The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI KAMI, 2020-09-21 21:34:22

FOLIO TOKOH NILAM BM

NURWAJIHAH BINTI AMIZAIDI

CALON TOKOH NILAM 2020

BAHASA MELAYU
SMK KAJANG UTAMA

NURWAJIHAH BINTI AMIZAIDI

CALON TOKOH NILAM 2020
ZON BANGI

DAERAH HULU LANGAT 2020

ISI KANDUNGAN :





660552



652



Calon Tokoh Nilam 2020

Bahasa Melayu
SMK Kajang Utama

BIODATA

Profil
Biografi

Biodata

Nurwajihah
binti Amizaidi

No. Kad Pengenalan : 040411-10-0070
Tarikh Lahir : 11 April 2004
Jantina : Perempuan
Agama : Islam
No. Telefon : 011-1214-0908
E-Mel:
[email protected]

Alamat Rumah : LG-12 Blok L, Jalan Bukit Mewah 86, Taman Bukit
Mewah Fasa 8A, 43000 Kajang, Selangor
Nama Penjaga : Amizaidi bin Abdul Manap
Jawatan di Sekolah : Pengawas ICT
No. Telefon Sekolah : 03-8733 8414
No. Fax Sekolah : 03-8733 8414
Kategori Sekolah : Sekolah Menengah Bandar

Profil Keluarga

Biografi

Diri

Nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya ialah Nurwajihah binti Amizaidi.
Wajihah merupakan satu-satunya anak perempuan Encik Amizaidi dan Puan
Sabariah. Wajihah dilahirkan pada 11 April 2004 pada waktu hampir tengah
malam di Hospital Kajang, Kajang, Selangor yang menjadikannya anak bongsu
dalam keluarga. Wajihah mula bersekolah di Tadika Perpaduan berdekatan
kawasan perumahannya selama 2 tahun. Pada tahun 2011, Wajihah memulakan
hari sebagai pelajar sekolah rendah di SK Kajang Utama dan mengikuti banyak
pertandingan. Wajihah mula aktif di sekolah apabila dia menjumpai kelab yang
disukainya iaitu kelab kebudayaan. Wajihah belajar pelbagai tarian tradisional
semasa berada dalam kelab kebudayaan dan menjadi wakil dalam pertandingan
tarian peringkat kebangsaan bersama rakan-rakannya dan mendapat pingat perak.
Wajihah juga menjadi pengawas sekolah dan mula dikenali oleh guru-guru di
sekolah. Wajihah juga bersekolah di Kafa Integrasi al-Hidayah untuk belajar
tentang ilmu agama islam. Di sekolah agamanya, Wajihah sering memasuki
pertandingan khat kerana minatnya atas seni khat. Wajihah sentiasa cuba yang
terbaik dalam mengikuti langkah-langkah menulis khat. Wajihah menduduki
Ujian Pentaksiran Kelas Kafa(UPKK) pada tahun 2015 dan mendapat keputusan
yang cemerlang iaitu 8A. Hal ini amat membanggakan mak ayahnya. Pada tahun
akhirnya, Wajihah memasuki pasukan nasyid sebagai pemain tamborin dan pergi
bertanding peringkat sekolah. Wajihah juga menduduki Penilaian Sekolah Rendah
Agama(PSRA) dan mendapat Jaid Jiddan.

Pada Pada tahun 2017, Wajihah berpindah ke SMK Kajang Utama dan menduduki
Kelas Rancangan Khas(KRK) berkat keputusan peperiksaan UPSR iaitu 3A 3B.
Wajihah mendapat peluang untuk ke sekolah lain namun, Wajihah tetap memilih
untuk bersekolah di situ.

