The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIRAH RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW - BHGN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nordiyana Ghazali, 2021-03-09 19:25:55

Riwayat Hidup Rasulullah SAW

SIRAH RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW - BHGN 1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU

BAHAGIAN : SIRAH

TAJUK : RIWAYAT HIDUP RASULULLAH SAW

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW SALASILAH KETURUNAN SEBELAH IBU
DAN BAPA NABI MUHAMMAD SAW
Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Nama sebenar Mutalib bin Hasyim Kilab
Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Aqib
Nama lain Al-Amin Zuhrah Qusai
Gelaran
Tarikh dan 12 Rabiul Awal, tahun Gajah di Mekah Abdu Manaf Abdu Manaf
tempat lahir Hashim
Kuniyah Abu al-Qasim
Nama Ibu Aminah binti Wahbin
Thuwaibatul Aslamiyah, Halimatus
Ibu Susuan Sa’diah
Asy-Saima’, Ummu Aiman
Pengasuh
1 Khadijah binti Khuwailid
2 Sa’udah binti Zam’ah Wahab Abdul Mutalib
3 ‘Aisyah binti Abu Bakar

4 Hafsah binti Umar

5 Zainab binti Khuzaimah

6 Juwairiyyah binti al-Harith Aminah Abdullah

Isteri 7 Zainab binti Jahsyi

8 Ummu Salamah binti Abu Nabi Muhammad SAW
Umayyah

9 Safiyyah binti Huyai

10 Ummu Habibah binti Abu Sufian Galeri Kata
11 Maimunah binti al-Harith
Kuniyah ialah panggilan kepada seseorang
12 Mariatul Qibtiyyah disamping nama atau gelaran, dengan
meletakkan ‘Abu’ bagi lelaki dan ‘Ummu’
Anak Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, bagi perempuan di awal sesuatu nama
Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah
Tarikh dan
tempat wafat 12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah di
Madinah

SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD SAW
Rasulullah memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan tegap. Rambut
baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa kelihatan ceria dan segak. Mata hitam
baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik. Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda

pasti berkata, “Aku tidak pernah melihat orang lain yang setanding dengan ketampanan Nabi
Muhammad SAW.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU

PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH SAW
SEBELUM KERASULAN

UMUR TEMPOH PERISTIWA
2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah di perkampungan Bani Sa’ad yang jauh
Selepas daripada unsur negatif.
kelahiran

2-4 tahun 2 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril
4-6 tahun
Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama ibu baginda. Ketika berumur 6
tahun baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda
meninggal dunia di Abwa’ dalam perjalanan ke Mekah.

6-8 tahun 2 tahun Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Mutalib, hingga datuk
baginda meninggal dunia.
Selepas itu Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa saudara baginda,
Abu Talib

12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam. Di pertengahan jalan Abu
Talib mendapat nasihat daripada Bukhaira Ar-Rahib ketika di Bandar Busra,
sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah
kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

20 tahun • Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Hilfu
Al-Fudhuli iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniya dalam
perniagaan.

• Baginda mengembala kambing bersama-sama saudara susuan di
perkampungan Bani Sa’ad kemudian di Mekah.

Nabi Muhamad SAW didik oleh Allah SWT dengan kehidupan
IKTIBAR yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi
rasul yang agung.

UMUR PERISTIWA

Berdagang ke Syam

• Nabi Muhamad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota Makkah al-Mukarramah

• Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA, seorang wanita Quraisy yang

sangat berharta dan berhati mulia .

25 tahun • Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke Syam dengan dibantu

oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah.

• Semasa di Syam, Nabi Muhamad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh

jujur dan amanah .

• Akhirnya Nabi Muhamad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat

ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBAR Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhamad SAW
Menunaikan amanah, mendapat kepercayaan masyarakat, mempunyai kerjaya dan
menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU

UMUR PERISTIWA
25 tahun
Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA
• Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah RA

mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.
• Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak

yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi
Muhammad SAW.
• Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah Binti
Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhamad SAW. Nabi
Muhamad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RA
melalui bapa saudaranya ‘Amru Bin Asad.
• Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad SAW dikurniakan enam
orang anak

IKTIBAR Antara akhlak mulia Nabi Muhamad SAW yang menarik
perhatian Saidatina Khadijah RA termasuklah :
Jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan batas pergaulan.

UMUR PERISTIWA
35 tahun
Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad
Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga
meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Kaabah. Nabi
Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk
meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku perebutan antara ketua kabilah
sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.
Akhirnya Abu Umayyah Al-Mahzumi seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah Arab
mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima keputusan
orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT orang
pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang melihat Nabi
Muhammad SAW masuk ke masjid berkata ‘Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi
amanah)’.
Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda kemudian meletakkan
Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang hujung
rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah. Lalu baginda mengambil
Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan
semua yang hadir berpuas hati.

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhamad SAW :

* Bersifat tawaduk * Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan

IKTIBAR * Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab

* Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana

* Mendamaikan kehidupan masyarakat


Click to View FlipBook Version