MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI 1 : 2021/2022
E-FOLIO:
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
NAMA NO.MATRIKS
MAASILAN A/L LOGANATHAN 16DTP20F1007
MUHAMMAD QAUYYUM BIN FARIZAD 16DTP20F1005
16DTP20F1004
MUHAMMAD AFIF BIN SOBRI
NAMA PENSYARAH : PUAN NURHIDAYU BINTI SALLEH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
TAJUK 1
KATA-KATA ALUAN 2
3
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 4/5/6/7
PERNYATAAN PENUH ARTIKEL 153
PERLEMBAGAAN MALAYSIA 7/8
ISI KANDUNGAN HAK-HAK ISTIMEWA ORANG
8
MELAYU
HAK-HAK BANGSA MELAYU ADALAH HAK 8/9
10
PERIBUMI
KEWAJARAN MEMPERTAHANKAN HAK
KEISTIMEWAAN MELAYU
KESIMPULAN
RUJUKAN
KATA-KATA ALUAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah Panghayatan Etika dan
Peradaban atas kejayaan menerbitkan majalah Politeknik yang istimewa ini. Terima kasih
kerana memberi kesempatan untuk kami mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini
Majalah Politeknik ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian
pambelajaran yang terkini, Bagi warga penuntut imu, butiran dan gambar yang dimuatkan
bakal menjadi kanangan indah zaman pembelajaran. Menang benar bahawa media sosial
maya mengakibatian naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebiagai dokumentasi yang
bersifat rasmi, majalah akan terus relevan sampal bila-bila. Sekali lagi saya mengucapkan
tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi.Kepada pembaca majalah ini,
semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga. "Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka
dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka
mengiktiraf kerajaan tersebut. Kerajaan itu ada ramairakyat (orang Melayu) dan bagi British,
rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus,orang lain yang datang dan menetap
di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian merekatidak dapat menikmati hak yang
ada pada orang Melayu.
PENGHARGAAN
Syukur Alhamduliliah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan
keizinanya, maka Kami telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kurus E-Folio
Penghayatan etika Dan Peradaban dengan jayanya,Insyallah , tugasan kerja
kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepadasaya darisegi pengetahuan
dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tuan Pengarah iaitu Encik Abdul Malek Bin Hasnan manakala Puan
Penasihat kepada kumpulan kami ialah Puan Nurhidayu Bintu Salleh. Tunjuk ajar
cara-cara membuat kerja E-Folis mengikut krateria yang ditetapkan sangatlah
memuaskan.Kami juga ingin mangucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-
dua ibu rakan-rakan yang turut mambantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini.
Tanpa sokongan mereka mungkin kami tidak dapat menyiapkan kerja -kerja
seperti ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan
motivasi dan buah fikiran.
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB
DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
PENGENALAN
Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153 member
tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara
Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk
berbangsa Melayu' tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu
dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Akan
tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British jaitu raja-raja Melayu dikehendaki
menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak
dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis.
Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?, Di bawah
Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas perlembagaan dan
undang-undang Persekutuan melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang
melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari
segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa, dan bantuan atau
kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan
dan perdagangan.
Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang
member kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada
yang relindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan
melayu. Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan
dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraandalam perlembagaan , hak
untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Hak-hak istimewa orang Melayu Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai isu ini haruslah
ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160
mendefinisikan orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, mahir
bertutur menggunakan bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum
Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau
di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura;
atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut ( Nazri Muslim, 2011).Apakah
kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan? Di bawah Perkara
153 Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki dalam batas-batas perlembagaan dan undang-
undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dan
perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau kemudahan pendidikan
yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan perdagangan. Pembukaan lombong-lombong
bijih dan ladang getah serta dasar pintu terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan
orang-orang Melayu terdampar di kampung- kampung mereka. Dari segi ekonomi dan
pendidikan mereka tidak dapat bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke negara ini
untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-
hak dan kewajipan yang sama namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak
yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini
bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-
negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi (Abdul Halim Ramli).
ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan
tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan
penduduk asal Malaysia, secara berkumpulan dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel
mengspesifikkan bagaimana pusat kerajaan melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini
dengan menubuhkan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan
pendidikan awam. la juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan
biasanya dikatakan sebagai pertahanan undang-undang bagi ketuanan Melayu, kepercayaan
orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
PERNYATAAN PENUH ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
dan kepentingan kaum-kaum lain menggabungkan peruntukan Perkara ini.
2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan
Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan
mengikut apa-apa cara yang sesuai untuk meindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan
memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-
Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan
awam sesuatu Negeri) dan daripada biassiswa, danasiswa dan keistimewaan
pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan
atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen
dkehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa
pertukangan atau pemiagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu
dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2). perizaban bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-
jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am
yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana. Suruhanjaya yang baginya
Bahagian X terpakai atau kepada mana- mana pihak berkuasa yang
dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa
atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan
Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan
sewajamya.
4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang
olehnya atau daripada terus mendapat bias pelajar , danasiswa atau keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
6) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersama-sama
(dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara Ini Terdapat perbezaan
ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perembagaan
Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu
Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang
Melayu dan Buniputra Maaysia dipertahankan.
ISI KANDUNGAN HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk Orang Melayu
laitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri
kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh
membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga orang ramai (bangsa
lain) yang serupa, luas tanah bagi orang ramai tidak boleh memperuntukkan pembukaan Dagi
lebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan
orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu bagi orang Melayu dan orang
bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebh banyak kepada
penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilhat juga dari segi
ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu
mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka
menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain. Hak-hak istimewa orang Melayu
adalah dibawah perindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah
mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu
berdasarkan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja
Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain
daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
HAK TANAH
Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang
diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1).