KRK merupakan kelas tetap dan tidak dapat berubah kelas kerana pelajar KRK
belajar subjek berlainan daripada pelajar kelas lain iaitu subjek Asas Sains
Komputer(ASK). Wajihah sering berlumba sihat dengan rakannya dalam setiap
ujian untuk mencabar dirinya. Pada 2019, Wajihah dan rakan-rakan menduduki
Ujian Pentaksian Tingkatan 3(PT3) dan mendapat keputusan 6A 2B 1C. Wajihah
amat bangga dengan keputusan yang diberikan kerana semua orang mencuba yang
terbaik tetapi tidak semua mendapat keputusan yang diingini. Hal ini
menjadikannya tekad untuk buat yang terbaik dalam Sijil Peperiksaan
Malaysia(SPM). Berkat keputusan tersebut, Wajihah memasuki Kelas Aliran
Sains Tulen pada sekolah yang sama. Kelas Amanah merupakan satu-satunya
Kelas Aliran Sains Tulen di sekolah tersebut. Wajihah mengambil 9 mata pelajaran
yang terdiri daripada 5 subjek teras dan 4 subjek elektif. Wajihah akan
menduduki SPM pada tahun 2021 dengan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sejarah, Agama Islam, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Pada awal tahun 2020, Wajihah diberikan 2 pilihan untuk memilih subjek Biologi
atau Prinsip Perakaunan namun, dia memilih subjek Biologi kerana dia ingin
menjadi seorang doktor bedah pada masa depan kelak.

Keluarga

Wajihah dilahirkan dan dibesarkan oleh kedua ibu bapanya di Selangor yang
menjadikan dirinya anak jati negeri Selangor. Namun begitu, dia menganggap
dirinya sebagai orang Negeri Sembilan kerana kedua ibu bapanya yang berasal dari
Negeri Sembilan. Amizaidi merupakan bapa kepada Wajihah dan dipanggil
dengan panggilan “ayah”. Ayah berasal dari Kampung Daching, Beranang, Negeri
Sembilan namun, dibesarkan di Felda Pasoh 1, Jelebu, Negeri Sembilan. Ayah
merupakan ketua pelajar pada zaman persekolahannya dulu dan sering menjadi
harapan guru atas keputusannya yang cemerlang. Ayah gemar akan subjek
Matematik sama seperti Wajihah ,bak kata peribahasa “ke mana tidak tumpah
kuah jika bukan ke nasi”. Ayah sentiasa menasihati Wajihah agar sentiasa fokus
dalam ilmu dunia dan ilmu agama agar menjadi insan yang bukan sahaja berilmu
namun beragama juga.

Sabariah merupakan insan yang telah melahirkan Wajihah di muka bumi ini
dan Wajihah memanggilnya “ibu”. Ibu juga dibesarkan di kawasan yang sama
seperti ayah namun, ibu dilahirkan di Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Semasa zaman persekolahan, ibu tinggal bersama mak saudara kerana
sekolah menengah jauh daripada tempat tinggalnya. Ibu terus bekerja habis sahaja
persekolahannya bersama kakaknya. Ibu ialah seorang yang amat tegas dalam
mendidik anak-anaknya namun, terselit kemanisan di dalam perbuatannya itu. Ibu
amat pandai membuat kuih dan ramai pelanggan membuat pesanan atas keenakan
kuih ibu. Ibu sentiasa mendengar luahan hati Wajihah dan membantunya menjadi
perempuan yang tabah dalam semua perkara. Ibu sentiasa berkata bahawa seorang
perempuan itu perlulah menjaga akhlak dan juga kelakuan.

Wajihah mempunyai dua orang abang yang amat penyayang. Abang-abangnya
sudah habis persekolahan dan kini melanjutkan pelajaran ke universiti. Abang
sulungnya bernama Mohamad Nazmi seorang yang kelihatan tegas namun lucu
orangnya. Abang Nazmi sentiasa membantu Wajihah dalam pelajaran kerana
subjek yang diduduki oleh Wajihah adalah sama dengannya. Abang Nazmi selalu
mengajarnya tentang agama islam agar Wajihah tidak lupa akan akhirat. Abang
keduanya iaitu Mohamad Syahmi, seorang yang kacak orangnya namun, pendiam.
Abang Syahmi baru sahaja tamat persekolahan dan sedang menunggu tawaran

universiti. Abang Syahmi melayan Wajihah seperti kawan yang menjadikan
Wajihah selesa untuk memberitahu masalah yang dihadapi.

