E-FOLIO PENHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI MAC – JULAI 2023 TAJUK : ETIKA DAN PERADABAN ACUAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN Perkara 1. Perakuan Pelajar. 2. Penghargaan. 3. Pengenalan . 4. Sinopsis 5. Objektif . 6. Perbincangan konsep etika , adab , adat , dan moral. 7. Konsep dipengaruhi oleh agama atau kepercayaa. 8. Pemahaman tentang penghayatan etika dan peradaban berdasarkan unsur masa 9. Penerangan peribahasa Melayu zaman dahulu yang berkaitan dengan etika. 10. Konsep etika barat yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. 11. Rangkap pantuan berkaitan dengan adat dan etika. 12. Kesimpulan / penutup.
PERAKUAN PELAJAR ‘ Kami akui karya ini adalah hasil kerjasama kami sendiri dan pembincangan antara kami kumpulan kecuali nukilan yang setiap satunya kami.’ 1. NAMA : LYDIA ERISKA ANAK ANGKIE ID STUDENT : IKCH-0123-8022 2. NAMA : WINDY MECHELLINA ANAK SADIT ID STUDENT : IKCH-0123-8006 3. NAMA : NORAINI BINTI JUNAIDI ID STUDENT : IKCH-0123-8029 4. NAMA : SHIRA AMIRA ANAK HEMZI ID STUDENT : IKCH-0123-8017 5. NAMA : NUR QAMELYA BINTI ACHEH ID STUDENT : IKCH-0123-8025 6. NAMA : EVELYN IPAH ANAK CROCKER ID STUDENT : IKCH-0123-8024 7. NAMA : ELLA ANAK ROBERT ID STUDENT : IKCH-0123-8010 8. NAMA :JESSLYNDA CELIA ANAK LEMAN ID STUDENT : IKCH-0123-8016
9. NAMA : SWEETHA CLARA BABANG@JUTI ID STUDENT :IKCH-0123-8005 10.NAMA : HOSSANNA ANAK JIRAK ID STUDENT : IKCH-0123-9019 11.NAMA : QSTINE LONICA CATHERINA JAWAI ANAK TUAH. ID STUDENT : IKCH-0123-8001 12.NAMA : LOURENCIA ANAK ALAN SILSON ID STUDENT: IKCH-0123-9009
PENGHARGAAN Dengan limpah dan kurnianya , akhirnya kami sekumpulan telah menyelesaikan kerja yang telah diberi oleh pensyarah pada 24.03.2023 dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati dan dirahmati-Nya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kursusnya kepada Encik Mohammad Syafiq Asan diatas kesudian memberi pandangan , bimbingan , panduan , tunjuk ajar dan juga memberi bahan rujukan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kumpulan ini kerana telah memberi sepenuhnya perhatian dan sokongan untuk membuat dan serta membantu memberi pandangan masing-masing tentang soalan dan kajian yang telah diberi oleh pensyarah. Ternyata sokongan dan Kerjasama yang telah diberi membuat kita lebih bersemangat untuk menyiapkan kajian ini walaupun pada mulanya agak sukar bagi kami. Penukaran maklumat dan perbincangan sama ada secara formal dan tidak formal juga ternyata memberi kemudahan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
PENGENALAN Kenapa etika peradaban penting kepada diri kita ?. Sebagai seorang manusia kita lahir, membesar dan menjalani kehidupan melalui pembelajaran tidak formal dan formal. Manusia dujadikan Tuhan dengan keupayaan belajar dengan berbagai cara iaitu mendengar, melihat berfikir dan akhirnya dizahirkan dalam tingkah laku bagi menjalani kehidupan setiap hari dari lahir hinggalah kita meninggal dunia. Justeru, menghayati etika dan peradaban dalam negara kit aini dapat menjadikan kita kenal asal usul adab , adat istiadat dan adat resam kita etnik dan masyarakat asal di Malaysia yang telah diwarisi dari generasi terdahulu , menghayati etika dan peradaban yang kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam melayu yang lain zaman colonial yang dilalui oleh negara kita. Semuanya, supaya kita dapat memiliki keperibadian yang tinggi , saling menghornati dapat hidup dalam keadaan harmoni, dan akhirnya kita dapat membina negara bangsa yang hebat sebagai satu bentuk peradaban yang baik.
