The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dipetik daripada Blogger
Author: SifooSidee
Filed under: Education, Motivation, Student guide

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xavier.kuntal, 2024-05-15 17:50:34

Inovasi dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Dipetik daripada Blogger
Author: SifooSidee
Filed under: Education, Motivation, Student guide

INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuanatau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalanatau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggapbaru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkansesuatu amalan. ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah "an effort tointroduce a practice in order to bring about a social change. Thepractice need not be totally new, its efficiency and potentially inanew context are the main criteria used in labelling it as innovation. Theemphasis is on change in terms of providing a strategy to deal withaspecific local or national problem." Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksudpembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu danciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasarantertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihanataubahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi. Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawasecaramudah inovasi boleh diterangkan sebagai:- • Merupakan penghasilan baru • Berbentuk maujud dan mujarad • Berdasarkan proses penyusunan semula


• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada • Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Inovasi dibuat olehmanusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimumdalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:- 1. Peringkat individu 2. Peringkat organisasi Peringkat Individu Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan caramenimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membinaideabaru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilahpenting di sini ialah modifikasi. Peringkat Organisasi Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuahorganisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasahidupserta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaanatau untuk meraih keuntungan maksimum. Organisasi inovatif ialahorganisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancanganstrategik iaitu dengan cara:- 1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas 3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yangadauntuk diperoleh secara sistematik 4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentangbahaya dan ancaman dari luar dan dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988) Kelly Dan Littman (2000) dalambukunya The Art of Innovation menggariskan elemen-elemen asas inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:- 1.Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua bendadanperkara dalam persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkarayang menyusahkan dan dibenci oleh manusia. 2.Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apajuaperkara dan benda yang digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah


pada pengguna dan klien. 3.Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangantentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secaraberterusan. 4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries), penentu masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman), teknokrat, pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel. 5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil. 6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasanayang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokanmelakukan perkara baru dan mencipta nama baru. 7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan. Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkandi Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunammelalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkancara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yangdifahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati olehpenyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yangdihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui. Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yangramai, halangan pentadbiran yang banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah lainyang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:- 1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umumbagi mendapat sesuatu persetujuan 2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalahterhad justeru ketiadaan pengetahuan dan pengalaman mengenainya 3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalamusaha kearah


inovasi pendidikan adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dankemantapan hasil 4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikansering mempergunakan kriteria-kriteria yang terhad. Halangan- halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteriaini ketakat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukanolehkeperluan yang berbangkit 5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatuinovatif pendidikan dijalankan telah tidak dipulihkan. Ini mengancamkredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan. 6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan yang sangat diharapkan malahdiperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalamusahamenjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut. 7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalanganpendidik sendiri dalam usaha memperoleh inovasi pendidikan. 8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih merupakanssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi danbukannya satu penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal. 9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan penyampai sendiri dan juga di kalanganpenerima. 10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima, memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan andaian iasesuatu untuk kegunaan di negeri ini. KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadaperti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiranyang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.


Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkanideabaru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilanproduk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:- 1. Peringkat ekspresif 2. Peringkat produktif 3. Peringkat inventif 4. Peringkat inovatif 5. Peringkat emergentif Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponenyang wajib dalam kreativiti. Boleh diringkaskan secara umumbahawakreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Ideabarudiperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakanproses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antaramaklumat idea baru dan kemahiran. Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasaatauforce yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolahorganisasi pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkanpengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k- ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukansekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan danprogresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmupengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikirankreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999). Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkahdan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalamorganisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-


