TRAGEDI
13 MEI
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL IZZAH BINTI AMRAN (23DLS20F2013)
NOOR FARAH ADREANNA (23DLS20F2021)
AFIQAH ELYANA (23DLS20F2017)
NAZATUL NAJWA (23DLS20F2012)
PRA KATA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, e-Book “Tragedi 13 Mei” dapat kami hasilkan. Dikesempatan ini, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada pensyarah kami Puan Nur Wahida Bt Dzalihu’zzabir kerana
banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan e-Book ini.
Antara input yang kami perolehi semasa proses pembuatan e-Book ini ialah bertapa pentingnya untuk kita
memupuk perpaduan di antara kaum yang terdapat di Malaysia, agar tragedi 13 Mei ini tidak akan berulang
Kembali.
Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam e-Book kami dan kami berharap agar
semua pembaca mendapat mesej utama yang kami ingin sampaikan menerusi e-Book kami.
Sekian terima kasih.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 2-3
PENGENALAN
LATAR BELAKANG 4-12
KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 13-22
PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI 23-26
KESAN TRAGEDI 13 MEI DALAM SEJARAH NEGARA 27-28
PENGAJARAN
29
RUMUSAN
PENGENALAN
Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan
sosial kepada masyarakat Malaysia. Tragedi 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara
tiba- tiba atau kerana sebab -sebab yang spontan tetapi
ianya merupakan suatu rentetan kepada peristiwa yang telah
berlaku sebelumnya. Hal ini dapat dilihat semasa penduduk
Jepun di Tanah Melayu yang merupakan salah satu faktor
yang turut menyumbang kepada tragedi 13 Mei. Selain itu,
kesan peninggalan penjajah inggeris juga boleh dilihat
sebagai punca kepada tragedi tersebut.Hal ini kerana amalan
diskriminasi yang digubal oleh inggeris contohnya ialah
mereka telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum di
Tanah Melayu.
1
LATAR BELAKANG
TRAGEDI 13 MEI
2
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3
di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25
buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka
dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.
Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-
slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar
bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan
Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan dan logo perikatan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969
sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri
besar Selangor, Dato’ Harun dris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
3
KRONOLOGI
TRAGEDI 13 MEI
4
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di
Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada
tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25
buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong
Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenangan. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
5
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta
kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50
di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan
pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir')
orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran
polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.
6
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku
Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran
ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei
1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini
adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di
Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang
panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato'
Harun Idris untuk mengamuk.
7
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti
Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang
datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak,
hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui Jalan
Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok
dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang
dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak
balas.
Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap
dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di
hujung seperti dalam filem lama Cina. Rusuhan besar terjadi.
Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar
dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur.
Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
8
Regimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen
Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina,
India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan
menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer
dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka
terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das
turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar
Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan
Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih
oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke
kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang
berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh
dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman
televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong
dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang
diedarkan mengenai rakaman ini.
9
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah
dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di
kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang
Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan
terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat
mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu
juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang
dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang
agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah
menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
10
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta
Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada
sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang
dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi
mengatakan 700 orang mati terbunuh.
Di mana Tunku ? Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul
Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan
beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala
Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku
Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13
Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang
bermain macuk. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal
tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris
adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju
Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.
11
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah
pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma")
oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan
Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan
penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan
Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah
perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di
tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam
Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
12
PUNCA-PUNCA
TRAGEDI 13 MEI
13
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan
kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara
ini iaitu antara orang melayu dan orang Cina.
Perbincangan ini bukan untuk melihat
ketegangan yang berlaku atau ‘’melukan
Kembali parut yang telah pun kering” dalam
peristiwa berkenaan tetapi tujuanya lebih
menjurus untuk memperketatkan rentetan
sebab musabab mengapa ianya terjadi
seterusnya dapat menjadi pedoman kepada
semua. Hubungan antara orang Melayu dan
Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘’tidur sekatil
tetapi mimpinya berlainan (Siew Chang
Yee,2007) Antara punca konflik adalah
14
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun,
masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina
umpamanya telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China
sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih
segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah
ini telah menyemai perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
15
Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran
menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina
dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina
dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud
empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus
pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia.
Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan
penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai
pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun
Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka
berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah
dirancangkan .
16
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan
Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak
bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan
pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan
daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh
kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong
projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu
kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul
Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang
bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
17
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British
yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah
sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan
mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat
cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india
bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya,
interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara
kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini
menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.
18
Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik
baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta
mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak
seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana
sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin
melebar akibat daripada penekanan yang
berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa
menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi
dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit
yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah
201019 membawa kepada meletusnya peristiwa 13
Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan
perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum
tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah
lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan
pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan
keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza
juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13
19
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa
orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik
perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya
pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura
keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba
membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum
ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP
dan parti-parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk
membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini
bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan
sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
20
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan
perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara
lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris
dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan
bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa
Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa
Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British
yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan
pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri.
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan
kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
21
Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan
mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat
cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india
bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan
kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja.
Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13
Mei 1969. Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi
terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta
mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah
mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat
daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas
dan kaum ini akhirnya telah 201019 membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang
sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan.
Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk
memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
22
KESAN
TRAGEDI 13 MEI
DALAM SEJARAH
NEGARA
23
Pengistiharaan Darurat
Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei.
Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan
Agong di bawah undang-undang tentera.Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan,
bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa.
Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat
(MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut
menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-
pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu
Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku
Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah
dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
24
Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan
antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.
Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-
isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN
mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
25
Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah
memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan
rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada
asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh
dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
26
PENGAJARAN
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan
perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah
yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang
pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan
dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya
.Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan
rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama
isu perkauman. Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu
Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah
kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel, dan penindasan
secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .
27
Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan
antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi
menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di
kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji
seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama ,
budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran
tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi
negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu
dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah
tanggungjawab semua pihak.
Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah mempunyai sifat perpaduan nasional, agar sentiasa
bersedia berkorban untuk negara kita dan peristiwa ini telah memberi keuntungan kepada musuh-musuh negara dan
kehilangan nyawa dan harta benda kepada rakyat Malaysia.
28
RUMUSAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan
sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara. Malah, peristiwa ini turut mencetuskan satu detik
hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara
kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah
tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh
melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan
antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak
perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.
Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan
seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh
berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita
semua lupakan buat selama-lamanya. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan
semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala
kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba
memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus
memelihara keharmonian dan keamanan negara..
29