The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA
MESYUARAT PIBG KALI KE-8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by auninajwa91, 2021-04-09 12:36:38

BUKU PROGRAM PIBG SKBBM 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA
MESYUARAT PIBG KALI KE-8

Keywords: SKBBM MESYUARAT PIBG KALI KE-8

Sekolah Kebangsaan
Bandar Bukit Mahkota

Mesyuarat
Agung PIBG

Kali ke-8

10 April 2021
Sabtu

8.00 pagi
Kediaman Masing-masing

Aplikasi Zoom

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka
Surat
1. Muka depan
2. Isi Kandungan 1
3. Notis Mesyuarat 2
4. Ucapan YDP PIBG 4
5. Ucapan Guru Besar SKBBM 6
6. Atur Cara Majlis 8
7. AJK Pelaksana 10
8. Agenda mesyuarat 12
9. Minit Mesyuarat 14
10. Laporan Tahunan 16
11. Penyata Kewangan 31
12. Senarai AJK PIBG 2021/2022 43
13. Usul 48
14. Penghargaan 50
61



Notis
Mesyuarat

Notis Mesyuarat

Ucapan
YDP PIBG

Ucapan YDP PIBG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT…

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 8 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pentadbir, guru-guru

dan semua ibu bapa serta penjaga yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.
Pertama kali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung

PIBG pada tahun ini walaupun terdapat beberapa kekangan dari segi pelaksanaan. Tidak dapat
dijalankan secara bersemuka , kita jalankan secara maya. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini
merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk
melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Kami AJK PIBG sesi 2019/2020 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di
dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak di sekolah
ini. Sumbangan daripada tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-
program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita.
Pelbagai aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti yang telah
dijalankan ialah Penyerahan Sumbangan Kepada Anak-anak Asnaf semasa PKP, Program Back To
School, Membina Laluan Susur Gajah di Pra Sekolah, Membaikpulih Tandas Sekolah , Projek Naik Taraf
Pembesar Suara dan yang terbaru ialah Projek Laluan Kedua bagi laluan murid-murid sesi petang.
Harapan saya pada tahun ini, kita dapat untuk merealisasikan projek untuk membina bumbung gergasi
di antara blok untuk kemudahan anak-anak menjalankan pelbagai aktiviti. Di samping sumbangan
kewangan, pihak kami juga amat berharap agar ada di kalangan ibubapa dan penjaga yang berkerjaya
professional dapat menyumbang kepakaran untuk berkongsi idea dan sumbangan kepakaran agar
impian kita untuk melihat bumbung gergasi itu menjadi kenyataan kerana kewujudannya nanti memberi

impak maksima kepada suasana pembelajaran anak-anak.
Akhir kata, di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan
mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita
melihat anak-anak kita berjaya dari segi akademik dan akhlak mulia tercapai selaras dengan misi dan

visi Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DR. AHMAD YUNUS BIN MOHD NOOR
Yang Dipertua PIBG

SK Bandar Bukit Mahkota

Ucapan
Guru Besar

Ucapan Guru Besar

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG SKBBM kali ke-8 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang
dapat meluangkan masa. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan guru
untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program pendidikan di sekolah ini.

Mesyuarat Agung PIBG merupakan agenda penting yang akan diadakan setiap tahun. Penglibatan PIBG amat
perlu bagi memajukan sekolah. Ini dilaksanakan melalui pemuafakatan, perancangan yang teliti dan kerjasama yang era
antara ibu bapa dan guru. Sering diingatkan sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli PIBG untuk hadir ke
mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang , mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi
isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan anak-anak kita.

Oleh itu, kerjasama antara PIBG dan sekolah yang bertunjangkan pendukung amanah,komited, peka kepada
perubahan dan sentiasa menjadikan kecemerlangan dan kegemilangan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab
demi anak-anak bangsa perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Dunia pendidikan pada hari ini mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Pihak sekolah akan cuba sedaya
upaya untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Jawatankuasa PIBG sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya.
Kepentingan dan kebajikan anak-anak sentiasa dititikberatkan. Sumbangan ibu bapa melalui yuran PIBG telah digunakan
sebaiknya untuk membantu melancarkan program-program sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan
sahsiah murid.

Suka saya memaklumkan di sini bahawa SK Bandar Bukit Mahkota telah dicalonkan dalam Program Peluasan
KBAT KPM 2020/2021. Selain itu , SKBBM juga tersenarai dalam sekolah Transformasi TS25 kohort 6 2021. Sama-
samalah kita menggembeling tenaga untuk menjadikan SKBBM terus maju seiring dengan perkembangan pendidikan
terkini.

Saya bagi pihak warga SK Bandar Bukit Mahkota merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan kejayaan demi
kejayaan akan terus dicapai dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya kerjasama semua pihak
secara berterusan, maka anak-anak didik sekolah ini akan terbina menjadi insan yang cemerlang dari semua aspek.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-
anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada bangsa,agama dan
negara.

