BUKU PANDUAN
PENGAWAS
SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN
SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
HAKCIPTA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISBN 983-3597-01- 7
Hak cipta terpelihara.
Kecuali untuk tujuan pendidikan yang
tidak ada kepentingan komersil, tidak
dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik
rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada
Pengarah Sahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada
perkiraan royalti atau
honorarium.
Diterbitkan oleh:
Sahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
--
PRAKATA
Buku Panduan Pengawas Sekolah dihasilkan sebagai satu garis panduan kepada guru
dan pengawas sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas pengawas dengan berkesan di
sekolah. Buku ini diharapkan dapat membantu para pengawas sekolah melaksanakan tugas-
tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, untuk memastikan sesuatu tugas
dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik, kita harus berpandukan bahan rujukan yang
berkualiti demi meminimumkan sebarang kelemahan dan kesilapan.
Buku Panduan Pengawas Sekolah ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan
pengurusan pengawas sekolah yang merangkumi carta organisasi, jawatankuasa pengawas
sekolah dan carta aliran pengurusan pengawas sekolah. Selain itu, buku ini juga menerangkan
peranan guru pengawas dan tanggungjawab pengawas sekolah. Conteh borang-borang
yang berkaitan turut dimuatkan di dalam buku ini.
Buku Panduan Pengawas sekolah ini diharapkan dapat digunakan di semua sekolah rendah
dan menengah di Malaysia agar dapat melahirkan pengawas sekolah yang cemerlang dan
menampilkan perwatakan yang baik serta terpuji untuk menjadi generasi terbilang.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN ~1
MENTER! PENDIDIKAN MALAYSIA I
Assalamualaikum Warahmatu/Jahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. j
I i
I Sayamengucapkan syabas dan tahnlah l<epada semua pihak khususnya Sahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas usaha dan inisiatif menerbitkan Buku
Panduan Pengawas Sekolah. Saya percaya buku ini akan dapat dijadikan sebagai bahan
rujukan utama jawatankuasa pengawas sekolah.
Sekolah sebagai institusi pendidikan formal yang penting dalam usaha mendidik dan
seterusnya melahirkan masyarakat yang berguna dan produktif. Dalam hal ini, sekolah
bukan sahaja berperanan mendidik murid-murid dalam memperkembang ilmu pengetahuan
dan kebolehan intelektual tetapi juga memastil<an murid-murld memiliki tahap moral dlri
dan kemahiran sosial yang baik serta berkualiti. Murid yang berjaya dalam segala bidang
kehidupan sering kali terdirl daripada mereka yang berdisiplin dan memiliki keperibadian
yang unggul. Selaras dengan itu, pentadbir sekolah memainkan peranan penting untuk
membentuk disiplin murid dan dibantu oleh guru-guru dan pengawas sekolah.
Dalam hal ini, penerbitan Buku Panduan Pengawas Sekolah oleh Kementerian Pendidikan
Malaysiaakan membantu pihak sekolah meningkatkan keberkesanantugas-tugas pengawas di
sekolah. Pengawas sekolah merupakan pemimpin murid yang dapat membantu pihak sekolah
menjalankan tugas-tugas mengawal disiplin murid. Mereka perlu dilatih bertanggungjawab
dan berketerampilan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan
I garis panduan yang dibekalkan.
I Akhir kata, penghasilan Buku Panduan Pengawas Sekolah ini akan memberikan manfaat
kepada sekolah-sekolah dalam melahirkan modal insan yang mematuhi peraturan serta
I memiliki ketinggian peribadl dengan harapan amalan-amalan positif yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
tercapai.
TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Menteri Pendidikan Malaysia.
I
BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
111 SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
-
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, Sahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menghasilkan Buku Panduan Pengawas
Sekolah sebagai panduan dan rujukan kepada sekolah dalam menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pengawas sekolah.
Sesungguhnya, tugas menangani disiplin murid adalah sangat mencabar. Oleh itu, pihak
sekolah haruslah menyedari bahawa pentingnya unsur kebijaksanaan dalam menangani
masalah dengan berlandaskan undang-undang dan pekeliling-pekeliling sedia ada. Komitmen
daripada guru-guru pengawas dan pengawas sekolah amat diperlukan dalam menjayakan
setiap usaha bagi memastikan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif dapat diwujudkan
bagi merangsang perkembangan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar Buku Panduan Pengawas Sekolah ini
dapat digunakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengawas Sekolah untuk melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan. Dengan ini, mereka akan dapat
membantu guru-guru dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah ke arah
melahirkan insan yang seimbang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Buku
Panduan Pengawas Sekolah ini. Semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya
untuk memantapkan pengurusan pengawas dan dapat memupuk sikap kepemimpinan
dalam diri pengawas.
DATO' SRI DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
ctKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN I
PENGARAH SAHAGIAN PENGURUSAN
SEKOLAH HARIAN
Assalamua/aikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Sejahtera
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan penggubal Buku
Panduan Pengawas Sekolah. Penghasilan buku ini telah dapat direalisasikan dengan
komitmen yang padu dan idea-idea bernas yang disumbangkan oleh semua pihak yang
terlibat.
Buku Panduan Pengawas Sekolah dihasilkan bertujuan untuk memberikan panduan yang
lengkap kepada Jawatankuasa Pengawas Sekolah untuk melaksanakan tugas. Selain itu, buku
ini juga boleh dijadikan wahana bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memantapkan pengurusan pengawas sekolah. Seterusnya dapat menampilkan
perwatakan yang baik dan terpuji dalam usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sesungguhnya, tugas untuk membentuk sahsiah murid adalah sangat mencabar. Sehubungan
dengan itu, saya berharap Buku Panduan Pengawas Sekolah ini dapat memudahkan dan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan jawatankuasa pengawas di sekolah.
Dengan ini, pengawas-pengawas sekolah akan lebih memahami tugas dan tanggungjawab
mereka serta dapat melaksanakannya dengan efisien.
Akhir kata, saya berharap agar pihak sekolah dapat menggunakan sepenuhnya Buku Panduan
Pengawas Sekolah ini agar dapat melahirkan pengawas yang berdisiplin, berketerampilan,
proaktif dan dinamik dalam menjalankan tanggungjawab kerana pengawas cemerlang
menjanakan generasi terbilang.
