The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by che.ahmad71, 2019-09-19 19:31:58

BUKU PERATURAN SEKOLAH

SKKT

SK (LKTP) KERATONG 3
26900 BANDAR TUN RAZAK

PAHANG
CBA 8023

PERATURAN - PERATURAN
SEKOLAH

TEL 09-4457420
0

PROFIL MURID

NAMA : _________________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________________

NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________

NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________

ALAMAT : ___________________________________________________________

_____________________________________________________________________

NO TELEFON : (R) : __________________________

(HP) : __________________________

TAHUN DARJAH/KELAS NAMA GURU KELAS

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/
menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu
kesalahan.

1

PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah

Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh

tiap-tiap Sekolah – Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara

bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah
mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru
dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian
murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas
Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab
mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah
dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui
peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara
yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh
juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-
masing
Para 6.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik
kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya
mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat
bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan
yang baik.

2

ISI KANDUNGAN

Lencana Sekolah
Cogankata Sekolah
Bendera Sekolah
Rukunegara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Sekolah
Misi Sekolah
Visi Sekolah
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Pahang
Lagu Sekolah
Lagu Aku Negaraku
Ikrar Pelajar
Disiplin

A Definisi Disiplin
B Matlamat Disiplin
C Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Etika Pelajar
ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G Tanggungjawab pelajar terhadap negara

Penguatkuasa Peraturan

Kuasa Menghukum

3

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

1. Pakaian
2. Rambut
3. Perhimpunan
4. Kebersihan
5. Kawasan sekolah
6. Sakit
7. Kawasan yang dilarang
8. Kebersihan

Sampah
Kantin
Bilik Darjah
Tandas
9. Keselamatan
Beratur
Waktu Balik
Makmal
Bilik-bilik Khas
10. Pelawat
11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas
12. Ketua Murid dan Pengawas
13. Waktu Persekolahan
14. Waktu Rehat
15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan
16. Bayaran Yuran Tambahan
17. Kerosakan Harta Benda Sekolah
18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

4

LENCANA SEKOLAH

COGANKATA SEKOLAH
Usaha Jaya Bakti

BENDERA SEKOLAH

RUKUNEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

5

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan Negara.

FALSAFAH SEKOLAH

Berusaha mewujudkan suasana persekolahan yang prihatin , penyayang , terancang
dan kondusif serta menyediakan tenaga pengajar dan kakitangan sekolah yang
cekap ,dedikasi dan mahir berilmu,berusaha supaya dapat menjuruskan
pertumbuhan pelajar yang berketrampilan ,cemerlang ,amanah dan kamil.

MISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

VISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

LAGU NEGARAKU
Negaraku

Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta

LAGU NEGERI PAHANG
Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia
Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan
Duli Tuanku Raja Kami

6

LAGU SEKOLAH

Untuk guru tercinta
Serta rakan semua
Mari Berganding Tangan Semua
Cita Murni Sejati Bina Masa Depan
Yang Cerah Dan Penuh Gemilang

C/O
Sekolah Kebanggaan Kami

Guru Menabur Bakti
Indahnya Persekitaranmu
SK Keratong 3 Jasamu Tak Ku Lupa
Kami Anak Harapan Bangsa
Berilmu Dan Berjasa Wawasan Hidup Kita
Bagi Menuju Ke Era Jaya
SK Keratong 3 Bagaikan Mutiara
Kami Bangga Menjadi Wargamu
SK Keratong 3 Sekolahku

AKU NEGARAKU
Ku sedar tanah air aku bertuah

Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini

Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku

Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa

Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

7

Ulang [Chorus]
Ku laungkan namamu ke seluruh dunia

Malaysia aku bahagia
Ulang [Chorus]
Aku Negaraku

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, murid -murid SK (LKTP) KERATONG 3 berikrar akan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara
sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih
tua daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan
diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

DISIPLIN
A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun
1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan
tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan
hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong
menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin
diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu
adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang

8

bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga
akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga
diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut

 keadilan dan layanan sama rata
 pertimbangan minat dan keperluan murid
 kebebasan tertakluk kepada undang-undang
 amalan menghormati seseorang individu
 perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis
 perpaduan masyarakat dan negara

ETIKA MURID
A. Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri
B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga
C. Tanggungjawab murid terhadap rakan
D. Tanggungjawab murid terhadap sekolah
E. Tanggungjawab murid terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab murid terhadap agama
G. Tanggungjawab murid terhadap negara

A.Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri

1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.
2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga
1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga

9

3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya
seorang yang bermoral

4. Menjaga nama baik sekolah
C. Tanggungjawab murid terhadap rakan

1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab murid terhadap sekolah
1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

E. Tanggungjawab murid terhadap masyarakat
1. Tolong menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang-orang yang lebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab murid terhadap agama
1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab murid terhadap negara
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN
Semua guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-
peraturan sekolah.

