SMK KLEBANG BESAR MELAKA
SAHSIAH UNGGUL MURID
LATAR BELAKANG
• Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea Menteri Pelajaran Malaysia (2004-2009).
• Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama
Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
1
• SUMURbertujuan untuk menilai amalan murid terhadap akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkah
laku) dan sahsiah (keperibadian) melalui tiga teras iaitu Berbudi Bahasa, Penampilan Diri dan JatiDiri.
2
• Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2014 memutuskan KPM membina indeks pengukuran untuk
mengukur pencapaian murid. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
mendapati SUMURsebagai pelengkap Indeks Kemenjadian Murid (IKM) bagi domain rohani.
3
• Memo Antara Bahagian Bil. KPMSP.600-3/1/30 (86) bertarikh 1 Jun 2019 dan Bil. KPMSP.600-
3/1/30
4 (87) bertarikh 9 Jun 2019 membolehkan pelaksanaan program rintis SUMUR di 80 buah sekolah
menengah terpilih seluruh negara mulai tahun 2017 hingga2019.
Pelaksanaan SUMUR Bermula Tahun 2021
Secara Berperingkat.
TAHUN JUMLAH PERATUS PENAMBAHAN Peningkatan 18% (442
buah sekolah) setahun
2017- SEKOLAH (%) SEKOLAH bagi jumlah sekolah
2019 80 SEKOLAH 3.28 RINTIS 1(5 yang akan melaksanakan
2020 SUMUR.
SEK/NEGERI)
2021 PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS Pelaksanaan SUMUR di
2022 sekolah rendah KPM pada
2023 CADANGAN UNTUK KELULUSAN MPKPM tahun 2026.
2024
2025 883 SEKOLAH 36.2 442 SEKOLAH
1,325 SEKOLAH 54.3 442 SEKOLAH
1,767 SEKOLAH 72.4 442 SEKOLAH
2,209 SEKOLAH 90.5 442 SEKOLAH
2,439 SEKOLAH 100 230 SEKOLAH
OBJEKTIF SUMUR
• Memberi pengetahuan dan membina kesedaran murid
terhadap akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkah laku)
serta sahsiah (keperibadian)
• Menilai tahap peningkatan akhlak, kelakuan dan sahsiah
murid
• Mengenal pasti nilai-nilai seperti kasih sayang (love), saling
menghormati (mutual respect) dan kegembiraan (happiness)
dalam amalan murid seharian
Kriteria :
BERBUDI BAHASA 1. Hormat menghormati
2. Tolong menolong
3. Mengenang budi / menghargai
4. Kesantunan tutur bicara
01 02
PENAMPILAN DIRI 03 JATI DIRI
Kriteria : Kriteria :
1. Pemakaian 1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Tingkah laku 2. Sabar dan tabah
3. Kepimpinan 3. Tetap pendirian
4. Integriti 4. Semangat Juang
PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR
Guru Penolong Kanan, Semua guru
Hal Ehwal Murid (HEM) Murid Tingkatan 1-5
Program Sahsiah Unggul
Murid (SUMUR)
Modul Berbudi
Bahasa
Modul SUMUR Modul Jati Diri Semua murid
Modul
Penampilan Diri
KAEDAH PELAKSANAAN
1 : KUMPULAN DISKUSI (KD)
• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut
kelas masing-masing.
• Setiap kumpulan kecil mempunyai seorang ketua kumpulan dan
akan dibimbing oleh guru.
• KD menjadi tempat untuk murid berbincang dan melakukan
aktiviti berdasarkan modul yang telah dibekalkan oleh KPM
dalam tempoh masa 30 minit
KAEDAH PELAKSANAAN
2 : MODUL
CONTOH MODUL BERBUDI BAHASA
Aktiviti : Say…. “ Hello! ”
• Ahli Kumpulan Diskusi berbincang tentang cara sapaan yang sesuai
kepada orang dewasa dari aspek panggilan.
• Ahli Kumpulan Diskusi berbincang tentang contoh-contoh panggilan
yang sesuai seperti Tuan, Puan, Encik, Cik, Pak Long, Abang Ngah dan
sebagainya
• Ahli KD berbincang sebab panggilan tersebut digunakan
KAEDAH PELAKSANAAN
3 : PENILAIAN
• Murid perlu memberikan kerjasama semasa perbincangan atau
aktiviti dijalankan dalam Kumpulan Diskusi (KD) kerana setiap
aktiviti yang dijalankan akan dinilai dan diberikan markah
secara individu.
• Markah ini akan dihantar kepada pihak KPM selepas Kumpulan
Diskusi dijalankan
TERIMA KASIH
ATAS PERHATIAN ANDA
UNIT SUMUR SMK KLEBANG BESAR MELAKA