KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TING.3
MUHAMMAD ARIF AKMAL BIN MD NABIL AB ADZIM
3 IRSYAD
KAJIAN TENTANG KEGIATAN EKONOMI
UTAMA DI PEKAN SELISING,PASIR
PUTEH,KELANTAN.
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL
. 4
1. PENGHARGAAN 5
2. PENDAHULUAN 6
3. OBJEKTIF KAJIAN 7
4. KAWASAN KAJIAN 9
5. KAEDAH KAJIAN 10
6. HASIL KAJIAN 17
7. RUMUSAN 18
8. RUJUKAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,bersyukur ke atas Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang,dengan izinnya sempat saya siapkan kerja lapangan ini.Seterusnya,
jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengetua Sekolah Berasrama Penuh
Intergrasi Kubang Pasu,Tuan Harris Ganae Bin Nainar yang memberi kelulusan
untuk saya menghasilkan kajian ini dan tidak lupa juga cikgu Geografi tersayang
Puan Asmaniza Binti Yop kerana memberi banyak bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan-rakan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan
sebarang balasan daripada kami.
Saya juga amat terhutang budi kepada kedua-dua ibubapa yang telah
memberikan banyak bantuan kepada saya demi menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan terakhir akan saya hulurkan kepada rakan-rakan sebaya yang sudi
dan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada saya apabila
diperlukan.
Tanpa sokongan daripada semua pihak,tidaklah saya mampu menyelesaikan
kajian ini.Jasa dan budi pekerti semua akan saya bawa sehingga ke hujung liang
lahad.
PENDAHULUAN
Kajian lapangan ini merupakan sesuatu tugasan yang diserahkan kepada kami
oleh guru untuk meninjau tahap penguasaan kami di dalam bab 7 Geografi
tingkatan 3 iaitu Kegiatan Ekonomi di Malaysia.Berlainan sedikit tetapi tidak
terkeluar dari tajuk,kami pelajar ditugaskan untuk meneliti dan mengkaji
kegiatan ekonomi utama yang terdapat di sesuatu kawasan yang spesifik dalam
Malaysia.Saya,Muhammad Arif Akmal Bin Md Nabil Ab Adzim dari kelas yang
digelar kelas 3 IRSYAD dalam Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
telah menjalankan kajian tentang kegiatan ekonomi utama di kawasan yang
dinamakan Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan.
Antara asbab yang menyebabkan kawasan ini terpilih oleh saya adalah kerana
kawasan ini berada di dalam negeri asal usul saya,Kelantan malah berdekatan
dengan rumah datuk dan nenek kesayangan saya.Walaupun kawasan ini amat
jauh dari tempat tinggal apatah lagi sekolah saya,tetapi dengan kemudahan
maklumat di hujung jari,saya dapat memperoleh maklumat-maklumat yang
menarik tentang kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Pekan Selising,Pasir
Puteh,Kelantan.Dengan tempoh masa yang berpatutan,dapatlah saya menyiapkan
dan menyerahkan tugasan pada tempoh yang diberikan.Saya amat bersyukur dan
bertuah kerana mempunyai teknologi terkini sesuai untuk menjalankan kajian ini
dalam keadaan pandemik sebegini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan mengenai
kawasan kajian dalam perkara-perkara berikut:
Mengenalpasti jenis kegiatan ekonomi utama di Pekan Selising,Pasir
Puteh,Kelantan.
Menghuraikan factor-factor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
utama di Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan.
Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut kepada
Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan.
PETA KAWASAN PEKAN SELISING,PASIR
PUTEH,KELANTAN
TAFSIRAN PETA KAWASAN PEKAN
SELISING,PASIR PUTEH,KELANTAN
Peta menunjukkan Kawasan Pekan Selising yang terletak didalam jajahan Pasir Puteh,Kelantan.Pekan ini juga merupakan sebuah
pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh.Terdapat pelbagai pandang darat fizikal dan pandang darat
budaya yang dapat diperhatikan di pekan ini.
Antara pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini ialah jalan raya,jambatan,petempatan,kemudahan infrastruktur
misalnya masjid,balai polis,pejabat pos,pusat kesihatan,stesyen minyak dan lain-lain.Selain itu,terdapat pelbagai pandang darat
budaya yang boleh ditelitikan di pekan tersebut seperti hutan-hutan tebal,padang rumput dan saliran air sungai.