10

KUASA MENGHUKUM
Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa
oleh Guru Besar.

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG 3
26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK
PAHANG DARUL MAKMUR

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

UNTUK MURID-MURID
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1.0 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH DAN PAKAIAN SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di
sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI MURID LELAKI
1.1.1Baju

(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.
(b) Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar setiap masa
(c) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar
(a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna biru tua.
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan stoking
(a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa
diikat.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.
(d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

11

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama
(a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada
sebelah kiri baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.

1.1.5 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm berwarna gelap
atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, tidak berhias dan
tidak beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher
(a) Tali leher dipakai oleh murid pada setiap hari persekolahan .

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan
a) Murid-murid DILARANG memakai apa jua barang perhiasan
sepanjang berada di sekolah

1.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

1.2.1. Baju kurung
a) Semua mueid perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk
belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru
tua.
b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.
Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung
tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.

1.2.2 Mini telekung
a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih
tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.
b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung.
c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini
telekung.

1.2.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 1.1.3

12

1.2.4 Lencana dan tanda nama
a) Sama seperti 1.1.4

1.1.5Barang kemas / perhiasan
a) Murid-murid perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, inai,
alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

1.3 PAKAIAN MURID PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM
1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru tua yang labuhnya di bawah
lutut.
1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5

1.4 PAKAIAN PENGAWAS

1.4.1 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar berwarna biru
tua bagi lelaki.

1.4.2 Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna
biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi pengawas
perempuan beragama Islam.

1.4.3 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt labuh bawah paras
lutut bagi pengawas perempuan bukan beragama islam.

1.4.4 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.
1.4.5 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa

dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu
berada di sekolah.
1.4.6 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada
persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA

Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T
sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk
mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan
a) Pakaian sekolah atau baju T sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani

a) Lelaki – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.

b) Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek

biru tua serta mini telekung putih.

13

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan

a) Lelaki – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.

b) Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar

trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
Murid-murid hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan
oleh guru penasihat masing-masing.

2.0 RAMBUT

2.1 RAMBUT MURID LELAKI

2.1.1 Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang
dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk

2.1.2 Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah
tengah.

2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai
14

2.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN

2.2.1 Rambut murid perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.
2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas
2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.
2.2.4 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut,

menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen
mengikut tafsiran sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

3.1 Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari isnin bermula pada jam 7.20
hingga 8.00 pagi di tapak perhimpunan sekolah.
3.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang
ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan
mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu.
3.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas
dan Penolong Ketua Kelas.
3.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan
mengikut arahan guru disiplin.
3.5 Pehimpunan akan dimulakan dengan lagu ‘Negaraku, Lagu Negeri Pahang,
‘Lagu Sekolah’dan lagu Aku Negaraku. Bacaan ikrar murid, laporan guru bertugas
minggu lepas, ucapan guru bertugas, dan ucapan pihak pentadbir sekolah .
3.6 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru member ucapan atau
pengumuman.
3.7 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu
Negara Ku, Lagu Negeri Pahang, Lagu Sekolah Serta lagu Aku Negaraku.
3.8 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negara Ku,
Lagu negeri Pahang , Lagu Sekolah dan Aku Negaraku dinyanyikan.Perhimpunan
rasmi sekolah akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.20 pagi.
Perhimpunan pada hari jumaat pula diadakan mulai 7.20 pagi.
Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
Murid -murid dilarang berbual semasa perhimpunan.
Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat.

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri.
4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
4.3 Murid tidak dibenarkan bersolek.

15

5.0 KAWASAN SEKOLAH
5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu
kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang
dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak
dan mendapat kebenaran guru secara sopan.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, murid-murid
tidak dibenarkan menghantar jadual kedatangan , membawa surat-surat
pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua dan penolong ketua kelas
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu
hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas.

5.1.6 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan,murid berkenaan
hendaklah merujuk kepada guru bertugas.

5.1.7 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu,
Ibu bapa murid hendaklah mendapatkan kebenaran dari Guru Besar,
penolong kanan dengan mengisi buku membawa keluar murid.

5.1.8 Murid hendaklah mengetuk pintu atau memberi salam sebelum masuk ke
BILIK GURU BESAR,PEJABAT BILIK GURU dan ke bilik darjah semasa
guru mengajar.

5.1.9 Murid –murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa REHAT dan
PERHIMPUNAN

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
6.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, atau guru kelas.
6.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
6.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau

16

mendapatkan rawatan di klinik .
6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan murid-murid mestilah mendapat

kebenaran dari pihak sekolah.
6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital /klinik
kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANG
7.1 Pejabat Sekolah
7.2 Bilik Guru
7.3 Bilik Peperiksaan
7.4 Tandas Guru

7.5 Tempat letak kenderaan guru
7.5 Kawasan Rumah Pam
7.5 Bilik Perabot
7.6 Bilik Makan Guru Di Kantin
7.7 Stor Buku Teks , Stor Alat Sukan dan stor- stor lain
7.8 Kawasan Pembinaan Sekiranya Ada
7.9 Tandas Murid Lelaki dilarang bagi murid perempuan. Tandas murid
Perempuan dilarang bagi murid lelaki.

