PUNCA KES BULI DI
SEKOLAH
Faktor berlakunya
kes buli
Menurut Hussein M. & Kamaruddin K. (1981) masalah
utama seorang pelajar terlibat dalam kes buli adalah
disebabkan oleh masalah kewangan.
Terdapat juga faktor-faktor lain seperti konflik
keluarga, faktor maskuliniti, pengaruh media massa,
kelemahan pengurusan sekolah dan kurang
pengetahuan dan mempunyai kefahaman rendah hal-
hal yang berkaitan masalah buli (Jamal Safri (2010).
1 KONFLIK KELUARGAMenurut Parsona (1964) rumah merupakan sebuah kilang untuk menghasilkan
peribadi manusia. Sekiranya ibu bapa gagal “memproses” atau membentuk peribadi
yang mulia dalam diri anak-anak mereka, maka ia akan menghasilkan anak-anak yang
tidak bermoral.
Terdapat pepatah melayu mengatakan bahawa “anak-anak ibarat kain putih, suci dan
bersih ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk peribadi
mereka”
FAKTOR MASKULINITI
Pelajar yang memiliki fizikal yang lemah
2 cenderung untuk menjadi mangsa buli
berbanding pelajar yang mempunya saiz badan
yang lebih besar (Ma, 2001).
PENGARUH MEDIA
MASSA
Media massa memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan sesuatu mesej atau informasi. Namun
demikian, informasi yang berbaur keganasan boleh
mempengaruhi pelajar untuk meniru aksi tersebut dan
membuli pelajar yang lemah di sekolah.
KELEMAHAN
PENGURUSAN SEKOLAH
Perkara asas yang menyebabkan kes buli berlaku di sekolah adalah
disebabkan pengurusan pihak sekolah yang lemah. Dimana guru dan
pelajar mempunyai pendapat yang berbeza kerana masing-masing
mempunyai kehendak yang berlainan (Waller, 1993)
Disebabkan sistem pengurusan yang lemah, maka pelajar cenderung
untuk memberontak dan melepaskan amarah dengan melakukan
keganasan kepada pelajar yang lain dan membuli mangsa tersebut.
STATUS SOSIAL DALAM
HIRARKI RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya yang mempunyai status sosial yang tinggi
cenderung untuk menjadi pembuli kerana merasakan mereka
mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu hal.
Si pembuli berasa seronok dan puas dengan kuasa yang
dimiliki dengan mendominasi pelajar lain dan menjadikan
mereka sebagai orang bawahan (Olweus, 1997)
KURANG PENGETAHUAN
DAN KEFAHAMAN YANG
RENDAH
Buli sering kali disamakan dengan gengsterisme atau kes yang
melibatkan pergaduhan di sekolah. Disebabkan kefahaman
yang cetek dan lemah, ia boleh menyebabkan mangsa buli juga
turut menerima hukuman akibat perlakuan si pembuli.
Perkara ini juga boleh menyebabkan si mangsa terus dibuli dan
dikaitkan dengan masalah pergaduhan di sekolah.
Secara ringkasnya, punca buli berlaku
disebabkan oleh perkara-perkara
berikut:
⬥ Konflik keluarga ⬥ Faktor maskuliniti ⬥ Pengaruh media
massa
.
⬥ Kelemahan dalam ⬥ Status sosial ⬥ Kurang
pengurusan dalam hirarki pengetahuan dan
sekolah rakan sebaya. kefahaman yang
rendah
AKTIVITI
https://b.socrative.com/teacher/#import-
quiz/54203166