The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JIHAD MUSLIMAT PALESTIN DALAM DUNIA ISLAM KINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ct Alia, 2023-02-03 21:48:22

FARAH AZLINE

JIHAD MUSLIMAT PALESTIN DALAM DUNIA ISLAM KINI

Palestine THE WORLD DALAM DUNIA ISLAM KINI JIHAD MUSLIMAT PALESTIN 019---7007 [email protected] Lurah Bilut, Bentong Farah Azline bt Zaharudin


BAHAGIAN 2 : KEPIMPINAN DAN PENGLIBATAN Muslimat Haraki Sayap Kiri Perjuangan Islam Ahli Gerakan Islam Aktif Berpolitik PENAFIAN, PENGAKUAN I Bidang Keilmuan Peranan Muslimat Profesional PRAKATA II BIODATA PENULIS PENGHARGAAN III IV-V BAHAGIAN 1 : KETOKOHAN MUSLIMAT 1 2 7 10 POLITIK BAHAGIAN 3 : DAKWAH Pendakwah Muslimat Sebagai Penggerak Ummah 14 BAHAGIAN 4 : PERANAN IBU/ SURI RUMAH Ibu Sebagai Madrasah Pertama Membina Generasi Rabbani 17 23 BAHAGIAN 5 : AKTIVIS MISI KEMANUSIAAN Aktif Dalam NGO Sebagai Suara Hak Asasi Manusia 25 KESIMPULAN DAN PENUTUP 30 RUJUKAN 32 K A N D U N G A N


Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa saja tanpa izin penulis. Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung adalah sesuai untuk pembaca namun semua isi kandungan adalah melalui pengalaman serta kepakaran penulis sendiri. PENAFIAN “Dengan ini saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja sendiri dan ia adalah asli berpandukan daripada pengalaman dan kajian yang telah saya lakukan. Penulisan ini juga masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi. Saya dengan ini mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahanbahan yang telah saya jelaskan sumbernya”. PENGAKUAN i


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana e-book berjudul "JIHAD MUSLIMAT PALESTIN DALAM DUNIA ISLAM KINI" ini berjaya dihasilkan. E-book yang diusahakan oleh Puan Farah Azline Binti Zaharudin ini bakal menerjah tingkap minda muslimah dan mengkagumi roh-roh keimanan yang kental dalam menyahut seruan jihad di bumi Palestin. Penulis sedaya upaya mengetengahkan semangat dan roh keberanian para muslimah ini agar dapat menjadi contoh terbaik untuk sama-sama membantu kaum muslimin mempertahankan negara daripada diserang oleh pihak musuh. Semoga e-book ini dapat memberi sumber inspirasi kepada seluruh pembacakhususnya kaum wanita dan muslimin demi untuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh dalaman dan luaran. Jazakillah khairal jaza’ atas perkongsian yang telah dititipkan. Salam hormat dari saya. ii Prakata Puan Alwiah binti Kasdan Pensyarah Praktikus Cawangan APSA Pahang Zon Temerloh. Puan Alwiah binti Kasdan


Dilahirkan pada 22 Februari 1977 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kini menetap di Bentong, Pahang. Hasil perkongsian hidup bersama suaminya yang tercinta Encik Abdul Rahim bin Hosman, mereka telah dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak kepada pasangan Haji Zaharudin bin Jamaludin dan Hajah Rahani binti Aziz. Anak pertama daripada tiga orang adik beradik. Sekolah Kebangsaan Batu 8 Kuantan Pahang. SM Agama Al-Ihsan Kuantan Pahang. Madrasah Hafiz Klang Selangor. Institut Berakan Kuala Terengganu, Terengganu. Alumni Kolej Islam Pahang @ UNIPSAS. Penerima Ijazah Perubatan Islam Darussyifa’ P R O F I L P E N D I D I K A N Biodata Penulis iii F A R A H A Z L I N E B I N T I Z A H A R U D I N Guru di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam PASTI AlHuda, Taman Tas Kuantan Pahang (2003-2013). JK Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi, Dewan Muslimt PAS Bentong. Naqibah usrah JMC Lurah Bilut. P E N G A L A M A N K E R J A Y A Z I A R A H P A L E S T I N Pada tahun 2019 mengimbau sekelumit nostalgia perjalanan penulis di dalam kembara universiti kehidupan di bawah agensi ALCC Al-Amin Travel ke bumi Anbiya’ iaitu ke Masjid Al-Aqsa dan Kawasan sekitarnya di Palestin. Kepada yang merindui perjalanan ke bumi anbiya' ini, disajikan gambar-gambar pada catatan kenangan penulis.


DAKWAH KETOKOHAN MUSLIMAT Bidang Keilmuan Peranan Muslimat Profesional KEPIMPINAN & PENGLIBATAN POLITIK Muslimat Haraki Sayap Kiri Perjuangan Islam Ahli Gerakan Islam Aktif Berpolitik Pendakwah Muslimat Sebagai Penggerak Ummah PERANAN IBU@ SURI RUMAH Ibu Sebagai Madrasah Pertama Membina Generasi Rabbani AKTIVIS MISI KEMANUSIAAN Aktif Dalam NGO Sebagai Suara Hak Asasi Manusia


Segala puji bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan untuk kesejahteraan kepada manusia sejagat. Begitu juga salam dan sejahtera kepada para sahabat dan kaum kerabat keluarga Rasulullah SAW. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT e-Book berjudul “Jihad Muslimat Palestin Dalam Dunia Islam kini” dapat disempurnakan sebagai panduan dan rujukan umum semua pihak. e-Book ini menyajikan pelbagai input berkaitan perjuangan dan pengorbanan muslimat di bumi Palestin. Penulisan e-Book ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Akhir kata, ucapan jutaan terima kasih kepada adinda penulis Ustazah Siti Alia binti Zaharudin yang menyempurnakan konsep dan susun atur e-Book ini. Seterusnya setinggi penghargaan juga kepada para pensyarah yang telah mendidik diri ini dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Jazakumullah khair. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah SWT. Penghargaan iv


Bonda dan ayahanda tercinta, Hajah Rahani binti Aziz dan Haji Zaharudin bin Hj Jamaludin yang banyak memberikan tunjuk ajar dan didikan yang sempurna kepada anak-anaknya. Ayahanda dan bonda mertua Allahyarham Hosman Bin Mat Ali dan Puan Sarahmah Veerankutty yang sentiasa memberikan dorongan dan katakata semangat dengan penuh kasih sayang. Suami tercinta, Abdul Rahim bin Hosman dan anakanda tersayang Raudhatul Aqilah yang banyak membantu, berkorban serta bersabar sepanjang penulis menyiapkan e-Book ini. Seterusnya kepada anakanda-anakanda tersayang Muhammad Ali Akram, Raudhatul Azizah Raihanah, Raudhatul Alya Farhana, Raudhatul Aafina Al-Bazilah, Muhammad Fath Al-Abideen, Muhammad Thoriq El-Waleed, Muhammad Uwais Al-Mahdi dan Raudhatul Jannah Al-Adni yang sangat memahami kesibukan ibunya. Ahli keluarga tersayang, adinda Siti Alia Zaharudin dan Hanisah Zaharudin. Adinda ipar Hasnah Hosman, Khairunnisa Hosman, Zahidah Hosman, Jannah Hosman dan Hafizuddin Hosman, saudara mara serta rakanrakan yang sentiasa memberi sokongan, bantuan dan titipan doa untuk kebahagian kita semua di dunia dan akhirat. Dedikasi istimewa buat… v


