KARNIVAL ROBOTIK MATRIKULASI
“ROBOTRIX ’19”
24-26 OGOS 2019
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan dalam buku program ini sempena
Karnival Robotik, Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi tahun 2019. Tahniah kepada Kolej Matrikulasi
Labuan (KML) kerana mengambil tanggungjawab untuk
menganjurkan karnival ini untuk kali keduanya.
Karnival robotik ini dianjurkan sebagai satu program untuk
meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sepertimana yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Bertepatan pula dengan keperluan Pembelajaran Abad Ke-21(PAK-
21) yang memerlukan pelajar menguasai elemen-elemen pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif dalam membina konsep dan sistem
pendidikan moden. Oleh itu sewajarnya karnival robotik ini menjadi
salah satu platform untuk memperkasakan ilmu robotik dalam
kalangan pelajar matrikulasi.
Saya berharap semua peserta yang mengambil bahagian dalam karnival kali ini berjaya
meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan konsep, reka cipta dan sistem robotik
kontemporari selari dengan kemajuan dan perkembangan Revolusi Industri 4.0.
Di samping itu, karnival ini juga dapat menyemai semangat kerja berpasukan,meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dan mengasah bakat kepemimpinan pelajar. Secara tidak langsung
kebolehan penyelesaian masalah, motivasi dan keyakinan diri setiap pelajar dapat diterapkan.Tahniah
saya ucapkan kepada semua yang terlibat khususnya KML dalam menjayakan penganjuran Karnival
Robotik Program Matrikulasi pada kali ini. Semoga penganjuran karnival ini menjadi perangsang
kepada pelajar untuk terus menyumbangkan idea baharu di samping kebolehan penyelesaian masalah
melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan dapat diaplikasikan secara optimum.
Akhir kalam, saya mendoakan karnival ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Harapan saya kepada semua peserta dan seluruh kontinjen yang mengambil bahagian agar dapat
meluaskan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang teknologi robotik sepanjang karnival ini
berlangsung.
Selamat Berkarnival dan Mengharungi Cabaran ROBOTRIX ’19. Semoga Berjaya.
Sekian, terima kasih.
DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
Pengarah
BMKPM
UCAPAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah
kepada seluruh Jawatankuasa Karnival Robotik kerana
komitmen anda semua kita berjaya menganjurkan karnival
robotik untuk kali kedua di peringkat Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terima kasih kepada YBrs. Dr. Rosnarizah Bt. Abdul Halim,
Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana sekali lagi memberi penghormatan dan
kepercayaan kepada Kolej Matrikulasi Labuan (KML) selaku
tuan rumah dan penganjur karnival robotik yang akan
berlangsung pada 24-26 Ogos 2019.
Saya selaku penasihat penganjuran Karnival Robotik 2019, mengalu-alukan kehadiran Pengarah
BMKPM, pegawai-pegawai pengurusan tertinggi BMKPM, pengarah-pengarah kolej matrikulasi,
semua kontinjen daripada kolej-kolej yang mengambil bahagian, institusi-institusi pendidikan dan
agensi kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak 25 jawatankuasa telah dibentuk yang melibatkan pensyarah, kakitangan kolej dan dibantu
oleh sekumpulan fasilitator daripada kalangan pelajar.
Pada tahun ini, jawatankuasa karnival telah memilih ROBOTRIX ’19 sebagai tema karnival yang
menunjukkan betapa pentingnya penguasaan dan pemerkasaan bidang sains robotik dalam kalangan
pelajar matrikulasi.
Pada kali ini pertandingan robotik terbahagi kepada 3 kategori iaitu Maze Line Follower, Sumo dan
Makers. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai ciri-ciri dan objektif yang berbeza tetapi penilaiannya
masih berteraskan kepada unsur-unsur kreativiti dan inovasi pelajar dalam menghasilkan sistem
robotik kontemporari.
Dalam pada itu juga kami menyediakan reruai pameran robotik dengan kerjasama beberapa agensi
kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (DOSH).