1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti 2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat 3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti 4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti 5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah 6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkandalam organisasi pembelajaran sekolah. Taylor (1975) menyarankanbeberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi proses iaitu:- 1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di manaoriginaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak) 2. Kreativiti Teknikal – kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk(contoh, membuat biola) 3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuantelefon bimbit dan penulisan novel 4. Kreativiti Inovatif - kefahahaman dan modifikasi andaian asas danprinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif 5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yangjarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsipatau andaian paling asas dan di peringkat abstrak. Dalamorganisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan di sekolah, yang meliputi:- 1. Kreativiti kurikulum – ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk dangubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum. 2. Kreativiti pengajaran – menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangandanpelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah 3. Kreativiti profesional – mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi


terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalamprofesion ini. 4. Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorongkemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya. 5. Kreativiti persekitaran belajar – iaitu kreativiti yang mencorakkansuasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalamorganisasi pembelajaran. 6. Kreativiti pengurusan – cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuanpembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan dan perkhidmatan yang ditawarkan. 7. Kreativiti teknologi – bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan sumbangannyakepada kreativiti dan inovasi sekolah. Sekolah perlu membangunkansistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu danmasyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorongkepada perubahan dan kemajuan kreatif perlu diperkenalkan dalamsistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yangdikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina kesejahteraan dan menggilappotensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkankreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistempembelajaransekolah. FAKTOR-FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembanganpembelajaran kreatif dan inovatif ialah, 1. Pengurusan 2. Komunikasi terbuka 3. Teknologi 4. Penyelesaian masalah 5. Budaya 6. Strategi 7. Kepimpinan dan 8. Pemikiran Faktor-Faktor Utama Dalam Perkembangan PembelajaranKreatif Dan Inovatif


PENGURUSAN Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikansekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripadabelenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikanmasalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskanlagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasandan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalanhidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliranmaklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, danfalsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunaninsan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuahinstitusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangkaberlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancanganyangdibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikankepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan:- a. Perancangan perubahan Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perludilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancangdengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru. b. Pengetahuan Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerjayangtinggi dan berdaya maju. Mereka di anggap sebagai tenagapenggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaranuntukmenjamin kualiti pendidikan. c. Strategi pengajaran dan pembelajaran Strategi pengajaran danpembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaik apa yangsediaada pada pelajar. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangkreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat


mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaranjuga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanandankebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaianpositif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga bebas daripadasebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajarankreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbangdantakut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkansekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif jugamenjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembanganmanusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorongperubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaranyang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multipleintelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaranyang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individuyangberbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapanmereka. Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkanoleh kesan positif pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaianmurid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilanyangtinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikanguru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat pentingkepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah. d. Kurikulum Pencetusan kreativiti dan inovasi dalampelaksanaankurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuanpendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yangperlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakandi sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga


mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar. Ini memerlukangurumenggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yangsesuai dan berkesan dengan keperluan pelajar dan keadaan sertakekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasikan pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga harus komited dan dedikasi menjadikan pengajaranyangdisampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baru dan kaedahpembelajaran kreatif perlu dikembangkan di kalangan pelajar supayapelajar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajarandi sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dubentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulumsekolah. e. Pengurusan organisasi pembelajaran Pengurusan organisasi pembelajaran hendaklah berkualiti dan mengikut kehendak negara. Ianya mampu membimbing pelajar menjadi ahli masyarakat yangkreatif dan inovatif dan juga menghasilkan pelajar yang berkeupayaan menentukan halatuju masa depannya sendiri. KEPIMPINAN Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan danpengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinansekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawaperubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalamseluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah. Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawaperubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlumempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpinperubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif daninovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolahperlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolahsebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah bolehdilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalammenghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalampelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembanganorganisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yangbersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh,


pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan oranglain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalammencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutamadi sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorongdalammeningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalamorganisasinya. BUDAYA Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaranbelajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripadaguru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional. Sekolah yangkreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budayaserta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolahtempat belajar yang harmoni, menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi berlaku. Perasaandanpemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklimsekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif bolehmengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini. Penonjolan budaya kreatif dan inovatif boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti aktiviti kreatif sekolah dalamsains dan teknologi, persembahan budaya, sukan, ko-kurikulum, dan melahirkan tokoh- tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Imej organisasi sekolah kreatif tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata- mata,sebaliknya menonjolkan imej cemerlang dalampelbagai bidanglain seperti muzik, pancaragam, sukan dan budaya. Budayasekolahyang baik mampu menyemai nilai, norma positif, menghormati oranglain, memberi dorongan dan mengadakan persaingan yangsihat danmembina di dalam organisasi. TEKNOLOGI Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistempengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikanorganisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdayasaingdan menjadi lebih produktif. Penggunaan teknologi maklumat danICTmenjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepadainovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnyasekolah.


Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali menimbulkanmasalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dankewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistempersekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaankemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutamaantara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolahbandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini. Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalamorganisasi khasnya dalam dunia pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat dalamduniapendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akanketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani dan membantu inovasi sesebuahorganisasi. Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakanpenyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranansebagai to manage, innovate and implement change. Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadunituakan melalui beberapa fasa perubahan, asimilasi, dan diversifakasi. Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahandiadili oleh kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepadapersekitaran yang berubah, dan dalam masa yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000) pulamenyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukanperubahan bagi membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadapperubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan danyangpasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukanperubahan juga di anggap sebagai menempuh ketidakpastiansertaakan mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko. Menurut AlvinToffler (1991), dunia menghadapi perubahan mendadak padadekadini di mana generasi kita berada dalam third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat mengganti sumber tradisi iaitu tanah, modal dan buruh. Peralihan dari relovusi pertanianke revolusi industri memakan masa selama 300 tahun. Ahli Sains cybernetic berpendapat inovasi ialah proses semula jadi di manasesuatu organisasi itu perlu mekanisma tertentu untuk menangani inovasi yang di akibatkan oleh faktor-faktor luaran dan dalamanyangdi bawa oleh proses maklumbalas dan tindakbalas melalui sistemkomunikasi dan maklumat antara manusia dan sistem.


Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa inovasi dalamorganisasi pendidikan. Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telahmembekalkan peralatan pendidikan berasaskan terknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pihak kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untukdisiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TVPendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolahdi kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit. Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakanbeberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalankomputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Pada tahun 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar telah dibekalkan dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satuset komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah. Pada tahun 1994 pula, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran PembelajaranBerbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisiankursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). Pada tahun 1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendahkomputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan. Antara tahun 1999hingga 2000, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buahsekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanyak 10set komputer bagi setiap buah sekolah. Pada tahun 2000, Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Rendahdan Menengah (Projek Pengkomputeran) diperkenalkan di 2,418 buahsekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat dengan mendahulukan sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 dan mempunyai bekalan elektrik. Makmal komputer dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan internet. Sekolah-sekolah ini dibekalkan perkakasan komputer mengikut kriteriayang ditetapkan seperti berikut: • Enrolmen kurang 400 orangmendapat 10 komputer, 1 makmal komputer dan 1 server • Enrolmen400 – 800 orang mendapat 20 komputer, 1 makmal komputer, 1 server dan 1 projektor LCD • Enrolmen melebihi 800 orang mendapat 40komputer, 2 makmal komputer, 2 server, dan 1 projektor LCDSehinggaakhir tahun 2000, sebanyak 18 buah sekolah (12 buah sekolah rendahdan 6 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan teknologi