KETOKOHAN MUSLIMAT BAHAGIAN 1


Allah SWT mewajibkan hamba-hambaNya untuk menuntut ilmu sama ada lelaki mahupun perempuan. Ilmu adalah kunci kejayaan untuk mencapai keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Kita adalah digalakkan untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan hidayah yang menerangi kehidupan manusia dari kegelapan dan kejahilan. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 18: BIDANG KEILMUAN “Allah menerangkan kepada sekalian makhluknya dengan dalil dan bukti bahawa tiada Tuhan berhak disembah melainkan Dia, yang mentadbir seluruh alam dengan keadilan, demikian juga para malaikat serta orang-orang yang berilmu berikrar dan mengakui juga bahawa tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa lagi Bijaksana”. Imam As-Syafie Rahimatullah Taala mengenai perkara menuntut ilmu ini telah berkata dalam wasiatnya: Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Agama Islam amat menggalakkan dan menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibubapa bertanggungjawab menjaga amanah Allah SWT ini dengan sebaik-baiknya dengan memberikan anak-anak mereka pendidikan yang sempurna dan seimbang iaitu duniawi dan ukhrawi bagi membentuk jati diri yang menetap dan muslim yang sejati dan sebenar. Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu sangat berharga dan ilmu itu tidak akan diperolehi jika tidak dicari dan dipelajari. Oleh itu semua orang perlu berusaha mencari dan menuntut ilmu sebanyak mungkin dan terus meningkatkannya dari semasa ke semasa. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita tergolong daripada kalangan orang-orang sentiasa ditambahkan ilmu pengetahuan, mempunyai fahaman para nabi, ilmu hafazan para rasul, mempunyai ilham para malaikat dan memperolehi keafiatan daripada Allah SWT dan seterusnya akan mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin. 1


“Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan dan orang yang taat lelaki serta perempuan, dan orang lelaki serta orang perempuan yuang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar ”. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mencontohi cara Rasulullah SAW dalam menyantuni dan mengangkat martabat wanita. Oleh itu, sayangi dan lindungilah kaum wanita. Angkatlah martabat mereka sebagaimana yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Islam adalah agama Allah yang mengiktiraf posisi wanita dengan mengangkat martabat kaum muslimat secara istimewanya di dalam al-Quran, yang mana wanita digandingkan dengan kaum lelaki dalam gerakan amar makruf, nahi mungkar bahkan membina masyarakat dan negara. Ini sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 35 yang berbunyi: PERANAN MUSLIMAT PROFESIONAL 2


Ketokohan Dr Naelah Hashim Sabri, 74, atau Syeikhah Naelah mungkin kurang dikenali dalam kalangan umat Islam Malaysia, namun sumbangan beliau akan kekal terpahat selaku wanita Islam pertama mengarang kitab tafsir al-Quran lengkap iaitu ‘Al-Mubashir Li Nur Al-Quran’ yang mengandungi 11 jilid. Penghasilan kitab mengambil masa 22 tahun. Rujukan utama beliau ialah Tafsir Tabari, Tafsir Qurtubi, Tafsir Ruh al-Ma’ani oleh Imam al-Alusi serta beberapa kitab utama tafsir. Selain berdakwah, Syeikhah Naelah turut aktif dalam aktiviti sukarelawan. 3 Pada kaca mata Dr Naelah Hashim Sabri atau Syeikhah Naelah, penghasilan kitab tafsir lengkap ‘Al-Mubashir Li Nur AlQuran’ menjadi jihad untuk menegakkan Islam. Mengambil kira penjajahan Israel ke atas tanah bumi kelahirannya iaitu Palestin dan Baitulmaqdis, katanya kajian beliau mendapati tanah umat Islam ke tangan Zionis disebabkan jauhnya umat Islam dengan al-Quran. “Hal ini menggerakkan saya untuk memulakan kajian tafsir, sehingga berjumpa ayat al-Quran yang menyuruh wanita beriman melabuhkan tudung mereka". “Saya terfikir kejatuhan umat Islam bermula daripada mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna sehingga mendorong saya untuk mula membaca ratusan kitab tafsir sebelum ini,” Syeikhah Naelah berkunjung ke negara ini bersama suami beliau yang juga Imam Besar Masjid al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri dalam rangka memaklumkan situasi terkini Palestin khususnya di Masjid al-Aqsa. Mengenai penulisan kitab tafsir ‘Al-Mubashir Li Nur Al-Quran’ itu, beliau berkata, ia ditulis dengan gaya bahasa moden dan penulisan kontemporari, dengan harapan dapat dibaca dalam kalangan orang awam, terutama belia yang diharap mampu menjadi pembela agama pada masa depan. “Sepanjang menyiapkan kitab ini, apa yang menyukarkan saya ialah memahami beberapa potongan ayat yang kadang kala mengambil masa berhari-hari, bahkan berminggu untuk fahami dengan tepat kehendak dan maksud sebenar."


RUJUK KITAB FAHAMI MAKSUD “Antara rujukan utama ketika memahami ayat yang sukar ialah Tafsir Tabari, Tafsir Qurtubi, Tafsir Ruh al-Ma’ani oleh Imam al-Alusi dan beberapa kitab utama tafsir yang lain. “Ia ditambah pula dengan kesedaran agama yang agak nipis dalam umat Islam sehingga ada yang mengejek dan tidak menyokong usaha ini, tetapi apabila ia berjaya diterbitkan ramai yang mula membuka mata,” katanya lagi. Mengulas pembabitan awalnya dalam dunia dakwah, Syeikhah Naelah berkata, ia bermula kira-kira 20 tahun lalu apabila mula menulis dan kemudian mengajar tafsir di Masjid al-Aqsa. “Ketika mengajar di Masjid al-Aqsa, saya sudah menyelesaikan 15 juzuk kitab tafsir ini dan meneruskan dakwah dengan mengajar dalam bidang sama, sehinggalah digelar pendakwah wanita. “Tidak dinafikan, kami pendakwah wanita menghadapi banyak tekanan daripada penjajah Israel. Pernah satu ketika apabila saya hadir ke Masjid alAqsa untuk mengajar kelas tafsir, tentera Israel bersikap kasar dan menghalang kami daripada memasukinya. Bahkan ada wanita dihalang masuk selama beberapa bulan,” katanya. Syeikhah Naelah berkata, selain dakwah, beliau turut aktif sebagai aktivis wanita Islam di Baitulmaqdis selama lebih 30 tahun dengan menerajui pimpinan Badan Kebajikan Wanita Islam Baitulmaqdis. “Badan ini tidak mampu bertahan dan terpaksa ditutup kerana kekangan kewangan termasuk membayar elaun pekerja, selain ketiadaan peruntukan untuk menjaga kebajikan dan hak wanita Islam. Tambahan pula ia badan kebajikan Islam, jadi ia sesuatu yang amat sensitif kepada Israel kerana mereka memusuhi Islam. Hal ini menyukarkan kami memperoleh bantuan kewangan dan terpaksa dihentikan,” katanya. 4


