The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zira Amra, 2021-01-20 10:57:13

Kertas Kerja Program ETEC

Kertas Kerja Program ETEC

KERTAS KERJA PROGRAM ETEC

SMK UNGKU AZIZ, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR
2021

1.0 Tajuk Program :

Program ‘ETEC’- extra time extra care

2.0 Latar Belakang

Program ETEC merupakan Program ulangkaji berfokus kepada calon Spm 2021 yang dianjurkan
oleh Unit Akademik dengan Prozas di bawah program Transformasi Sekolah. Program ini memberi
pendedahan kepada pelajar - pelajar tentang tips - tips dalam menjawab dan menghadapi peperiksaan
yang tertangguh ke bulan februari kerana pandemic Covid 19.
3.0 Justifikasi
Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada calon peperiksaan untuk meningkatkan
motivasi diri sebelum menghadapi peperiksaan disamping dapat mengukuhkan konsep atau topik
yang masih belum dikuasai dengan baik.program ini dilaksanakan kerana semasa PKP dan PKPB
diumumkan pdpc digantikan dengan pdpr. Sambutan pdpr sangat tidak memberangsangkan, maka
dengan itu diharapkan program ETEC dapat membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan kelak.
4.0 Matlamat
1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan peperiksaan dan meningkatkan motivasi
pelajar untuk belajar.
2. Memastikan bahawa para pelajar mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
3. Menyediakan peluang untuk calon Spm mendapatkan tips- tips bagi menghadapi peperiksaan.
4. Memberi peluang kepada calon Spm untuk mengajukan soalan- soalan penting sebelum subjek
peperiksaan tersebut bermula.

5.0 Butir-Butir Program

Program ETEC

Tarikh : 22 Januari 2021 – 18 Februari 2021
Masa : 1.00 p.m – 3.45 p.m
Tempat : Dewan Professor, MBMMBI

6.0 Sasaran peserta
Pelajar tingkatan 5

7.0 Implikasi kewangan
Rujuk Lampiran

8.0 Tentatif program ETEC
Rujuk Lampiran

9.0 Pelan Kotegensi
Sekiranya terdapat kekangan, pihak program akan mengadakan program tersebut pada hari

sabtu sehingga menjelang peperiksaan sebenar. Diharapkan program seumpama ini sedikit sebanyak
dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan diri dan menunjukkan perubahan sikap
ke arah daya saing dan kesungguhan pelajar dalam menghadapi peperiksaan Spm.

Disediakan oleh:

(DR HAZIRAH BT AMRAN)

Disemak oleh:

Disahkan oleh:


Click to View FlipBook Version