Hobi dan Impian

Seperti anak remaja yang lain, Wajihah juga mempunyai hobi yang dilakukan
untuk mengisi masa terluang atau untuk merehatkan dirinya. Selepas waktu
persekolahan, Wajihah akan melayari internet sebelum membuat kerja sekolah.
Wajihah gemar melayari internet untuk membaca berita yang terkandung tentang
kejadian-kejadian yang terjadi di satu dunia. Ini memberikan Wajihah info terkini
tentang perkara yang terjadi di dunia. Ini bukan sahaja dapat menambah ilmu
pengetahuan namun, menjadikan Wajihah orang yang prihatin akan negara-negara
di dunia. Semasa Tingkatan 1, Wajihah terpukau dengan negara Poland yang
dilihatnya dalam internet. Poland mempunyai banyak bandar kecil seperti
Warsaw dan Krakow, tempat ini juga mempunyai pelbagai tempat menarik
seperti The Black Pond dan Malbork Castle. Dia berimpian ingin melawat negara
Poland selepas menunaikan haji dan umrah. Wajihah juga melayari internet untuk
membaca novel dan komik yang menarik minatnya. Dia amat gemar dengan filem
Harry Potter karya JK Rowling yang menjadikannya membaca novel-novel genre
fantasi dan aksi. Namun demikian, novel yang menjadi pujaan hati Wajihah adalah
novel Srengenge karya Shahnon Ahmad. Novel ini meninggalkan kesan yang dalam
dalam hidup Wajihah supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama islam.

Selain itu, Wajihah suka meluangkan masa pada hujung minggu dengan
bermain badminton atau bola. Pada setiap pagi sabtu, Wajihah akan pergi bermain
badminton bersama kawan-kawannya di kawasan berdekatan rumahnya. Wajihah
tidak begitu pandai dalam bermain badminton namun, dia menikmati masa
melakukan sukan. Pada waktu petang hari persekolahan, Wajihah akan pergi
berjoging bersama abangnya. Dia amat suka melakukan aktiviti ini kerana dia
pernah menjadi atlet sukan semasa sekolah rendah. Dia tidak dapat menjadi atlet
apabila masuk ke sekolah menengah kerana faktor kesihatan yang dimilikinya.
Menjadi satu-satunya anak perempuan menyebabkan Wajihah terdedah dengan
aktiviti lasak yang dilakukan oleh abang-abangnya. Disebabkan ini, Wajihah mula
bermain bola sepak sejak kecil bersama abang-abangnya. Dia menikmati masa

bersama adik beradiknya kerana abang-abangnya sudah semakin besar dan tiada
masa untuk bermain dengannya.

Wajihah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar bedah. Dalam
keluarganya, tiada seorang pun yang menjadi seorang doktor. Hal ini membuatkan
Wajihah ingin menjadi seorang doktor agar dapat membantu keluarga pada masa
depan kelak. Dia berimpian untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara
yang aman dan harmoni, dan dia berminat untuk melakukannya sebagai seorang
doktor. Maka, masyarakat yang terpinggir dapat hak mereka sebagai rakyat
Malaysia tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda. Wajihah ingin membantu
mereka yang tidak berkemampuan mendapat rawatan yang sepatutnya kerana
sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah membantu satu sama lain.

Berimpian untuk menjadi seorang doktor amatlah mudah namun, jalan yang
harus diharungi tidak mudah. Wajihah sedar akan perkara ini dan dia perlu
korbankan duit dan masa untuk menggapai impiannya. Dia harus mengorbankan
sekurang-kurangnya 8 tahun dalam bidang perubatan dan dia tidak akan
mempunyai masa untuk diri sendiri dan keluarga. Walaubagaimanapun, Wajihah
amat berharap dia tabah dan mampu harungi perkara ini. Dia yakin dengan jalan
ini kerana sokongan keluarganya yang tidak akan dilupakan dan semangatnya
untuk mengubah negara Malaysia. Dia tidak akan membazirkan usaha maknya
dalam membesarkannya menjadi seorang wanita yang tabah.