“Ia ditambah pula dengan kesedaran agama yang agak nipis dalam umat Islam sehingga ada yang mengejek dan tidak menyokong usaha ini, tetapi apabila ia berjaya diterbitkan ramai yang mula membuka mata,” katanya lagi. Mengulas pembabitan awalnya dalam dunia dakwah, Syeikhah Naelah berkata, ia bermula kira-kira 20 tahun lalu apabila mula menulis dan kemudian mengajar tafsir di Masjid al-Aqsa. “Ketika mengajar di Masjid al-Aqsa, saya sudah menyelesaikan 15 juzuk kitab tafsir ini dan meneruskan dakwah dengan mengajar dalam bidang sama, sehinggalah digelar pendakwah wanita. “Tidak dinafikan, kami pendakwah wanita menghadapi banyak tekanan daripada penjajah Israel. Pernah satu ketika apabila saya hadir ke Masjid alAqsa untuk mengajar kelas tafsir, tentera Israel bersikap kasar dan menghalang kami daripada memasukinya. Bahkan ada wanita dihalang masuk selama beberapa bulan,” katanya. Syeikhah Naelah berkata, selain dakwah, beliau turut aktif sebagai aktivis wanita Islam di Baitulmaqdis selama lebih 30 tahun dengan menerajui pimpinan Badan Kebajikan Wanita Islam Baitulmaqdis. “Badan ini tidak mampu bertahan dan terpaksa ditutup kerana kekangan kewangan termasuk membayar elaun pekerja, selain ketiadaan peruntukan untuk menjaga kebajikan dan hak wanita Islam. “Tambahan pula ia badan kebajikan Islam, jadi ia sesuatu yang amat sensitif kepada Israel kerana mereka memusuhi Islam. Hal ini menyukarkan kami memperoleh bantuan kewangan dan terpaksa dihentikan,” katanya. TETAP AKTIF KERJA SUKARELAWAN Katanya, walaupun tanpa Badan Kebajikan Wanita Islam Baitulmaqdis, beliau masih aktif melakukan kerja sukarelawan termasuk memberikan motivasi kepada pendakwah wanita supaya tidak gentar terhadap ancaman Israel, dengan meneruskan penyampaian ilmu agama demi maslahah umat Islam. “Saya banyak bertemu golongan sukarelawan yang berkebolehan dalam dunia dakwah. Saya menggalakkan mereka supaya terjun dalam dunia dakwah ini". 5


“Ia masih boleh dilakukan dengan cara mengunjungi masjid ke masjid, mengajar bidang seperti tajwid dan tafsir. Namun, semuanya perlu dibuat secara sukarela kerana tiada elaun seperti pendakwah di negara lain,” katanya. Di akhir pertemuan, Syeikhah Naelah turut menitipkan pesanan kepada umat Islam di tanah air khususnya yang ingin membantu Muslimah yang berada di bumi bergolak, Palestin. “Setakat ini, bantuan luar amatlah diperlukan, antaranya kami ada menerima tudung yang dikirimkan kepada wanita di Palestin hasil sumbangan masyarakat Indonesia dan Turki. “Kami mengharapkan bantuan khas untuk wanita terutama hijab kerana ia amat diperlukan di sana,” katanya. Syeikhah Naelah berkata, beliau turut berharap pendakwah wanita dari Palestin diberikan peluang untuk menyampaikan ilmu di seluruh dunia Islam, memandangkan pelbagai halangan dan kekangan diterima di bumi sendiri. Info: Dr Naelah Hashim Sabri Asal: Baitulmaqdis, Palestin Suami: Dr Ekrima Saed Sabri (Imam Besar Masjid al-Aqsa) Kerjaya: Penulis, sasterawan, pengarang buku, aktivis dakwah serta kemanusiaan Karya: Kitab tafsir ‘Al- Mubashir Li Nur Al-Quran’ (11 jilid), Ensiklopedia Nama-nama Allah (6 jilid) Pencapaian: Wanita Islam pertama dunia mengarang kitab tafsir al-Quran secara lengkap. 6


KEPIMPINAN PENGLIBATAN POLITIK BAHAGIAN 2 dan


Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 15: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya). Setiap muslimat pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka adalah sayap kiri perjuangan. Muslimat mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam. Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimat. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid. MUSLIMAT HARAKI SAYAP KIRI PERJUANGAN ISLAM 7


Khadijah binti Khuwailid R.A salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang motivasi kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Quraisy Makkah ketika itu. Dalam melaksanakan urusan rumah tangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dapat dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumah tangga yang aman damai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah. Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik pada zaman perjuangan dakwah fasa awal baginda Rasulullah SAW dan menjadi inspirasi muslimah akhir zaman ini. Khadijah R.A juga seorang isteri yang lemah lembut dan penuh kasih sayang. Sebagai seorang isteri ideal yang selalu menghiburkan, prihatin dan menenangkan Nabi Muhammad SAW serta menolong beliau, baik sebelum mahupun sesudah diutus menjadi Rasul. Di ketika Rasulullah SAW didatangi oleh Malaikat Jibril di Gua Hira’ menurunkan wahyu pertama kepada Baginda, ‘bacalah’ sebanyak 3 kali dan dijawab dengan jawapan yang sama oleh Nabi pada setiap arahan Jibril, ‘saya tidak boleh membaca’. Jibril memeluk Baginda erat-erat, lalu melepaskannya dan membacakan surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Setelah itu Nabi SAW pun segera pulang ke rumah dengan hati yang takut dan badan gementar menemui kekasih hatinya Khadijah. Sesampainya di rumah, berkatalah beliau ‘selimuti aku’ berulang-ulang kali kata-kata itu diucapkannya, sehingga beliau diselimuti oleh isterinya. Baginda diam beberapa saat, dan setelah rasa takutnya hilang diceritakannya kepada Khadijah peristiwa yang telah terjadi ke atas dirinya di Gua Hira’. ‘Sungguh aku khuatir’ katanya. 8


Isteri pengasih ini menenangkan hati Nabi S.A.W dengan mengatakan: “Tidak usah Engkau khuatir, sekali-kali tidak usah Kau khuatir. Demi Tuhan, Dia tidak akan menghinakanmu selama-lamanya sebab engkau adalah orang yang selalu memelihara silaturrahmi, membantu orang yang tidak punya apaapa (orang susah), menghormati dan menjamu tetamu dan menolong orang yang menderita dalam membela kebenaran.” Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Saidatina Khadijah terhadap Rasulullah SAW tidak boleh dipertikaikan lagi. Iaitu merupakan satu teladan terindah untuk muslimat akhir zaman mengenai bagaimana peranan yang harus dimainkan oleh para isteri bagi menyokong dan mendukung dakwah suami demi menegakkan kebenaran. Peranan yang dimaksudkan itu adalah sebagai menyumbang kepada kejayaan suami di satu pihak dan pembakar semangat suami di satu pihak lain untuk terus istiqamah dalam dakwah dan perjuangan. Begitulah Khadijah isteri Rasulullah, yang sentiasa bertakhta di hati Baginda SAW. Khadijah merupakan guru, teladan dan contoh bagi setiap isteri terutama untuk muslimat dalam membina rumah tangga haraki dalam perjuangan. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah SAW adalah seorang wanita iaitu Sumaiyah dari keluarga Yasir. Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah SWT, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun. Insan-insan sebeginilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk muslimat. Peranan muslimat adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anakanak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan. 9


