The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofia halida, 2024-02-25 09:33:18

CERITA "IKAN LUMBA-LUMBA WIRA LAUTAN" DAN SAJAK "CAHAYA ILMU"

SOFIA HALIDA BINTI AHMAD MUSMADE BM 5

IKAN LUMBALUMBA WIRA LAUTAN IKAN LUMBALUMBA WIRA LAUTAN CERITA DAN ILUSTRASI OLEH SOFIA HALIDA CERITA DAN ILUSTRASI OLEH SOFIA HALIDA


PUSTAKA HABSYI No 19, Jalan Kata Raja (27/L, Seksyen 27, Hicom Town Centre, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel 03-5103 1133 Fax: 03-51036272 Cetakan Pertama 2024 Semua hakcipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalamsebarang cara yang boleh digunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan caraelektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebahagiannya tanpa izin terlebih dahulu daripadaPUSTAKA HABSYI. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanSofia Musmade, 2024 IKAN LUMBA-LUMBA WIRA LAUTAN dan SAJAK CAHAYA ILMU / cerita dan ilustrasi oleh Sofia Musmade. ISIRI BINTANG HATIKU] [SBN 956-567-3808-34-1 (set) ISBN 956-567-3808-86-9 1.Children’s stories, Malay 2.2. Didactic fiction, Malay. I. Judul. II. Siri 644. 7000 Perpustakaan Negara Malayala Disemak oleh WORLD LINE MARKETING & SERVICES NO. 41, Persiaran Mewah, Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur.


Di dalam laut yang kebiruan dan penuh warna, terdapat banyak jenis haiwan yang hidup gembira dan harmoni. Pada suatu hari, seekor udang galah sedang bermain dengan kawannya iaitu seekor penyu. Tiba-tiba muncul sejenak idea seekor penyu. “Kawanku, jom kita menjelajahi laut bersamasama, saya mahu berkenalan dengan haiwan yang lain.” Ujar si penyu dengan bersemangat. Udang galah menjawab dengan nada yang teruja, “Jom, saya juga mahu berkenalan dan meneroka keindahan lautan ini.” 1


2


Mereka memulakan perjalanan menjelajahi laut bersama-sama, saat mereka menghampiri kawasan terbiar, tiba-tiba mereka terdengar suara keras dari kawasan itu. Mereka tertanya-tanya dan memutuskan untuk ke kawasan itu. Mereka menjumpai harta karun yang berisi cincin yang berkilauan. Udang galah segera mengambil cincin tersebut. 3


Namun, tiba-tiba muncul seekor sotong gergasi meluru ke hadapan. Dia menangkap udang galah dan berenang pergi bersama cincin berlian. “Tolong! Sotong gergasi telah menangkap udang galah itu.” jerit si penyu. 4


Ikan lumba-lumba mendengar jeritan. Tanpa membuang masa dia mengejar sotong itu. Penyu itu berkata “Ikan lumba-lumba mempunyai penglihatan yang lemah. Bolehkah dia menyelamatkan udang galah daripada sotong yang licik?” Ketika ikan lumba-lumba mengejar sotong gergasi, tiba-tiba sotong mengeluarkan cecair hitam dari badannya. Hal ini menjadikan air di sekelilingnya bertukar hitam. “Dengan cecair hitam ini, ikan lumba-lumba pasti akan hilang arah.” Fikir si sotong. 5


6


Tiba-tiba ikan lumba-lumba meluru ke hadapan dan menangkapnya menggunakan mulut. Apabila melihat udang galah tidak cedera, dia melepaskan sotong dan berkata, “Pergi kau dari sini!” 7


Udang galah berterima kasih kepada ikan lumba-lumba kerana menyelamatkan nyawanya. Sambil itu penyu pun sampai. Penyu ingin tahu dan bertanya, “ Bagaimana kamu dapat mencari sotong apabila dia menyembunyikan dirinya dalam cecair hitam?” Ikan lumba-lumba berkata sambil tersenyum, “Saya mempunyai organ di kepala saya yang boleh menghantar bunyi mengenai objek dan melantun semula, saya tahu di mana objek itu.” Penyu berkata, “Wah sungguh menakjubkan!” “Ia pelik” kata udang galah itu. Apa pun saya gembira kerana awak mempunyai keupayaan istimewa ini yang boleh menyelamatkan nyawa saya. Nah, terimalah cincin berlian ini sebagai penghargaan saya kepada awak.” 8


9


10 “Wah, terima kasih!” Ikan lumba-lumba memutuskan untuk menggunakan keajaiban cincin itu menjadikan tempat yang lebih indah dan semua ikan bersahabat. Akhirnya, lautan menjadi tempat yang damai dan penuh kebahagiaan.


1) Kita mestilah menolong orang yang ditimpa kesusahan kerana amalan tersebut disukai Allah dan orang ramai. Contohnya, ikan lumba-lumba menolong menyelamatkan udang galah yang diculik oleh sotong gergasi. 2) Kita janganlah memandang rendah kemampuan seseorang kerana amalan tersebut dianggap tidak baik. Contohnya, penyu meragui kemampuan ikan lumba-lumba untuk meyelamatkan udang galah yang telah diculik oleh sotong yang licik. Pengajaran


C A H A Y A ILMU NUKILAN: SOFIA HALIDA


Wahai kawanku, Ilmu bagaikan penyuluh kehidupan, Menjadi petunjuk arah yang benar, Tanpanya kita hanyut tersesat. Terima kasih membimbing, mengajar dan mendidik kami, Kerana ilmu menerangi langkahku untuk berjaya. Wahai kawanku, Ilmu begitu penting bagi kehidupan manusia, Rumah ilmu adalah sekolah, Sekolah sebagai jambatan ilmu, Pelbagai pengetahuan diperolehi dan dipelajari, Menjadi insan yang berguna dan bertamadun. CAHAYA ILMU


1) Kita perlulah mencintai ilmu dan berusaha menimba ilmu untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. 2) Kita hendaklah datang setiap hari ke sekolah supaya ilmu sentiasa memenuhi diri menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Pengajaran


Click to View FlipBook Version