Bahasa Arab KATA SERAPAN SITI SYAHIDATUL FITRIAH BINTI ABDUL RAHMAN D20211098709
BIL. SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 1 2. Prinsip Utama Pengejaan Kata Serapan Arab 2 3. Dua Pembahagian Besar i. Istilah Agama ii. Kata Umum 3-4 4. Kaedah Perincian Lain i. Perubahan Ejaan Walaupun Istilah ii. Biarpun Lama Terserap (Kata Umum), Namun Kekal Ejaan Arabnya iii. Kata Umum yang Menerima Perubahan Konsonan Khasnya iv. Tanpa Vokal pada Istilah Agama, Namun Ditambah Vokal untuk Pengertian Umum v. Sebagai Kata Dasar Kekal Ejaan Asal, Ada Penambahan Apabila Menjadi Kata Terbitan vi. Penambahan Huruf Vokal pada Kata yang Asalnya Konsonan Sahaja vii. Perubahan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa arab, Iaitu Ya yang Tidak Bernoktah Menjadi Alif viii. Pengekalan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab, Iaitu Ya yang Tidak Bernoktah, Namun Diubah Apabila Menerima Imbuhan ix. Pengekalan Ejaan Selagi Menjadi Istilah, Diubah Apabila Menjadi Kata Umum x. Penulisan Huruf Hamzah xi. Penulisan Huruf Ta Marbutah (Ta Simpul) 5-18 5. Kesimpulan 19 6. Latihan Pengukuhan 20 ISI KANDUNGAN i.
PENGENALAN Kita sedia maklum bahawa banyak sungguh perkataan Arab yang terserap ke dalam bahasa Melayu, lebih daripada 2,200 perkataan. Hal ini belum termasuk istilah Arab yang masuk ke perbendaharaan kata pada zaman globalisasi ini. Sebagai bahasa yang kaya dan maju, kita menerima masuk kedatangan kata-kata Arab ini untuk diterima pakai, sama ada untuk kegunaan makna buat kali pertama, ataupun untuk menambah perkataan sinonim dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Bagi pelajar yang tidak pernah mempelajari bahasa Arab sama sekali, untuk mengenal adakah kata serapan dalam bahasa Melayu itu asalnya Arab ataupun yang lain, hendaklah melihat kamus yang ada menyenaraikan asal sesebuah kata, atau lebih tepat merujuk kamus etimologikal Melayu. Selalunya di hujung perkataan berkenaan diletakkan singkatan ini (A) atau (Ar); maksudnya berasal daripada bahasa Arab. 1
Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi Bandingkan kata Melayu رض Fardu رض ف ف و )Garpu) ڤ ر ڬ ريب Nikah ق ريب ق يل )Katil) ت اك ناكح Sujud ناكح ه )Nipah) ڤ ي ن PRINSIP UTAMA PENGEJAAN KATA SERAPAN ARAB Secara umumnya, kata serapan Arab dieja dengan kaedah lampau hukum. Ertinya, kebanyakan perkataan begini di luar kaedah mengeja yang telah anda pelajari, khasnya apabila dibandingkan dengan cara mengeja kata jati Melayu. Misalnya: 2
Ejaan Rumi Ejaan Jawi اب Kitab ت ك وء Wuduk ض و صالة Solat DUA PEMBAHAGIAN BESAR Ada dua kaedah utama dalam isu mengeja kata serapan Arab ini. 1. Istilah Agama Ejaannya dikekalkan Kata serapan Arab yang tergolong ke dalam ‘istilah agama’ , atau dirasakan sebagai istilah khusus, hendaklah dikekalkan ejaannya. (Ada juga kekecualiannya, akan dibahas nanti.) 3
Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi رطاس Kertas ق س ت كر بون Sabun بون صا سا اء Wabak بق وب وا 2. Kata Umum Ejaannya diubah Kata umum, maksudnya bukan istilah agama dan ia lama terserap sehingga dieja mengikut ejaan kata jati dalam bahasa Melayu. 4
