalanan yang ditentukan tidak selamat
untuk dilalui, guru-guru hendaklah mengarahkan
perjalanan murid mengikut arah yang difikirkan sesuai.
27
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAK ATAU
MENGHADAPI KEBAKARAN
1. Latihan kecemasan kebakaran perlu diadakan untuk
murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun.
2. Guru-guru dan kakitangan sekolah perlu dilatih
menggunakan pemadam api.
3. Melawan kebakaran adalah perkara yang kedua, yang
penting ialah keselamatan diri, murid-murid, guru-guru
dan kakitangan sekolah.
4. Tentukan alat pemadam api yang boleh digunakan dan
berada di tempat yang sesuai.
5. Baldi yang berisi air dan pasir hendaklah disediakan.
6. Demonstrasi dan ceramai daripada Pegawai Bomba
hendaklah diadakan dari semasa ke semasa.
7. Ingatlah ‘API’ semasa kecil menjadi kawan, bila besar
menjadi lawan.
PERINGATAN
1. Senarai undang-undang dan peraturan sekolah ini tidak tamat di sini
sahaja. Ia merangkumi arahan dan undang-undang / peraturan yang
dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan, Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Peraturan yang baru atau sebarang pindaan akan dikeluarkan dari semasa
ke semasa.
28
Rujukan kami :
Tarikh :
Kepada :
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN PERTAMA
Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan
…………………………………………………………dari kelas ……………………………… telah tidak hadir ke
sekolah dari……………………………………….. hingga…………………………………………….. ( ………………….
Hari )
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan menunjukkan surat tunjuk sebab bertulis dan
berhubung terus dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan kadar segera dalam
tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.
3. Mengikut Peraturan Sekolah, anak jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan
buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan yang munasabah daripada ibubapa
atau penjaga.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
……………………………………………….
()
Guru Besar
SK Mawar, Sandakan
s.k 1. Penolong Kanan HEM
2. Fail Guru Disiplin
3. Guru Kelas
29
Rujukan kami :
Tarikh :
Kepada :
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN KEDUA
Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan
…………………………………………………………dari kelas ……………………………… telah tidak hadir ke
sekolah dari……………………………………….. hingga…………………………………………….. ( ………………….
Hari )
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan menunjukkan surat tunjuk sebab bertulis dan
berhubung terus dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan kadar segera dalam
tempoh 7 hari dari tarikh surat ini
3. Mengikut Peraturan Sekolah, anak jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan
buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan yang munasabah daripada ibubapa
atau penjaga.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
……………………………………………….
()
Guru Besar
SK Mawar, Sandakan
s.k 1. Penolong Kanan HEM
2. Fail Guru Disiplin
3. Guru Kelas
30
Rujukan kami :
Tarikh :
Kepada :
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN TERAKHIR
Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan
…………………………………………………………dari kelas ……………………………… telah tidak hadir ke
sekolah dari……………………………………….. hingga…………………………………………….. ( ………………….
Hari )
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan / puan memalui surat bil
……………………………………………….. pada …………………………………………….. dan surat bil
…………………………………………………. Pada …………………………………………………………. Dukacita
dimaklumkan bahawa pihak sekolah tidak menerima sebarang jawapan dari tuan / puan.
Diharap pihak tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah dengan kadar segera.
3. Mengikut Peraturan Sekolah, anak jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan
buang sekolah sekiranya tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari
tarikh surat ini.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
……………………………………………….
()
Guru Besar
SK Mawar, Sandakan.
s.k 1. Penolong Kanan HEM
2. Fail Guru Disiplin
3. Guru Kelas
31
Rujukan kami :
Tarikh :
SURAT PERJANJIAN DAN PENGAKUAN BERKELAKUAN BAIK
Saya .................................................................................. yang sedang menuntut di tahun
.................................................................. dengan ini berjanji dan membuat pengakuan
bahawa saya akan berkelakuan baik dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan – kesalahan
yang boleh menyebabkan saya digantung / dibuang sekolah. Jika saya tidak menepati janji
dan pengakuan yang telah saya buat ini, maka saya sedia menerima hukuman.
Nama Penuh : ..........................................................
No K / P : ............................................
Tandatangan : ..........................................................
( Murid )
Saksi semasa pengakuan ini dibuat.
Nama Penuh : ...........................................................
No K / P : .............................................
Tandatangan : ..........................................................
( Ibu / bapa / penjaga )
Disahkan Oleh,
.....................................................
()
s.k - HEM
- Fail Disiplin
32
CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI
33
CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKIDAN PEREMPUAN
34
CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
35
CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
36
37
38
LENCANA SEKOLAH
SEKOLAH
KEBANGSAAN
MAWAR
39
Maksud
Lencana Sekolah
Merah - SK MAWAR SANDAKAN
(SKMS)
Warna
Melambangkan keberanian dan kecakalan
hati warga SKMS untuk berazam dan
bertekad merentasi segala halangan dan
kesulitan untuk berjuang demi mencapai
cita-cita kearah kecemerlangan pendidikan.