peralatan ICT. Projek-projek ICT dalam pendidikan yang telah dilaksanakan adalah pemangkin kepada usaha ke arah e- pembelajaran. Selain menambah sumber tenaga manusia terlatih, projek-projekini juga dapat meningkatkan penggunaan dan pengintegrasianteknologi ICT dalam P&P. Projek Rintis Sekolah Bestari telah dimulakanpada tahun 1999 dengan mencadangkan penyediaan persekitaranICT yang dinamik, fleksibel, dan terkini bagi lima buah sekolah rendahdan 85 buah sekolah menengah. Sehingga tahun 2000, sebanyak 87buah sekolah (4 buah sekolah rendah dan 83 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan kemudahan ICT. Penyelesaian BersepaduSekolah Bestari dalam projek rintis ini melibatkan komponen bahanP&P elektronik, pengkomputeran Sistem Pengurusan Sekolah Bestari, penggunaan perkakasan ICT, rangkaian setempat, dan WideAreaNetwork (WAN). Dari segi penggunaan ICT sebagai pengupayapedagogi dan pengurusan sekolah, tiga aras teknologi diperkenalkandalam projek rintis, iaitu aras A (model bilik darjah), B+ (model bilik darjah terhad) dan B (model makmal komputer). Pembekalan komputer bukan sahaja melibatkan pihak sekolahsahaja tetapi kepada pihak-pihak lain dalam organisasi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan komputer kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tujuanmeningkatkan pengurusan pendidikan. Mulai tahun 2001, KPMakanmembekalkan komputer dengan nisbah 1 : 1 kepada kumpulanpengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan. Padaperingkat sekolah pula, nisbah komputer berbanding pentadbir ialah 2 : 1 dansebanyak enam unit komputer akan disediakan untuk kegunaanpengurusan dan pentadbiran sekolah. Pembangunan infrastruktur komputer di universiti-universiti awam juga akan dipertingkatkan. Dewan kuliah dan bilik seminar akan dilengkapi dengan kemudahankomputer dan adalah menjadi hasrat kerajaan supaya setiappensyarah dibekalkan dengan sebuah komputer. Rangkaian komputer juga akan menghubungkan bangunan pentadbiran dengan bilik-bilik syarahan, makmal, dan bilik pensyarah. Rangkaiankampus ini menggunakan bandwidth 155 Mbps, kadar hubungankedesktop 10 Mbps, dan kadar hubungan kepada internet 2 Mbps. Kemudahan ini dijangka dapat dipertingkatkan mengikut keperluanpenggunaan. Konsep Smart School juga telah menjadi panduankepada pelaksanaan P&P bestari. Tumpuan diberikan kepadaaplikasi ilmu dalam kehidupan sebenar, merekacipta dan berinovasi, sertaberinteraksi dengan pihak luar. P&P dalam bilik darjah perlu menterjemahkan konsep meaningful and thoughtful learningdan4Siaitu self-paced, self-taught, self-access dan self-directed. Bahagian sumber maklumat juga telah membina dan membuat pembaharuan dari segi aplikasi komputer untuk beberapa Jabatanatau Bahagian seperti Sistem Pengurusan Kewangan, SistemMaklumat


Staf, Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta, SistemMaklumat Biasiswa dan beberapa sistem pemilihan calon masuk ke institusi pendidikan tinggi tempatan. Bahagian sumber maklumat jugamenyediakan kemudahan rangkaian KPMnet yang menghubungkanJabatan/Bahagian dengan institusi pendidikan. Melalui kemudahanini, personel KPM diberikan kemudahan e-mel dan internet. LamanwebKPM iaitu EducationNet telah dibina dan mengandungi maklumat aktiviti semasa serta maklumat tentang status permohonan keSekolahBerasrama Penuh (SBP), maktab perguruan dan universiti awamsertastatus pinjaman PTPTN. PEMIKIRAN Pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan menanyasoalan-soalan terbuka yang dapat mencungkil daya pemikiranpelajar untuk mengemukakan idea-idea baru serta mencetuskan pemikiranbertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu penyusunansemula pengetahuan dan proses asimilasi iaitu menggabungkanpengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mengembangkanpemikiran divergent atau lateral, imaginatif di kalangan pelajar. Ahli psikologi telah mengkaji fenomena pemikiran kreatif dan inovatif dengan tujuan menerangkan hasil (produk) dan proses pemikiran. Tumpuan ialah kepada heuristik yang digunakan sebagai pemikiran. Pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengkaji proses pemikiran berbeza mengikut teori pemikiran yang diamalkan. Konseppemikiran tersebut ialah:- Pemikiran sebagai CUBA JAYA Menurut ahli psikologi behavioris pemikiran ialah satu usaha cubajaya, iaitu pertalian antara rangsangan dan respons. Teori pemikiran behavioris terdiri daripada tiga komponen, iaitu rangsangan (Ra: sesuatu situasi penyelesaian masalah, respons (Re : tingkah lakupenyelesaian masalah tertentu) dan kaitan antara rangsangantertentu dan respons tertentu. Organisma akan cuba sehinggaberjayamencapai pertalian itu. Pertalian itu diandaikan berlaku dalammindaorganisma dan dipamerkan dengan penyelesaian masalah berkenaan (Ra-Re). Menurut Thorndike (1911), latihan mengeratkanpertalian antara rangsangan dan respons, dan respons yangtidak membantu proses penyelesaian masalah, lama-kelamaan akankehilangan kesannya. Pertalian antara rangsangan dan respons akanbertambah kukuh sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkanselepas menyelesaikan sesuatu masalah. Apakah pula yang berlakuantara rangsangan dan respons? Hull (1943) meramalkan bahawarespons-respons kecil berlaku di antara Ra dan Re yang membawakepada penyelesaian masalah. Watson (1930) menyifatkan ini sebagai


