Latar Belakang Perkembangan pendidikan dewasa ini telah tidak hanya tertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, bahagian sukan SMK (P) Air Panas telah menganjurkan Karnival Permainan bermula pada 26 Januari 2024, 2 & 8 Februari 2024. Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas kepada para murid. Di samping itu, murid mampu menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri murid dapat direalisasikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Matlamat .Memupuk minat murid , komited dan berdaya saing dan efisien. Mencungkil dan mengembangkan potensi murid dalam bidang kokurikulum. Menyediakan pasukan sukan sekolah yang mantap dan bersedia untuk menyertai kejohanan pada peringkat Zon, Negeri dan Negara. Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan dalam bidang kokurikulum. Menggalakkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum. Objektif
Senarai Pemenang
Ahli Jawatankuasa
Sekalung Penghargaan Pasukan pelaksana Karnival Sukan dan Permainan 2024 ingin merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan seluruh warga SMK (P) Air Panas serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.