Membicarakan perihal politik di Palestin, umum maklum dengan nama Hamas. Hamas adalah merupakan salah satu cabang Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 1987 di Gaza yang juga merupakan ibu negara bagi Palestin. Sejak puluhan tahun sebelum ditubuhkan Hamas, pejuang Islam telah bergerak dalam usrah-usrah Ikhwan di Gaza terutama anak-anak muda yang berpendidikan tinggi dan menyintai Islam yang berdaulat. Alhamdulillah, dengan izin Allah maka tertubuhnya Hamas sebagai sebuah gerakan Islam yang secara aktif, ia telah banyak melahirkan individu pejuang yang sanggup berkorban demi kecintaan kepada Islam khususnya bagi menghadapi ancaman Zionis. Mereka bukan sahaja bangkit menentang penindasan terhadap mereka tetapi berjuang untuk membebaskan kiblat pertama umat Islam dan mengambil kembali Masjidil Aqsa. Hamas merupakan sebuah pergerakan Islam kontemporari yang mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding dengan gerakan lain. Mereka ini menguasai masyarakat dengan kerja kebajikan dan dakwah, pergerakan mereka juga sarat dengan intelektual Islam dan mempunyai jaringan di seluruh dunia terutamanya melalui parti-parti Islam. Mereka juga merekrut anggota jihad yang terlatih yang dikenali sebagai Brigged al Qassam. Hamas sentiasa berada di hati umat Islam sehingga diberikan kepercayaan dalam pilihanraya oleh rakyat Palestin untuk memimpin mereka. Pejuang-pejuang Hamas bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Adam semata-mata, akan tetapi juga ia melibatkan kaum Hawa termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi, antara mereka ialah Dr Maryam Soleh salah seorang pejuang muslimah yang cukup kental dan cekal pendiriannya bersama Hamas. AHLI GERAKAN ISLAM DAN AKTIF BERPOLITIK 10


Dr. Mariam dilahirkan pada 1953 di kem pelarian Dir Ammar, Palestin. Mendapat pendidikan awal dan menengah di kawasan penempatan pelarian, setelah itu melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Dakwah Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Malik Abdel Aziz di Makkah dengan mendapat keputusan cemerlang pada 1979, pada 1986 menyambung pengajian di peringkat Sarjana/M.A di Jabatan al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Ummul Qura juga di dalam bidang dan universiti yang sama dengan mendapat kepujian dan sokongan daripada kerajaan Arab Saudi. Setelah tamat pengajian, Dr. Mariam memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Syariah Islamiyyah di Universiti al-Quds Abu Dis di Palestin, pada masa yang sama dilantik menjadi pensyarah jemputan di Universiti Terbuka al-Quds. Dr. Mariam berkahwin dengan seorang jurutera pertanian dan perladangan, Nazmi al-Tarifi dan dikurniakan tujuh orang anak, lima daripada mereka adalah lelaki dan dua perempuan. Ketika menyambung pelajaran di peringkat Ph.D, beliau ditemani oleh suami serta anak-anak untuk menetap sementara di Arab Saudi bagi memudahkan urusan menghabiskan penulisan tesis. Meninggalkan kerjaya sebagai seorang pensyarah pada Januari 2006, apabila Hamas menang besar dalam pilihan raya negara, Dr. Mariam yang merupakan calon Hamas menang dalam pilihan raya bagi kawasan Ramallah. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin hingga sekarang sebagai kerajaan yang sah yang dipilih rakyat. 11 D R . M A R I A M S A L E H M e n t e r i H a l E h w a l W a n i t a P a l e s t i n MENGENALI DR MARIAM SALEH


Setelah memegang jawatan Menteri Wanita dan juga Exco kerajaan Hamas, Dr. Mariam lebih menumpukan perhatian kepada penambahbaikan khususnya terhadap golongan muslimah bagi memacu satu program integriti melibatkan golongan berkenaan untuk memajukan kerajaan dalam segenap agenda yang dirancang. Beliau memberikan sepenuh fokus kepada program yang boleh mendatangkan keuntungan kepada keutuhan ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis ekonomi global. Bagi Dr. Mariam, golongan muslimat terlebih dahulu perlu menjalani program pembinaan jati diri berasaskan motivasi yang dirancang khas oleh kementeriannya bagi memastikan agar mereka mendapat sedikit sebanyak informasi berguna bagi menghadapi dunia yang serba terdedah kepada bahaya penyelewengan yang tidak mengecualikan wanitawanita Islam seluruh dunia, apatah lagi warga Palestin yang menjadi sasaran musuh luaran dan dalaman (Fatah). Dalam satu wawancara dengan wakil media asing, Dr. Mariam ditanya mengenai penglibatannya sebagai ahli politik dengan mempunyai ramai anak, adakah ia tidak merencatkan kestabilan politik yang beliau ceburi sekarang ini, tanpa ragu dan teragak-agak, Dr. Mariam dengan penuh yakin menyatakan, bahawa semua aspek berkenaan tidak sedikit pun mengganggu kariernya dalam politik Palestin, kerana yang paling penting ialah pegangan agama yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 12 BAGAIMANA PANDANGAN DAN HARAPAN DR. MARIAM SELAKU MENTERI WANITA.


Itulah soalan yang ditujukan oleh media asing kepadanya bagi menyelami pandangannya sebagai Menteri wanita yang begitu optimis untuk menyelamatkan bangsanya daripada tertindas dalam segenap aspek kehidupan oleh kerana hilang jati diri dan rasa terlalau rendah diri kepada pihak musuh. Dr. Mariam dengan penuh semangat jihad dan memiliki kefahaman mendalam mengenai Islam berdasarkan elemen Sirah Nabi Muhammad SAW dan Siyasah Syar’iyyah, menegaskan bahawa selagi Islam memerintah, umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya akan berada di bawah naungan keamanan dan keselamatan maksimum, kerana Allah SWT adalah Yang Maha Pengampun seperti yang ditegaskanNya di dalam alQuran. 13 Beliau selanjutnya menegaskan, bahawa beliau mempunyai pengalaman satu ketika dahulu, bagaimana kemampuannya membahagi masa antara pengajian peringkat Ph.D serta pendidikan anak-anak, ia bergantung sejauhmana masa itu dibahagikan dengan saksama yang membuahkan hasil hingga penghujung pengajian, malah beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Pengalaman berharga itulah yang menguatkan tekad dirinya untuk terjun dalam arena politik secara praktikal bagi memajukan golongan muslimat di Palestin khususnya untuk mencapai cita-cita seperti wanita-wanita lain di dunia. BENARKAH WANITA ARAB TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERKARIER? Sesungguhnya ketokohan Dr. Mariam di persada politik ini merupakan sebuah contoh bagaimana, kehebatan muslimat Palestin yang tidak mengalah kepada keadaan. Beliau sentiasa memanfaatkan ruang masa dengan kerja yang berfaedah sehingga membuktikan kejayaan dalam bidang akademik dan menjadi seorang Menteri Kabinet. Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat serta disayangi oleh muslimat Palestin. Beliau merupakan satu-satunya exco muslimah dalam kerajaan Hamas pada zamannya.


