The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noriz4545, 2021-05-17 21:34:54

(Tingkatan 1) Syair Pohon Buluh

(Tingkatan 1) Syair Pohon Buluh

Syair Pohon Buluh

Maksud
Rangkap 1
Pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan saksama tanpa
mengira pangkat dan darjat.

Rangkap 2
Kehidupan mereka yang bersaudara dan orang kaya yang sedia
menghulurkan bantuan kepada orang lain.

Rangkap 3
Golongan tua dan muda bergandingan dan bersama-sama dalam
memperkukuh perpaduan masyarakat.

Rangkap 4
Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga imej dan
keamanan daripada gangguan pihak luar.

Tema
Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu.

Persoalan
1. Pihak berwajib melaksanakan tugas dengan adil dan saksama

kepada semua pihak.

2. Anggota masyarakat yang hidup bersaudara.

3. Anggota masyarakat berkongsi matlamat secara bersama-sama dan
berusaha untuk mencapainya secara bersama-sama.

4. Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat.

5. Kekukuhan perpaduan hidup masyarakat membawa kejayaan dan
berjaya menempuh segala cabaran dan dugaan yang hebat.

6. Anggota masyarakat tanpa mengira besar atau kecil dan tua atau
muda hidup dengan bersatu padu.

7. Anggota masyarakat bersama-sama bertanggungjawab menjaga
nama baik.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair
1. Bentuknya terikat.
2. Terdiri daripada empat rangkap.
3. Berisi empat baris serangkap.
4. Bilangan katanya empat hingga lima patah kata sebaris.
5. Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
6. Rima akhir bagi setiap rangkap adalah sama, iaitu aaaa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
Kata arkaik. Contohnya, gara (baris 4, rangkap 2).
Inversi. Contohnya, Terlalu kuat pula asasnya (sepatutnya Asasnya
terlalu kuat pula).
Perulangan kata. Contohnya, tinggi (baris 1, rangkap 1; baris 2, rangkap
3).
Simile. Contohnya, Gelapnya di dalam seperti malam (baris 2, rangkap
4).
Asonansi. Contohnya, Di sana tiada bilik bersekat (perulangan vokal i).
Aliterasi. Contohnya, Menara tinggi banyak bertingkat (perulangan
konsonan b).

Nilai
Keadilan.
Tolong-menolong.
Perpaduan.
Persaudaraan.
Bertanggungjawab.
.
Pengajaran

1. Pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas dengan adil.

2. Anggota masyarakat harus hidup dalam semangat persaudaraan
yang kukuh.

3. Kita tidak harus menjadikan pangkat sebagai pemisah antara
anggota masyarakat.

4. Setiap anggota masyarakat harus berganding bahu dalam
memelihara nama baik dan negara daripada ancaman.

5. Kita harus memberikan layanan dengan saksama.

6. Golongan tua dan muda harus berganding bahu untuk memperkukuh
asas perpaduan.


Click to View FlipBook Version