Semoga karnival robotik kali ini mencapai matlamat dan objektif penganjuran iaitu menimbulkan rasa
minat yang mendalam di samping memperkasakan bidang sains robotik yang menjadi agenda penting
dalam proses Pembelajaran Abad Ke-21.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang terlibat dalam karnival robotik kali ini berjaya melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan sempurna demi kemajuan sains robotik dalam sistem pendidikan
negara kita selari dengan peredaran zaman ke arah teknologi yang berteraskanRevolusi Industri 4.0.
Sekian, terima kasih.
MOHD IDRIS BIN OMAR
Pengarah
KML
SEKILAS PANDANG KARNIVAL ROBOTIK
ROBOTRIX’18 ROBOTRIX’19
Pertandingan bercorak akademik kali kedua ini bertujuan memperkasakan program Matrikulasi
sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM sekaligus menjadi penjana unggul
pelajar bumiputera.
Tema robotik dipilih berdasarkan senario masa kini yang menjurus kepada aplikasi pembelajaran bagi
mata pelajaran sains, matematik dan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar matrikulasi.
Karnival Robotik Matrikulasi 2019 (ROBOTRIX'19) ini berupaya menjadi batu loncatan kepada
para peserta dalam mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui pertandingan di samping menerapkan
budaya kreativiti dan inovasi.
Program ini diadakan bertujuan untuk :
Membangunkan dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta kemahiran
sosial pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan masa depan.
Membantu para pelajar membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains,
teknologi, ICT dan rekacipta.
Merangsang kreativiti pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dan menggalakkan inovasi.
Memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
Mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan bertaraf kelas pertama.
AHLI JAWATAN KUASA KARNIVAL ROBOTIK
PENAUNG : Yang Berusaha Dr. Hajah Rosnarizah Binti
Abdul Halim,
Pengarah BMKPM
PENASIHAT : Encik Mohd Idris bin Omar,
PENGERUSI Pengarah KML
PENYELARAS INDUK
: Puan Hamizar binti Tahir,
Timbalan Pengarah KML
: Cik Norzaireenwati binti Said,
Ketua Jabatan Matematik KML
SETIAUSAHA : Puan Rafiah binti Ishak
BENDAHARI : Puan Dayang Suhaila binti Md Alwee
NAIB PENYELARAS ENCIK MOHD TAIB BIN HAJI IBRAHIM (KJS)
Penyelaras Puan Suhaila binti Ahmed (K)
Pertandingan Puan Wan Nur Ameera Faseeha binti Wan Ismail
Cik Akhmal Sofia Asyikin Binti Kamarul Zaman
MAZE LINE FOLLOWER Encik Rizman bin Mairin
Coach Encik Mohd Noorlizam bin Mohd Monzai
SUMO Puan Mardawiah binti Tawil (K)
Coach Encik Mohd Azizi Hakim bin Hamzah
Puan Noorazimah binti Yaacob
Tuan Syed Nassir bin Syed Ahmad
MAKERS Encik Byron Mc Michael Kadum (K)
Coach Encik Khairol Nizam bin Othman
Encik Mohd Rusydi Bin Mohd Rosli
Encik Muhammad Shazwan bin Sheikh Abdul Razak
AHLI JAWATAN KUASA KARNIVAL ROBOTIK
Pameran Robotik Encik Nazaruddin bin Zakaria (K)
Peralatan Encik Mohamad Nasir bin Abd Wahab
Hadiah dan
Cenderahati Cik Zaherah binti Abdul Rahim (K)
Teknikal Encik Mohamad Azhar bin Hassan
Dokumentasi Cik Juniza binti Jasin (K)
Cik Farah Arina binti Ibrahim