ABDULLAH BIN MAD YUNUS
Pengarah
Sahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
v BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
- ~,
KAN DUNGAN Mukasurat
1. Prakata II
2. Kata alu-aluan: Ill
Menteri Pendidikan Malaysia IV
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengarah Sahagian Pengurusan Sekolah Harian v
3. Kandungan VI
4. Pengenalan 1
Pendahuluan 1
Visi 1
Misi 1
Matlamat 2
2
. Objektif 2
Moto pengawas 3
Logo pengawas 4
lkrar pengawas
Lagu pengawas 5
6
5. Carta organisasi
Carta organisasi pengawas sekolah (Guru) 7
Carta organisasi jawatankuasa pengawas (Murid) 8
6. Tugas dan peranan jawatankuasa pengawas 11
Jawatankuasa pengawas (Guru) 12
Jawatankuasa pengawas (Murid) 15
17
7. Carta aliran 19
Carta aliran pelantikan pengawas sekolah
Carta aliran pelantikan Ketua Pengawas 21
Carta aliran tindakan tatatertib pengawas sekolah
Carta aliran peletakan jawatan pengawas sekolah 65
Carta aliran penghargaan pengawas sekolah
8. Lampiran
9. Jawatankuasa Penulisan
KEMENTERIAN PENDID[KAN MALAYSIA VI
--
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di negara kita menjadi wahana utama
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan
dengan itu, sekolah sebagai institusi pendidikan formal berperanan untuk mencapai matlamat
tersebut. Selaras dengan itu, pentadbir sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk
sahsiah murid dengan dibantu oleh guru-guru dan jawatankuasa pengawas sekolah.
Sememangnyatidakdapatdinafikan lagibahawapengawassekolah ialahjawatankuasayang
penting dan bertanggungjawab membantu guru memastikan sahsiah murid mantap dan
suasana sekolah berada dalam keadaan terkawal. Mengikut Surat Pekeliling lkhtisas Bil.9/1975:
"... Pengawas-pengawas sekolah I ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah
faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka ... Mereka juga hendaklah
memahami bahawa pelantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa
sekolah dalam memelihara tatatertib."
Oleh itu, Buku Panduan Pengawas Sekolah yang dihasilkan ini dapat membantu pengawas
sekolah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang efisien. Sebagai pemimpin murid, adalah
wajar pengawas sekolah menunjukkan keterampilan dan sahsiah yang positif agar dapat
dijadikan teladan kepada murid-murid lain.
1.2 VISI
Pengawas cemerlang menjanakan generasi terbilang.
1.3 MISI
Melahirkan pengawas yang berdisiplin, berketerampilan, proaktif dan dinamik
1.4 MATLAMAT
Memastikan semua murid mematuhi dan menghayati peraturan-peraturan sekolah bagi
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA -
meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum melalui
kemahiran kepimpinan pengawas.
1.5 OBJEKTIF
1.5.1 Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan dedikasi, ikhlas,
bertanggungjawab selaras dengan visi dan misi pengawas.
1.5.2 Mempunyai disiplin dan jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada sekolah
1.5.3 Memelihara, menjaga dan meningkatkan imej sekolah pada setiap masa
1.5.4 Bekerjasama dan membantu guru-guru dalam memastikan semua murid mematuhi dan
menghayati peraturan dan disiplin sekolah.
1.6 MOTO PENGAWAS
Berkhidmat untuk Memimpin
1.7 LOGO PENGAWAS
1. 7.1 Penerangan Logo
i. Tangan yang menggenggam menggambarkan pengawas sekolah adalah sebagai
pemegang amanah untuk membantu menguat kuasa peraturan sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
ii. Warna merah menunjukkan pengawas sekolah perlu memiliki sifat berani dalam
melaksanakan tugas.
iii. Warna putih menunjukkan pengawas sekolah perlu menjalankan tugas dengan penuh
amanah dan keikhlasan.
iv. Warna biru menunjukkan pengawas perlu melaksanakan tugas secara adil tanpa mengira
bangsa demi mengekalkan perpaduan.
v. Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.
2 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
r
1.8 IKRAR PENGAWAS
Bahawasanya karnl, Pengawas Sekolah (sebutkan nama sekolah) berikrar dan berjanji bahawa
1.8.1 kami akan:
1.8.2 Mematuhi ajaran agama
1.8.3 Sentiasa beretika dan berdisiplin
1.8.4 Menjalankan tugas dengan taat dan setia
1.8.5 Melaksanakan dan membantu menguatkuasakan peraturan sekolah
1.8.6 Sayang akan sekolah
Menjaga nama baik sekolah.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3
WA WASAN KAMI ( LAGU PEN GAW AS )
Lagu : AzhariMohd Kassim Lirik : Azhari Mohd Kassim
J= 110
Men ja na kan ge ne ra si ter bi tang Di sip lin Ian da san u ta ma ka mi Kami
6
ber ik rar ka mi ber jan ji Pe nga wa san yang ber kua Ii ti. Ha ra pan dan has rat se
11 Me la hir kan in san bes ta ri Ka mi ber sa ma ka mi ber us ha Ting kat
•
mua
16
kan ke ce mer la ngan. Pe nga was yang ber bak ti De mi ra kan dan di
21
ri Mem ban tu gu ru men ja ya kan Se ko lah ber pres ta si ting gi Bu
26
di ba ha sa di jun jung Ru kun ne ga ra di ha ya ti Ber tu
30
gas pe nuh de di ka si Menja di mat la mat ka mi. menja mi
Copyright © azharimohdkassim
4 BUKU PANDUAN PENGAWASSEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
CARTA ORGANISASI
2.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH (GURU)
PENASIHAT
(PENGETUA I GURU BESAR)
· PENGERUSI
. (PK HEM)
TIMBALAN PENGERUSI
(KETUA GURU DISIPLIN)
SETIAUSAHA .
KETUA GURU PENGAWAS
PENOLONG SETIAUSAHA
(KETUA GURU PENGAWAS PETANG)
GURU-GURU PENGAWAS
GURU BIMBINGAN DAN
. KAUNSELING
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 5
2.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH (MURID)
PENASIHAT
KETUA GURU PENGAWAS
PENGERUSI
. KETUA PENGAWAS
TIMBALAN PENGERUSI I TIMBALAN PENGERUSI I
PENOLONG KETUA PENGAWAS I PENOLONG KETUA PENGAWAS II
. SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
PENOLONG BENDAHARI
KETUA BIRO KETUA BIRO
DISIPLIN KEBAJIKAN
KETUA BIRO KETUA BIRO
KECERIAAN PENERANGAN
KETUA BIRO KETUA BIRO
KEROHANIAN/BINA INSAN TUGAS-TUGAS KHAS
KETUA BIRO AKADEMIK
DAN SUKAN
* Jawatankuasa lain tertakluk kepada keperluan sekolah
6 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
-
3.1 PERANAN JAWATANKUASATERTINGGI PENGAWASGURU
PENGETUA/GURU BESAR
a. Menjadi penasihat jawatankuasa pengawas sekolah
b. Menentukan polisi-polisi disiplin sekolah dilaksanakan oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM).
