JENIS – JENIS IKATAN
DAN ASAS
PERTOLONGAN
CEMAS
DISEDIAKAN OLEH
INTAN SUHAILA
BINTI MUHAMAD
6 ATAS BESTARI
KAPA
1
ASAS IKATAN DAN
SIMPULAN
PENGENALAN IKATAN & SIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting
dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan
tali sebagai medium penyelamatan adalah satu
perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran
tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses
penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di
dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada
pelbagai bidang antaranya ialah di dalam
Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp,
dam lain-lain.
JENIS – JENIS IKATAN DAN
SIMPULAN
Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai
di dalam rekreasi dan proses menyelamat,
antaranya ialah :
a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot
b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend
c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline
d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot
f) Simpulan Angka 8 / Figure of 8
2
TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN
FUNGSINYA
1. IKATAN BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut
atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar
saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang
ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau
hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
•Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
•Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa
pertolongan cemas.
Teknik
1.Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2.Masukkan hujung A dibawah B.
3.Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan
memasukkan B di bawah.
3
2. IKATAN BUNGA GETI
Ikatan Bunga Geti digunakan bagi
menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali
perahu dengan tali kapal
Fungsi
•Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
•Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
1.Mulakan simpul.
2.Kemudian masukkan hujung tali B supaya
bersilang untuk membentuk simpul.
3.Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk
membentuk simpul.
4
3. SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat
gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher
binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga
boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat
seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke
dalam sungai.
Fungsi
•Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh
menjerut.
•Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul
itu keliling badan mangsa.
Teknik
1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan
tersebut.
3.Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan
kembali ke dalam bulatan tersebut.
5
4. IKATAN SIMPUL MANOK
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai
permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu
atau sebagainya.
Fungsi
•Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau
balak.
•Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke
tempat yang dikehendaki dengan selamat.
•Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan
ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik
1.Mulakan simpul pada kayu.
2.Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan
tadi.
3.Tarik hujung tali.
6
ASAS PERTOLONGAN
CEMAS
APAKAH ITU PERTOLONGAN CEMAS?
Pertolongan cemas adalah bantuan atau
rawatan awal yang diberikan kepada seseorang
mangsa di tempat kejadian sebelum ketibaan
ambulans atau pakar medik.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan
nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa
seperti pendarahan yang banyak, terhenti
pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur
dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul
dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau
keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata
semangat untuk memberikan kelegaan kepada
pesakit
Bantuan Lanjutan
•Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar yang segera
•Jangan tinggalkan mangsa keseorangan
sehingga bantuan tiba.
7
BANTUAN PERNAFASAN
Dalam kebanyakan kes kecemasan, rawatan
bantuan penafasan mulut ke mulut (CPR) amat
penting diberikan kepada mangsa.Ia bertujuan
mencegah kerosakan otak sebelum menerima
bantuan perubatan. CPR mempunyai dua matlamat
iaitu mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota
badan dan mengekalkan aliran udara masuk dan
keluar ke paru-paru.CPR adalah teknik mudah yang
hanya memerlukan peralatan minimum. Anda hanya
perlu:
* Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk
menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-
paru.
* Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur
darah.
* Memberi tekanan di dada mangsa untuk
membuatkan darah mengalir di dalam badan.
8
DRABC adalah lima langkah mudah untuk
melakukan CPR. DRABC membawa maksud:
D - Danger (bahaya);
R - Response (tindak balas);
A - Airway (saluran pernafasan);
B - Breathing (pernafasan) dan
C - Circulation (peredaran darah)
D - Danger (bahaya)
* Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan
tempat kejadian.
* Alihkan benda yang boleh mendatangkan
bahaya kepada anda dan mangsa.
* Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal
keadaan.
R - Response (tindak balas)
* Periksa tindak balas pesakit. Kejutkan pesakit,
tepuk bahu dan jeritkan `awak ok?'
* Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas
permukaan yang padat.
* Jika tiada tindak balas, hubungi ambulans (999
atau 991).
A - Airway (saluran pernafasan)
* Lakukan teknik `angkat dagu dan dongak
kepala'. Buka salur nafas pesakit secara
mendongakkan kepala dengan satu tangan,
manakala dagunya diangkat dengan tangan yang
satu lagi.
9
* Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan
pernafasannya. Alihkan lidah mangsa jika ia
menghalang pernafasan.
B - Breathing (pernafasan)
* Dekatkan pipi anda dengan hidung dan mulut
mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
* Lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa
selama lima hingga 10 saat.
* Jika tiada pernafasan, picit hidung mangsa
sehingga tertutup dan beri dua hembusan penuh
ke dalam mulutnya selama dua saat setiap
hembusan.
C - Circulation (peredaran darah)
* Jika tiada tanda pernafasan normal, batuk atau
sebarang pergerakan pada mangsa, mulakan
tekanan di dada pesakit.
* Letakkan tangan anda di tengah dada/tulang
sternum (ulu hati) mangsa. Tekan ke dalam (antara
1.52 inci atau kira-kira 5 sentimeter) sebanyak 15
kali pada kadar 80100 kali seminit dengan kiraan
`dan satu', `dan dua', `dan tiga' sehingga `dan lima
belas'.
* Teruskan dengan dua hembusan dan 15 kali
tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.
10