SINOPSIS Kita tahu bahawa Etika dan Peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatan berbeza-beza antara kita dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi kita. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘ acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarah negara ini, iaitu zaman Pra-kolonial ( tradisional ) , Kolonial ( semasa penjajahan ) dan Pasca Kolonial ( pasca penjajahan , moden dan hari ini ). Sifat dan kefahaman mengenai etika berciri moden diperkenal dan dilaksanakan semasa era kolonial Eropah ke seluruh dunia termasuk negara kita. Sebelumnya , pada era pra-kolonial, dalam wilayah Alam Melayu , konsep ‘ adab ‘ dan ‘ adat ‘ ( adat istiadat dan adat resam ) , merupakan sebahagian daripada bentuk etika Ketika itu, telah wujud mendukung sistem nilai pemerintahan, masyarakat tradisional serta peradaban. Gabungan kedua-dua bentuk etika, tradisional dan moden tersebut telah tergarap pada era pasca-kolonial yang pula tersulam dalam acuan Malaysia. Penekanan kepada ‘ penghayatan ‘ mengundang kita mengupas secara terfokus terhadap idea ,
proses dan praktis etika dan peradaban dalam masyrakat Malaysia , dulu dan sekarang.
OBJEKTIF. 1. Mengenalpasti konsep etika,adab,adat dan moral ataupun ada persamaan dan sebaliknya. 2. Mengkaji konsep etika dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan seharian masyarakat. 3. Menghuraikan tentang penghayatan etika dan peradaban berdasarkan susur masa. 4. Menyenaraikan contoh adab/adat/adat resam orang melayu zaman dahulu. 5. Mengkaji serta mencari contoh peribahasa Melayu zaman dahulu yang berkaitan dengan etika. 6. Mengenalpasti sejauhmanakah konep etika barat diterapkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. 7. Membina beberapa pantun yang berkaitan dengan adat dan etika.
1. Bincangkan konsep etika , adab, adat dan moral. Apakah ada persamaan dan sebaliknya ? Berikan contoh-contoh bagi etika adab, adat, dan moral yang dapat disaksikan pada hari ini. Maksud etika dari segi bahasa ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia manakala dari aspek sosiologi ialah satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalamkonteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik. Maksud moral pula ialah pegangan atau ajaran bkn dgn buruk baiknya sesuatu perbuatan. Perbezaannya ialah etika merupakan kod etika yang berkaitan dengan komuniti, keluarga, syarikat atau negara. Sebaliknya, moral adalah merujuk kepada kepercayaan peribadi tentang apa yang betul dan salah. Konsep etika dan moral mempunyai persamaan kerana moral ialah sebahagian daripada etika. Adat sebagaimana telah diperkatakan ialah merupakan nilai yang baik yang dipupuk di dalam masyarakat dan diamalkan dalam masyarakat. Contoh selain dari gotong royong ialah adat mencapai kesepakatan melalui syura. Misalnya bagi melantik seorang ketua kampung, bahkan melantik kabinet menteri pada zaman moden. Manakala `Adab`, ialah peraturan nilai yang juga dilihat baik dari segi agama dan nilai dan diamalkan di tengah masyarakat. Misalnya menghormati ibu bapa, orang tua, pemimpin dan sebagainya. Adab ini terpupuk di dalam kehidupan melalui didikan ibu bapa, masyarakat. Perlakuan beradab adalah dipuji, sebaliknya `Tidak Beradab` adalah dikeji. Dari didikan dan nilai yang baik yang berlaku di dalam masyarakat ini dijadi contoh tauladan oleh individu dalam masyarakat dan cuba diamalkan. Manakala sifat tidak beradab adalah dijauhi.