8.0 KEBERSIHAN
Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

8.1 Tong Sampah

8.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.

8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.

8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa
sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah

8.2.1 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah.

8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan
membasuh tangan sahaja.

8.2.3 Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke
dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.

8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke
dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai
digunakan.

17

8.3 Bilik Darjah

8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.

8.3.2 Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah
dijaga, tidak dicalar atau dikotorkan.

8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta
kawasan laluan koridor.

8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang
dirosakkan seperti kerusi, meja, cermin tingkap dan lain-lain
perlu dibayar gantirugi.

8.4 Tandas

8.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
8.4.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk

tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang
disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1. Beratur

9.1.1 Semua murid mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum
permulaan kelas.

9.1.2 Murid dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel,
pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

9.1.3 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak
ke mana-mana tempat.

9.2. Waktu Balik

9.2.1 Sebelum balik, murid mestilah mengemaskan kerusi meja,
membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika
digunakan.

9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan
teratur. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan
berjalan apabila diarahkan.

9.2.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang
mengawal laluan.

18

9.2.4 Murid yang balik menaiki kereta atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu sebelum menaiki kenderaan.

9.2.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki
kenderaan.

9.2.6 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas
bahu jalan dan tidak secara beriringan dan melawan arus.

9.3. Makmal

9.3.1 Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran
guru berkenaan.

9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.

9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan
alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau
arahan guru berkenaan.

9.3.4 Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari
makmal.

9.3.5 Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru
berkenaan.

9.3.6 Murid dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang
kertas.

9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan
pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata
tempat.

9.4. Bilik-bilik khas

9.4.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel
RBT, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa
kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.4.2 Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bilik khas.
9.4.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan

alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau
arahan guru.
9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, hendaklah mengikut
arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT

19

10.1 Pelawat sama ada Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa
10.2 anak mereka pada waktu rehat. Pada waktu belajar tiada pelawat
10.3 dibenarkan berjumpa dengan murid.
10.4 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa
dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan.
Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
Murid - murid hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada
Guru Besar atau mana-mana guru sekiranya melihat orang-orang
yang disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan tidak baik.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1 Murid yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa
murid itu tidak hadir.

11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya murid
tidak hadir pada hari ketiga untuk murid yang tidak hadir ke sekolah
secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran
adalah secara tidak berturut-turut.

11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga
sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau
sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada
ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari
daripada surat amaran kedua dihantar bagi murid yang tidak hadir
secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak
berturut-turut.

11.4 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran
terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20
hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut.
(Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))

11.5 Murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari
kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran
khas dari Guru Besar dan Guru Penolong Kanan .

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

20

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh
Guru Besar dengan kerjasama guru-guru.

12.2 Badan Pengawas mestilah terdiri daripada seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan pengawas-pengawas.

12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan
tetapi Guru Besar boleh menyingkirkan seseorang itu dari menjadi
pengawas sekiranya tidak memohon atau gagal dalam temu duga
pemilihan pengawas.

12.5 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.

12.6 Sifat-sifat Kelayakan
Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid hendaklah
mempunyai sahsiah diri yang baik di samping prestasi akademik yang baik dan
mengambil bahagian yang aktif dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

12.7 Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa disiplin sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan ,semasa belajar, semasa rehat
dan setiap masa serta menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di
perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar
dan bilik RBT tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah
menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai dan upacara sekolah. Guru Penyelaras JK
Pengawas akan menyediakan giliran tugas pengawas. Pengawas-pengawas yang
berulang kali melakukan kesalahan dan kurang bertanggungjawab akan diberi
amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi
bersopan santun dengan murid-murid. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.
Mereka hendaklah menjaga keharmonian murid. Sekiranya ada murid melanggar

21

peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, murid itu mesti
dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
Tahap 1 (7.20-1.30) Isnin
Tahap 1 (7.20 -1.00 ) Selasa
Tahap 1 (7.20 -12.30) Rabu dan Khamis
Tahap 2 (7.20 – 1.30) Isnin hingga Khamis
Tahap 1 dan 2 (7.20 – 12.00) Jumaat

14.0 WAKTU REHAT
Rehat Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3)
9.30 pagi – 10.00 pagi
Rehat Tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6)
10.00 pagi – 10.30 pagi

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di luar kelas
dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari
dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan
murid-muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid
di dalam kelasnya berada di tempat berkumpul.

(d) Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika
ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu
dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk
mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah
ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada
bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.