Sekian terima kasih

NUR HANANI BINTI MD NAFI
GURU BESAR

Atur Cara
Majlis

Atur Cara Majlis

Masa Perkara

8.00 Pagi Pendaftaran Secara Dalam Talian
Bacaan Doa
Ucapan Puan Guru Besar
(Pn. Nur Hanani Binti Md Nafi)

8.30 Pagi Ucapan YDP PIBG Dan Perasmian
(Dr Ahmad Yunus Bin Noor)
Tayangan Video Aktiviti Program PIBG
2019/2020

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 Bermula:
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali

Ke-7
- Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan
- Membentang Dan Menerima Penyata

Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
9.00 Pagi - Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi

2020/2021
- Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sesi

2021/2022
- Cabutan Bertuah Dalam Talian
- Membahaskan Usul-usul
- Ucapan Penangguhan

11.30 Pagi Majlis Bersurai

Senarai AJK
Pelaksana

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8

AJK PELAKSANA

PENGACARA MAJLIS BUKU PROGRAM PERSIAPAN TEMPAT
Pn Zuhaira Pn Auni Najwa En Nordin
Pn Nur Izdihar
Pn Wan Nursyahida Pn Fakhitah Fahmi
PENCATAT MINIT Pn Nazihah En Mohd Khirul
Pn Nor Edayu
MESYUARAT Pn Lisa Yanti En Ahmad As-Siddique
Pn Sharina (BM) PENGURUSAN USUL & En Zakuan
Pn Masliza (BI)
Pn Khaifarah (BA) JAWAPAN En Noor Asram
PENGERUSI SEMENTARA Pn Erni Marliana En Mohd Ridzuan

En Noor Izam Pn Rozita En Mohd Yusof
PENYEDIAAN BAHAN Pn Norsaleha TEKS UCAPAN
Cik Wan Nur Syamimi Pn Ardilawati
PENDAFTARAN Pn Mashita
Pn Amal Izzati Pn Nik Zulaikha Pn Siti Mariam
Pn Malia Pn Ruzilawati
MONTAJ BACAAN DOA JAMUAN
Ajk PIBG En Zulfathee Pn Azwa
DOKUMENTASI & Pn Murni Haiza
JURUGAMBAR Pn Tengku Norianee
Pn Siti Nor Adlina Pn Yusniyati
Pn Maizatul Emly Pn Salwani Mahanum
Pn Norhashimah
Pn Zarina TEKNIKAL &
BANNER PENGURUSAN
Pn Ezni Suhana PENGUNDIAN
Pn Barirahtulnadwa En Saharudin
CENDERAHATI, SIJIL & En Sharul Amrey
HADIAH En Mohamad Hafiz
Pn. Gan Wei Lee En Muhd Firdaus
Pn Nitty Fairuzz En Muhd Shukri
Pn Marziyana En Mohd Ma’arof
Pn Mariah En Pison
Pn Nik Noraisyah En Shahrul Fitri
Pn Rohana Pn Nur Sakinah
Pn Nur Syuhada
Pn Sharmila

Agenda
Mesyuarat

Agenda Mesyuarat

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1.0 Ucapan Penasihat
2.0 Ucapan YDP
3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung

Kali Ke-7
4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan

Tahunan
5.0 Membentangkan dan Menerima Penyata

Kewangan yang berakhir 31 Disember
2020
6.0 Pemilihan Jawatankuasa sesi
2021/2022
7.0 Membahaskan Usul-usul
8.0 Ucapan Penangguhan

Minit
Mesyuarat

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIB-G) KALI KE-7
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA
PENGGAL 2020/2021

Tarikh : 29 Februari 2020

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 – 11.50 pagi

Tempat : Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota

Bilangan Kehadiran : Sila rujuk lampiran

UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT

1.1 Guru Besar selaku Penasihat mengucapkan selamat datang kepada Yang Di-Pertua,
semua ahli jawatan kuasa dan semua ibu bapa kerana menghadiri Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-7 ini.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa beliau sudah berada di sekolah ini selama tiga tahun
dan banyak pembangunan dilakukan dan ianya berterusan. Pembangunan seperti Surau
Al I’tisom berkeluasan 44 x 80 kaki yang boleh memuatkan 400 orang murid dalam satu
masa. Walau bagaimanapun, surau tersebut tidak dapat menampung semua murid pada
hari Kokurikulum dan murid masih bersolat di foyer. Surau itu juga digunakan untuk
program motivasi Tahun 4, 5 dan 6.

1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa program-program Tahun 6 yang telah
dibentangkan pada tahun 2019 seperti motivasi dan bengkel teknik menjawab dijalankan
mengikut peruntukan yang dibayar oleh ibu bapa. Program yang terdekat adalah program
motivasi yang akan diadakan pada hari Jumaat (6 Mac 2020). Beliau menyeru ibu bapa
supaya menyegerakan bayaran berjumlah RM350.00 sekali gus ataupun secara ansuran.