KAEDAH PERINCIAN LAIN 1. Perubahan Ejaan Walaupun Istilah Meskipun satu-satu perkataan itu merupakan istilah, namun untuk mengelakkan homograf, iaitu dua perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan bunyi dan ertinya, maka ada istilah yang diubah ejaannya (berlaku penambahan huruf khasnya vokal). Huruf vokal dalam bahasa Melayu untuk membimbing bunyi yang sebenarnya (ke atas [a], ke depan [u], atau ke bawah [i]). Bagaimanapun dalam bahasa Arab, huruf vokal berfungsi untuk memanjangkan bunyi huruf itu (dengan syarat tertentu). Malah ada masanya, kerana beza antara bacaan pendek dengan bacaan panjang itu, sudah memberi makna yang berlainan. 5
Ejaan Arab Bunyi Pertama Bunyi Kedua Ejaan Jawi BM ذكر zakar zikir ذكر كير ي ذ عالم alam alim عالم عاليم محرم mahram muharram muhrim محرم محريم 6
2. Biarpun Lama Terserap (Kata Umum), Namun Kekal Ejaan Arabnya Ada perkataan dalam kelompok ini, walaupun sudah lama terserap, ejaan asal bahasa sumbernya itu dikekalkan. 7 Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi ق ل Akal ق ل ع ع حبيب حبيب Habib يال Khayal يال خ خ
3. Kata Umum yang Menerima Perubahan Konsonan Khasnya Ada perkataan yang diubah huruf konsonannya,khususnya konsonan Arab jati, demi memudahkan sebutannya dalam bahasa Melayu. 8 Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi عرل عرض Aral Jamin ن ام ض ن جامي سيلڤ خ الف Silap
4. Tanpa Vokal Pada Istilah Agama, Namun Ditambah Vokal untuk Pengertian Umum Ada istilah agama dieja tanpa huruf vokal walaupun ada bunyi vokal [a], [i] atau [u]; bagaimanapun, apabila ia digunakan untuk pengertian umum, ditambah huruf alif, atau ya, atau wau. 9 Ejaan Rumi Ejaan Jawi Al-aArif العارف ف Arif عاري Al-Hakim الحاكم حاكيم Hakim
5. Sebagai Kata Dasar Kekal Ejaan Asal, Ada Penambahan Apabila Menjadi Kata Terbitan Perkataan yang berakhir dengan suku kata terbuka dengan menggunakan bunyi vokal [a], [i], atau [u] hendaklah dieja mengikut asalnya sebagai kata dasar. Sekiranya dibentuk menjadi kata terbitan, dengan tambahan akhiran atau partikel, maka perlu ditambah huruf alif, atau ya, atau wau demi mengelakkan kesamaran dalam pembacaan. 10 Ejaan Rumi Ejaan Jawi رض Fardu ف Memfardukan ن وك ض ر ف مم حج Haji Menghajikan ن ڠ حاجيك م
6. Penambahan Huruf Vokal pada Kata yang Asalnya Konsonan Sahaja Demi mengelakkan kesilapan atau kekeliruan dalam pembacaan bunyi vokal, huruf vokal ya atau wau ditambah ke dalam ejaan Jawi. 11 Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi فکر Fikir یکیر ف ذن Izin إ ن ي ذ ي ا Rukun ن روكون رك
7. Perubahan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab, Iaitu Ya yang Tidak Bernoktah (ى (Menjadi Alif Sebagai kata dasar lagi, terus diubah ya yang tidak bernoktah itu menjadi alif kerana sudah lama terserap dan bukan istilah. 12 Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi دعوا دعوی Dakwa ی Makna ن ا مع ن مع
8. Pengekalan Huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab, Iaitu Ya yang Tidak Bernoktah (ى ,(Namun Diubah Apabila Menerima Imbuhan Ada kata serapan Arab yang mengekalkan huruf ini, yang dalam ejaan Jawi dipanggil huruf ye (e pepet). 13 Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi Allah Taala عالی ت عالی الله ت الله وی Fatwa ت ف وی ت ف موسی موسی Musa
Walau bagaimana pun, apabila ia menjadi kata terbitan dengan akhiran atau partikel, maka huruf alif maqsurah atau ye (ى (tadi digantikan dengan huruf alif pula. 14 Ejaan Rumi Ejaan Jawi Memfatwakan ن واک ت ف مم واءن Ketakwaan ق ت ک