GURU PENOLONG KANAN HEM
a. Pengerusi jawatankuasa pengawas sekolah.
b. Menyelia dan mengawal dasar dan objektif jawatankuasa pengawas.
c. Membimbing guru pengawas dalam menguruskan jawatankuasa pengawas sekolah.
KETUA GURU DISIPLIN
a. Timbalan pengerusi jawatankuasa pengawas sekolah.
b. Membantu dalam memberikan garis panduan dalam pengurusan disiplin sekolah.
KETUA GURU PENGAWAS/GURU PENOLONG (Sesi Petang)
a. Setiausaha dan penolong setiausaha jawatankuasa pengawas sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat rasmi sekurang-kurangnya 3 kali setahun, (mesyuarat
perancangan awal tahun, mesyuarat pertengahan tahun dan mesyuarat agung tahunan).
c. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.
d. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas sekolah.
e. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
f. Bekerjasama dengan Setiausaha Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
dalam mengendalikan kursus kepemimpinan pengawas.
g. Mengendalikan Majlis Pelantikan Pengawas.
h. Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.
i. Memantau pengawas semasa menjalankan tugas.
j. Menyemak laporan bulanan termasuk minit mesyuarat atau laporan perjumpaan
pengawas.
k. Melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh pengetua/guru besar dari semasa ke
semasa.
GURU-GURU PENGAWAS
a. Membantu ketua guru pengawas/guru penolong dalam menguruskan jawatankuasa
pengawas sekolah.
GURU-GURU DISIPLIN
a. Membantu dan membimbing jawatankuasa pengawas dalam pengurusan hal ehwal
disiplin murid.
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 7
j
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 11,
a. Memberikan sokongan dan motivasi kepada jawatankuasa pengawas sekolah (murid).
b. Mengaturkan program kursus kepemimpinan pengawas. I
c. Memberikan khidmat nasihat kepada pengawas sekolah.
3.2 PERANAN JAWATANKUASATERTINGGI PENGAWAS (MURID)
KETUA PENGAWAS
a. Memastikan visi dan misi pengawas diketahui, difahami dan dilaksanakan oleh semua
pengawas.
b. Memastikan peranan JawatankuasaPengawas diketahui, difahami dan dilaksanakan.
c. Menjadi pemimpin/ketua kepada semua pengawas.
d. Sentiasa memperlihatkan kepemimpinan/ketokohan sebagai pengawas.
e. Memberikan arahan dan mengagihkan tugas pengawas berdasarkan arahan guru dan
pentadbir sekolah.
f. Memastikan setiap biro jawatankuasa pengawas merancang dan melaksanakan aktiviti
dengan bimbingan guru pengawas.
g. Memastikan tugasan dan arahan dipatuhi oleh semua pengawas.
h. Menerima dan menyemak laporan mingguan setiap biro sebelum dihantar kepada guru
pengawas.
i. Mengadakan perjumpaan pengawas seperti yang diarahkan oleh guru pengawas.
j. Mempengerusikan mesyuarat pengawas dan perjumpaan pengawas.
PENOLONG KETUA PENGAWAS (I dan II)
a. Mengambil alih tugas-tugas ketua pengawas semasa ketiadaannya.
b. Membantu ketua pengawas melaksanakan setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan.
c. Membantu mengagihkan tugas kepada para pengawas.
d. Membimbing pengawas dalam menjalankan tugas.
e. Penolong Ketua Pengawas II akan mengambil alih tugas-tugas berkenaan semasa
ketiadaan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas I.
SETIAUSAHA/PENOLONG SETIAUSAHA
a. Menguruskan fail-fail pengawas.
b. Mencatat minit mesyuarat semasa mesyuarat dan membuat catatan perjumpaan
pengawas.
c. Menyiapkan minit mesyuarat dalam tempoh yang ditetapkan (rujuklampiran9).
d. Mengumpul laporan setiap aktiviti yang dijalankan oleh biro.
I I
8 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
~au.'"-----"'
e. Mengendalikan urusan surat-menyurat.
f. Mengatur tempat atau menyediakan keperluan mesyuarat untuk melancarkan perjalanan
mesyuarat.
BENDAHARI/ PENOLONG BENDAHARI
a. Menerima wang derma/sumbangan daripada ahli.
b. Mencatat wang masuk dan keluar dalam buku laporan kewangan.
c. Menyerahkan segala kutipan untuk disimpan oleh guru pengawas.
d. Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
e. Memastikan penyata kewangan sentiasa dikemas kini.
AHLI JAWATANKUASA
BIRO DISIPLIN
a. Mengawal disiplin pengawas.
b. Menasihati dan melaporkan murid yang melakukan kesalahan kepada guru disiplin.
c. Membantu guru disiplin membuat pemeriksaan ke atas murid atau pengawas apabila
diarahkan oleh pentadbiran sekolah.
d. Menyediakan notis salah laku. (rujuklampiran19)
e. Meranda kawasan yang telah ditetapkan mengikut jadual bertugas.
f. Membantu guru disiplin mencatat nama murid yang melakukan salah laku daripada
setiap buku kawalan kelas.
g. Membantu guru bertugas untuk mencatat murid yang datang lewat
h. Mengemas kini fail disiplin pengawas.
i. Merekod kesalahan disiplin pengawas
BIRO KEBAJIKAN
a. Merancang aktiviti bagi menjaga kebajikan pengawas.
b. Memastikan bilik pengawas dalam keadaan yang baik.
c. Memastikan semua peralatan pengawas seperti blazer atau 'vest' dalam keadaan baik.
d. Membantu guru menyediakan tag nama bagi setiap pengawas yang baru.
e. Membantu guru memungut sumbangan untuk kebajikan murid.
BIRO KEROHANIAN/BINA INSAN
a. *Membantu guru menyediakan doa-doa yang lengkap untuk majlis-majlis rasmi atau
semasa perhimpunan (rujuklampiran15)
b. *Membaca doa untuk majlis-majlis rasmi atau semasa perhimpunan.
c. *Membuat jadual giliran tugas membaca doa untuk perhimpunan harian.
d. Membantu meningkatkan nilai akhlak murid tanpa mengira agama, bangsa dan latar
belakang mereka.
e. Mengatur program-program kerohanian dan sahsiah untuk pengawas.
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 9
f. Menerbitkan buletin yang berkaitan dengan peningkatan motivasi diri murid dan
pengawas.
(* Untuk pengawas beragama Islam sahaja.)
BIRO KECERIAAN
a. Memastikan bilik pengawas serta papan kenyataan ceria, bersih dan kemas.
b. Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada guru pengawas tentang bilik pengawas.
c. Menjaga barangan elektronik dan komputer jawatankuasa pengawas.
d. Memastikan semua fail-fail pengawas berada di dalam bilik pengawas.