1.4 Guru Besar memaklumkan pencapaian UPSR pada tahun lepas adalah yang terbaik
sepanjang tujuh tahun sekolah ini dibuka di mana seramai 16 orang murid mendapat 6A
dan seramai 184 daripada 231 orang murid lulus keseluruhan. Beliau memaklumkan juga
satu mata pelajaran gagal bermakna gagal keseluruhan. Peratus lulus keseluruhan adalah
79.65% dengan GPS sekolah 2.47. Peratus lulus adalah seperti berikut:

Mata pelajaran Lulus Mata pelajaran Lulus
BM Pemahaman 99.6% BI Penulisan 82.25%
BM Penulisan 100% Matematik 91.34%
BI Pemahaman 92.64% Sains 99.6%

Minit Mesyuarat

1.5 Guru Besar berharap agar intervensi diteruskan dari TOV Tahun 5 yang lemah
sehingga UPSR yang sebenar. Beliau juga berharap supaya ibu bapa memberi
perhatian kepada anak-anak kerana analisis pencapaian akan di bentang untuk
peperiksaan peringkat daerah dan negeri.

1.6 Guru Besar memaklumkan bahawa kelas tambahan di bawah kelolaan Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) untuk Tahun 1 – 5 dan Tahun 6 sudah
bermula yang diajar oleh guru-guru senior dan berpengalaman. Murid-murid
diasingkan mengikut markah dan mata pelajaran supaya mudah untuk guru-guru
memberikan bantuan. Program kelas tambahan Tahun 6 adalah seperti berikut:

1.6.1 Asah Minda (Isnin dan Selasa malam) – berbayar (RM80 sebulan)
1.6.2 Gilap Minda (Sabtu ke 2 dan 4) – percuma

1.7 Beliau juga memaklumkan bahawa para pentadbir turut menyumbang tenaga
dalam kelas tambahan:

1.7.1. Guru Besar dan Puan Suwaibatullaslamiah – Sains
1.7.2 Puan Rusni – Matematik
1.7.3 Puan Laili dan Puan Amalina – Bahasa Melayu

UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIB-G
2.1 Dr. Ahmad Yunus bin Mohd Noor, Yang DiPertua PIBG 2019/2020
mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 bagi tahun 2020. Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan Al Fatihah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin yang telah meluangkan masa cuti hujung minggu untuk
menghadiri mesyuarat pada hari ini.

2.2 Beliau juga menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang
prasarana sekolah. Perancangan diteruskan bagi melestarikan segala bentuk
program untuk kemenjadian murid-murid. Beliau juga mengalu-alukan sumbangan
bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi kemahiran untuk membantu
murid-murid berjaya dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.

2.3 Dr. Ahmad Yunus menyeru supaya ibu bapa cakna untuk menghantar anak-anak
ke sekolah dan tidak ponteng sekolah terutama sekali anak-anak yang lemah dalam
pelajaran. PIBG akan membantu sekolah dengan menyalurkan tenaga luar
sekiranya berlaku kekurangan guru untuk membantu murid-murid yang lemah ini.
Beliau memaklumkan akan memohon bantuan pelajar Kolej Universiti Islam
Selangor (KUIS) untuk membantu murid-murid lemah 3M sekurang-kurangnya
melepasi tahap minima.

Minit Mesyuarat

MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-6
3.1 Puan Amal Izzati binti Mohd Rasid selaku Setiausaha PIBG membentangkan
laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu. Beliau meminta hadirin menyemak
buku laporan dari muka surat 9 hingga 15.

3.2 Puan Amal Izzati menyatakan Cik Ezakiea Aisha binti Ruslan digantikan
dengannya selaku Setiausaha yang baharu.

3.3 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 6 disah dan disokong seperti berikut:
Pengesahan : Encik Zanariman bin Masuri
Sokongan : Nursakinah binti Zulkifli

MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIB-G KALI KE-6
4.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG dan
pihak sekolah sepanjang tahun 2019.

4.2 Beliau membentangkan aktiviti yang telah dijalankan oleh setiap biro. Hadirin
diminta merujuk Laporan Tahunan PIBG Tahun 2019, muka surat 17 dan 18:

4.2.1 Biro Keceriaan dan Pembangunan Sekolah
4.2.2 Biro Akademik
4.2.3 Biro Kokurikulum dan Sukan
4.2.4 Biro Sahsiah Murid dan Kebajikan
4.2.5 Biro Maklumat
4.2.6 Biro Keselamatan

4.3 Encik Khairul Izwan bin Ghazali mengusulkan supaya Biro Akademik
menyatakan statistik ataupun laporan berbentuk kuantitatif dan memaklumkan
jumlah sumber kewangan yang ada. Dr. Ahmad Yunus menerima usul tersebut dan
akan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.

MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN PIB-G KALI KE-6
5.1 Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang beraudit bagi
akaun tahunan berakhir pada 31 Disember 2019. Beliau meminta hadirin
menyemak buku laporan daripada muka surat 19 sehingga 25.