CONTOH ; ETIKA - Etika bermaksud tingkah laku yang baik dan hidup yang Bahagia. Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik. ADAB - Tingkah laku serta tutur kata yang sopan, budi bahasa dan budi perketi. Cara seseorang berkelakuan dalam situasi yang tertentu. ADAT - Peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun. Cara yang sudah menjadi kebiasaan. MORAL - Merujuk kepada kepercayaan budaya dan agama sebuah kumpulan. Kejujuran salah satu daripada menipu
2. Apakah konsep etika dipengaruhi oleh agama / kepercayaan seharian masyarakat ? ‘Etika' dan 'Peradaban' adalah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk difahami dalam kursus in. Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan menghayati dinamika sesebuah masyarakat. Sebagai permulaan kepada kursus in adalah sesuai dibincangkan kedua-dua konsep ini satu persatu masing-masing dengan tersendiri dan kemudiannya melihat kaitannya dalam konteks susur masa prakolonial, kolonial dan pascakolonial. Fokus pertama adalah perbincangan tentang pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban dunia. Fokus kedua, adalah terhadap konsep etika khususnya menghuraikan pengertiannya dalam konteks sejarah pemikiran Eropah, daripada zaman sebelum, semasa dan selepas Enlightenment. Kemudian dikupas pula impak kefahaman dan amalan konse etika ketika disemaikan semasa zaman kolonial dan pascakolonial di luar Eropah. Fokus ketiga adalah terhadap konsep 'peradaban' berdasarkan susur masa pra kolonialisme, kolonialisme dan pasca kolonialisme, timur dan barat, perspektif agama dan kepercayaan. Contoh-contoh boleh ditimba daripada pengalaman sejagat dan Alam Melayu. Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan didominasi oleh tiga kelompok bangsa utama iaitu Melayu. Cina dan India. Ketiga-tiga rumpun bangsa ini mengamalkan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian sifat in tidak menghalang mereka tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, di bawah satu kepimpinan. meskipun berbeza dalam budaya dan amalan kepercayaan. Memandangkan kajian ini memfokuskan kepada budaya dan pengaruhnya dalam pengurusan. Maka analisa akan ditumpukan terhadap budaya dan hubungannya dengan pengurusan di Malaysia yang melibatkan beberapa kelompok etnik termasuklah Melayu, Cina dan India secara ringkas.
3. Apa yang anda faham tentang penghayatan etika dan peradaban berdasarkan susur masa ? Etika dan peradaban merupakan perkara yang perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat. Namun penghayatan dan pengamalan etika dan peradaban dalam kalangan mereka berlainan dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial serta ekonomi dalam kalangan masyarakat tersebut. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia dapat dibincangkan mengikut tiga susur masa sejarahnya termasuklah yang pertama zaman pra-kolonial, kolonial, serta diikuti dengan zaman pascakolonial. Pra-kolonial mengamalkan gaya hidup secara tradisional dan terdiri daripada tiga iaitu adab, adat resam, serta terdapat juga adat istiadat. Zaman kolonial pula wujud semasa zaman penjajah yang membawa kepada Etika, Etos dan Etiket dalam pelbagai bentuk seperti pemakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan dan sebagainya. Seterusnya, pascakolonial mempunyai nilai etika yang bercampur baur yang terdapat dalam persekitaran samada secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat. Masyarakat juga telah menerima variasi dan percampuran versi etika kolonial secara langsung atau melalui pelbagai teknologi masa kini.Oleh itu, susur masa etika dan peradaban masyarakat tempatan merupakan susur masa yang paling lama dan dominan di Malaysia. Walaupun kita berada pada zaman pasca kolonial iaitu zaman selepas kita mencapai kemerdekaan namun etika dan peradaban ini telah bercampur baur dengan versi etika zaman kolonial yang menyebabkan berlaku pelbagai perubahan dan kesan yang membentuk etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat tempatan di Malaysia. Variasi ini ditambah bukan sahaja hasil tinggalan kolonial, tetapi dengan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini.Akhir sekali, kita sebagai generasi yang hidup pada zaman moden yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kemajuan teknologi maklumat seperti ICT, perlulah menghayati etika dan peradaban yang telah wujud dan diacuankan dalam negara kita sejak dari dahulu lagi