Tentang penduduk pula,95% penduduk di pekan ini terdiri daripada kaum Melayu Muslim.Sisa yang berbaki ialah golongan kaum
Cina dan Siam.Terdapat juga segelintir penduduk muslim di sini yang berketurunan Pakistan.Oleh itu,terdapat banyak masjid
dan pusat pengajian pondok yg didirikan di serata pekan ini.
Menurut sejarah, Selising menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit,
kedai basikal dan tayar basikal,kedai getah,kedai emas ,kedai kopi ,kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut.
Walaupun pekan ini pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi kepada
penduduk tempatan.Kini, selain berniaga terdapat ramai penduduk tempatan yang berkerja sebagai petani dan memasarkan
hasil mereka di pasar tempatan yang strategik sejurus meningkatkan ekonomi pekan ini dari semasa ke semasa.Malah, menurut
Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Azhar Jamaluddin berkata, jualan seperti sayur
dan ikan termasuk bahan mentah untuk keperluan dapur lebih murah 10% berbanding di pasar lain.
KAEDAH KAJIAN
Untuk kajian ini,saya telah mengunakan kaedah yang sesuai untuk mencari
dan menganalisis maklumat tentang kegiatan ekonomi kawasan kajian untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan tanpa membahayakan diri sendiri
dalam pandemik yang melanda negara kita.
RUJUKAN
Bersesuaian dengan keadaan kini,saya memilih kaedah rujukan iaitu mencari
dan memperoleh maklumat melalui sumber yang dapat dilayari di Internet.Ini
adalah langkah yang diambil untuk mengelakkan sebarang kontrak rapat dan
merisikokan orang lain.Pautan laman sesawang yang digunakan akan
dikongsikan dalam kerja lapangan ini.
HASIL KAJIAN
Setelah beberapa penyelidikan,saya telah berjaya meraub maklumat tentang
kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Pekan Selising,Pasir
Puteh,Kelantan.Sebelum kita pergi lebih mendalam,akan diterangkan dahulu
apakah yang dimaksudkan kegiatan ekonomi utama ini.Kegiatan ekonomi
merupakan langkah untuk menghasilkan dan memberikan pendapatan kepada
manusia dengan melakukan kegiatan-kegiatan tertentu demi menanggung sara
hidup manusia tersebut.Kegiatan ekonomi ini telah memberi kesan terhadap
kemajuan pertumbuhan dan penguncupan ekonomi negara serta kehidupan
penduduk tempatan.Berikut ialah hasil yang saya peroleh tentang kegiatan
ekonomi utama yang terdapat di Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan.
KEGIATAN EKONOMI UTAMA DI PEKAN SELISING,PASIR
PUTEH,KELANTAN
Berdasarkan kajian yang dilayari,terdapat satu sektor kegiatan ekonomi yang
terdapat di Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan.Sektor tersebut ialah sektor
Primer yang melibatkan kegiatan pertanian.Dengan adanya padang bola di
tengah-tengah pekan ini,penduduk tempatan berpeluang untuk mengadakan
perniagaan di kawasan ini.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI UTAMA
DI PEKAN SELISING,PASIR PUTEH,KELANTAN
Antara faktor yang jelas yang mempengaruhi kewujudan kegiatan ekonomi
utama di Pekan Selising adalah kerana kawasan pekan tersebut terdiri
daripada tanah pamah yang subur amat sesuai untuk penduduk mengusahakan
tanaman makanan dan tanaman pasar seperti tanaman sayur-sayuran.
Selain itu,seperti yang telah dititikberatkan bahawa Pekan Selising
mempunyai sebuah padang yang luas yang menarik tumpuan penduduk kerana
padang yang luas tersebut telah digunakan untuk mengadakan pelbagai
aktiviti kemasyarakatan.Peniaga-peniaga tempatan dapat mengambil peluang
penuh faedah ini untuk memasarkan hasil mereka.
Bukan dari segi faktor fizikal sahaja,malah sejak tahun 1970-an,Jabatan
Majlis Amanah Rakyat[MARA] telah menggalakkan peniaga Melayu untuk aktif
berniaga sehingga kini misalnya dengan pembinaan banyak rumah kedai.