BIRO PENERANGAN
a. Membuat pengumuman dari semasa ke semasa seperti yang diarahkan.
b. Mengemas kini sebarang maklumat di papan kenyataan.
c. Mengemas kini laman blog jawatankuasa pengawas sekolah.
d. Menyediakan teks pengerusi majlis mengikut protokol sama ada dalam bahasa Melayu
atau bahasa lnggeris dengan bantuan guru (rujuk lampiran 15).
BIRO AKADEMIK DAN SUKAN
a. Melaksanakan sebarang aktiviti sukan jawatankuasa pengawas.
b. Menyediakan info berkenaan akademik dan sukan dalam bentuk buletin atau dipaparkan
pada papan kenyataan.
c. Membantu guru dalam mengemas kini papan kira detik (countdown) peperiksaan untuk
makluman murid..
d. Mengumpulkan markah ujian atau peperiksaan ahli jawatankuasa pengawas dan
membuat laporan untuk diserahkan kepada guru pengawas.
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
a. Membantu dalam menguruskan sistem siaraya semasa majlis rasmi dan perhimpunan
sekolah.
b. Menguruskan siaran lagu-lagu rasmi sekolah.
c. Menyediakan· ternpat duduk untuk pentadbir sekolah serta guru-guru semasa majlis
perhimpunan.
d. Menguruskan, menaikkan dan menurunkan bendera semasa perhimpunan sekolah.
e. Mengatur kedudukan pengawas di setiap kelas bagi memastikan perjalanan perhimpunan
berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
f. Melaporkan keselamatan sekolah kepada guru bertugas.
g. Menguruskan protokol bagi sesuatu majlis.
10 BUKU PANDUANPENGAWASSEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
4.1 CARTAALIRAN PERMOHONAN DAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
Gaga I MULA
MURID BIASA PEMILIHAN
TEMUDUGA
Gagal
MURID BIASA KEPUTUSAN
Lui us
PENGAWASPERCUBMN (1 BULAN)
MESYUARATPEMILIHAN
KEPUTUSAN
PELANTIKAN PENGAWAS
SELESAI
OKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROSEDUR PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
LANG KAH PROSES TIN DAKAN
\ Pemilihan Guru pengawas
1.1 Menyediakan borang pencalonan pelantikan pengawas
1.2 Menyediakan senarai lengkap pencalonan pengawas
untuk sesi temuduga.
2 Temuduga Jawatankuasa
2.1 Menjalankan proses temuduga mengikut borang pemilihan
pencalonan pelantikan pengawas berdasarkan tarikh pengawas (Guru)
dan masa yang ditetapkan
2.2 Calon yang layak akan menjalani latihan sebagai
pengawas percubaan.
2.3 Calon yang gagal boleh mencuba pada permohonan
pada masa akan datang.
3 Pengawas percubaan Jawatankuasa
3.1 Pengawas percubaan akan diberikan sesi latihan pemilihan
dan bimbingan dalam tempoh sebulan dari tarikh pengawas
yang ditetapkan.
4 Mesyuarat pemilihan Jawatankuasa
4.1 Penilaian pelantikan pengawas akan dilakukan setelah pemilihan
tamat tempoh percubaan. pengawas
4.2 Pengawas percubaan yang terpilih akan dilantik sebagai
pengawas sekolah.
4.3 Pengawas percubaan yang gagal boleh mencuba pada
permohonan pada masa akan datang.
5 Pelantikan pengawas Jawatankuasa
5.1 Pengawas yang terpilih akan dilantik secara pemilihan
rasmi dalam Majlis Perlantikan Watikah pengawas
Pengawas.
5.2 Senarai jawatankuasa yang dilantik secara rasmi akan
dipamerkan di papan kenyataan pengawas.
12 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
4.2 CARTAALIRAN PELANTIKAN KETUA PENGAWAS (MURID)
MULA
PENCALONAN (GURU)
PANEL PEMILIHAN
SELESAI
9KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13
•
PROSEDUR PERLANTIKAN KETUA PENGAWAS (MURID)
LANG KAH PROSES TINDAKAN
Pencalonan
1.1 Mengenal pasti pengawas yang berkelayakan untuk Guru Pengawas
dicalonkan sebagai Ketua Pengawas paoa tahun Guru Disiplin
berikutnya. GPK Hem
2· fi-'B1,1t{i[l,0ns,rvtla'rlp~d!\ GuJ1'l1,
.2·. 4 t·Aentyl!lrnptll ssnaral psneeienen f:lar'I Q11:.11l1~
2.2 NJcJri'/8r6!!1~a """ff11:1r.ai ~ame ealoF1 '!~e~acla
pa1~ GI, ?,i:ll'li I I l/1'2>,!~1
3 Panel Pemillhan Pengetua/Guru
3.1 Mengadakan mesyuarat bagl memilih calon GPK Hem
yang layak. GPK Pentadblran
3.2 Memutuskan eaten yang berkelayakan. GPK Kokurlkulum
Guru Disiplin
Guru Pengawas
'Pe·11lexntll1:1n Kii!ma 1Pi§n:giii.lNes F!engavias den
41 i D'llilllij'tll ,:;a,:!& eatu 1110)·1\s )"J!lrr:lantll*an
K,;;i--:ua Pe.ngai:i~$,
14 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
-
4.3 CARTAALIRAN TINDAKAN TATATERTIB PENGAWAS SEKOLAH
MULA
ADUAN SALAH LAKU
MESYUARAT
HUKUMAN
SELESAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA -
·----
PR OSEDUR TINDAKAN TATATERTIB PENGAWAS SEKOLAH
LANG KAH PROSES TIN DAKAN
1 Guru Pengawas/
Aduan salah laku Guru Aduan
1.1 Menerima aduan salah laku pengawas
1.2 Mencatat butiran salah laku : Guru Peh@aW'as I
Guru Disiplln
• Nama pengawas terlibat
• Tarikh dan masa Pengetua/Guru Besar
• Jenis salah laku GPKHEM
• Saksi Guru Pengawas
• Bahan bukti Qika ada) Pengetua/ Guru Besar
Guru Pengawas
2 Siasatan kes salah laku
2.1 Sesl siasatan pengawas yang terllbat Guru Pengawas
2.2 Sesl soal slasat saksl
2.3 Pengecaman bahan bukti Olka ada)
2.4 Mengenal pastl punca
2.5 Menentukan kesahlhan
2.6 Menerima pengakuan penqawas yang berkenaan
2.7 Mengisl borang salah laku
3 Mengadakan Mesyuarat
3.1 Membentangkan kes salah laku dalam mesyuarat
3.2 Membuat keputusan
4 Hukuman
4.1 Menentukan jenis hukuman
4.2 Menjatuhkan hukuman
Amaran (Lampiran 3)
Gantung Tugas (Lamplran 6)
Buang I Lucut Jawatan ( Lamplran 5)
5 Laporan
5.1 Menyediakan laporan lengkap
5.2 Memaklumkan kepada ibu bapa
5.3 Memastikan pengawas yang terlibat menjalani
sesi kaunseling
16 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
_.;;;
....