bercakap dengan diri sendiri. Walau bagaimanapun ahli-ahli psikologi behavioris tidak begitu berminat menerangkan apa yang berlakudi antara rangsangan dan respons. Oleh sebab apa yang berlakudalamminda organisma tidak dapat dilihat secara empirikal, kajian mengenainya kurang diberi perhatian. Hanya tindakan yangdapat diperhatikan berlaku, seperti rangsangan dan respons diterimasebagai bukti. Pemikiran sebagai CELIK AKAL Menurut ahli psikologi Gestalt, pemikiran atau proses penyelesaianmasalah ialah pencarian kaitan antara satu aspek masalah denganaspek yang lain, dan akibatnya ialah kefahaman struktural. Iaitukebolehan memahami bagaimana semua bahagian-bahagianmasalah dapat disepadukan bagi memenuhi syarat-syarat matlamat. Ini memerlukan mengorganisasi semula elemen-elemen masalahkepada bentuk baru supaya masalah itu dapat diselesaikan. Dalameksperimen klasik yang dijalankan oleh Kohler (1925) seekor monyet yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Sebiji pisang tergantungdaripada bumbung sangkar tersebut dan terlalu tinggi untuk monyet itu mendapatkannya. Dalam sangkar itu juga terdapat beberapakotak yang berlainan saiz. Monyet itu cuba mendapatkannyapisangitu dengan melompat-lompat beberapa kali tetapi tidak berjaya. Iapun berhenti seketika dan memerhati sekeliling sangkar dan dengantiba-tiba mengheret kotak-kotak ke tengah sangkar di bawah pisang. Lalu monyet itu pun menyusun kotak-kotak itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan kemudian memanjat kotak-kotak tersebut danberjaya mendapatkan pisang. Menurut Kohler, apabila monyet itusecara tiba-tiba sedar tentang pertalian di antara kotak-kotak denganmendapatkan pisang, ia disifatkan celik akal (insight). Pemikiran sebagai MENCARI MAKNA Menurut Ausubel (1968), struktur kognitif atau skemata ialah pengetahuan sedia ada manusia dan terdiri daripada fakta, konsepdan generalisasi yang pernah dipelajari atau didedahkan. Pembelajaran bermakna atau meaningful learning berlaku apabilamaklumat baru dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif individuberkenaan melalui proses subsumpsi. Pendek kata, subsumpsi berlakuapabila individu dapat memberi makna kepada maklumat baruberdasarkan pengetahuan sedia ada. Namun demikian, pemikiranditafsirkan sebagai proses mencari skemata atau pengalaman laluyang sesuai untuk dikaitkan dengan pengalaman atau maklumat baru. Pemikiran sebagai PEMBENTUKAN KONSEP Pengujian hipotesis atau pemikiran induksi lazimnya dikaitkan dengan