Minit Mesyuarat

5.2 Bendahari memaklumkan semua kutipan sumbangan PIBG dimasukkan ke dalam
akaun Maybank PIBG. Beliau membacakan transaksi penyata akaun Maybank di
bahagian penerimaan yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu sumbangan
PIBG, sumbangan lain-lain, sumbangan individu/syarikat dan sumbangan projek khas.

5.3 Beliau juga membacakan transaksi akaun Maybank di bahagian perbelanjaan yang
juga dibahagikan kepada empat bahagian iaitu aktiviti dan pembangunan sekolah,
asnaf dan anak yatim, Surau Al I’tisom dan pengeluaran projek khas. Seterusnya beliau
membacakan transaksi penyata . Kedua-dua penyata telah diaudit oleh ahli
jawatankuasa PIBG dan sekolah iaitu Puan Fakhitah dan Puan Rozita.

5.4 Yang Di-Pertua memohon agar hadirin menyemak penyata dengan betul supaya
penyata dapat disahkan dan disokong.
Pengesahan : Puan Azwa binti Haris
Sokongan : Encik Saharudin bin Saad

5.5 Puan Zurina binti Adnan memohon pembetulan tarikh pada Sijil Pemeriksa Kira-
Kira diubah dari 31 Disember 2018 kepada 31 Disember 2019 dan juga 6 Mac 2019
kepada 6 Februari 2020.

MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL

6.1 Yang Di-Pertua, Dr. Ahmad Yunus mencadangkan supaya mengekalkan bayaran
sumbangan PIBG sebanyak RM70.00 untuk satu keluarga. Cadangan ini disokong oleh
Encik Khairul Izwan.

6.2 Unit Kurikulum memohon mengadakan kutipan sumbangan wang daripada ibu
bapa Tahun 6 untuk Program Kecemerlangan UPSR sebanyak RM350.00, ibu bapa
Tahun 5 pula sebanyak RM50.00 dan Kelas Tambahan Tahun 6 (Gilap Minda) sebanyak
RM80.00. Encik Zulkifli membuat pembetulan dengan menambah ‘sebulan’ kepada
usul yang ke tiga menjadi ‘RM80.00 sebulan’. Usul dari Unit Kurikulum disokong secara
majoriti.

6.3 Unit Hal Ehwal Murid memohon mengadakan kutipan bayaran untuk Program
Kepimpinan Pengawas dan Lawatan Sambil Belajar. Jumlah kutipan akan dimaklumkan
kepada murid yang berkenaan sahaja. Encik Zulkifli bertanyakan tentang bayaran
kerana ianya tidak dijelaskan di dalam usul. Encik Saharudin menjelaskan usul ke dua
tersebut ditujukan kepada murid yang berkenaan sahaja, jadi bayaran tidak dapat
ditentukan lagi.

Minit Mesyuarat

6.4 Unit Hal Ehwal Murid juga memohon persetujuan daripada pihak ibu bapa bagi
membuat kutipan untuk Bayaran Keperluan Murid Tahun 1 sesi 2021. Perincian
keperluan adalah seperti berikut:

Tanda Nama Sula (4 keping) -RM5.00
Kawalan Lalu Lintas Minggu Transisi (RELA) -RM5.00
Kad Pinjaman Buku Berkomputer (PSS) -RM16.00
Program Transisi -RM14
Baju Rumah Sukan -RM16/17
Usul ini telah diterima dan dipersetujui sebulat suara.

6.5 Unit Kokurikulum mencadangkan aktiviti kokurikulum pada tahun 2021 dijalankan
pada waktu pagi iaitu 7.20 – 9.20 pagi. Pada tahun ini kokurikulum masih dijalankan
pada waktu petang iaitu 1.30 – 3.30 petang. Justifikasinya adalah cuaca pada waktu
petang sangat panas, murid-murid tidak dapat ke SRA pada hari Rabu, mengelakkan
masalah murid tidak datang kokurikulum tetapi pergi ke tempat lain dan
mengurangkan gangguan bunyi bising kepada murid-murid sesi petang. Encik
Afzanizam memohon penjelasan sekiranya kokurikulum dijalankan pada waktu pagi,
murid-murid akan kehilangan empat waktu PdP dan bagaimana pihak sekolah
memastikan silibus dihabiskan. Guru Besar menjelaskan empat masa akan dimasukkan
di hujung masa terakhir PdP dari hari Isnin hingga Khamis. Kesan daripada itu, murid-
murid sesi petang akan pulang pada pukul 6.40 petang.