...,
4.4 CARTA ALIRAN PELETAKAN JAWATAN PENGAWAS SEKOLAH
MULA
Gag al TERIMA SURAT
PENGAWAS PELETAKAN JAWATAN
MESYUARATJAWATANKUASA
PENGAWAS (GURU)
KEPUTUSAN
Lui us
MURID BIASA
SELESAI
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
'I
PROSEDUR PELETAKANJAWATAN
LANGKAH PROSES TIN DAKAN
Terima surat peletakan jawatan
Ketua Guru
Pengawas
2 Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas (Guru) GPKHEM-
2.1 Membentang nama pengawas yang ingin meletak Jawatankuasa
jawatan. Pengawas (Guru)
2.2 Membincangkan sebab-sebab peletakan jawatan.
3 Membuat keputusan 1. GPK HEM
3.1 Mesyuarat membuat keputusan menerima atau 2. Jawatankuasa
menolak permohonan peletakan jawatan pengawas. Pengawas (Guru)
3.2 Jika permohonan ditolak, pengawas akan kekal
sebagai pengawas sekolah.
3.3 Jika permohonan diterima, pengawas akan
menjadi murid biasa di sekolah.
18 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
RAYUAN 4.5 CARTA ALIRAN PENGHARGAAN PENGAWAS
KEPUTUSAN
MULA
PENCALONAN
MESYUARAT JAWATANKUASA
PENGAWAS (MURID)
MESYUARAT JAWATANKUASA
PENGAWAS (GURU)
Gagal
KEPUTUSAN
! Luius
SIJIL I SURAT PENGHARGAAN
SELESAI
Gag al
9KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROSEDUR MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS SEKOLAH
LANGKAH - - TINDAKAN
1 Guru Pengawas
. · -PR~ OSES JK Pengawas Sekolah
(Murid)
Pencalonan
1.1. Menyediakan borang pencalonan JK Pengawas Sekolah
(Guru)
Untuk Majlis Penghargaan
JK Pengawas Sekolah
2 Mesyuarat Jawatankuasa pengawas (murid) (Guru) 11
2.1. Mengumpul dan memeriksa Nama,
Nombor Kad Pengenalan, Jawatan yang JK Pengawas Sekolah
disandang pada tahun semasa. (Guru)
2.2. Menyediakan senarai lengkap nama pengawas
untuk dianugerahkan Sijil Penghargaan pada
tahun berkenaan.
3 Mesyuarat jawatankuasa pengawas guru
3.1 . Menerima senarai nama calon daripada
Jawatankuasa Pengawas (Murid) yang lengkap
untuk proses pemberian sijil.
3.2. Mengenal pasti pengawas yang layak untuk
menerima sijil
3.3. Mengenal pasti pengawas yang mempunyai kes
salah laku murid mengemukakan surat rayuan
merujuk kepada salah laku Murid.
4 Rayuan
4.1 Memastikan nama pengawas yang dirujuk
kepada Panel Rayuan telah diterima seminggu
(7 Hari) sebelum Majlis Penghargaan
diadakan.
4.2 Menimbang rayuan kes salah laku pengawas
oleh Jawatankuasa Pengawas (GURU).
4.3 Jika rayuan gaga!, pengawas tidak layak
menerima Sijil Penghargaan.
5 Pemberian Sijil Penghargaan
5.1. Dikeluarkan pada satu majlis meraikan sumbangan
dan sokongan pengawas berdasarkan senarai
nama yang telah dikemukakan kepada
Jawatankuasa Pengawas Sekolah (GURU).
20 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
-
LAMPI RAN I
LAMPIR AN PER KARA
Borang Permohonan Jawatan Pengawas Sekolah
Lampiran 1 Surat Pelantikan Pengawas Sekolah
Lampiran 2 Surat Amaran Salahlaku
Lampiran 3 Surat Permohonan Kebenaran Memungut Sumbangan
Lampiran 4 Surat Pelucutan Jawatan Pengawas Sekolah
Lampiran 5 Surat Gantung Tugas Pengawas Sekolah
Lampiran 6 Surat Jemputan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Lampiran 7 Surat Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan
Lampiran 8 Contoh Minit Mesyuarat
Lampiran 9 Contoh Kertas Kerja
Lampiran 10,
10a,10b, Contoh Sijil Pelantikan
10c,10d Contoh-contoh Sijil Penyertaan
Lampiran 11 Contoh Sijil Penghargaan
Lampiran 12 Contoh Surat-surat Permohonan Lawatan
Lampiran 13 Contoh Teks Majlis Perhimpunan Rasmi
Lampiran 14 Contoh Laporan Aktiviti/Program Pengawas
Lampiran 15 Contoh Rekod Pungutan Kewangan Tabung Pengawas dan Penyata Tahunan
Lampiran 16 Contoh Buku Laporan Pengawas
Lampiran 17 Contoh Notis Salah Laku murid
Lampiran 18
Lampiran 19
I
9KEMENTERI.AN PENDIDIKAN MALAYSIA 21
~ - -,
LAMPIRAN 1
(Borang Permohonan Jawatan Pengawas Sekolah)
(Kepala Surat Sekolah)
BORANG PERMOHONAN JAWATANPENGAWASSEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (NAMA SEKOLAH)
Garn bar
Galon
Pengawas
Nama
Jantina
Tarikh Lahir!Tempat Lahir
No. Kad Pengenalan
Tahun!Tingkatan
Bangsa
Agama
Alamat Tempat Tinggal
Telefon Rumah/Bimbit
Hobi
Pengalaman Menjadi Pengawas (i) UPSR
Kelulusan Akademik : (ii) PT3
(iii)SPM
22 BUKU PANDUAN PENGAWASSEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
Penglibatan Kokurikulum :
Tahun Persatuan/ Kelab Unit Beruniform Sukan & Permainan
Matlamat!Tujuan Menjadi Pengawas
Tandatangan Guru I Ulasan Gum
Nama Guru
Sokongan Guru
JAWATANKUASAPEMILIHAN PENGAWAS (Nama Sekolah)
1 . Galon layak
2. Galon tidak layak
3. Galon dalam perhatian (KIV)
Guru Pengawas Tandatangan Guru
Ulasan Guru Pengawas: Nama Guru
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 23
LAMPIRAN 2
(Surat Pe/antikan Pengawas Sekolah)
(Kepala Surat Sekolah)
Ruj. Kami : (fail sekolah)
Tarikh
Nama ibu bapa/penjaga ,
,
Alamat
,
.................................................... ............................. .................... ...........
