The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chewjinhoong000, 2021-07-15 11:36:00

prinsip perakaunan

Prinsip Perakaunan

Prinsip Perakaunan
Modul 1:Analisis Dan Taksiran Penyata
Kewangan Untuk Membuat Keputusan

NAMA:CHEW JIN HOONG
GURU:PUAN LEE LING CHUN

SEKOLAH:SMKSINMIN

1.1 Analisis Penyata Kewangan Dan
Perbandingan Prestasi

Analisis Penyata Kewangan

Analisis yang dilakukan ke atas butir-butir dalam Akuan Perdagangan dan Untung Rugi dan
Penyata Kedudukan Kewangan sesebuah perniagaan .

Membantu pihak pengurusan menilai
prestasi perniagaan dan seterusnya
membuat keputusan kewangan perniagaan

Tujuan Analisis Membantu pihak luar membuat keputusan
Penyata Kewangan mangenai kemudahan kredit

Membantu pihak pelabur membuat
keputusan yang berkaitan dengan pelaburan

Jenis Nisbah Dalam Analisis Penyata Kewangan
 Melibatkan analisis nisbah.
 Merupakan satu kaedah untuk menginterpretasi data-data

kewangan tertentu yang terdapat dalam penyata kewangan.
 Berfungsi sebagai petunjuk atau alat pengukur kedudukan

kewangan serta sebagai perbandingan dan tafsiran.
 Contohnya:
1. Nisbah Keberuntungan
2. Nisbah Kecekapan
3. Nisbah Kecairan

Jenis Nisbah Dalam Analisis Penyata Kewangan

Nisbah Keberuntungan Nisbah Kecairan Nisbah Kecekapan

• Mengukur kemampuan • Mengukur keupayaan • Mengukur kecekapan
sesebuah perniagaan dalam perniagaan membuat perniagaan mengurus
memperoleh keuntungan, pelbagai jenis pembayaran inventori
kepada pihak luaran seperti
Contohnya: pembekal dan bank. • Mengukur keupayaan
1. Peratus Untung Kasar atas perniagaan mengutip
• Menunjukkan keadaan dan membayar
Kos Jualan(Tokokan) mempu bayar sesebuah hutang
2. Pulangan atas Modal perniagaan,
3. Peratus Untung Kasar atas Contohnya:
Contohnya: 1. Kadar Pusing Ganti
Jualan(Margin Untung Kasar) 1. Nisbah Semasa
4. Peratus Untung Bersih atas 2. Nisbah Ujian Asid Inventori
2. Tempoh Pembayaran
Jualan(Margin Untung Bersih)
Hutang
3. Tempoh Kutipan

Hutang

Pengiraan dan Tafsiran Nisbah Keberuntungan

Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan

 Mengukur peratus pertambahan pada kos barang bagi mendapatkan harga jualan.
 Menunjukkan hubungan Antara Untung Kasar dengan Kos Jualan .
 Menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengawal harga jualan dan kos

untuk memaksimumkan keuntungan.
 Rumus untuk mengira Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan:

Peratus Untung Kasar atas Kos = Untung Kasar x 100%
Jualan(Tokokan) Kos Jualan

Peratus Untung Kasar atas Jualan(Margin Untung Kasar)
 Untung Kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit Jualan Bersih.
 Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Jualan Bersih.
 Rumus untuk mengira Peratus Untung Kasar atas Jualan:

Peratus Untung Kasar atas Jualan = Untung Kasar x 100%
Jualan Bersih

Peratus Untung Bersih atas Jualan(Margin Untung Bersih)

 Mengukur Untung Bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit Jualan Bersih.

 Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Jualan Bersih.

 Menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengurus kos operasi atau
kecekapan kendalin sesebuah perniagaan.

 Rumus untuk mengira Peratus Untung Bersih atas Jualan:

Peratus Untung Bersih atas Jualan = Untung Bersih x 100%
Jualan Bersih

Pulangan atas Modal
 Mengukur Untung Bersih bagi seiap ringgit modal yang dilaburkan.
 Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Modal Awal.
 Rumus untuk mengira Pulangan atas Modal:

Pulangan atas Modal = Untung Bersih x 100% Contoh Aset Semasa ialah
Modal Awal :
• Bank tunai
Nisbah Semasa • Inventori
• Akuan belum terima
 Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjelaskan semua Liabiliti • Belanja
Semasa mengikut masa yang ditetapkan. • Prabayar dan hasil

 Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa dengan Liabiliti Semasa. belum terima

 Rumus untuk mengira untuk Nisbah Semasa. Contoh liabiliti Semasa
ialah:
Nisbah Semasa = Aset semasa • Akuan belum bayar
Liabiliti Semasa • Pinjamin jangka pendek
• Belanja belum bayar
• Hasil belum terperoleh

Nisbah Ujian Asid

 Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka
pendek dengan cepat atau serta-merta.

 Menunjukkan hubungan antara aset semasa (kecuali inventori akhir)dengan
liabiliti semasa.

 Rumus untuk mengira nisbah ujian asid:

Nisbah Ujian Asid = Aset semasa-Iventori Akhir
Liabiliti Semasa

Pengiraan dan tafsiran nisbah kecekapan

Kadar Pusing Ganti Inventori

 Menghitung kekerapan pusingan inventori.

 Menunjukkan hubungan antara Kos Jualan dengan Inventori Purata.

 Dapat mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjual barang niaga yang menyebabkan modal
perniagaan terikat pada inventori yang tidak dijual.

 Walau bagaimanapun,kekerapan Kadar Pusing Ganti Inventori bergantung kepada jenis perniagaan

 Perniagaan yang menial makanan mempunyai Kadar Pusing Ganti Inventori yang lebih tinggi
berbanding dengan perniagaan yang terlibat bahan mentah yang perlu ditukar segera.

 Rumus untuk mengira Kadar Pusing Ganti Inventori:

Kadar Pusing Ganti Inventori(bilangan kali) = Kos Jualan
Iventori Purata

Kadar Pusing Ganti Inventori satahun(bilangan hari) = Inventori Purata x 365 hari
Kos Jualan

Inventori Purata = Inventori Awal+Iventori Akhir
2

Tempoh Kutipan Hutang

 Mengukur keupayaan atau kecepayaan atau kecekapan perniagaan membuat kutipan
hutang daripada pelanggan.

 Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk membayar hutangnya.

 Rumus untuk mengira Tempoh Kutipan Hutang:

Tempoh Kutipan Hutang = Akuan Belum Terima x 365 hari
Jualan Kredit

Tempoh Pembayaran hutang

 Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat bayaran hutang kepada
pembekal.

 Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh perniagaan untuk membayar hutang
kepada pembekal.

 Rumus untuk mengira Tempoh pembayaran hutang:

Tempoh Pembayaran hutang = Akuan Belum Bayar x 365 hari
Belian Kredit


Click to View FlipBook Version