Deretan rumah kedai yang didirikan di
Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan.
Peniaga tempatan yang bergiat
masarkan hasil tanaman mereka.
KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI UTAMA DI PEKAN
SELISING,PASIR PUTEH,KELANTAN
Terdapat banyak kepentingan kegiatan ekonomi di sesebuah
kawasan.Khususnya,tanpa kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan contohnya di
Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan maka runtuhlah pembangunan
penempatan di kawasan tersebut lalu mengurangkan kawasan-kawasan yang
mempunyai darjah ketersampaian untuk masyarakat menetap.
MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN
Dengan adanya kawasan yang subur dan strategik serta pembekalan modal
daripada kerajaan maka ramai penduduk tempatan yang buntu dapat kembali
ke jalan dengan mengusahakan tanaman pasar melalui tanah yang subur
seperti sayur-sayuran yang merupakan bekalan domestic kepada masyarakat.
PENINGKATAN TARAF HIDUP
Sejurus wujudnya peluang-peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan maka
bilangan penduduk Pekan Selising yang berstatus tidak bekerja akan bekurang
serta mereka akan mempunyai kuasa beli lalu mampu menyara keluarga
seperti membeli barangan keperluan dapur untuk memasak.
BERLAKUNYA URBANISASI
Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan berpotensi untuk bertambah maju apabila
terdapat banyak manfaat yang mendorong kepada peningkatan darjah
ketersampaian pekan ini seperti kepentingan yang dinyatakan sebelum ini
yang memuaskan penduduk tempatan.Insyaallah,dengan izin-Nya satu masa
nanti Pekan Selising dapat membesar menjadi sebuah bandar yang maju.
RUMUSAN
Berdasarkan kajian maklumat tentang kegiatan ekonomi utama yang terdapat di
Pekan Selising,Pasir Puteh,Kelantan,kesemua objektif utama yang ditekankan di
awal kajian lapangan ini dapat dicapai dengan jayanya.
Sebagai kesimpulan,kegiatan ekonomi dapat berlaku dalam negara kita hasil
dengan kurniaan Allah SWT yang menempatkan kita berdekatan garisan
Khatulistiwa menyebabkan negara kita mempunyai iklim dan cuaca yang sesuai
untuk mengusahakan pelbagai tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan serta
bunga-bungaan.Selain keadaan persekitaran,negara kita juga kaya dengan
pelbagai jenis tanih yang memuaskan beraneka jenis tumbuh-tumbuhan.
Seterusnya,kita juga perlu berterima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa
berusaha untuk membantu rakyat jelata.Tambahan lagi penduduk tempatan juga
bijak mencari peluang terbuka untuk menyara kehidupan mereka.
Pengajaran yang saya dapati dalam kajian ini ialah kita hendaklah tidak berputus
asa melakukan sesuatu perkara sehinggqa berjaya seperti peribahasa berakit-
rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang
kemudian.Semoga tanah air tercinta kita Malaysia dapat membangun menjadi
negara yang maju jaya dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.
RUJUKAN
Tidaklah saya dapat menyelesaikan kajian ini tanpa pihak berprihatin yang
sanggup mengongsikan maklumat dan sejarah yang menarik mengenai Pekan
Selising,Pasir Puteh,Kelantan.Disini,sebagai untuk menyebarkan
maklumat,saya juga akan mengongsikan pautan-pautan laman sesawang yang
memberi banyak maklumat untuk saya menjayakan kajian lapangan ini.
Maklumat berkenaan kegiatan ekonomi utama Pekan Selising,Pasir
Puteh,Kelantan
❖ https://ms.wikipedia.org/wiki/Selising
Sumber-sumber pendapatan gambar
❖ https://www.google.com/search?q=pekan+selising&rlz=1C1CHBD_enMY957MY
957&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjf482hn8HxAhWSj-
YKHe7eCtMQ_AUoAnoECAIQBA&biw=1366&bih=625
SEKIAN TERIMA KASIH
DISEDIAKAN HANYA OLEH MUHAMMAD ARIF AKMAL BIN MD NABIL AB ADZIM
3 IRSYAD