Dato'/Datin/Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEK OLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN .
(NAMA SEKOLAH) ..
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama (Nama murid & tahun/tingkatan) telah
dilantik sebagai pengawas sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin memohon kebenaran tuan atas
pelantikan tersebut.
4. Waiau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan kepada beberapa
syarat iaitu:
a. lbu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari, iaitu
selewat-lewatnya pada jam ..
b. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan dinilai
prestasinya dari semasa ke semasa.
e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas seperti yang
diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah berhak menarik balik pelantikan
24 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
,_
jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta merta. Peletakan jawatan tanpa sebab
yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
f. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti yang diarahkan oleh
pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah.
g. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengawas
Sekolah atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.
5. Dengan pelantikan sebagai pengawas, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan
melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.
6. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Pengetua/Guru Besar
(Nama Sekolah)
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah
2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas
l 25
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSlf\
•
Pengetua/Guru Besar Tarikh:
SMK (Nama Sekolah)
(Alamat Sekolah)
,I
II Tuan,
KEBENARAN DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH
Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya .
.......................................................................................................... ibu bapa/penjaga kepada
................................................................................. dari tahun/tingkatan .
*membenarkan I tidak membenarkan anak saya dilantik sebagai Pengawas Sekolah SMK (Nama
Sekolah) .
Yang benar,
(Nama: .
No. Telefon:
I
r,
26 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
/
1-
LAMPIRAN 3
(Surat AmaranSa/ah Laku)
(Kepala SuratSekolah)
Ruj. Kami : (fail sekolah}
Tarikh :
Kepada,
····· ···································································
Saudara,
AMARAN SALAHLAKU
Merujuk kepada perkara di atas, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin memperingatkan saudara
supaya tidak melanggar mana-mana salah laku pengawas seperti mana yang telah dibincangkan pada
2. Sekiranya saudara masih enggan mematuhi arahan setelah surat ini diterima, pihak Jawatankuasa
Pengawas Sekolah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas.
3. Seorang pengawas sekolah hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku dan keterampilan diri untuk
menjadi contoh kepada murid lain.
Sekian, terima kasih
' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Pengetua/Guru Besar,
Nama Sekolah
s.k. 1. Guru Penolong Kanan HEM
2. Guru Pengawas
[
8KEMENTERJAN PENDIDIKAN MALAYSIA 27
- --
I,
I
I
LAMPIRAN 4
(Surat Permohonan Kebenaran Memungut Sumbangan)
(Kepala Surat Sekolah)
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh :
Pengetua/Guru Besar,
(Nama Sekolah & Alamat)
Tuan,
MEMOHON KELULUSAN UNTUK MEMUNGUT SUMBANGAN DALAM
KALANGAN AHLI PENGAWAS SEKOLAH, (NAMA SEKOLAH) BAGI SESI
PERSEKOLAHAN .
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengawas Sekolah ini, ingin memohon kebenaran
tuan untuk memungut sumbangan dalam kalangan ahli Jawatankuasa Pengawas Sekolah bermula dari
tarikh 1 Januari (tahun semasa).
3. Bersama-sama surat permohonan ini, disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai
jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikumpulkan daripada setiap ahli pengawas.
Kutipan setiap minggu :RM ..
Kutipan setiap bulan :RM .
Kutipan setahun : RM .
4. Semoga perkara ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama tuan
kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN"
Saya yang menurut perintah,
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengawas Sekolah,
Nama Sekolah
s.k. 1. Guru Peno/ong Kanan HEM
2. Guru Penasihat Pengawas
28 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
LAMPIRAN 5
(Surat Pelucutan JawatanPengawas Sekolah)
(Kepa/a SuratSekolah)
Ruj. Kami : (fail sekolah)
Tarikh :
Nama ibu bapa/penjaga
(Alamat)
Tuan,
PELUCUTANJAWATAN PENGAWAS SEKOLAH
(NAMA SEKOLAH) , ..- - .
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk
2. Dimaklumkan bahawa anak tuan/puan bernama, (nama penuh & no. kad pengenalan) .
....................................................... murid tahun/tingkatan , telah dilucutkan jawatan
sebagai Pengawas Sekolah, (Nama Sekolah) bagi sesi persekolahan (tahun semasa) .
berkuat kuasa mulai (tarikh semasa)............ Tindakan ini diambil setelah meneliti pandangan serta
pendapat Jawatankuasa Pengawas melalui laporan tingkah laku serta laporan unit disiplin sekolah ini.
3. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan anak tuan selaku pemimpin
murid sepanjang pelantikan sebagai pengawas di sekolah ini.
4. Semoga tuan/puan dapat menerima keputusan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Penasihat
Pengawas demi memartabatkan Jawatankuasa Badan Pengawas Sekolah supaya disanjung tinggi oleh
murid-murid dan guru-guru dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(
Pengetua/Guru Besar,
Nama sekolah
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Seka/ah
2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas
I 29
@KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
I
I._.
LAMPIRAN 6
(Surat Gantung TugasPengawas Sekolah)
(Kepala SuratSekolah)
Ruj. Kami: (fail sekolah)
Tarikh :
lbu bapa/penjaga
Alamat
Tuan
PEMBERITAHUAN GANTUNG TUGAS SELAKU PENGAWASSEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Saya dengan 1n1 mengambil keputusan bahawa anak/jagaan tuan/puan bernama
............................................... no.SB/KP digantung tug as selaku pengawas sekolah
berkuat kuasa mulai (tarikh semasa) berdasarkan salah laku berikut:
i. Kategori Kesalahan : (rujuk SSDM)
ii. Deskripsi Kesalahan:
3. Sepanjang tempoh pergantungan, anak/jagaan tuan hendaklah memakai pakaian rasmi sekolah
dan hendaklah menjalankan rutin harian sebagai murid biasa. Tuan boleh membuat rayuan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan. Tujuan pergantungan ini adalah untuk memberikan
pengajaran serta menimbulkan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
4. Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh tuan untuk membantu pihak sekolah dalam menjaga
disiplin murid sekolah ini diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(
Pengetua/Guru Besar,
Nama Sekolah
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Seka/ah
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas
i
BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
-
LAMPIRAN 7
(Contoh NotisPanggilan Mesyuarat)
Ruj. Kami : (fail Pengawas)
Tarikh :
················································
................................................