6.6 Unit Kokurikulum mencadangkan penyelenggaraan van sekolah diuruskan secara
bersama dengan pihak PIBG. Guru Besar menjelaskan van tersebut dibeli olehnya
berharga RM20,000.00 secara tunai. Ia berusia 10 tahun, mempunyai 16 seater,
berkapasiti 2.2 cc dan dibeli pada tahun 2018. Diinsuranskan first party dan ianya
masih di bawah nama Guru Besar. Van tersebut pernah dipinjamkan kepada SK Jalan 3
untuk dibawa ke Kulim, Kedah. Segala baik pulih dibiayai sendiri oleh pihak sekolah.
Baru-baru ini van tersebut mempunyai masalah enjin. Oleh itu, pihak sekolah
memohon sumbangan PIBG bagi menampung kos baik pulih kerana van tersebut
sangat diperlukan untuk membawa murid-murid ke tempat pertandingan. Van akan
diserahkan kepada PIBG sekiranya Guru Besar berpindah. Encik Zulkifli bertanyakan
kos penyelenggaraan van dan Guru Besar menjawab kos dalam lingkungan RM100-
RM200.

6.7. Unit Kokurikulum memohon mengadakan kutipan bayaran untuk pendaftaran
keahlian unit beruniform NGO untuk murid Tahun 4, 5 dan 6. Jumlah bayaran adalah
berpandukan kepada yuran yang ditetapkan oleh badan uniform tersebut. Unit
Kokurikulum juga memohon mengadakan kutipan bayaran bagi setiap aktiviti unit
kokurikulum seperti perkhemahan, kem kepimpinan dan pembelian buku log.

Minit Mesyuarat

6.8 Unit Kokurikulum juga memohon mengadakan kutipan sumbangan bagi setiap
Program Pembangunan Sukan yang akan diadakan. Puan Zurina binti Adnan
mencadangkan supaya murid-murid menjana pendapatan daripada sumbangan yang
diterima untuk menampung perbelanjaan kelab/persatuan itu sendiri.

6.9 Encik Rizal bin Abdul Rahim memohon penjelasan tentang kelewatan menerima
tanda nama yang mana surat edaran telah diterima pada bulan September. Sehingga
bulan Disember dan sekolah dibuka, tanda nama masih belum diterima sehingga
menimbulkan masalah kepada ibu bapa untuk menjahit. Beliau mengharapkan tanda
nama sedia ada dikekalkan.

Jawapan: Boleh dapatkan maklumat lanjut dengan berhubung terus dengan guru
kelas anak ataupun dapatkan maklumat melalui group Whatsapp kelas. Kebiasaannya
guru kelas telah maklumkan tentang perkara tersebut. Puan Amalina menambah
permasalahan tanda nama ini berikutan borang yang lambat diterima semula daripada
pihak ibu bapa dan tempahan tidak dibuat secara menyeluruh. Beliau memberi
jaminan tanda nama akan diterima pada pertengahan bulan Mac.

6.10 Encik Shaharin bin Ishak mencadangkan agar T-shirt kokurikulum perlu
diperlihatkan ciri keselamatan kerana menimbulkan risiko kemalangan ketika murid
berada di jalan raya terutama di awal pagi berikutan warna baju yang gelap.

Jawapan: Ibu bapa boleh membekalkan atau minta anak-anak memakai vest pantul
cahaya terutamanya murid-murid yang menunggang basikal dan berjalan kaki. Ibu
bapa juga perlu cakna tentang tahap keselamatan anak masing-masing. Encik Khairul
Izwan menambah supaya penambahbaikan dilakukan pada baju seperti meletakkan
pantulan cahaya. Puan Rusni menyatakan sekiranya warna baju ditukar serta merta,
ianya memerlukan kos yang tinggi kerana pihak kedai buku masih mempunyai stok T-
shirt kokurikulum yang lama. Guru Besar pula membuat keputusan untuk menukar
warna baju dengan warna yang lebih terang bermula dengan Tahun 1 pada tahun
hadapan.

6.11 Encik Rizal bin Abdul Rahim menyatakan tentang program lawatan ke Kidzania
tidak perlu diadakan kerana pihak berkenaan mengaut keuntungan. Beliau
mencadangkan murid-murid dibawa ke muzium dan tempat-tempat yang memerlukan
kefahaman yang berkaitan subjek sains dan sejarah.

Jawapan: Program tersebut merupakan program anjuran JPN Selangor. Merupakan
program wajib dibuat setiap tahun. Ianya terbuka kepada murid-murid yang berminat
sahaja, bukan diwajibkan kepada semua murid. Murid-murid diberi pendedahan
berkaitan bidang kerjaya selepas tamat persekolahan semasa lawatan tersebut.

Minit Mesyuarat

6.12 Encik Zul Azrin bin Marji mencadangkan menu dan makanan di kantin perlu lebih
menarik dan dijual pada harga yang berpatutan.

Jawapan: Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan garis panduan penjualan makanan di
kantin sekolah. Terdapat juga jenis-jenis makanan yang dilarang dijual seperti roti krim
kerana mempunyai bahan pewarna, pelbagai jenis biskut kerana boleh mengakibatkan
obesiti, nugget dan sosej. Buah-buahan ada dijual tetapi bukan setiap hari.