4. Berikan contoh adab/adat/ada resam orang melayu zaman dahulu ? • ADAT RESAM Masyarakat Melayu memang kaya dengan adat resam. Adat resam merupakan adat yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat secara turun temurun oleh nenek moyang mereka bagi mengekalkan tradisi kaum mereka. Ia juga merupakan undang-undang atau hak yang tak tertulis dalam sesebuah masyarakat. • ADAT ISTIADAT Alam Melayu mengandungi dua jenis adat istiadat yang digunapakai iaitu : Adat Temenggung – Majoriti masyarakat Melayu di seluruh Nusantara ini mempraktikkannya. Adat Pepatih - Sebahagian masyarakat Melat terutama masyarakat Minangkabau. Adat Temenggung merupakan Warisan Datuk Temenggung. Garis keturunan berdasarkan sebelah Bapa. Sementara Adat Pepatih pula adlah Warisan Datuk Pepatih Nan Sebatang. Perkiraan garis ketutunan sebelah Ibu. Jika kita tengok dari segi hirarkinya, adat Melayu ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu : - Adat sebenar adab - Adat yang diadatkan - Adat yang teradat
Adat sebenar adat o ialah prinsip-prinsip yang bersumber dari agama Islam. Aturan adat ini tiadalah dapat diubah-ubah. Adat yang pertama ini tersimpul dengan ungkapan “Berdiri adat karena syarak”. Adat yang teradat o ialah sikap, tindakan, dan putusan bersama atas dasar musyawarah yang dirasakan cukup baik oleh masyarakat. Inilah yang kemudian menjadi kebiasaan turun-temurun. Adat jenis ketiga ini pun dapat berubah sesuai dengan kehendak zaman. Adat yang diadatkan o ialah prinsip-prinsip adat yang disusun oleh penguasa Melayu (Raja, Pemuka adat, dll). Adat sejenis ini dapat pula berubah sesuai dengan perkembangan zaman dan perkembangan pandangan pihak penguasa sesuai dengan ungkapan “Sekali air bah, sekali tepian berubah ". • ADAB Jika adat istiadat merupakan satu tata cara hidup sesuatu bangsa, adab pula boleh diertikan dengan tata susila yang membentuk jati diri kepada bangsa itu. Bila kita persoalkan isu adab bagi masyarakat Melayu, kita tidak dapat menafikan tentang keselarian adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri. Ini kerana peradaban Melayu memang cukup berseni dan indah. Peradaban Melayu yang tinggi dapat dilihat jelas sewaktu dulu namun agak sedih masa kini adab-adab tersebut sudah mula disisihkan oleh masyarakat Melayu moden.
• Adab Hormat Orang Yang Lebih Tua Amalan seperti ini amat dititikberatkan dalam penghidupan orang Melayu. Selain kedua orang tua sendiri, golongan orang yang lebih tua patut dihormati bagi yang lebih muda. Umpamanya, bila berada dalam majlis orang yang lebih muda harus menundukkan badan semasa lalu di hadapan orang yang lebih tua beserta dengan senyuman.Pertuturan juga mestilah dengan nada suara yang agak rendah sedikit bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Semua ini sinonim dengan ajaran Rasullah SAW melalui hadis-hadis yang diriwayatkan. • Adab Menuntut Ilmu Di dalam aspek belajar atau menuntut ilmu, terdapat pihak murid dan guru. Hormat dan menghormati satu sama lain, semua masyarakat amat menyanjung guru namun bagi masyarakat Melayu peranan guru teramat penting dalam membentuk jati diri seseorang itu. Adab hormati guru dengan mengamalkan setiap ilmu yang diberi oleh guru itu dengan sewajarnya bukan sebaliknya yang boleh menjatuhkan maruah guru itu sendiri atau juga boleh mengundang gejala fitnah. Menerima sesuatu keilmuan daripada guru juga perlu serius dan fokus sehingga dapat menguasai serta memberi manfaat kepada yang lain. • Adab Bertandang Bertandang atau dalam Islamnya disebut juga ziarah. Sememangnya juga ada adabnya seperti sebaiknya mesti pada waktu tertentu. Contoh jika seseorang itu hendak bertandang ke rumah jiran ataupun rakan waktu yang sesuai iaitu pada sebelah pagi, selepas tengahari, petang dan hanya di awal malam. Sebaliknya waktu lain adalah di anggap tempoh waktu untuk peribadi. Sewaktu tengahari biasanya orang Melayu akan makan tengahari bersama anak dan isteri setelah itu biasanya adalah masa untuk keluarga itu berehat seketika. Tempoh bagi bertandang juga perlu lebih prihatin iaitu pihak tetamu mesti peka dengan situasi tuan rumah. Sekiranya proses bertandang itu bukanlah rutin maksudnya jarang atau belum pernah bertandang maka bagi orang Melayu adabnya mesti dengan membawa ‘buah tangan’ sebagai salam
perkenalan atau menyambung hubungan. Perlu diingat, bahawa bagi tuan rumah pula adalah meraikan atau memuliakan tetamu menjadi satu tuntutan adab Melayu.