·········································· ····
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGAWAS SEK OLAH (MURID) BIL. ./
TAHUN
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas Bil. /Tahun akan
diadakan sepertimana ketetapan berikut :
2.1 Tarikh
2.2 Masa
2.3 Tempat
3. Agenda Mesyuarat :
3.1 Kata alu-aluan Pengerusi
3.2 Mengesahkan minit mesyuarat
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Laporan biro-biro.
3.5 Hal-hal lain.
4. Tuan dijemput hadir ke mesyuarat ini dan kehadiran tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Setiausaha Pengawas, .
Sekolah
s.k. 1. Guru Penasihat Pengawas
2. Fail Pengawas
I
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 31
LAMPIRAN 8
(SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANJ
Ruj. Kami:
Tarikh :
Pengawas Sekolah, ..
Sekolah
Tuan,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PENGAWAS SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Pengawas Sekolah, (Nama Sekolah) .
.................... akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
2.1 Tarikh
2.2 Masa
2.3 Tempat
3. Agenda Mesyuarat Agung
3.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi.
3.2Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
3.3Membentangkan laporan tahunan
3.4Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan
3.5Membahaskan usul-usul yang diterima
3.6Ucapan penangguhan.
4. Kehadiran tuan ke mesyuarat ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Setiausaha Pengawas, .
(Nama Sekolah)
s.k. 1. Fail Pengawas.
32 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
/
LAMPIRAN 9
(Contoh Minit Mesyuarat)
FORMAT MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
1. TAJUK MINIT MESYUARAT (Catatkan nama mesyuarat)
2. BIL I TAHUN
3. TARIKH
4. MASA
5. TEMPAT
6. KEHADIRAN
6.1. Hadir:
Senaraikan nama ahli yang hadir mesyuarat bermula dengan nama Pengerusi Mesyuarat.
Susunan nama ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.
6.2. Turut Hadir : Senaraikan nama yang bukan ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri
mesyuarat berkenaan.
6.3. Tidak Hadir Bersebab : Senaraikan nama ahli mesyuarat yang tidak hadir dengan sebab.
6.4. Tidak Hadir Tanpa Sebab : Senaraikan nama ahli mesyuarat yang tidak hadir tanpa sebab.
6.5. Urus Setia : Senaraikan nama urus setia mesyuarat.
7. CATATAN MESYUARAT
7.1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
7.1.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau arahan-arahan
kerja yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi Mesyuarat.
7.1.2. Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau untuk
tindakan biro yang berkenaan.
Conteh:
Tindakan : Untuk Makluman atau Tindakan : Biro -Biro
7 .2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan
atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan
berkenaan. Catatkan nama pencadang dan nama penyokong .
7.3. Perkara-Perkara Berbangkit
7.3.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam
mesyuarat yang lepas.
7.3.2. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk
memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 33
7.3.3. membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga biro-biro yang perlu
mengambil tindakan.
7.4. Perbincangan Kertas Kerja I Laporan Bulanan
7.4.1. Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan
ini hendaklah merekodkan perkara berikut :
a. Tajuk kertas kerja
b. Biro yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
c. Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan.
d. lsu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan.
e. Pandangan I komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.
f. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu
diambil seterusnya.
7.4.2 Sekiranya ada laporan yang telah dibentangkan, maka ruangan ini hendaklah merekodkan
tajuk dan isi kandungan utama laporan tersebut mengikut apa yang telah dibentangkan
oleh ahli-ahli mesyuarat.
7.5. Hal-Hal Lain
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda
mesyuarat.
7.6. Penutup
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti :
7.6.1 Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi Mesyuarat.
7.6.2 Tarikh mesyuarat berikutnya.
7.6.3 Catatan mengenai masa mesyuarat ditangguhkan.
8. URUSSETIA
Catatkan nama biro yang bertanggungjawab dalam menguruskan mesyuarat.
9. TARIKH
Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
34 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
---
(CONTOH MINIT MESYUARAT)
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASAPENGAWAS SEKOLAH BIL. 03/2014
(NAMA SEKOLAH)
TARIKH
MASA
TEMPAT
AHLI YANG HADIR: NAMA JAWATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9
AGENDA MESYUARAT: Tindakan:
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.02/2014
2.1. Pencadang
2.2. Penyokong
3. Perkara Berbangkit Tindakan:
3.1. Tindakan:
3.2
4. Perkara Baharu Tindakan:
4.1 Laporan Kewangan
4.2 Laporan Biro Disiplin
5. Hal-hal lain
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul .
Disediakan oleh : Disemak oleh :
······························· Guru Penasihat Pengawas
(Nama sekolah)
Setiausaha Pengawas
(Nama sekolah) I
G,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 35
~ LAMPIRAN 10
I (Contoh KertasKerja)
I NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
I TEL : FAKS : .
I
KERTAS KERJA
: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH (Tahun)
L 1.0 Pendahuluan
Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan
kepada para pengawas sekolah berkaitan dengan ilmu kepemimpinan dalam organisasi pengawas di
samping ilmu-ilmu yang berkait rapat dengan kepemimpinan murid di peringkat sekolah.
2.0 Objektif
2.1 Melatih pemimpin dalam kalangan pengawas sekolah.
2.2 Menanam sifat-sifat kepemimpinan, disiplin, keprihatinan dan kesukarelaan dalam diri
para peserta semasa menjalankan sebarang tugas yang diamanahkan.
2.3 Menanamkan ciri-ciri kepemimpinan dan motivasi dalam diri pengawas.
2.4 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pengawas.
3.0 Tarikhdan Tempat
Tarikh hingga ..
malam
Masa . . . . . . .. . .. hari
.
Hari ............ hingga
Tern pat
4.0 KumpulanSasaran
Pengawas Sekolah, (Nama Sekolah)......... .. . . . . . . . . . . . . . (Tingkatan 2, 3, 4 dan 5)
5.0 Peserta* (Lihat Lampiran1 OA}
Program ini akan disertai oleh :
5.1 Pengawas Sekolah ( orang pengawas)
5.2 Guru penasihat dan guru pengiring ( ....... orang)
6.0 TentatifProgram/JadualProgram
Perjalanan aktiviti selama program diadakan (rujuk Lampiran 108)
7.0 AnggaranBelanjawan
Sumber perolehan pendapatan Unit Bimbingan dan Kaunseling - Sahsiah (rujuk
Lampiran 1 OC)
36 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH ,I
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
/
-
a.o Senarai Nama AJK lnduk dan AJK Kerja
Penaung .