Buku Program
Encik Mohamad Hisham bin Mohd Mohtar (K)
NAIB PENYELARAS Encik Eiron Sulai
Encik Stuartley Aeron Swadin
Publisiti Encik Husain bin Nordin
Encik Maslan bin Jelan
Persiapan Tempat
Encik Hazri bin Zamzuri (K)
Pegawai Pengiring Encik Mohd Al-Amin bin Abdullah
(LO) Encik Syamsul Arifin bin Mohamad Yunus
Encik Thillai Kumar Pathatalli (K)
Encik Kamaruddin bin Jailani
CIK JUNAINAH BINTI MUKHTER (KJSI)
Encik Noorazlan bin Ahmad Yaacob (K)
Encik Magnoleo Masjunah
Cik Norazzaliza binti Arob (K)
Encik Mohd. Syukri bin Zakaria
Puan Noor Asiah binti Tukimin
Puan Airien Gandi
Cik Nora Mazugin
Ahmad Zul Azri Bin Mohd Yusoff (K)
Junainah Binti Mukhter
Noor Diana Binti Ariffin
AHLI JAWATAN KUASA KARNIVAL ROBOTIK
Jamuan Abd. Halim Bin Mat Desa
Redzuan Bin Md Zin
Protokol dan Sambutan Mohd Badruddin Bin Abdullah
Floor Manager Syahmun Bin Yahya
Stage Manager Mohd Amin Bin Ahmad Isa
Teks Ucapan Ridzuan Bin Mat Kassim
Gimik Perasmian dan Noor Farahin Binti A'zizan
Persembahan Hassan Bin Ghani
Pengacara majlis Mahamad Yusoff Bin Abdul Rani
Mohd Radzi Bin Noh
Puan Pulsinah binti Ogo (K)
Puan Karmila binti Karlam
Cik Siti Syamsiah binti Ali
Puan Aliza binti Sidek
Encik Nanda Kumar Damodaran (K)
Cik Siti Farina binti Abdul Shukur
Puan Mardiana binti Amir Mizan (K)
Cik Wan Nurul Bahiyah binti Wan Lanang
Encik Muhamad Muzhafar bin Hamzah
Encik Shamsudin bin Abdul Rahman
Encik Mohd Syaifudin bin Duakim (K)
Puan Colina Sakim
Encik Mahid bin Masseluang (K)
Puan Shirely Jarop
AHLI JAWATAN KUASA KARNIVAL ROBOTIK
NAIB PENYELARAS ENCIK MASAH BIN ABU MANSOR (KJPP)
Penginapan dan
pendaftaran Encik Zulkarnaen bin Saridi (K)
Puan Olianah binti Duah
Jemputan
Pengangkutan Puan Rosnida binti Ramli (K)
Keselamatan
Encik Hashim bin Kassim (K)
Sijil Encik Thavarajah Selvarajah
Encik Mohd Zammuarrey bin Jusoh (K)
Fasilitator
Kebersihan Encik Jumadil bin Ali (K)
Encik Francis Labi
Puan M Ester Linus
Puan Khadzijah Binti Suut
Cik Maspaitilla Malius @ Akang
Puan Visita Bongot
KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan robotik peringkat matrikulasi memberi impak
yang sangat signifikan terhadap matlamat program matrikulasi
iaitu melahirkan modal insan khususnya pelajar bumiputera
yang unggul dan berpengetahuan tinggi serta bertaraf kelas
pertama.
Selain daripada itu, dengan penganjuran pertandingan robotik
dapat menjadi batu loncatan kepada program matrikulasi dalam
mempromosikan produk atau hasil para pelajar bagi sektor
korporat yang sentiasa mencari bakat-bakat baru dalam bidang
inovasi dan kreativiti.
Pertandingan THE MAKERS, MAZE LINE FOLLOWER dan
SUMO boleh menjadi medium bagi pihak kolej mencungkil
bakat bakat baru di kalangan pelajar Matrikulasi.
THE MAKERS MAZE LINE SUMO
FOLLOWER
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL ROBOTIK MATRIKULASI
THE MAKERS
Tahun 2019 merupakan tahun kedua Pertandingan The
Makers diadakan sempena Karnival Robotik Program
Matrikulasi Kebangsaan. Pertandingan ini bakal
menyaksikan pasukan-pasukan pelajar berentap untuk
muncul sebagai pasukan inovator terbaik dengan tema
kali ini “Innovations for a Better Living Space”.