Calon Tokoh Nilam 2020

Bahasa Melayu
SMK Kajang Utama

ANALISA BACAAN
BUKU

Analisa
Bacaan Buku

Sejarah Tarekat

Tajuk : Sejarah Tarekat: Pertumbuhan dan Penyebaran di
Dunia Islam
Penulis : Mohd Faizal Harun, Muhammad Hazwan Abd
Razak
Penerbit : UUM Press 2018
Tahun Terbit : 2018
Bil. Muka Surat : 411
Harga : RM68
Sumber : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Sinopsis Buku

Buku ini sebuah karya yang membicarakan sejarah tarekat dunia islam.
Lantaran itu, karya ini sesuai dibaca oleh khalayak umum yang ingin
mengetahui persoalan tarekat dan lingkungan yang melingkarinya.
Perbahasan yang dituangkan dalam karya ini meliputi topik penting seperti makna
tarekat, tokohnya serta sejarah tarekat di dunia islam. Ilmu tarekat tidak sebagaimana
ilmu islam lain agak kritikal dalam perbahasan ilmiah terutama kepada mereka yang
tidak bersetuju dengan ajarannya. Karya ini diharap dapat sedikit sebanyak
menjelaskan kedudukan dan sejarah tarekat itu sendiri agar menjadi penilaian yang
bermakna buat mereka yang ingin mengetahui dan memahaminya.

Kebaikan dan Keburukan

Buku ini mengisahkan sejarah tarekat yang bermula sejak zaman permulaan
islam lagi. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. Hal
ini disebabkan oleh penulis buku ini ditulis oleh pelajar universiti maka,
penggunaan bahasa yang digunakan amat selesa untuk dibaca. Karya ini sangat
padat dengan maklumat mengenai sejarah tarekat yang memberikan
keseronokan bagi mereka yang ingin mengenal dunia tarekat.
Namun demikian, buku ini mempunyai bilangan muka surat yang banyak
menyebabkan pembaca mudah bosan dan ayat yang digunakan terlalu panjang.
Penulis karya ini juga menggunakan penjelasan yang meleret sebelum
menyampaikan isi utama.

Ulasan

Karya ini sungguh padat dengan maklumat-maklumat mengenai kemunculan
tarekat dalam dunia islam yang amat mengagumkan saya ketika membacanya.
Walaupun buku ini mengandungi bilangan muka surat yang banyak, karya ini
menjelaskan dengan baik dan lancar mengenai tarekat islam dan sejarahnya.
Hal ini menyebabkan pembaca tetap membacanya walaupun terpaksa
mengambil masa yang lama.
Karya ini juga memberikan saya pengajaran agar memilih tarekat yang baik dan
menepati syarat-syarat yang sah di sisi Allah SWT. Karya ini juga mengajar saya
agar sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ibadah dan tetap teguh dengan
ajaran islam. Saya akan memberi buku ini 3.5 daripada 5.

Leftenan Adnan
Wira Bangsa

Tajuk : Leftenan Adnan Wira Bangsa
Penulis : Abdul Latip bin Talib
Penerbit : Mika Cemerlang SDN. BHD.
Tahun Terbit : 2014
Bil. Muka Surat : 375
Harga : RM18.90
Sumber : Pusat Sumber Sekolah

Sinopsis Buku

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai
152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang
pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah
prolific Abdul Latif Talib, memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di
Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup
berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Kebaikan dan Keburukan

Novel ini mengisahkan seorang pejuang tempatan yang berjiwa patriotik iaitu
Leftenan Adnan. Jalan penceritaan karya ini amat mengasyikkan bermula dari
zaman kanak-kanak Leftenan Adnan yang menerima tentangan masyarakat
sehingga munculnya Perang Dunia Ke-2. Karya ini menggunakan perkataan
orang dahulu kala yang membuatkan para pembaca dapat merasai suasana
zaman Tanah Melayu sebelum berlakunya perang. Karya ini juga mengajar
para pembaca untuk sentiasa berfikiran luas dan cerdik dalam membuat
perancangan.
Karya ini mungkin tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak kerana penggunaan
bahasa baku dan perkataan yang agresif.