Jika mana-mara tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum sahaja Hari
Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah tu boleh terus-menerus menjadi
tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan
oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen. Menurut fasal (2) yang
menyatakan, Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab
orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk
tanam boleh diishtiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.
Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang
memberi kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang- undang sedia ada yang
melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau
bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa walaupun undang-undang sedemikian rupa, pada
amalannya banyak tanah rizab ini telah menjadi milik kepada orang bukan Melayu.
Kemasukan perkhidmatan arang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian
orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5XF). juga dianggap
sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Apabila melihat kepada
sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA
berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan
dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah
bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di
Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia adalah kaum
Cina Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabla pelancong melalui kawasan bandar
sehinggakan setiap bandar boleh dikatakan sebagai Chinatown'. Penduduk Cina banyak
bertumpu di pantal barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan-kawasan
bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh
kerajaan kerana kerajaan tidak boleh terpaksa membangunkan kawasan bandar seperti Kuala
Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama
menunjukkan mereka 'anti establishment iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali
selelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.
JAWATAN DALAM KERAJAAN
Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor ekonomi dan
keselesaan menjalankan aktiviti pemiagaan dan mencari rezeki kekayaan di mana juga di
Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan
faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun
pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini.
Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai
melalui proses politik.
PERUNTUKAN BIASISWA
Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap
pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam
pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas diadakan kepada orang Melayu agar dapat
bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan
sebagainya. Peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang
dipertanggungjawabkan kepada YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka.
Antara peruntukan utama untuk orang Melayu ialah kemasukan anak-anak orang Melayu ke
universiti dan mendapat bias pelajar.
BANTUAN EKONOMI
Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk
Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun
1970, golongan Bumiputera hanya mempunyai sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia,
manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 374
% dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153
Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biassiswa,
jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaharui kedudukan
ekonomi orang-orang Melayu.
HAK-HAK BANGSA MELAYU ADALAH HAK PERIBUMI
Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap meminta
maaf untuk menuntut sesuatu yang memang hak kta. Jangan pula kita mudah terima bulat-
bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "13 Mei yang ingin membangkitkan suatu
revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan sejarah orang Melayu. Pada 13 Mei 2007
bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk 13 Mei: Dedassified
Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mek Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan
1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. sebaliknya Dr Kua
mengemukakan tesis baru: "Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk
menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rUsuhan. Dalam Dr Mansor
bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan
pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran
mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya kesan akbat kepada kajian
kenduri. Walau bagaimanapun, penemuan penemuan kes Kampung Medan berpunca
daripada India dan Melayu mengurangkan kemiskinan masyarakat, walaupun dikelilingi
lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir
mempunyai keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan.
KEWAJARAN MEMPERTAHANKAN HAK KEISTIMEWAAN MELAYU
Hak keistimewaan orang metayu sepatutnya tidak harus dipersoalkan dan
dipertanggungjawabkan di parlimen dan sebagainya kerana satu perkara yang telah
dipersetujui sejak lama dahulu kerana ia juga kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini dapat
hidup dengan aman dan makmur dalam masyarakat berbilang kaum . Menurut pakar sejarah,
Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum yang
mempersoalkan atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang
mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah
dan tidak memahami Perlembagaan. Ini kerana mereka tidak peka terhadap apa yang berlaku
pada masa lepas yang mana telah terbentuk dan menjadikan apa yang berlaku pada hari ini.
Beliau menambah:
"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjungsudah
mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut. Kerajaan itu ada ramairakyat (orang Melayu)
dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus,orang lain yang datang dan menetap di
Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian merekatidak dapat menikmati hak yang ada pada orang
Melayu”.
KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam keadaan aman dan sejahtera, kita tidak
seharusnya menjadi rakyat yang sangat sombong dan ego dengan pencapaian yang telah
kitacapai dan miliki sekarang. Jangan jadi kacang lupakan kulit hanya kerana kita sangat
selesadengan kehidupan sekarang, maka kita cuba untuk membangkitkan isu-isu yang tidak
patut kitabangkitkan. Ia seolah-olah menyimbah minyak ke dalam api. Keamanan yang kita
nikmati kiniadalah kerana pengorbanan pemimpin serta rakyat yang hidup pada zaman
dulu (semasaPersekutuan Tanah Melayu). Kita melihat Negara lain seperti Kyrgystan,
Darfur, Iraq danAganistan yang berperang dan hampir tergadai Negara sendiri. Dan jangan
kerana perkara kecilini, kita juga akan merasai kehidupan di dalam keadaan perang.
Banyak perkara yang lebihpenting patut kita kisahkan seperti isu kepanasan global
yang makin meruncing ataupunglobalisasi yang telah menghakis budaya bangsa
Malaysia, dimana ia dilihat sebagai satupenjajahan bentuk baru yang telah di lakukan
oleh Negara barat bagi menjajah kita secaramentaliti biarpun bukan secara fizikal.
Perkara begini lebih patut kita risaukan kerana ia mampuuntuk menggugat kestabilan dan
keharmonian Negara Malaysia juka ia tidak dibendung.
RUJUKAN
• https://www.researchgate.net/publication/326987993_BINCANGKAN_MENGENAI_
HAK_ISTIMEWA_ORANG_MELAYU_DALAM_PERLEMBAGAAN_MALAYSIA
• https://www.slideshare.net/ayuapiz/hak-orang-melayu
• https://123dok.com/document/yr1218pq-kedudukan-istimewa-orang-melayu-
bumiputera-perlembagaan-malaysia.html
•