pembentukan konsep dan penaakulan analogikal. Pembentukankonsep dikaitkan dengan usaha-usaha Bruner, Goodnow&Austin(1956) yang menyarankan kepentingan pengkonsepan. Pembentukankonsep atau kategori memudahkan individu memahami persekitarannya serta mengurangkan tekanan kognitif. Kategori konsep mewakili beberapa objek atau peristiwa yang mempunyai ciri- ciri serupa atau hampir sama serta ciri-ciri tertentu yang membezakanobjek itu dengan objek yang lain. Individu yang diberikan masalahmengumpulkan maklumat mengikut kategori tertentu dikatakanakanmengemukakan hipotesis dan peraturan. Contohnya, objek-objek seperti meja, kerusi, katil dan almari akan dilonggokkan di bawahkategori perabot. Dia akan meneruskan proses melonggokkan mengikut hipotesis ini sehingga ia tidak boleh dipakai lagi. Pemikiran sebagai PEMBINAAN MAKLUMAT Ahli-ahli psikologi seperti Sigel (1984) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses aktif yang melibatkan beberapa operasi mental utamaseperti induksi, deduksi, penaakulan, urutan dan klasifikasi. Operasi ini bertindak secara berasingan atau bergabung apabila menyelesaikanmasalah atau membuat keputusan. Pelajar sentiasa aktif memerhati dan membina pengetahuan dengan membuat hubung kaitanantaraobjek, peristiwa atau orang di persekitarannya. Kanak-kanak denganspontan boleh asimilasi pengetahuan daripada pengalaman danmenyusunnya melalui beberapa operasi mental. Walau bagaimanapun aspek-aspek pengalaman dan cara pengalamanitudisusun adalah terhad dan tertakluk kepada tahap perkembangankanak-kanak itu. Dalam proses pembelajaran yang memberi pelajar peluang bercakap, memberi pendapat dan membuat keputusan, akan menambahkan kualiti pemikiran pelajar di sekolah. Kanak-kanakyang berinteraksi dengan orang dewasa dan menerima layananyangpositif akan muncul sebagai pemikir yang lebih berkesan. Pemikiran sebagai PENAAKULAN DEDUKTIF Penaakulan deduktif ialah membuat kesimpulan berdasarkan premis, pernyataan atau maklumat tertentu yang diperoleh daripadaberbagai-bagai sumber. Individu hanya perlu menyusun idea-ideatersebut ke arah mendapat satu jawapan yang betul sahaja. Semuabutir maklumat yang diperlukan untuk menjawab pertanyaan Siapakah yang paling tinggi? Telah diberikan. Individu hanyadikehendaki menyusun dan mengaturnya mengikut cara berkesan. Sekiranya maklumat yang diberikan salah, maka jawapannyapunmungkin salah. Penaakulan induktif juga disebut sebagai pemikiranbertumpu atau konvergen. Pemikiran sebagai PENAAKULAN INDUKTIF