Ulasan

Secara peribadi, ini ialah novel yang amat saya gemari kerana unsur-unsur yang
terdapat dalam novel ini sungguh menarik. Plot penceritaan yang dikarang oleh
penulis Abdul Latip Talib ini dapat menggerakkan hati saya untuk mengubah
negara menjadi sebuah negara yang berdaulat dan sentiasa merdeka. Karya ini
juga mengajar para pembaca untuk sentiasa sayang akan negara dan
menghargai para pejuang yang berjuang demi keadilan negara Malaysia.
Karya ini dapat menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya yang
menjadikan karya ini amat sesuai untuk dibaca untuk mereka yang ingin
mengetahui kisah-kisah yang berlaku semasa Perang Dunia Ke-2 di negara kita.
Saya menilai buku ini 5 daripada 5.

Kau Kekasih Gelapku

Tajuk : Kau Kekasih Gelapku
Penulis : Que Sera Sera
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Tahun Terbit : 2013
Bil. Muka Surat : 567
Harga : RM23
Sumber : Pusat Sumber Sekolah

Sinopsis Buku

Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim
dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan
dengan ‘hantu cantik’. Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap,
dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang
merebut dirinya.Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi
menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya. Darius datang
menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa
Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.
Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi
pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi
mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis? Ke manakah Rihanna menghilang
sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna
yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab
dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy
romance ini akan mengupas segalanya.

Kebaikan dan Keburukan

Novel yang bergenre dark fantasy romance ini amat sesuai dibaca oleh
golongan anak muda yang gemar membaca novel supernatural. Karya ini
mempunyai jalan cerita yang unik dan pelbagai watak akan diperkenalkan. Hal
ini membuatkan para pembaca tidak akan mudah bosan dan seronok
membacanya.
Namun begitu, karya ini menggunakan bahasa yang kurang sopan dan terdapat
aksi-aksi ganas yang tidak sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak.
Disebabkan oleh watak yang pelbagai, para pembaca boleh terkeliru dengan
mudah mengenai nama-nama watak di dalam novel ini.

Ulasan

Ini merupakan novel fantasi yang menarik untuk dibaca kerana plot cerita yang
unik dan watak-watak yang pelbagai. Saya sudah membaca novel ini sebanyak 2
kali dan tidak jemu dengannya. Saya amat kagum dengan jalan penceritaan
yang ditulis oleh penulis Que Sera Sera ini kerana bukan mudah ingin menulis
novel yang mengisahkan dunia ghaib yang tidak kita ketahui. Novel ini
mengandungi unsur-unsur keganasan yang memang saya minati. Secara
kesuluruhannya, saya menilai novel ini 4.5 daripada 5.

Srengenge

Tajuk : Srengenge
Penulis : Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit : 2016
Bil. Muka Surat : 310
Harga : RM20
Sumber : Pembelian sendiri

Sinopsis Buku

Memaparkan konflik nilai di kalangan watak-watak di sebuah desa terpencil.
Ini berlaku kerana munculnya manusia yang bersikap dinamik untuk
mengubah cara hidup mereka agar sesuai dengan zaman moden. Prinsip
ini membawa kepada pertelingkahan dengan manusia yang bersikap mahu
mempertahankan nilai-nilai lama seperti percaya kepada penunggu dan enggan
memugar bukit untuk tanaman baru bagi kepentingan diri masing-masing. Masalah
ini lebih dibebani oleh Imam Hamad selaku ketua yang harus membuat keputusan
untuk menerima atau menolak nilai-nilai baharu itu. Akhirnya Imam Hamad mati
akibat perbuatan kuasa ghaib yang dipercayai dilakukan oleh golongan yang percaya
kepada hantu tadi sebagai balasan daripada niat buruk ketua tersebut. Shahnon,
sekali lagi memaparkan unsur-unsur khayalan dan ingatan yang memberi kesan
kepada kehidupan desanya dan ternyata memberikan kesegaran alam mengolah
unsur-unsur tradisi.

