The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM e-MAHABBAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH MUAR 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50030301, 2021-08-07 11:54:07

TEKS DEKLAMASI SAJAK

PROGRAM e-MAHABBAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH MUAR 2021

PESERTA 1:
WONG QI XIANG
TAJUK SAJAK : ALAM

Alam
Indahmu memukauku
Biru langitmu
Hijau pepohonmu
Tinggi gunungmu
Dalam lagi lautanmu
Tapi kini,
Pohonmu ditebang
Haiwanmu diburu
Alam,
Agar kau terus kuat
Keindahanmu tetap terjaga.

PESERTA 2:

NOEL LIM ZI XUAN
TAJUK SAJAK : SATU MALAYSIA, SATU PERPADUAN.

Bumiku Malaysia
Tanah tumpah darah tercinta
Pelbagai warna budaya di dalamnya
Damai, harmoni, permai sentiasa
Di bawah naungan payung mahkota
Kita bangsa Malaysia
Bakal menerajui dunia.

Pimpinan kita disegani merata
Rakyatnya berpadu mencipta sejarah
Melakar Malaysia di pentas dunia
Dengan semangat
Satu Malaysia.

Maka
Bersatulah bangsaku
Kita kibar nama bangsa
Berpadulah bangsaku
Kita gegarkan dunia
Ayuh
Kita berganding bahu
Menuju satu Malaysia

Cemerlang, gemilang, terbilang di dunia.

Biarpun kita berbeza adat
Biarpun kita berlainan pendapat
Kita tetap satu,
Satu hati, satu jiwa, satu rasa
Nikmatnya kita kongsi bersama
kerana kita satu
Satu Malaysia.



PESERTA 1:

WEE SHI EN
Tajuk sajak: Kad Pengenalan

Malaysia negara aman
Tumbuhan hijau bagaikan taman
Penghuninya pelbagai bangsa
Warganegaranya taat setia.

Malaysia tempat tumpah darahku
Kad pengenalan bukti diriku
Kugenggam erat sumpah dan setiaku
Warganegara bersatu
Sentiasa padu.

Demi satu bendera
Demi bangsa Malaysia
Kukuhkan toleransi
Hidup aman harmoni.

Malaysia negara aman
Tumbuhan hijau bagaikan taman
Penghuninya pelbagai bangsa
Warganegaranya taat setia.

Malaysia tempat tumpah darahku
Kad pengenalan bukti diriku
Kugenggam erat sumpah dan setiaku
Warganegara bersatu
Sentiasa padu.

Demi satu bendera
Demi bangsa Malaysia

Kukuhkan toleransi
Hidup aman harmoni.

PESERTA 2:
TAN YEE XIN
TAJUK SAJAK: RINTIHAN PENGHUNI RIMBA

Wahai manusia,
Dengarlah rintihan hatiku
Juga teman-teman
Penghuni rimba

Wahai manusia,
Dulu tempat ini syurgaku
Aku bebas menggepakkan sayapku
Lantas bertenggek
Di dahan yang gagah

Kini
Sayapku terasa panas
Tidak dapat lagi untuk aku bertenggek
Kerana dahan yang gagah
Telah menjadi usang dan rapuh

Wahai manusia,
Demi membina tempat yang selesa

Demi menjamin hidup yang bahagia
Wajarkah tempat tinggal kami menjadi mangsa?
Wajarkah kami disiksa?

Andainya engkau di tempatku
Pasti engkau mengerti
Betapa zalimnya makhluk
Yang bergelar manusia!
Kerana mengerja kemewahan dunia
Mereka melupakan penghuni rimba



PESERTA 1:
TEY CHE SEAN
TAJUK : HORMATI KEPELBAGAIAN

Melayu, Cina juga India,
Siapakah mereka?
Berbilang kaum di Malaysia,
Sama- sama menghargainya.

Uniknya Malaysia,
Tidak mengira agama dan bangsa,
Tidak mengira warna kulitnya,
Hargai variasi manusia,
Kita satu Malaysia.
2019,
Tahun keramat di seluruh dunia,
Tidak lupa juga Malaysia,
Covid-19 datang melanda.
Biarpun kita berbeza,
Kita tetap di negara yang sama,
Malaysia,
Tidak kira apa bangsa,
Tetap diatasi Covidnya
Corak kehidupan tidak sama,
Tidak mengira siapa,
Golongan biasa atau kayangan,
Tetap dilayan dengan saksama.
Berbanggalah kita,

Walau apa jua badai melanda,
Kepelbagaian yang ada di Malaysia,
Sama- sama kita hargainya.
Terima kasih semua,
Terima kasih para barisan hadapan,
Berjuang bermati- matian,
Demi kita semua,
Rakyat Malaysia.

PESERTA 2:
DIEOK HOGAN
TAJUK: PERPADUAN

Bumiku Malaysia
Tanah tumpah darah tercinta
Pelbagai warna budaya di dalamnya
Damai, harmoni, permai sentiasa
Di bawah naungan payung mahkota
Kita bangsa Malaysia
Bakal menerajui dunia

Pemimpin kita disegani merata
Rakyatnya berpadu mencipta sejarah
Melakar Malaysia di pentas dunia
Dengan semangat
Satu Malaysia

Maka!
Bersatulah bangsaku
Kita kibar nama bangsa
Berpadulah bangsaku
Kita gegarkan dunia

Kita berganding bahu
Menuju satu Malaysia
Cemerlang, gemilang, terbilang di dunia

Biarpun kita berbeza adat
Biarpun kita berlainan pendapat
Kita tetap Satu
Satu hati, satu jiwa, satu rasa
Nikmatnya kita kongsi bersama
Kerana kita Satu
Satu Malaysia

PESERTA 3:
CHANG CHIN YANG

TAJUK : MENGHARGAI ANUGERAH ALAM SEKITAR

Di tepi pantai putih bersih
Di tepi sungai yang mengalir deras
Di tepi tasik yang bergenang tenang
Indah nya alam ciptaan Tuhan

Namun, segalanya menjadi rosak
Kerana dicemari cebisan sampah
Oleh manusia yang tak sedar diri
Tanpa rasa bersalah mencemari
Walaupun hanya secebis

Secebis demi secebis
Menjadi selonggok
Indah akhirnya punah
Sedarlah insan, elakkan sampah
Agar alam kemabli segar
Dinikmati generasi selama-lamanya.



PESERTA 1:
NA ZI XIN
TAJUK SAJAK: HIJAU

Bumi yang tiada rimba,
Seumpama hamba,
Dia dicemar manusia,
Yang jahil ketawa..

Bumi yang tiada udara,
Bagai tiada nyawa,
Pasti hilang suatu hari,
Tanpa disedari..

Bumi tanpa lautan,
Akan kehausan,
Pasti lambat laun hilang,
Duniaku yang malang.

Dewasa ini kita saling merayakan,
Kejayaan yang akhirnya membinasakan,
Apalah gunanya kematangan fikiran,
Bila di jiwa kita masih lagi muda,
Dan mentah,
Ku lihat hijau.

Bumiku yang kian pudar,

Siapa yang melihat,
Di kala tersedar,
Mungkinkah terlewat..

Ciptaan : Mukhlis Noor


Click to View FlipBook Version