HAL-HAL LAIN

7.1 Encik Khairul Izwan mencadangkan supaya petugas diletakkan di jalan utama laluan
kereta bagi membantu kelancaran lalu lintas, bukan di hadapan pintu pagar sekolah
sahaja. Dr. Ahmad Yunus bin Mohd Noor menyeru supaya ibu bapa menghormati dan
mematuhi arahan petugas.
7.2 Encik Rizal bin Abdul Rahim memohon supaya pekeliling lawatan ke Kidzania di
sebarluas untuk pengetahuan ibu bapa. Guru Besar menyatakan pekeliling itu ditujukan
kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling dari aspek pembinaan kerjaya.

7.3 Dr. Ahmad Yunus menyeru ibu bapa supaya memberikan kerjasama ketika
menghantar anak pada waktu pagi dan bersalam di rumah tanpa perlu berhenti dan
berbuat demikian di hadapan parkir sekolah yang boleh menyebabkan kesesakan lalu
lintas. Kawasan parkir adalah terhad untuk disediakan kepada semua ibu bapa.

7.4 Guru Besar membangkitkan usul pengusul yang tidak hadir berkenaan peruntukan
membina bumbung dari pintu pagar kecil hingga ke tempat hentian bas/van sekolah
supaya anak-anak tidak kena tempias hujan. Beliau memaklumkan sudah ada penderma
untuk membuat bumbung dari hentian bas hingga ke hujung jalan tempat menunggu
bas/van. Status sekarang masih menunggu sebut harga dari pihak kontraktor. Guru Besar
memohon kepada PIBG untuk menampung kos memecah tembok untuk membuat
tangga di prasekolah. Dengan itu, sekolah akan mempunyai dua pintu masuk dan keluar.

7.5 Puan Amalina juga membangkitkan usul pengusul yang tidak hadir berkenaan
pengusaha kantin perlu menitikberatkan kebersihan dan seboleh mungkin mengajikan
pekerja tempatan kerana pekerja asing tidak menjaga kebersihan. Pengusul juga
menyatakan anaknya pernah terjumpa lipas di dalam makanan dan kutu beras di dalam
nasi. Puan Amalina menjawab pihak pengusaha kantin telah banyak melakukan
perubahan dan baru-baru ini Jabatan Kesihatan Kajang telah datang membuat
pemantauan dan kantin mendapat gred A. Harga makanan juga telah ditetapkan dalam
perjanjian/kontrak. Pengusaha juga mengambil inisiatif memasang CCTV untuk
memantau pekerja-pekerjanya selepas isu tidak memulangkan duit baki kepada murid
OKU. Beliau juga menyatakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja di kantin kerana gaji
yang rendah.

Minit Mesyuarat

7.6 Encik Zul Azrin bin Marji menanyakan sekiranya ada menjalani food testing
sebelum menerima pengusaha kantin. Guru Besar menjelaskan bukan hanya food
testing, guru-guru juga diminta merasa makanan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) sebelum diberikan kepada murid-murid. Encik Zul Azrin kemudian
menanyakan tender kantin dipilih oleh pihak sekolah ataupun KPM. Guru Besar
menjelaskan tender kantin diperbaharui setiap 2-3 tahun sekali dan dipilih oleh
pihak sekolah. Beliau dan Dr. Ahmad Yunus akan berjumpa dengan pengusaha
kantin untuk menyelesaikan isu ini. Guru-guru AJK Kantin sentiasa membuat
laporan tentang kantin dan menerima/menjawab semua aduan. Guru Besar juga
menyeru murid-murid supaya membawa makanan yang mengandungi benda asing
ke pejabat dan surat amaran akan dikeluarkan.

7.7 Dr. Ahmad Yunus memaklumkan berlaku perubahan jawatankuasa PIBG seperti
berikut:

7.6.1 Encik Khairol Nizam menarik diri daripada jawatan Naib Yang Di-
Pertua. Melalui lantikan dalaman
maka Dr. Edy Hafizan dilantik menggantikan tempat beliau.

7.6.2 Puan Nurhana Firhani binti Abdul Azis menarik diri dari jawatan
Bendahari dan digantikan dengan
Puan Malia binti Mansor.

7.6.3 Jawatan Dr. Edy Hafizan sebagai AJK digantikan dengan Encik
Saharudin bin Saad.

7.6.4 Puan Azwa binti Haris dilantik menjadi ahli jawatankuasa yang
baharu.

7.8 Encik Saharudin mengusulkan mesyuarat PIBG dipendekkan atau diberi
ketetapan masa contohnya maksimum 2 jam.
7.9 Puan Laili mencadangkan supaya Whatsapp group kelas mempunyai had masa
dan perlu dipatuhi oleh semua ibu bapa iaitu pada pukul 8.00 pagi sehingga 8.00
malam sahaja.

UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh:
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Bandar Bukit Mahkota

KEHADIRAN

KEHADIRAN

KEHADIRAN

KEHADIRAN

KEHADIRAN

KEHADIRAN

Laporan
Tahunan

Senarai AJK PIBG
2020/2021

Penasihat Pn Nur Hanani bt Md Nafi
Yang Di-Pertua Dr Ahmad Yunus bin Mohd Noor
Naib Yang Di-Pertua Dr Edy Hafizan bin Mohd Shahali
Setiausaha Kehormat Pn Amal Izzati binti Mohd Rasid
Bendahari Kehormat Pn Malia binti Mansor
AJK Ibu Bapa En Shahrul Amrey bin Abdul Rahman
En Noordin bin Zaid
AJK Guru En Saharudin bin Saat
Pn Murni Haiza bt Che Morad
Pemeriksa Kira- Pn Gan Wei Lee
kira (Ibu Bapa) Pn Nitty Fairuzz binti Ismail
Pemeriksa Kira- Pn Azwa binti Haris
kira (Guru) En Mohd Nasrol bin Mohd Soludi
En Mohamad Nor Hakim bin Hamid
Pn Siti Mariam binti Ismail
Pn Junaidah binti Suar
Pn Fakhitah Fahmi binti Mohd Ibrahim

Pn Rozita binti Ikhsan

Laporan Kehadiran

KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG 2020/2021

BIL NAMA KALI KALI KALI KALI JUMLAH

DR. AHMAD YUNUS BIN MOHD PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT
1
/ // / 4
NOOR
DR. EDY HAFIZAN BIN MOHD / X/ / 3
2
SHAHALI / // / 4
PN.AMAL IZZATI BT MOHD / // / 4
3 / X/ X 2
RASID / X/ / 3
4 PN.MALIA BINTI MANSOR / X/ / 3
EN. SHARUL AMREY BIN ABDUL / X/ / 3
5 X X/ / 2
RAHMAN / // / 2
6 EN. NOORDIN BIN ZAID X // / 3
X /X X 1
7 EN.SAHARUDIN BIN SAAT
PN. MURNI HAIZA BT CHE / X/ / 3

8 / XX X 1
MORAD / // X 3
/ XX / 2
9 PN. GAN WEI LEE / X/ X 2
PN. NITTY FAIRUZZ BINTI

10
ISMAIL

11 PN.AZWA BINTI HARIS
EN. MOHD NASROL BIN MOHD

12
SOLUDI
EN. MOHAMAD NOR HAKIM BIN

13
HAMID
PN.SITI MARIAM BINTI

14
ISMAIL

15 PN. JUNAIDAH BINTI SUAR
PN.FAKHITAH FAHMI BT MOHD

16
IBRAHIM

17 PN.ROZITA BINTI IKHSAN

Gotong-royong
Keceriaan Kelas

Aktiviti yang terawal dilaksanakan bagi
mewujudkan suasana kelas yang kondusif dan
selesa untuk pembelajaran anak-anak SKBBM.

Sumbangan Ramadhan
& Covid-19

Jaringan kerjasama antara pihak PIBG dan para
guru untuk mencari dana dan menyampaikan

sumbangan kepada anak-anak asnaf dan mereka
yang terjejas semasa COVID-19 2020.

Sumbangan Kipas & Baik
Pulih di Sekitar Foyer

Inisiatif daripada salah seorang AJK PIBG yang
telah memberi sumbangan peribadi untuk
memasang kipas dan menyimen semula

kawasan-kawasan yang pecah untuk kegunaan
dan keselesaan murid-murid SKBBM.

Sumbangan Kerusi Roda

Inisiatif daripada salah seorang AJK PIBG
mencari penyumbang untuk satu buah unit
kerusi roda. Kerusi roda ini digunakan oleh

seorang murid Tahun 5 yang mengalami
masalah saraf.

Projek Pembinaan
Laluan Kedua

Inisiatif daripada pihak PIBG bagi
mengurangkan kesesakan murid ketika waktu
datang dan balik dari sekolah. Ini adalah bagi

memastikan SOP penjarakan sosial dalam
kalangan murid dapat dilaksanakan dengan

sebaiknya.

Projek Baik Pulih
Tandas

Inisiatif daripada pihak PIBG untuk membaiki
kerosakan di semua tandas bagi memastikan
semua tandas dapat berfungsi dengan baik

untuk kegunaan anak-anak di SKBBM.

Sumbangan Baja &
Anak Pokok

Inisiatif daripada pihak PIBG untuk membantu
pihak sekolah menjayakan salah satu program

eco green di sekolah.

Pertukaran Nama dan
Baik Pulih Van Sekolah

Inisiatif daripada pihak PIBG untuk
menguruskan pertukaran pemilikan van
daripada nama penyumbang kepada nama PIBG

SKBBM.

Naik Taraf Pembesar
Suara

Inisiatif daripada pihak PIBG untuk menaik taraf
alat pembesar suara bagi memudahkan

penyebaran maklumat kepada semua warga
SKBBM terutamanya dalam proses penyuraian

murid untuk balik ke rumah.