DAKWAH BAHAGIAN 3


Golongan muslimat merupakan sayap kiri yang menguatkan perjuangan Islam semenjak dari zaman Nabi SAW. Kecekapan, kebijaksanaan dan pengorbanan mereka setanding dengan kaum muslimin dalam menjaga dan memenangkan agama Allah SWT, bukan sahaja mengurus sebuah rumah tangga malah ada yang bermandikan darah di medan pertempuran. Ummul Mukminin, Aishah pula dengan hebat keupayaan akal yang tinggi menjadi tempat rujukan bagi para sahabat dan sahabiah dalam perkara agama terutamanya selepas kewafatan baginda Nabi SAW. Membicarakan tentang ketokohan muslimat Palestin dalam bidang keilmuan, sememangnya kita tidak dapat menyangkal peri pentingnya melahirkan generasi ilmuan yang pada akhir natijahnya nanti akan terbina individu individu profesional. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 122: PENDAKWAH MUSLIMAT SEBAGAI PENGGERAK UMMAH 14 "Dan tidak sepatutnya orang yang beriman semuanya keluar (pergi berperang). Maka hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada setiap golongan antara mereka agar orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut oleh agama dan agar mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjihad) apabila mereka kembali kepadanya. Semoga mereka berwaspada (daripada melakukan larangan Allah itu). Ilmu adalah asas terpenting dalam kepimpinan harakah Islamiyah. Ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi mengurus urusan kehidupan. Di kalangan muslimat Palestin sudah terbukti mereka tidak ketinggalan dalam keilmuan dan kepakaran bidang masing masing walaupun bergelut dengan berbagai bentuk ancaman musuh zaman berzaman.


Kita menyorot kejayaan seorang muslimat Palestin yang memacu ilmunya untuk membimbing anak anak Palestin. Hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang mengurus emosi yang punah dan menangani beratnya ujian demi ujian yang akhirnya terikat dengan trauma. Saban waktu dalam kehidupan anak anak Palestin dihujani bedilan peluru, yang akhirnya mereka pasrah menderita digempur dengan dentuman bom peledak. Beliau yang dimaksudkan ialah Hanan Al-Hroub seorang muslimat Palestin yang berjiwa kental. Hanan membesar di kem pelarian Palestin dan kini merupakan guru kepada anak-anak di kem pelarian. Hanan dibesarkan di Betlehem Palestin. Beliau adalah ikon guru muslimah yang dikenali sebagai guru berjiwa besar dalam membina keperibadian insan musleh. Inilah perjuangan murni yang sekaligus membanteras kekerasan secara langsung di kalangan anak anak muda Palestin. Pengalaman hidupnya menyaksikan anakanaknya sendiri menjadi mangsa trauma setelah melihat insiden penembakan ayah mereka iaitu Alias, (suami kepada Hanan) oleh tentera Israel. Apa yang lebih menyedihkan adalah anak-anaknya turut terkorban ditembak oleh tentara Israel di awal intifadah Al Aqsa. 15 Peristiwa sedih tersebut akhirnya membuatkan Hanan mengambil keputusan untuk bekerja di bidang pendidikan. Beliau melaungkan slogan khasnya ‘tidak untuk kekerasan’, beliau mengajar anak-anak Palestin di kem kem penempatan pelarian. Dengan ramainya kanak-kanak yang sering menyaksikan kejadian-kejadian yang dahsyat di Palestin, bilik-bilik darjah selalunya tidak akan tenang. Apa yang dilakukan oleh Hanan ialah mennguna pakai slogan “Tidak Kepada Kekejaman” yang mengaplikasikan satu pendekatan pembelajaran khusus yang beliau cipta sendiri.


16 Metode pengajaran yang digunakannya adalah unik iaitu dengan menggunakan permainan untuk menunjukkan cara menyelesaikan kekerasan dan ketegangan. Pendekatannya ini telah berhasil menurunkan grafik angka perilaku kekerasan di sekolah. Manakala pada tahun 2016, Hanan dianugerahkan penghargaan sebagai Guru Global. Kepakaran beliau adalah memberi sokongan kepada kanak-kanak yang trauma akibat keganasan. Pemenang telah diumumkan pada satu majlis anugerah di Dubai, dengan mesej video tahniah dihantar oleh Prince William. Hanan Al Hroub memberitahu penonton bahawa “guru-guru boleh mengubah dunia”. Pendekatan yang digunakan oleh beliau telah berjaya mengurangkan tingkahlaku kasar (violent) di sekolah-sekolah yang lazimnya tidak terlepas dari suasana begini. Beliau juga telah memberi inspirasi kepada guru-guru lain supaya mengkaji balik kaedah pengajaran yang mereka gunakan, strategistrategi pengurusan bilik darjah dan amalan hukuman yang mereka gunakan. Hanan telah berkongsi perspektif beliau di beberapa persidangan, mesyuarat dan seminar-seminar latihan perguruan. Belia mempunyai cita-cita bahawa pendidikan adalah antara senjata berkesan untuk mengambil kembali tanahair mereka.


PERANAN BAHAGIAN 4 IBU/SURI RUMAH


Peranan golongan wanita sebagai ‘sekolah’ pertama bagi anak-anak sudah tidak asing lagi, malah ia hendaklah sentiasa diperkukuh dari masa ke semasa. Bagi melahirkan generasi soleh, seorang ibu itu seharusnya terlebih dahulu mempunyai bekalan ilmu dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa khususnya dalam penerapan akhlak yang mulia. Seorang wanita yang bergelar ibu, adalah satu anugerah mulia dari Allah. Ini dapat dibuktikan dengan banyaknya ayat-ayat Quran dan Hadis Nabi SAW menceritakan mengenai kemuliaan seorang ibu. Ibu-ibu yang hebat inilah yang akan melahirkan dan mendidik generasi masa depan yang bertakwa dan memperjuangkan kebenaran. Para ibu mestilah mempersediakan dirinya dengan ilmu. Peranan wanita sebagai seorang ibu tidak pernah terhenti, Islam benarbenar meletakkan wanita di tingkatan yang tinggi sekali, dialah penyumbang kepada kebijaksanaan dalam masyarakat. Contoh, pemimpin-pemimpin di dalam masyarakat hasil didikan siapa? Ya, oleh seorang perempuan yang duduk di rumah, melahirkan, mendidik dan membesarkannya. Islam menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu dengan pahala agung dari Allah SWT, selama dia tulus ikhlas mengasuh dan mendidik putera puterinya demi menggapai redha Allah. Para wanita adalah sebagai pendamping suaminya dan anak-anaknya, yang saling menguatkan kesempurnaan kehidupan seorang lelaki. Kalau ada lelaki yang merasa dirinya hebat, tanpa ingat jasa seorang ibu yang membesarkannya, itu lelaki tidak pandai mengenang budi. Ketika janin, di perut siapa engkau hidup? Di perut seorang ibu! Ketika engkau lahir ke dunia ini, siapa yang melahirkan dirimu? Seorang ibu! Ketika engkau menangis walaupun kalian ketika itu di atas dukungan ayahmu, siapa yang kalian nampak sehingga menyebabkan kalian menangis? Ibu kalian bukan? IBU SEBAGAI MADRASAH PERTAMA 17