Kebaikan dan Keburukan

Novel Srengenge ini mengisahkan manusia dan alam. Plot cerita yang amat
menarik untuk dibaca oleh anak muda. Pelbagai perasaan yang akan kita rasai
tatkala membaca kisah ini sepeti sedih, marah, kelakar dan menghiburkan.
Kisah ini mengajar umat islam agar sentiasa berpegang kuat dengan ajaran
islam dan tidak mudah goyah dengan kuasa-kuasa khurafat ini. Karya ini juga
menggunakan perkataan-perkataan yang amat jarang didengari oleh anak
remaja zaman sekarang.
Novel ini agak sedikit sukar untuk memahami maksud tersiratnya kerana
penggunaan bahasa lama yang diterapkan dalam novel ini. Novel ini juga
mempunyai unsur-unsur khurafat yang menyebabkan novel ini tidak sesuai
dibaca oleh mereka yang tidak kuat imannya.

Ulasan

Novel ini ditulis dengan sangat baik oleh penulis Shahnon Ahmad. Kisah
penduduk yang percaya akan unsur-unsur animisme walaupun mereka
mempunyai Tuhan Yang Esa. Saya dapat melihat isi tersirat yang cuba
disampaikan oleh penulis kepada orang zaman sekarang. Karya ini juga
mempunyai plot yang menarik bermula dari Imam Hamad yang jatuh sakit
sehingga para penduduk mengatakan itu adalah kerja “semangat” Bukit
Srengenge. Penggunaan bahasa lama yang menyukarkan para pembaca untuk
memahami namun, seronok untuk dibaca. Saya memberi novel ini 4 daripada
5.

Konspirasi Dajal

Tajuk : Konspirasi Dajal
Penulis : Miftahul Asror Malik
Penerbit : PTS ISLAMIKA SDN. BHD.
Tahun Terbit : 2014
Bil. Muka Surat : 197
Harga : RM20
Sumber : Pembelian sendiri

Sinopsis Buku

Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan
hadith. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Muhammad dan
membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah s.a.w dengan
keras memberi peringatan kepada kita bahawa Dajal pasti akan datang dan kita
harus bersedia dengan iman dan hati yang jitu.

Kebaikan dan Keburukan

Buku ini dikarang khusus untuk umat islam supaya membacanya. Walaupun
buku ini tidak tebal, maklumat penting yang cuba disampaikan oleh penulis
dapat diterima dengan baik oleh para pembaca. Penggunaan bahasa juga
mudah difahami oleh setiap peringkat umur. Terdapat hadis dan juga ayat-ayat
al-Qur’an yang diletakkan dalam buku ini. Buku ini amat dicadangkan bagi
mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dajal.
Buku ini menerangkan isu sensitif dan penting dalam agama islam iaitu dajal
maka, para pembaca haruslah membaca dengan hati terbuka.

Ulasan

Buku ini memang seronok untuk dibaca pada awal penceritaan namun,
semakin lama saya menjadi kurang minat kerana jalan penceritaan yang agak
bosan. Walaupun begitu, buku ini menerangkan dengan baik mengenai dajal
bermulanya kelahirannya sehingga pada fasa dajal dimatikan. Penggunaan
bahasa yang mudah dan senang untuk difahami. Saya memberi 3.5 daripada 5.

Calon Tokoh Nilam 2020

Bahasa Melayu
SMK Kajang Utama

KURIKULUM

Senarai Pencapaian
Salinan Sijil-sijil










































Click to View FlipBook Version