Penaakulan induktif yang disebut sebagai pemikiran bercapahtidakditujukan ke arah mendapatkan satu jawapan betul. Sebaliknya, terdapat lebih daripada satu jawapan yang mungkin betul (Phillips, 1994). Individu yang menaakul secara induktif cuba mengemukakanpelbagai jawapan, idea, kesimpulan dan alternatif yang bolehditerima sebagai betul. Lazimnya, dalam penaakulan induktif individutidak dapat menyatakan dengan yakin iaitu daripada banyak jawapan yang dicadangkan, satu jawapan adalah betul. Mengapa?Ini adalah kerana jarang sekali seseorang itu akan dapat meneliti segala kemungkinan. Kemungkinan lain boleh timbul yang memaksaindividu mengubahsuai pemilihan awalnya. Contohnya, jika kitarumuskan bahawa semua kucing mempunyai ekor dan tiba-tibakitabertembung dengan kucing yang tidak mempunyai ekor, kitaterpaksamengkaji semula rumusan yang dibuat tentang kucing. Pemikiransebagai PENYELESAIAN MASALAH Menurut Simon (1962), semua aktiviti kognitif atau pemikiran padaasasnya ialah penyelesaian masalah. Dalam kehidupan harianseseorang, penyelesaian masalah ialah aktiviti yang kerap dilakukan, sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat permainan danrekreasi atau semasa pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tigaciri utama penyelesaian masalah, iaitu, keadaan matlamat, keadaanawal, dan pelaksana. Biasanya penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang masalah yang terdiri daripada beberapa masalahyang memerlukan penyelesaian. Keadaan awal ialah kesedarantentang masalah dan pemilihan tindakan untuk menukar keadaanawal dalam ruang masalah. Apabila sesuatu tindakan di ambil, makaindividu itu adalah pada tahap keadaan pertengahan, iaitu diatelahmenukar keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya dia dikatakan telah sampai pada keadaan matlamat atau penyelesaian masalah. STRATEGI PEMBELAJARAN Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangkaberlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahirandanmencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkanpelajar untuk berkomunikasi. Strategi pembelajaran yang berkesandapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendamdan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh- contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulandan sebagainya.


KOMUNIKASI TERBUKA Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuanorganisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantuperkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukansahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawahkeatas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yangpantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran. PENYELESAIAN MASALAH Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama adadi tempat kerja, rumah ataupun di sekolah. Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan Saya tidak tahutanpa mencuba. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawapelbagai manfaat kepada pemantapan pemikiran kreatif daninovatif pelajar (Fisher, 1992). Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanyamenambah penguasaan pengetahuan, memperkukuhkan kemahirandan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepadagurumemerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi danbelajar. Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatuprinsip atau butir maklumat ialah dengan memberinya masalahuntukdiselesaikan. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluangkepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatuprinsip, kaedah atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan. Masalah-masalah yang dihadapi oleh individu atau pelajar adayangberstruktur dan apa pula yang tidak berstruktur. Contoh masalah- masalah berstruktur seperti masalah matematik dan fizik. Bagi masalah-masalah ini, segala maklumat yang diperlukantelahdisediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akantetapi dalam kehidupan seharian pelajar menghadapi pelbagai masalah sosial, etika, moral dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh diselesaikan mengikut langkah-langkahyang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses penyelesaian masalahmengikut urutan langkah-langkah tertentu. Berdasarkan cadanganNewell dan Simon (1972) langkah-langkah penyelesaian masalahadalah mengikut urutan seperti di bawah. 1. Mengenal pasti masalah 2. Mendefinisikan masalah


3. Mencari penyelesaian 4. Bertindak 5. Menilai kejayaan tindakan Jadi aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah samaada dalam pengajaran dan pembelajaran serta programlain di sekolah mampu membentuk daya kreativiti dan inovasi pelajar danjuga guru. KESIMPULAN Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahanorganisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif daninovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusanorganisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka. Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaiandengan keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juganegara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai dayakreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu yangbersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnyasupayabakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja. Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasamengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Mereka perlu menanya beberapapersoalandengan diri mereka. Di antara persoalan-persoalan tersebut ialah:- • Bagaimana perasaan beliau dengan kualiti dan kuantiti atauaktiviti dalam perkembangan organisasi pembelajaran? • Bagaimana beliau membina dan mengukuhkan faktor yangtelahmemberi sumbangan kepada kejayaan lepas? • Bagaimana beliau mengalih atau mengelakkan penghalangyangmengganggu aktiviti? • Bagaimana beliau menetapkan matlamat untuk dan mengukur kesesuaian perkembangan aktiviti dalam pembelajaran baru? • Bahagian mana yang paling perlu beliau pertingkatkan perkembangan proses hasil pembelajaran baru? Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja


wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat denganpenyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikirandanbudaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnyaorganisasi pendidikan. Author: SifooSidee Filed under: Education, Motivation, Student guide


Click to View FlipBook Version