Jadi peranan wanita sangat dahsyat, didakapannya, lelaki yang menjadi pemimpin di dalam masyarakat sekarang, pernah satu masa dulu, ketika kecilnya merasai kehangatan dakapan ibunya, disusukan, dimandikan, dipakaikan, ditidurkan dan ketika sudah besar, wanita itu tetap menjaganya. Bagaimana seorang lelaki yang dididik dan yang dibesarkan ini, akan dapat melupakan jasa ibunya? Yang dengan pengorbanan susuk tubuh itulah yang telah membolehkannya menjalani kejayaan dalam kehidupannya hari ini. Nabi SAW ada mengatakan: “Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas kepimpinannya.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari no 3532) Ibu adalah pemimpin di rumah suaminya, dan ayah adalah ketua keluarga dalam rumahnya. Kalau ibu tidak memainkan peranannya sebagai pendidik anak-anak, akan hancur sebuah negara. Mereka membesarkan, mendidik, membimbing, membentuk generasi masa depan yang sekarang sebahagiannya masih di dalam perut para ibu. Tidak mungkin di perut ayah. Jadi peranan ini tidak boleh diambil kecuali oleh wanita. Jadi kejayaan seorang ibu, walaupun dia tidak dikenali tapi powernya dapat dirasai sehingga ke akhir zaman. Contohnya peranan ibu Imam As Syafie, ibu hebat ini bernama Fatimah binti Ubaidillah. Ada yang menyebut beliau adalah Ahlul Bait iaitu keturunan Rasulullah SAW dari jalur Ubaidillah bin Hassan bin Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Beliau seorang wanita bijak dan merupakan madrasah pertama Imam Syafie. Ketika suaminya meninggal, Imam Syafie masih kecil, tiada harta yang diwarisi kepadanya namun beliau tetap berjuang memberikan pendidikan yang terbaik untuk anaknya. Di usia 7 tahun, Imam Syafie telah mempelajari alQuran dan menghafalnya di Makkah setelah beliau membawa anaknya hijrah dari Gaza. Dihantar belajar Bahasa Arab fushah (asli atau standard), belajar menunggang kuda dan memanah. Kemiskinan tidak menjejaskannya menuntut ilmu, walaupun menulis di atas tulang. Kebijaksanaannya melayakkannya berfatwa ketika beliau berusia 15 tahun di bawah pengawasan gurunya Imam Malik. 18


Kekuatan seorang ibu, sangat dahsyat! Mampu membentuk seorang insan hebat! Walaupun tanpa seorang suami di sisi. Kebiasaannya, kalau seorang ayah ditinggal mati oleh isterinya, dia tidak mampu berbuat demikian dan segera bernikah, kalau tidak, anak-anaknya akan diserahkan penjagaannya kepada ibunya. Syariat Islam menghormati wanita sebagai seorang ibu dengan penghormatan yang tinggi dan mulia. Rasulullah SAW mengingatkan umatnya, bahawa kewujudan seorang ibu boleh menjadi penentu syurga dan neraka putera-puterinya. Seorang anak yang memuliakan ibunya, akan dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, anak yang bersikap buruk terhadap ibunya, dia akan hidup celaka (sengsara) di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW memberitahu umatnya bahawa seorang ibu adalah tempat pelaburan di akhirat bagi putera-puterinya. Ada banyak pahala dari Allah untuk anak-anak yang berbuat kebaikan dan ketaatan kepada kedua ibubapanya, serta bersikap mulia dan menghormati mereka. Sabda Rasulullah S.AW: “Sungguh rugi, sungguh rugi dan sungguh rugi, orang yang mempunyai kedua ibu bapanya yang sudah lanjut usia, salah seorang atau keduanya, tetapi tidak menyebabkannya masuk syurga.” (Riwayat Imam Muslim no 2551) Seandainya, ibunya seorang suri rumah, ayahnya berpangkat besar. Apakah sikap anak-anak terhadap ibu dan ayahnya? Tahukah anda siapa yang disebutkan pertama kali oleh Rasulullah SAW dalam menghormati orang tuanya? Ya! Orang pertama yang disebut oleh Rasulullah SAW adalah ibu. Bahkan, Rasulullah SAW mengatakannya sampai tiga kali. Baru kemudian, Rasulullah SAW menyebutkan ayah, itu pun satu kali: “Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah. Dia berkata, “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah SAW, siapakah orang yang saya lebih berhak menghormati? Rasulullah menjawab, Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu” orang itu bertanya lagi, “Setelah itu siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu” orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Akhirnya Rasulullah pun menjawab, “Kemudian ayahmu.” (Hadis Riwayat Muslim) 19


Anak-anak berada 9 bulan di dalam perut ibu mereka, dilahirkan dan disusukan selama 2 tahun. Jadi ada kekuatan luar biasa yang ada di diri ibunya, yang dia harus membalasnya. Maka dari sini, ibu yang macam mana sepatutnya dipilih menjadi tonggak dalam keluarga. Ini sangat penting sekali. Peranan seorang ibu, bukan kerja yang main-main malah tidak boleh diambil alih oleh pembantu, tidak boleh diambil alih oleh babysitter (pengasuh anak kecil). Kalau ibunya seorang yang solehah, yang beragama, begitu juga ayahnya. Insya-Allah akan terbina sebuah keluarga dan rumah tangga Muslim yang bertakwa dan mendapat sakinah, mawadah dan rahmah dari Allah SWT. Ibu adalah sekolah atau madrasah yang pertama anak-anak. Sejak di perut ibu lagi, anak itu sudah disekolahkan. Setelah dilahirkan, ibunyalah yang menerima dia sebagai murid pertamanya. Diletakkan di dakapannya dengan kasih sayang, disusukan sambil dibacakan ayat-ayat Allah dan sang anak akan mendengarkannya sambil memejamkan matanya. Itulah power seorang ibu! Detakan dari jantung ibu akan menjadikan anak rasa aman dan tenteram dalam dakapannya. Bacaan Quran dan zikir-zikir yang dibacakan ketika menyusukan dan menidurkan anaknya, Subhanallah! Ini akan menjauhkan putera-puterinya daripada godaan syaitan. 20


21 DEMI AGAMA DAN KEAMANAN, KISAH PEMIMPIN WANITA GAZA INI PATUT MENJADI INSPIRASI PARA IBU. Beliau dikenali sebagai Khansa' Palestin, seorang superwoman yang juga ibu, ahli politik dan pemimpin yang sangat disegani masyarakat Gaza. Maryam Muhammad Yusuf Farhat atau dikenali sebagai Ummu Nidhal dilahirkan di Gaza pada 24 September 1949. Pemimpin wanita yang juga ahli politik Palestin ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata, dimana tiga daripadanya gugur ketika berkhidmat sebagai tentera. Nama Ummu Nidhal kekal harum sehingga kini meskipun telah kembali ke rahmatullah pada 17 Mac 2013. Arwah meninggal ketika berusia 64 tahun. Beliau adalah Ummu Syuhada' dan telah melakar sejarah sebagaimana yang telah dilakarkan oleh Khaulah binti aAl-Azur, Khansa', Nusaibah binti Ka'ab, Ummu Saad B Muaz dan seumpamanya. Sumber daripada NONA


22 SEORANG IBU YANG HEBAT SEBAGAI PEMIMPIN WANITA Sewaktu hayatnya, beliau sentiasa menyeru kaum wanita dan seluruh rakyat Pale berjihad dan berharap Allah SWT mengurniakan kesemua anak-anaknya gugur da mempertahankan Islam. Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kesyahidan anak-anakya. Anak sulung beliau iaitu Nidal, syahid pada Februari 2003, dikuti Muhammad Farhat pada Mac 2002 dan akhir sekali Rawad, pada tahun 2005. Dalam sebuah wawancara pada Disember 2005, wanita Mujahid ini pernah menyatakan bahawa beliau amat berbangga dengan kesyahidan anakanakya. Perjuangan Ummu Nidhal dalam membebaskan negara Palestin masih belum berakhir. Semoga legasi wanita ini dapat diteruskan oleh generasi muda di sana. Antara perkataan yang sering diungkapkan ole Ummu Nidhal adalah, "Jangan bimbang untuk bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)". Ketika anak sulung, As-Syahid Muhammad Fathi Farhat mencecah usia enam tahun, saya tapa sedikit keraguan pun dalam hati saat itu, mengarahkannya ke medan juang demi mengusir penjajah. Saat mereka berpisah, pasangan ibu dan anak itu saling berpelukan kemudian berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini, nak. Sumber daripada NONA Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala." Ummu Nidhal. Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana dapat mengambil iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal meletakkan Islam ini ke tempat yang tertinggi satu hari nanti!