Penganjuran The Makers tahun ini berformatkan
pameran reruai dan pada tahun ini juga buat julung
kalinya terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan –
Kategori Matrikulasi & Kategori Sekolah / Institusi
Labuan.
Sebanyak 10 kolej matrikulasi dan 4 sekolah / institusi
Labuan yang bakal berentap untuk memenangi
Anugerah Emas, Perak ataupun Gangsa.
MAZE LINE FOLLOWER
Pertandingan “Maze Line Follower” merupakan salah satu
acara yang biasa diadakan dalam mana-mana pertandingan
robotik di seluruh dunia.
Jesteru itu, bagi Karnival RoboTrix 2019, yang kali ke dua
diadakan di Peringkat Kebangsaan, acara Maze Line
Follower telah dipilih sebagai salah satu acara yang di
pertandingkan.
Tugasan bagi robot “Maze Line Follower” adalah untuk
bergerak dan memilih laluan litar maze yang bermula dari
lokasi mula hingga ke garisan penamat dalam masa yang
paling singkat dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Robot yang terpantas akan dikira sebagai pemenang,
seterusnya mara ke peringkat berikutnya.
SUMO
Sumo merupakan sukan tradisi Jepun yang dikategorikan
sebagai gendai budō (seni mempertahankan diri) di mana dua
ahli sumo yang dipanggil sebagai rikishi berlawan utk
menolak satu sama lain keluar dari gelanggang.
Permainan robotik sumo pula merupakan permainan yang
diadaptasi dari sukan sumo, dimana peraturan yang sama
dengan sukan sumo digunakan sebagai ketetapan utama,
namun, rikishi digantikan dengan robot yang dipanggil
sebagai sumoBot.
Pertandingan sumo ini julung kali diadakan sejak karnival
robotik matrikulasi diperkenalkan.
KOLEJ-KOLEJ YANG TERLIBAT
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
KOLEJ MATRIKULASI PERAK KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KOLEJ MARA KULIM KOLEJ MATRIKULASI
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN KEJURUTERAAN PAHANG
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI KOLEJ MATRIKULASI PULAU
SEMBILAN PINANG
KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
KOLEJ MATRIKULASI
KEJURUTERAAN JOHOR
SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT
Sekolah Menengah Agama MAIWP
Kolej Vokasional Labuan
Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Sekolah Kebangsaan Pantai
PELAN LANTAI PERTANDINGAN
ATUR CARA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL ROBOTIK
MATRIKULASI
“ROBOTRIX’19”
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
25 OGOS 2019 (AHAD)
7.30 MALAM – 10.00 MALAM
DEWAN MUTIARA, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
KOD PAKAIAN :
BATIK (TETAMU JEMPUTAN)
SERAGAM PASUKAN (PESERTA)
7.30 malam : Ketibaan peserta dan tetamu jemputan
8.00 malam : Ketibaan YBrs Dr. Hajah Rosnarizah Binti Abdul Halim,
Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia
: Bacaan doa
: Ucapan aluan oleh YBrs Encik Mohd Idris bin Omar,
Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan
: Tayangan multimedia
: Ucapan perasmian oleh YBrs Dr. Hajah Rosnarizah
Binti Abdul Halim,
Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia
: Gimik perasmian
: Jamuan
: Tayangan video montaj
: Penyampaian hadiah dan cenderamata
: Persembahan tarian
: Sesi fotografi
: Perarakan keluar tetamu kehormat
10.00 malam : Bersurai
PELAN LANTAI MAKAN MALAM MAJLIS
PERASMIAN PENUTUP
TERIMA KASIH
SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN
KEPADA SEMUA YANG
MENJAYAKAN
KARNIVAL ROBOTIK MATRIKULASI
“ROBOTRIX ’19”
BUKU PROGRAM
http://online.anyflip.com/ijko/fcmz/mobile/index.html