16.0 SUMBANGAN PIBG

22

Bayaran sumbangan PIBG adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Agong PIBG .

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda
sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a) Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng
(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
(c) Buku yang dipinjam daripada pusat sumber hendaklah dijaga dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak
membazir
(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, RBT dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.

18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

18.1 Setiap murid diwajibkan menyertai :
a) satu pasukan berunifom
b) satu persatuan/kelab atau lebih
c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Seseorang murid dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi
sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Murid –murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar
sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam
kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain
yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram
atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHAN
KESALAHAN RINGAN

23

1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan

tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari

sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru

Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada
ketika itu.
6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah
tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.
9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak
mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau tidak memakai
pakaian sekolah dengan kemas.
14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa
buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-
lain)
15. Lewat ke sekolah.
16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal/padang.
17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
21. Mengganggu kawan.
22. Mengganggu guru.
23. Lewat masuk kelas.
24. Mengotorkan kelas.
25. Tidak duduk setempat.
26. Berada dalam kawasan larangan.
27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tanpa
kebenaran.
28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.

24

30. Membuang sampah merata-rata.
31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa

kebenaran pihak sekolah.
34. Memakai cermin mata berfesyen.
35. Membawa motorsikal ke sekolah .
36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
37. Membawa telefon bimbit dan MP3.
38. Memakai inai berfesyen.

KESALAHAN SEDERHANA

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik

sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan

kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan

memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh

Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana sebanyak 3 kali
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan

dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau

sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /

pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

25

10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,

majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan

lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau

merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan

multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang

bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa

kebenaran pihak sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau

berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi
persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / atau guru yang
menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai.
Menurut buku panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah,
(DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

26

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.
b) Bertindak ganas dan mencederakan.
c) Memeras ugut.
d) Bergaduh.
e) Mencuri.
f) Menipu atau memperdayakan.
g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
h) Menyalahgunakan dadah.
i) Khalwat.
j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAH

a) Mencarut.
b) Berdua-duaan.
c) Becumbu-cumbuan.
d) Melihat / membaca bahan lucah.
e) Melukis / menujlis bahan lucah.
f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.
b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
c) Membuat bising.
d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
e) Mengganggu orang lain.
f) Menulis dan menconteng bangunan.
g) Membuang sampah merata-rata.
h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.
i) Memaki hamun.
j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.

27

b) Meniru tandatangan orang lain.
c) Bercakap bohong.
d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f) Menganiaya sesama rakan.
g) Tidak amanah.
h) Mengampu.
i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l) Berdolak-dalik.
m) Membuat kerja tanpa keikhlasan diri.

4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.
b) Tidak menghormati guru.
c) Menghisap rokok.
d) Berambut panjang.
e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
g) Mempermain / memperlekehkan guru.
h) Selalu lewat.
i) Suka bertengkar.
j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :- SPI Bil. 12/1978- SPI Bil. 14/1976- SPI Bil. 3/1983- SPI Bil.
8/1985- SPI Bil. 3/1992- SPI Bil. 6/1993- SPI Bil. 2/1993- SPI Bil. 9/1975
2. Kesihatan Murid :- SPI Bil. 2/1982- SPI Bil. 6/1998
3. Perhimpunan Sekolah :- SPI Bil. 4/1984
4. Keselamatan :- SPI Bil. 8/1988- SPI Bil. 8/1999- SPI Bil. 7/2000
5. Kesihatan :- SPI Bil. 4/1989- SPI Bil. 1/1996
6. Ponteng :- SPI Bil. 6/1995
7. Sekolah Selamat :- SPI Bil. 4/2002
8. Kuasa Merotan :- SPI Bil. 7/2003
9. Disiplin/Peraturan Sekolah :- SPI Bil. 9/1975
10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :- SPI Bil. 13/2007
11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :- SPI Bil. 1/2006
12. Potongan Rambut Murid :- SPI Bil. 2/1976
13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :- SPI Bil. 4/1997

28

14. Peraturan Tatatertib :- SPI Bil. 8/1968- SPI Bil. 6/1968- SPI Bil. 11/1972
- SPI Bil. 9/1975
15. Penyalahgunaan Dadah :- SPI Bil. 7/1975
16. Kempen Anti Merokok :- SPI Bil. 1/1983
17. Mengenakan Hukuman Biasa :- SPI Bil. 8/1983
18. Perhimpunan Sekolah :- SPI Bil. 4/1984
19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :- SPI Bil. 7/1986

29

PENGAKUAN SETIA MURID
Bahawasanya saya …………………………………….........................................murid
SK (LKTP) KERATONG 3 telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah
ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan
bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya
melanggar peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan murid,
________________________
()
PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA
Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang
bernama…………………………….................................................... yang belajar di
SK (LKTP) KERATONG 3 telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah
ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak
jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga
________________________
()

30


Click to View FlipBook Version