Seorang Ibu adalah madrasah bagi anak-anaknya. Apabila ibu sudah mempersiapkan dengan baik, maka ia telah mempersiapkan generasi yang terbaik. Selain itu, ibu adalah wadah pendidikan utama ketika anak itu masih dalam kandungan sampai anaknya tumbuh menjadi dewasa. Sesungguhnya bagi membentuk generasi rabbani yang benar benar bertaqwa, tidaklah cukup melahirkan anak-anak yang cerdas saja, dan tidak cukup hanya mengimpikan dan mengidamkan mempunyai keturunan dan generasi yang soleh dan solehah, tapi untuk membentuk kejayaan itu, pastinya memerlukan tarbiyah dari muslimat yang terbaik sahsiyah dirinya Adalah menjadi sebuah kejayaan bilamana muslimat berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang kuat agamanya, cerdas dan berakhlak mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah At-Taghobun ayat 14 yang berbunyi: MEMBINA GENERASI RABBANI 23 “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan mereka, tidak marah serta mengampunkan kesalahan mereka maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.“ Bagi mencapai matlamat kejayaan mendidik anak, muslimat seharusnya meluaskan ilmu yang bermanfaat bagi dirinya dan untuk bekal bagi anakanaknya. Muslimat dituntut menguasai ilmu akhirat dengan mempelajari, menghayati dan mengamalkan isi kandungan ayat-ayat suci Al Quran.


Perkara yang pertama yang harus dipersiapkan bagi seorang ibu adalah persiapan ruhiyahnya, kerana menyedari besarnya tugas seorang ibu, maka muslimat harus sebanyak mungkin melakukan usaha mendekatkan diri bertaqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk memohon diberikan kekuatan ruhiyah dan petunjuk dalam mendidik amanah yang dititipkan Allah tersebut. Seorang ibu yang solehah amatlah penting kerana ibu adalah orang yang paling dekat dengan anak-anaknya tidak hanya cukup sekedar menyekolahkannya saja tapi mendidik dengan aqidah yang cinta kepada Allah dan rasulNya serta menjauhkan diri dari kemaksiatan dan akhlak yang rosak. Dalam persiapan ruhiyah ini sangat penting dititikberatkan amalan tazkiyatunnafs yang konsisten dilakukan dan antaranya adalah sebagaimana yang berikut: Berzikrullah dan istiqamah dengan tilawah Al Qur’an, pasti seorang akan bertambah cinta dan taqwa kepada Allah. Sudah pastinya juga Allah pun ingat kepadanya dan memuliakan kedudukannya sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152: 24 “ Maka ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya aku akan ingat kepadamu” Sesungguhnya, adalah sangat perlu dalam usaha melahirkan generasi rabbani yang hebat harus dimulakan dari ibunya terlebih dahulu dengan memperbanyak istighfar, memperbanyak memohon doa munajat ke sisi Allah, memperbanyak selawat kepada Rasulullah bersungguh dalam menghidupkan malam dengan tahajud juga melazimi diri dengan amalan ibadah-ibadah sunnah. Semoga Allah melimpahkan taufiq hidayahNya buat muslimat menjadi ibu yang hebat dalam usaha membina generasi rabbani di akhir zaman ini.


Puisi Perjuangan Jika engkau cintakan perjuangan Ingatlah Perjuangan adalah sabar Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan Buah dari sabar meniti jalan Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan Jika engkau cinta perjuangan Wahai Muslimah Maka perjuangan itu adalah Jihad Sungguh sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya Tinggalkan kemalasan dan kelalaian


AKTIVIS BAHAGIAN 5 MISI KEMANUSIAAN


Allah SWT memotivasikan umat Islam dalam perkara berbuat kebaikan dengan firmanNya di dalam surah Al-Hadid ayat 21 yang berbunyi: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." Allah SWT membawakan satu tiupan semangat kepada hambaNya iaitu pendekatan berlumba-lumba untuk mengerjakan amalan kebaikan bagi mendapat keampunan dan balasan syurga. Justeru itu, marilah kita berlumba dalam melakukan perkara ketaatan dan amal soleh. Keampunan dan keredhaan Allah adalah matlamat yang ingin dicapai setiap mukmin dan ia hanya boleh dicapai dengan perlumbaan mencari kebaikan di samping usaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya serta sentiasa memohon doa daripada Allah SWT. Inilah perlumbaan yang terbaik dalam melakukan ketaatan dan amal soleh yang berterusan. Allah SWT menceritakan sikap Nabi Zakaria melalui firmanNya dalam surah Al-Anbiya' ayat 90: AKTIF DALAM NGO SEBAGAI SUARA HAK ASASI MANUSIA 25


"Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya Yahya dan kami perelokkan keadaan isterinya untuk melahirkan anak baginya. Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami." Rasulullah SAW juga menjelaskan, kebaikan perlu direbut dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Maka, bersegeralah dalam berbuat kebaikan dan usahlah bertangguh menanti itu dan ini kerana sesungguhnya segalanya datang daripada Allah SWT untuk hambaNya dengan cukup. Mengupas sudut amal kebaikan atau kebajikan di bumi Palestin tanpa kita sedari kaum muslimat di Palestin begitu aktif dalam pertubuhannya yang kirakira hampir 50 peratus daripadanya adalah golongan wanita. Umum mengetahui bahawa peranan sukarelawan muslimat Palestin juga menjadi tunjang kuat untuk menyemai dan membina generasi pelapis dan sukarelawan kompeten yang menghayati nilai-nilai integriti dan profesionalisme. Muslimat Palestin adalah pelopor hebat sebagai sukarelawan yang bersamasama membuat kerja-kerja amal dan kebajikan dalam masyarakat Palestin secara lebih dekat. NGO wanita di Palestin terdiri dalam kalangan wanita berprofesion doktor, jururawat, guru juga dari sektor kerajaan dan awam. Mengimbau kisah duka seorang sukarelawan muslimat Palestin yang mati ditembak tentera Israel berhampiran sempadan Gaza dalam insiden keganasan tunjuk perasaan. Gadis sukarelawan Razan al-Najjar yang ketika itu berusia 21tahun telah ditembak oleh tentera Israel di Khan Yunis, selatan wilayah itu ketika tunjuk perasaan 'The Great March of Return' sebagaimana yang disampaikan jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qadra. Kejadian itu menjadikan jumlah keseluruhan penduduk Gaza maut akibat tembakan tentera Zionis meningkat. 26


Razan merupakan sukarelawan kementerian memakai seragam perubatan yang ditembak di bahagian dada semasa beliau sedang memberikan bantuan perubatan kepada penunjuk perasaan yang mengalami kecederaan di sempadan Gaza. Seluruh dunia menyaksikan kisah sayu pemergian seorang sukarela paramedik muda Palestin bernama Razan Ashraf Najjar. "Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di sepanjang sempadan dengan membakar tayar berhampiran pagar keselamatan serta cuba merosakkan kemudahan keselamatan," menurut kenyataan tentera Israel yang juga sedang menyiasat kejadian yang menimpa Razan itu. Razan pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan. Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.“ 27 Allah telah memakbulkan doanya untuk gugur syahid ketika berkhidmat di tanah airnya. Ramai beranggapan beliau sudah mati namun hakikatnya darjat beliau diangkat di sisi Allah sebagai seorang syahidah. Sesungguhnya itulah kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa yang masih buta. Di kesempatan ini, penulis ingin menyeru anak muda untuk bangun dari lena dunia dengan mengambil iktibar dan mencontohi semangat jihad beliau yang tekad dalam mempertahankan tanah airnya tercinta. Usaha jihad dan perjuangan yang tiada noktah ini memerlukan semangat dan jiwa yang kental.