Penyata
Kewangan

Penyata Kewangan

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

Baki awal pada 01.01.2020 RM RM
Aktiviti & Pembangunan Sekolah 12,225.21
Sumbangan Asnaf & Anak Yatim 3,530.85 93,334.64
Sumbangan Kebajikan 422.78
Solidariti UPSR 140.00
Sumbangan Back To School 805.00 93,757.42
International Academic Festival - Songkhla 500.00
Sumbangan Individu Terkumpul 500.00 53,679.60
Dana Bumbung Gergasi 490.00 5,810.00
75,143.58
Baki tunai di bank -
Baki tunai di tangan (Petty Cash) 53,590.00
Baki awal wang PIBG 89.60 32,917.00

PENERIMAAN 11,754.00
Nota 1 Sumbangan PIBG 197,918.02

Kutipan Tahun 2020

Lebihan Peruntukan AGM 2019/2020

Yuran Pendaftaran Tahun 1 5,810.00

Sumbangan Lain-lain -
Komisen Sahabat SSPN-I
29,087.00
Sumbangan Individu / Syarikat 100.00
Sumbangan Asnaf dan Anak Yatim (PKP)
Sumbangan Kebajikan 1,730.00
Sumbangan individu terkumpul 2,000.00
Lembaga Zakat - Songkhla
4,830.00
Sumbangan Projek Khas 3,725.00
Sumbangan Susur Gajah Pra 1,420.00
Sumbangan Bumbung Gergasi 1,632.00
Sumbangan Laluan Ke 2
Sumbangan Back To School 147.00
Sumbangan Surau Al-I'tisom

JUMLAH PENERIMAAN

Penyata Kewangan

PERBELANJAAN 4,162.28 26,869.78
Aktiviti & Pembangunan Sekolah 22,700.00 6,067.00
Pembayaran Unifi Sekolah Jan-Dis 4,000.00
Nota 2 Program Sekolah 7.50 28,077.00
Caj Bank 6,067.00 4,680.00
69,693.78
Nota 3 Lain-lain 4,000.00
128,224.24
International Academic Festival - Songkhla 28,077.00
128,224.24
Asnaf dan Anak Yatim 4,680.00 128,224.24
Sumbangan Asnaf dan Anak Yatim PKP
197,918.02 -
Pengeluaran Projek Khas (69,693.78) 128,224.24
Susur Gajah Pra Sekolah
31,890.81
JUMLAH PERBELANJAAN 4,540.85

Baki akhir pada 31.12.2020 805.00
JUMLAH PENERIMAAN 2,132.00
JUMLAH PERBELANJAAN
240.00
Baki akhir wang PIBG: 2,220.00
78,868.58
Aktiviti & Pembangunan Sekolah
Sumbangan Asnaf & Anak Yatim 147.00
Solidariti UPSR 150.00
Sumbangan Back To School 1,420.00
Sumbangan Kebajikan 5,810.00
Sumbangan Individu Terkumpul
Bumbung Gergasi
Sumbangan Surau Al-I'tisom
Sumbangan Susur Gajah Pra Sekolah
Sumbangan Laluan Ke2
Yuran Pendaftaran Tahun 1

Baki tunai di bank
Baki tunai di tangan (Petty Cash)

Penyata Kewangan

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT MAHKOTA
NOTA KEPADA PENYATA TAHUN BERAKHIR 31 Disember 2019

Nota 1 SUMBANGAN PIBG 2019 (Kutipan Tunggakan) RM
RM70 x 1 keluarga
70.00 70.00
SUMBANGAN PIBG 2020
RM70 x 1 keluarga 70.00 53520.00
RM50 x 1069 keluarga 53450.00 53,590.00

Nota 2 Program sekolah 2,520.00
Mesyuarat Agung PIBG 2020
5,000.00
Program Pentadbiran/Kurikulum 7,800.00
Penambahbaikkan Prasarana(Keceriaan Bilik Khas) 3,880.00
LCD Foyer SKBBM ( EMJ Global) 3,500.00

Program Hal Ehwal Murid -
Program Keceriaan Kelas 22,700.00
Sambutan Hari Kanak-kanak
53.00
Program Kokurikulum 486.00
1,026.00
Nota 3 Lain-lain 702.00
Bayaran Jamuan Mesyuarat PIBG Kali 1/2020 2,000.00
Bayaran Guru Ganti Okt 2020 1,800.00
Bayaran Guru Ganti Nov 2020 6,067.00
Bayaran Guru Ganti Dis 2020
Jamuan Hari Raya & Hari Guru
Servis van sekolah (NST Auto Services)



Senarai AJK
PIBG

2021/2022

Senarai AJK PIBG
2021/2022

Yang Di-Pertua
Naib Yang Di-Pertua
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
AJK Ibu Bapa

AJK Guru

Pemeriksa Kira-kira
(Ibu Bapa)
Pemeriksa Kira-kira
(Guru)

Usul


Click to View FlipBook Version