4. Terangkan contoh-contoh peribahasa Melayu zaman dahulu yang berkaitan dengan etika ? • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. - jagalah tutur kata agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Apabila kita terlanjur mengayuh perahu , kita boleh sahaja bergerak ke belakang dan mengubah perjalanan kita. Jikalau kita terlepas kata , kekata itu tidak dapat ditarik balik dan kita akan menerima kesannya jikalau si menerima kekata berasa tersinggung. • Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. - jadilah seperti padi yang semakin berisi dan bukannya seperti Lalang yang terus meninggi dan hanya menghalang penglihatan ataupun pandangan orang lain. • Melentur buluh biarlah dari rebungnya. - hal ini supaya anak – anak kita dapat membiasakan diri untuk bersikap baik dan merendahkan diri walau apapun jua keadaan. • Putih tulang dikandung tanah , budi baik dikenang juga. - lakukanlah kebaikan kerana kebaikan selamanya kekal manakala kejahatan akan hilang. Walaupun begitu, ikhlaskanlah diri dan usahalah mengingati setiap kebaikan yang dilakukan.
5. Bincangkan sejauhmanakah konsep-konsep etika barat diterapkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Kehidupan manusia hari ini adalah dikatakan berdasarkan kepada peredaran zaman. Faktor peredaran zaman ini telah menjadi cabaran kepada manusia untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing. Kehidupan zaman moden ini telah menjadi lebih kompleks di mana selain daripada keperluan asas, kepentingan wang ringgit dan kebendaan telah menjadi pertaruhan hidup. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya maka mereka sanggup mempertaruhkan etika semata-mata utuk mengejar impian dan mengecapi kehidupan materialistik yang menjadi keutamaan hidup zaman ini. Kita sering mendengar perkataan 'etika' yang begitu popular di kalangan pelajar-pelajar sekolah, organisasi atau tempat bekerja dan ibu bapa yang sentiasa menekankan kehidupan yang beretika kepada anak-anak. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'etika'? Menurut Wikipedia, 'etika' yang juga dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu cabang falsafah yang membabitkan menyusun, mempertahankan dan mencadangkan kelakuan yang betul dan salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral manusia dan bagaimana untuk bertindak dalam keadaan tertentu. Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'ethos' yang bermaksud 'watak'. Etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia. Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukkan perbuatan atau tingkah laku masing-masing. Kehidupan yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan manakala perbuatan seperti mencuri, membunuh.
6. Bina beberapa pantun yang berkaitan dengan adat dan etika . Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang ; Kalau sombong meninggi diri , Kemana pergi dibenci orang. Suram berbalam cahaya di taman, Girang kenari disawah padi ; Hulur salam limpahkan senyuman, Santunnya diri menyerlah peribadi. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti; Hutang emas boleh dibayar , Hutang budi dibawa mati. Burung pipit burung kedidi, Hinggao dipokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.
PENUTUP. Etika dan peradaban acuan Malaysia perlulah kita jadikan sebagai identity masyarakat Malaysia. Ini memandangkan scenario zaman kini yang meemungkinkan sesuatu tamadun atau peradaban itu akan jadi bercelaru dan kemungkinan besar akan hilang di telan zaman. Justeru itu, penghayatan etika dan beradaban beracuankan Malaysia perlu ditanam dan dibaja setiap masa dalam kalangan generasi baru Malaysia bagi mengekalkan identity bangsa,agama dan negara ini. Generasi baru perlulah diberi kesedaran akan kepentingan menjaga etika dan peradaban agar mereka tidak dikenali sebagai bangsa yang tidak ada identity, bangsa yang tidak ada ilmu dan bangsa yang tidak ada masa depan.