Membantu perjuangan warga Palestin dan berada di barisan hadapan peperangan bukan hanya kepada kaum lelaki, malahan juga kepada kaum wanita. Itulah prinsip yang dipegang oleh Razan al-Najjar. Razan menjadi sasaran penembak tepat Israel, walaupun ketika itu beliau memakai kot putih yang menunjukkan profesionnya sebagai paramedik. "Menjadi tenaga sukarelawan bukan hanya pekerjaan untuk golongan lelaki," Razan Najjar meninggal dunia ketika sedang bertugas. Peluru hidup yang dilepaskan oleh tentera Israel menembusi belakang beliau dan mengenai jantungnya. Ketika beliau sedang memberi pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera di tengah-tengah demonstrasi berdarah di sempadan Gaza, Palestin. Beliau tidak pernah takut untuk berkhidmat di barisan hadapan. Wajahnya yang cantik dan kecekapan prestasinya menjadikan dia seperti "malaikat" di tengah-tengah situasi bergolak di sempadan Gaza dan Israel. Razan menderita pendarahan dalaman terutamanya di bahagian dada. Peluru itu tepat mengenai arteri utama di jantung beliau. Akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat bertarikh 1 Jun 2018. S U K A R E L A W A N P A L E S T I N Razan al-Naj ar 28 [email protected]


Harapan Penulis Setiap daripada kita mesti merasai dalam diri bahawa kita adalah pejuang sebagaimana kata-kata Saad bin Abi Waqas: “Aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam ". Farah Azline bt Hj Zaharudin 29


PENUTUP KESIMPULAN dan


Maksudnya: "Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan". Tanah barakah Al Quds Palestin bukan isu kemanusian sahaja. Bahkan ianya lebih besar lagi membabitkan antara hak dan batil, Islam dan kufur. Al Quds juga adalah melibatkan beberapa peristiwa tanda hampir kepada yaumul qiyamah. Bantuan kemanusian dan kehidupan adalah satu juzuk kecil yang perlu kita tunaikan. Kita perlu meletakkan matlamat kita yang lebih besar iaitu perjuangan di Palestin adalah perjuangan menegakkan Islam dan mencegah kekufuran dan syirik. Yahudi itu sendiri adalah lambang kebatilan. Perjuangan melenyapkan Yahudi di Palestin adalah perjuangan hingga hari Qiyamah kerana hadis jelas mengatakan sedemikian. 30 Sesungguhnya kita mengambil ibrah hebat dari perjuangan muslimat Palestin ini dalam perjuangan memenangkan agama Allah SWT di tanah air kita. Kita melihat sendiri ikon ikon tersohor dari Palestin ini sebagai contoh teladan kekentalan roh-roh perjuangan harakah Islamiyah. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 97:


Penghijrahan Yahudi ke Palestin merupakan bantuan Allah SWT kepada agamaNya dan ummah melalui bangsa-bangsa kufar penjajah yang mengumpulkan mereka dalam beberapa deklarasi antarabangsa. Pertolongan Allah SWT mengumpulkan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia untuk melenyapkan mereka di satu tempat iaitu bumi Palestin di akhir zaman nanti. Imam Besar di Universiti Al-Azhar, Mesir, Ahmed al-Tayeb, berkata perjuangan rakyat Palestin juga adalah perjuangan utama umat Islam. "Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan utama Al-Azhar serta umat Islam dan kegetiran perjuangan rakyat Arabnya akan kekal menjadi sumber kebanggaan serta inspirasi," katanya. Perjuangan di Palestin tidak akan berakhir dengan bantuan kebendaan yang kita hulurkan. Perjuangan di Palestin juga tidak akan tamat bila semua keperluan kehidupan penduduk telah sempurna tetapi bantuan perlu dihulurkan. Perjuangan di Palestin adalah perjuangan di dunia untuk menuju alam akhirat yang menjadi kewajipan ummah. Saya akhiri penulisan ini dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 160 : 31 Maksudnya: "Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapt mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan ingatlah, kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."


Puisi Perjuangan Jalan Dakwah Panjang terbentang jauh ke depan Duri dan batu selalu menganjal Lurah dan bukit menghadang Hujungnya bukan usia Hujungnya bukan dunia Tetapi pertemuan dengan Allah Saat Allah mengistiharkan redhaNya kepada kita Nikmatilah perjalanan ini. Wahai para Muslimah Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Ingat! jika seseorang mendapat hidayah keranaMu Itu..lebih baik dari dunia dan segala isinya Muslimat! Jika dalam dadamu ada cinta kepada perjuangan maka perjuangan itu ialah faham mengerti tentang Islam Lisanul Anbiya dan Warisan Ulama


RUJUKAN


32 RUJUKAN 1.Al-Quran KPM dan terjemahannya. 2016. Selangor: Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. . 2. Muhammad Fathi Yusof. 2014. Membentuk Peribadi Remaja Soleh. Kuala Lumpur: Aisyah Humaira Publication. 3. Dr. Yusof Al-Qaradhawi. 2014. Fatwa Palestin. Kuala Lumpur: PTS Publishing House. 4. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2018. Palestin Tak Pernah Gentar. Selangor: Telaga Biru. 5. https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/03/khadijah-r-a-inspirasi-muslimah-akhir-zaman/ 6. https://mymasjid.net.my/forum/display/330600/wanita-dalam-perjuangan-islam/ 7. https://harakahdaily.net/index.php/2022/10/07/cabaran-gerakan-islam-antarabangsa-danpengajarannya/ 8. https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/02/power-seorang-insan-bergelar-ibu/ 9. https://ikram.org.my/membina-generasi-rabbani/ 10. https://berita.pas.org.my/perginya-bidadari-syurga-syahid-razan-ashraf-al-najjar/ 11. https://m.facebook.com/mpmkuizmofficial/photos/a.1594862574078540/3085561885008594/? type=3 12. https://minanews.net/persiapan-menjadi-calon-ibu-yang-handal/ 13. https://www.kmamesir.org/2013/03/mengenang-ummu-nidhal-mujahidah-ulung.html 14. https://www.liputan6.com/amp/3548921/7-foto-kenangan-razan-ashraf-najjar-tenaga-mediskorban-sniper-israel 15.https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/706411/sebab-rakyat-palestin-bangkitl 16. https://m.republika.co.id/amp/p9sg63415l 17. https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2021/05/819071/contohi-keberanian-kecekalanluar-biasa-wanita-palestin 18. https://alchetron.com/Umm-Nidal#umm-nidal-096e13cf-3a6e-42f0-85b0-8e9d8142c09-resize750.jpeg


Click to View FlipBook Version