The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahamran63, 2021-11-17 03:55:53

TUNJUK CARA KUMPULAN 1 CONGKAK

TUNJUK CARA KUMPULAN 1 CONGKAK

CONGKAK

PERMAINAN TRADISIONAL

MPU24011 - KOKURIKULUM-

NAMA PENSYARAH: ROSMAWATI BINTI RAZAK

PERMAINAN TRADISIONAL
-CONGKAK-

NAMA AHLI KUMPULAN NO. PENDAFTARAN KELAS

Aina Sofea Binti Ahmad Zurin 23DLS20F2001 DLS 2A
Nurul Izzah Binti Amran 23DLS20F2013 DLS 2A
23DLS20F2041 DLS 2A
Nur Qurratu'aini Nasrin Binti Azarudin 23DLS20F2042 DLS 2B
Khairunnurain Binti Khirull Anuar 23DBS20F2030 DBS 2A
Siti Nor Nathasha Binti Zaadun

ISI KANDUNGAN

PERKARA :- MUKA SURAT

A. LATAR BELAKANG 1
B. ASAS PERMAINAN 3
C. PERATURAN PERMAINAN 5
D. KESALAHAN PERMAINAN 7
F. CARA MENENTUKAN PEMENANG 9
E. RUMUSAN 11
F. PENGHARGAAN 12
G. RUJUKAN 13

1

LATAR
BELAKANG
CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli yang
diisi sama banyak. Terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.

Sebanyak lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai “kampung”dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai “rumah”.Panjang papan congkak tujuh
lubang biasanya 80 cm dan lebarnya 18 cm. Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang
berkedudukan menghadap satu sama lain.

2

3

ASAS PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan
mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak,terdapat 2 bahan iaitu papan congkak
dan buah congkak.Papan congkak berbentuk sampan dan boleh
diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat 5 atau 7 lubang
sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai rumah.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain.Untuk memulakan
permainan,biji getah atau guli akan diisikan setiap kampung dengan sama banyak dan rumah
dibiarkan kosong

4

5

PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga
ke rumah dan kampung lawan.
2.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong
di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati
di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.
3.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
4.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk
menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak
cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
6. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak.
Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

6

7

KESALAHAN

1. Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak
memasukkan buah/guli ke rumah ibu atau rumah anak.

2. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak.
3. Berfikir melebihi lima (5) saat.
4.Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum

mengambil bawa buah/guli yang baru atau memasukkan
buah/guli di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari
satu (1) butir.

8

9

Pihak lawan membuat Menang tapak (pihak Pemenang adalah
tiga kali kesalahan lawan telah ketiadaan pasukan yang
yang sama atau mengalahkan
dibuang gelanggang. buah/guli di rumah
anak) tiap papan. dua/tiga pemain
pemenang ialah pasukan lawan.

pemain yang
memenangi dua
papan/pusingan.

10

RUMUSAN

Permainan congkak yang menetapkan dua orang pemaindalam satu permainan membolehkan semangat setia
kawan dizahirkan yang menjadiasas kepada kerukunan hidup bermasyarakat. Di samping itu, permainan

congkakdalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya mencerdaskan ketajaman akal. Hal ini berkaitan dengan
perkataan congkak itu sendiri membawa maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira
mata membuktikan bahawagenerasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik. Permainan congkak
jugamampu dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan. Permainan ini bolehmengelakkan seseorang itu
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang

sebaris dan dualubang ibu yang dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebutmestilah diisi
dengan buah sebanyak mungkin untuk mencapai kemenangan. Secaratidak langsung, permainan congkak

menekankan nilai kejujuran apabila pemainmematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan walaupun
berkeinginanuntuk memenangi pertandingan tersebut. Kegagalan generasi muda memahamifalsafah ini dalam
permainan congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang.Tambahan pula, sesetengah ibu bapa pada hari
ini menganggap bahawa setiappermainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-
anakmereka. Alangkah ruginya jika warisan dan budaya tinggalan nenek moyang tidaklagi dihargai sehingga
hilang dalam arus peredaran masa

11

PENGHARGAAN



Assalamualaikum wb.t dan salam sejahtera.



Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, e-Book "Permainan Tradisional Congkak"
dapat kami hasilkan. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima

kasih terutama kepada pensyarah kami Puan Rosmawati binti Razak kerana
banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan e-Book ini.



Antara input yang kami perolehi semasa proses pembuatan e-Book ini ialah kami
dapat mengambil tahu tentang permainan tradisional turun temurun yang berasal
daripada moyang kita tentang permainan tradisional ini iaitu congkak yang amat

mudah untuk dimainkannya.



Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam e-Book
kami dan kami berharap agar semua pembaca mendapat mesej utama yang kami

ingin sampaikan menerusi e-Book kami.



Sekian terima kasih.

12

RUJUKAN

http://blog-permainan-
tradisional.blogspot.com/2012/04/asas-dan-
peraturan-permainan-congkak.html
https://www.slideshare.net/CheeyeeHo/peratu
ran-pertandingan-congkak
http://bicarasenivisual.blogspot.com/2014/09/
permainan-congkak.html

13


Click to View FlipBook Version