9. Pengekalan Ejaan Selagi Menjadi Istilah, Diubah Apabila Menjadi Kata Umum Ada kata serapan Arab yang menerima kedua-dua fungsi: sebagai istilah dan kata umum. Sebagai istilah, dikekalkan ejaan asalnya. Sebagai kata umum, diubah di mana yang perlu. Maknanya lebih luas sedikit, tidak terikat dengan batasan atau unsur keagamaan itu. 15 Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi ق د Akad ق د ع ع كت - Ikat ي ا وی Fatwa ت ف وی ت ف وا - Petua ت ڤ
10. Penulisan Huruf Hamzah Dalam bahasa Arab ada empat tempat meletakkannya: tanpa rumah, berumahkan huruf alif (di atas atau di bawah alif), berumahkan huruf wau, dan berumahkan huruf ya. Bagi kata serapan yang bukan istilah agama, kata serapan begini dieja mengikut kaedah mengeja kata jati Melayu, iaitu dengan meletakkan hamzah selepas wau, bukan hamzah berumahkan wau (wau ada lorongnya sendiri dan tiga perempat dari baris). 16 Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Muktamar Mu’tamar مر ت موء Mukmin Mu’min ن موءم
11. Penulisan Huruf Ta Marbutah (Ta Simpul) Dalam kata serapan Arab, huruf ta marbutah yang berfungsi hanya sematamata di hujung satu-satu perkataan itu melambangkan bunyi [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan, dan kelainan sebutan itu lazimnya tidak membezakan makna. Pada penerimaan orang Melayu terjadi tiga ragam iaitu: i. Diterima sebagai bunyi [t], lalu ditulis dengan ejaan ta, ta muftah atau ta panjang (ت( 17 Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Dahsyat dah.syat ت ش ده Mesyuarat me.syua.rat وارت ش م Surat su.rat سورت
ii. Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah (ة( 18 Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Fathah fat.hah حة ت ف Madrasah mad.ra.sah مدرسة Surah su.rah سورة iii. Bunyi [t] dan [h] dengan ejaan ta marbutah (ة) Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Akibat Akibah a.ki.bat aki.bah. بة ق عا Hidayat Hidayah hi.da.yat hida.yah ة ي هدا Kaifiat Kaifiah kai.fi.at kai.fi.ah ية ف كي
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kata pinjaman bahasa Arab merupakan pengaruh bahasa Arab yang telah meresap ke dalam banyak bahasa di seluruh dunia sehingga menghasilkan perbendaharaan kata yang kaya dan mewarnai budaya pelbagai masyarakat. Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan pinjaman bahasa Arab digunakan setiap hari, terutamanya dalam konteks keagamaan, sains dan kulinari. Proses penyerapan ini mencerminkan sejarah panjang interaksi budaya dan perdagangan antara negara, serta peranan besar bahasa Arab dalam perkembangan sains dan agama. Jelaslah bahawa kata pinjaman bahasa Arab adalah sebahagian daripada kekayaan linguistik dan budaya global, menceritakan kisah kepelbagaian dan hubungan antara budaya yang telah mempengaruhi perkembangan bahasa dunia. 19
LATIHAN PENGUKUHAN 1. Anda dikehendaki mengimbas kod di bawah bagi menjawab soalan berkaitan kata serapan bahasa Arab yang telah dipelajari dalam buku ini. Selamat Maju Jaya! 20 Sila imbas saya!
KATA SERAPAN BAHASA ARAB telah memberikan sumbangan besar kepada berbagai bahasa di seluruh dunia, termasuk bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, kita boleh menemui pelbagai kata pinjaman bahasa Arab yang mencerminkan pengaruh budaya, agama dan sains dari dunia Arab. Penggunaan kata pinjaman ini bukan sahaja menambah kekayaan perbendaharaan kata, tetapi juga menunjukkan sejarah panjang dan hubungan budaya yang erat antara pelbagai masyarakat di pelbagai bahagian dunia. KATA SERAPAN BAHASA ARAB @UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2023