Rama-Rama Kelas: Prasekolah Pintar Hari: Jumaat Tarikh: 8/3/2024 Masa: 8.30 pagi- 9.00pagi Bilangan Murid : 5 orang Modul (Asas/Bertema): Bertema Tunjang: Sains dan Teknologi Tema: Alam Hidupan Subtema: Serangga Topik: Kitaran Rama-Rama Standard kandungan: SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan Standard pembelajaran: SA 3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidupan haiwan Standard pembelajaran yang disepadukan: KTI 2.1.8 Menyanyi lagu dengan iringan muzik. KTI 1.2.12 Menggunakan bahan yang disediakan untuk penghasilan sebuah karya kreatif Objektif pembelajaran: Di akhir pembelajaran ini murid; i. mampu menceritakan kitaran hidup rama-rama mengikut urutan dengan betul. ii. Dapat menghasilkan bahan 2d iaitu dengan mewarna kitaran rama-rama mengikut warna yang betul. iii. Dapat menghasilkan produk 3d menggunakan bahan yang telah disediakan mengikut bentuk yang telah ditetapkan. Bahan bantu mengajar: Tab,gambar,model kitaran rama-rama 3d, kertas warna,kapas,pompom ball,mata hiasan,gam dan pensil warna.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Langkah/ Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set induksi (3 minit) 1.Tempat tinggal untuk rama-rama 2.Rama-rama makan apa? 1.Guru bertanya di mana rama-rama selalu berada? 2.Rama-rama selalu berada di pokok bunga kerana apa? 3.Guru menceritakan bagaimana rama-rama terjadi, BBM: 1.Gambar 2.Model kitaran hidup rama-rama Langkah 1 (7 minit) 1. Imbas kembali kitaran hidup rama-rama 2. Menyanyikan lagu kitaran hidup rama-rama iaitu: “Dari ulat jadi kepompong, Ulat hidup dalam kelongsong, Sampai masa kepompong pecah pom, Jadilah rama-rama yang indah, Rama-rama terbang merata, Sungguh cantik aneka warna, Isap madu di pohon bunga, Tapi sayang hidup tak lama.” 3. Menceritakan jenis dan warna haiwan sebelum menjadi rama-rama. 1. Guru meminta pelajar mengimbas kembali kitaran hidup rama-rama 2. Guru meminta pelajar berdiri dan membuat gaya sambil menyanyikan lagu kitaran hidup rama-rama. 3. Guru meminta pelajar untuk menganalisis jenis dan warna haiwan sebelum menjadi rama-rama. BBM: 1. Model kitaran hidup rama-rama. 2. Tab dan Youtube. Langkah 2 (7 minit) 1. Warna kitaran hidup haiwan mengikut warna yang betul. 1. Guru mengarah pelajar untuk mewarnakan haiwan mengikut pemerhatian mereka. 2. Guru meminta murid untuk menunjukkan hasil warna mereka kepadanya. 3. Guru perlu menganalisis BBM: 1. Gambar kitaran hidup rama-rama 2. Pensil warna
2. Menunjukkan hasil kepada guru sama ada warna yang digunakan betul ataupun tidak. Langkah 3 (10 minit) 1. Penghasilan bahan 3d Model telur dihasilkan daripada kapas dan kertas warna Model larva dihasilkan daripada pompoball,kertas warna dan mata hiasan 1. Guru membahagikan murid kepada empat model. 2.Setiap seorang perlu menghasilkan salah satu model iaitu telur,larva,kepompong dan rama-rama. 3.Guru membahagikan bahan mengikut keperluan pelajar untuk menghasilkan model. 3. Guru memberi kebebasan kepada murid untuk membuat model mengikut kreativiti sendiri. 4. Guru membimbing pelajar sekiranya pelajar menghadapi masalah sepanjang menghasilkan model. 5.Guru meminta pelajar mengemas meja. 6. Guru meminta pelajar mengelaskan model mereka mengikut kitaran yang betul. BBM: Kertas warna, kapas,pompom ball,mata hiasan dan gam.
Model kepompong dihasilkan daripada kertas warna hijau Model rama-rama dihasilkan daripada kertas warna 2. Melekatkan hasil 3d di kitaran yang betul Penutup (3 minit) 1. Ulangan tentang kitaran hidup rama-rama 1.Guru meminta murid menceritakan kembali kitaran hidup rama-rama yang telah dipelajari. PN : Kasih sayang.