Biru - Melambangkan kesopanan dan kesusilaan
yang diterapkan kepada setiap warga SKMS sebagai
amalan hidup.
Hijau - Melambangkan keperibadian dan sahsiah
yang ingin dipupuk berlandaskan nilai-nilai murni dan
keseimbangan insan dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek.
Putih - Melambangkan kesucian, keihklasan dan
Kesungguhan dalam menimba ilmu untuk
kecemerlangan pendidikan hingga ke tahap yang lebih
tinggi.
40
Lambang-lambang
Bendera Sabah - Melambangkan negeri yang kami duduki dan
kasihi
Buku - Melambangkan sebahagian daripada logo
Kementerian Pelajaran, di mana segala amanah
dan tanggungjawab yang telah diterima oleh
semua guru / pendidik tetap akan ditunaikan
dan disampaikan kepada murid-murid
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Bunga Raya - Melambangkan keharmonian hidup sebagai
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa
dan agama di dalam sebuah Negara yang
tercinta.
Obor dan Gelung - Melambangkan kokurikulum tidak
ditinggalkan agar keseimbangan
antara keduanya dapat melahirkan insan yang
seimbang dari pelbagai aspek kebolehan dan
kemahiran.
Mortarboard dan Melambangkan kecemerlangan akademik yang
segulung ijazah - hendak dicapai hingga bergelar seorang
graduan.
.
41
Keseluruhan Lencana Melambangkan semangat kekitaan
Bentuk Bunga Mawar -
dan bersatu padu di kalangan
semua warga sekolah, pendidik / guru
SKMS, kakitangan bukan mengajar
dan murid-murid di dalam
melaksanakan tugasan,
menyelesaikan masalah dan
mengharungi segala kerumitan.
Pecahan 3 ruang - Melambangkan 3 bidang Pentadbiran,
Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum yang memainkan
peranan saling bergantung di dalam
melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah
diamanahkan untuk mentadbir sebuah
organisasi sekolah.
Cogan Kata Kecerdikan yang sempurna,
Cemerlang, Cekal, Cekap, Cerdik - kecergasan fizikal dan
kecekalan yang mantap
mampu melahirkan insan
yang cemerlang.
42
LAGU SEKOLAH
SK MAWAR SEKOLAH KITA
SEKOLAH YANG CEMERLANG
SK MAWAR SEKOLAH KITA
CEMERLANG DI MALAYSIA
SK MAWAR SEKOLAH KITA
MURID-MURID BERDISIPLIN
SK MAWAR CEMERLANG
PADA SEPANJANG MASA
*Korus
*MURID BIJAK GURU PENYAYANG
KITA BERSAMA JAYAKAN WAWASAN
SEKOLAH KITA BERSIH DAN INDAH
MURIDNYA TEKUN BELAJAR
SK MAWAR SEKOLAH KITA
SEKOLAH YANG CEMERLANG
SK MAWAR SEKOLAH KITA
CEMERLANG DI MALAYSIA
SK MAWAR SEKOLAH KITA
MURID-MURID BERDISIPLIN
SK MAWAR CEMERLANG
PADA SEPANJANG MASA
43
LAGU “NEGARAKU”
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
LAGU “SABAH TANAH AIRKU”
(Lagu Negeri Sabah)
SABAH TANAH AIRKU
NEGERI KITA YANG TERCINTA
PEMUDA PEMUDI SEMUA MARILAH
BANGUNLAH BERSATU SEMUA
MARILAH BERSAMA SERTA MAJU JAYA
MERDEKA SEPANJANG MASA
BERSATU SEGALA BANGSA SENTOSA
SABAH NEGERI MERDEKA
44
IKRAR MURID
Bahawasanya, kami ;
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Mawar,
Dan sebagai rakyat Malaysia,
Berikrar akan belajar bersungguh-sungguh
Serta berusaha dan akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
Cita-cita Rukun Negara
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut ;
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
SEGALA USAHA DAN CITA-CITA MURNI INI
TIADA LAIN, SELAIN TUHAN YANG MAHA ESA
Buku Peraturan Sekolah ini telah dibaca dan saya akan mematuhi semua
peraturan yang terkandung di dalamnya. Dan akan mematuhi arahan-
arahan pihak sekolah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Tandatangan: ______________________ Tarikh: __________________
Nama Murid: _______________________________________________
SAKSI
Tandatangan: ______________________ Tarikh: __________________
Nama Ibubapa/penjaga: _______________________________________
No. Kad Pengenalan: _________________________________________
45
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang libral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
46