(Pengetua/Guru Besar)
Pengerusi
(Guru Penolong Kanan HEM )
Penasihat
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras/Kem Komandan
Timbalan Kem Komandan
Fasilitator
AJK Kerohanian/Bina lnsan dan Tazkirah I
Penceramah
AJK Penginapan, Makan dan Minum
AJK Peralatan dan Teknikal
Perakam Peristiwa/Dokumentasi
9.0 Penutup
Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang sedia dirangka dengan semangat
kerjasamayang jitu dan erat. Komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak adalah teras ke
arah pencapaian kejayaan yang gilang-gemilang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
···· ····· ···· ········ ··· ···························· Pengetua/Guru Besar
Ketua Guru Pengawas
I
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ~ 37
LAMPIRAN 10A
SENARAI NAMA PENGAWASYANG MENGIKUTI KURSUS KEPIMPINAN
BIL. NAMA NO. KAD ALAMAT TING
PENGENALAN
38 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
LAMPI RAN 1 OB
TENTATIF PROGRAM/JADUAL PROGRAM
MASA JUMAAT SABTU AHAD .
5.30 pagi
6.30 pagi - Bangun pagi - Bangun pagi
- Solat subuh/tazkirah - Solat subuh/tazkirah
7.00 pagi - Malaysia Cergas - Malaysia Cergas
8.00 pagi - Persiapan sarapan - Persiapan sarapan
10.00 pagi (2 wakil) ( 2 wakil)
10.30 pagi Sarapan Sarapan
- Kapal Karam Ceramah 2:
1.00 tengah - Persiapan minum pagi Motivasi kepimpinan
hari
(2 Wakil) Masak kelompok untuk
Minum pagi Majlis Penutupan
Majlis Penutupan
Pertandingan memasak Kursus Kepemimpinan
(semua ahli kumpulan) Pengawas Sekolah
- Makan tengah hari
- Makan tengah hari - Mengemas khemah
- Solat zuhur - Gotong-royong
- Taklimat sebelum
2.00 petang Berkumpul di sekolah/ Six Sense
3.00 petang taklimat pulang
Bertolak ke tempat Six Sense Bertolak pulang ke
kursus Persiapan minum petang sekolah
(2Wakil) Bersurai
Minum petang/solat asar
4.30 petang -Taklimat pemasangan
khemah - Merempuh halangan
5.00 petang - Minum petang - Masak berkelompok
6.30 petang - Solat asar - Persiapan diri
Aktiviti riadah/ - Makan malam
9.00 malam masak berkelompok - Solat maghrib
- Persiapan diri - Solat isyak
11.00 malam - Makan malam
11.30 malam - Solat maghrib - Unggun api
- Malam kebudayaan
(Bacaan Yasin) - Persiapan makan lewat
-Solat isyak malam (2 wakil)
- Ceramah 1:
Makan lewat malam
Peranan Pemimpin Rehat/Tidur
- Sumbang saran
- Persiapan makan
lewat malam (2 wakil)
Makan lewat malam
Rehat/Tidur
faKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 39
LAMPIRAN 10C
ANGGARAN BELANJAWAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH
ANGGARAN PENDAPATAN
. _BIL· .. ~ PERKARA' ... JUMLAH
Peruntukan KW SUWA (Kantin)
Beli bahan mentah dan kering untuk masakan kursus
kepemimpinan pengawas 3 hari 2 malam
2 Pihak Sekolah - Peruntukan Kokurikulum
Sewa Sebuah Bas (Pergi dan Balik)
3 Sumbangan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG)
4 Kutipan Yuran Penyertaan
JUMLAH BESAR RM
ANGGARAN PERBELANJAAN .
-
-BIL . PERKARA ' .. JUMLAH
- RM
Makan dan mlnum murid/fasilatator/guru pengiring sepanjang
kursus kepernlmpinan Beli barangan kering dan basah untuk
masakan kelompok (3 hari 2 malam) untuk purata 90 orang.
Sarapan pagl (2 kall makan)
Minum pagi (2 kali makan)
Makan tengah hari ( 2 kali makan)
Makan malam ( 2 kali makan)
Makan lewat malam (2 kali makan)
Rujuk Lampi ran 1 OD
2 Penginapan murid - Tapak khemah
3 Penginapan Bilik
4 Sewa Bas
Bas Sewa Khas
5 Hadiah Pertandingan Memasak & Malam Kebudayaan
Pemenang Pertandingan Memasak
(Tempat 1, 2 & 3)
Pemenang Malam Kebudayaan
(Tempat 1, 2 & 3)
6 Cenderamata Penceramah
Ceramah 1
Ceramah 2
7 Kegunaan urus setia
Peralatan untuk aktiviti LDK
urus setia LDK
JUMLAH BESAR
40 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
LAMPIRAN 100
MENU MAKANAN
KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2014
TARIKH MENU BAHAN/KOS/KUANTITI JUMLAH
25/03/2014 Makan malam 1. Beras 20kg
- Nasi Putih 2. Sardin
- Sardin 3. Sayur Sawi
- Sayur Campur 4. Pewarna Sirap 1 botol
- Air Sirap 5. Biskut
6. Serbuk Teh
26/03/2014 Makan lewat malam 7. Gula Pasir
- Biskut 8. Lobak Merah
- Teh 'O' panas 9. Kek lkan
Sara pan
- Mihun goreng 1. Mihun
- Kopi 'O' 2. Serbuk Kopi
3. Beras 30 kg
Minum pagi 4. Tauge
- Biskut kering 6. Ayam
- Teh 'O' panas 7. Sosej
8. Gula Pasir
Makan tengah hari 9. Garam
- Nasi putih 10. Kicap
-Telur 11 . Bawang merah
- Sayur campur 12. Bawang putih
-Air sirap 13. Kentang
14. Bahan masak kering
Makan malam 15. Minyak masak
- Nasi putih 16. lkan Bilis
- Sup ayam 17. Telur ayam
- Sosej
11 -Air Sirap
27/03/2014 Makan lewat malam 1. Ayam
- Biskut 2. Ti mun
- Teh 'O' panas 3. Kacang Panjang
Sarapan pagi 4. Susu
- Nasi goreng 5. Gula Pasir
- Teh 'O'/Kopi 'O' 6. Sos tomato dan sos cili
Minum pagi
- Biskut
- Teh 'O' /Kopi 'O'
Makan tengah hari
- Nasi putih
- Ayam masak merah
-Timun
-Air Sirap
JUMLAH BESAR RM
8KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 41
•
LAMPIRAN 11
(Contoh Sijil Pelantikan)
NO.S/R/:0001
LOGO
SEKOLAH
WATIKAH PELANTIKAN
Dengan ini diperakui bahawa
(Nama Murid & No.Surat Beranak/No Kad Pengenalan)
dilantik sebagai
(Jawatan)
JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH
(Nama Sekolah)
Tahun .
(Nama Pengetua/ Guru Besar)
(Nama sekolah)
42 BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH
SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN