BME625 RETORIK (BAHASA MELAYU) SEJARAH PERKEMBANGAN RETORIK
• Secara ringkasnya, retorik ialah penggunaan bahasa yang berkesan dan boleh mempengaruhi audiens. • Retorik telah lama wujud dalam kehidupan, merangkuni kesusasteraan, perniagaan dan kehakiman. • Yunani (Greece) dikatakan sebagai tapak permulaan retorik.
Zaman Pra-Yunani • Orang-orang Mesopotamia yang peradaban mereka yang mendapat jolokan the cradle of civilization , mengembangkan kemahiran retorik mereka bagi upacara keagamaan – upacara pengorbanan, penyembahan kepada Dewa dll.
Zaman Yunani • Yunani dianggap tapak permulaan bidang retorik. • Homer tegaskan kepentinagn retorik dalam kehidupan seharian • Pada zaman ini, aktiviti spt perbicaraan, pengadilan, perdebatan politik, perniagaan diakukan secara lisan. • Setiap rakyat yang terlibat dalam aktiviti tersebut perlu kuasai retorik agar kes mereka didengar dan dipertimbangkan dengan adil.
• Tanpa retorik: • Perniagaan tidak Berjaya • Perbicaraan kes tidak berjaya • Jadi retorik menjadi perkara PENTING dalam kehidupan mereka • Huraian sistem retorik dimulakan oleh orang Syracuse di Pulau Sicilia, sebuah koloni Yunani yang berada di bawah pemerintahan tiran. • Pemerintahan pihak tiran yang mendatangkan tekanan kepada kaum ini memungkinkan mereka bijak beretorik demi mempertahankan hak mereka. • Corax muncul di kalangan kaum ini dan pernah menghasilkan sebuah majalah bertajuk Teche Logon (Seni Kata-Kata)
• Corax menyedari keperluan menguasai seni retorik bagi memenangi sesuatu perbicaraan di mahkamah. • Maka beliau menulis buku “Art of Rhetoric’ –mengajar cara menguasai retorik.
• Corax mengkategorikan pidato kepada 5 bahagian: • Pendahuluan (15%) • Huraian • Argumen (hujah) ----- huraian, argumen dan penjelasan (isi) – (75%) • Penjelasan tambahan • Kesimpulann (10%)
Abad Pertengahan • Sejak zaman Yunani hingga Romawi, retorik sering dikaitkan dengan kenegarawanan • Pengucap kebanyakannya terlibat dalam bidang politik • Seni retorik menyumbang dari abad keempat hingga abad keempat belas bukan hanya dengan kaedah bercakap dan menulis dengan baik, menyusun surat dan petisyen, khutbah dan solat, dokumen undang-undang, puisi dan prosa, tetapi kepada kanun tafsiran undang-undang dan kitab suci, dan juga kepada perumusan siasatan saintifik.
Tokoh-Tokoh Retorik • Isocrates (436-338 SM) • Ahli falsafah Yunani dan pakar retorik • Mendefinisikan retorik sebagai ‘seni pemujukan’ • Dikatakan sebagai pengasas falsafah Barat • Menjadi ikutan Plato
• Semua rujukan kepada Socrates dikatakan sebagai alat retorik oleh orang-orang seperti Plato (untuk menunjukkan mereka mempunyai rujukan hebat) • Menggariskan 3 ciri asas pemidato berjaya: • Miliki minat mendalam • Bakat mempelajari bidang pidato • Mendapat tunjuk ajar yang betul (daripada guru yang menguasai kemahiran berpidato.
Plato Lahir – 427 SM Ahli falsafah terkenal Pemikirannya dipengaruhi oleh Socrates Plato – nama yang diberi oleh gurunya kerana bahunya yang lebar Berasal daripada keluarga aristokrasi yang turuntemurun memegang jawatan politik Athens Pemikiran yang dicetuskan : Pendapat beliau tentang idea – suatu ajaran yang sukar difahami Karya terkenal –Republik (Negeri) yang menghuraikan tentang ‘ideal’
Aristotle • Ahli falsafah yang lahir pada 384 SM di Stagira di • Utara Yunani • Banyak dipengaruhi oleh Plato • Berbangsa Greek • Lahir dalam keluarga yang kaya dan alim • Dikatakan guru kepada Alexander the Great • Mengasaskan Lyceum -sebuah komuniti yang menjalankan penyelidikan • Menghasilkan tidak kurang daripada 400 buku merangkumi pelbagai cabang pengetahuan – ekonomi, moral, metafizikzoologi, geologi, meteorologi dll
• Mempelajari semua bidang pengetahuan yang mungkin pada zaman beliau • Anak murid Plato • Plato mempunyai pandangan negatif terhadap retorik – Aristotle menentangnya
• Plato berpandangan –retorik sesuatu yang lemah dan membahayakan. Hal ini ditentang oleh Aristotle • Aristotle sebaiknya menyatakan retorik sebagai sesuatu yang kuat dan menguntungkan • Aristotle menegaskan bahawa penyalahgunaan retorik tidak terletak pada retorik itu sendiri, tetapi kesalahan tersebut ialah pada pengguna retorik yang menggunakan retorik bagi tujuan yang negatif. • Contoh retorik yang disalah guna pada masa sekarang: • Ahli politik dikatakan menggunakan retorik dalam ucapannya (gunakan kata-kata yang menarik untuk janji kosong bagi memancing undi)
Aristotle mengenal pasti 3 bidang utama retorik: • 1. Pengucapan deliberatif-misalnya ucapan Perdana Menteri di kabinet apabila membentangkan rancangan atau wawasan sesebuah negara. • 2. Pengucapan forensik- di mahkamah apabila pegawai perundangan mempertimbang keadilan sesuatu perkara. • 3, Pengucapan panegyric-sempena kepentingan sesuatu acara atau majlis. Misalnya: kata-kata khas atau doa yang digunakan dalam upacara-upacara keagamaan tertentu. • (dipetik dan diubah suai dari Amida (2015)
PRINSIP-PRINSIP ASAS RETORIK ARISTOTLE (5 HUKUM RETORIK – The five Canons of Rhethorics) (berdasarkan Aristotle dan ahli retorik klasik) • Inventio (penemuan) • Dispositio (penyusunan) • Elocutio (gaya) • Memoria (memori) • Pronuntiatio (penyampaian)
a. Inventio Zulkifli (1995) – Inventio ialah usaha pencarian dan penggarapan isi perbincangan, mencakupi status, isu dan pembuktian.
• Pada tahap ini: • pengucap menggali topik dan meneliti khalayak untuk mengetahui kaedah pemujukan yang paling tepat. • Pengucap merumuskan tujuan dan mengumpul bahan yang sesuai dengan tahap khalayak. • Hal ini bermakna melihat siapakah audiens dan daripada ini, pengucap akan mencari cara mempengaruhi audiens, misalnya kalau audiens ialah pensyarah universiti berbeza cara mempengaruhi mereka berbandin pelajar SPM.
• Menerusi inventio, Aristotle menyarankan 3 cara • mempengaruhi manusia: • i. Ethos (kreadibiliti pengucap) • pengucap hendaklah menyatakan kepada audiensnya bahawa dia seorang yang berpengetahuan luas tentang topik yang dibincangkan, seorang yang jujur dan mempunyai reputasi sebagai seorang yang terhormat
Contoh ethos • Contoh 1: apabila seseorang pengucap menyatakan “Saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang ini” menunjukkan beliau menunjukkan kreadibiliti beliau dalam bidang tersebut agar audiens mempefrcayai kebolehan beliau. • Contoh 2: Penampilan juga dikatakan sebagai ethos kerana dari penampilan, audiens dapat menilai kredibiliti seseorang.
• ii. Pathos (Rayuan Emosi) • Menyentuh hati audiens melalui elemen perasaan, harapan, kebencian, kasih sayang dan simpati • Contoh rayuan pathos: • Pihak yang mendera kanak-kanak perlu dihukum dengan hukuman setimpal. Bayangkan apalah dosa kanak-kanak hingga dipukul, dicampak, diperlakukan seperti barang tidak bernyawa hingga mengakibatkan kecacatan, trauma dan kematian. Anda mungkin juga punya anak dan anda pasti punya rasa marah terhadap pihak yang tidak berperikemanusiaan ini. • Pernyataan ni dapat mempengaruhi audiens untuk bersimpatui dengan nasib kanak-kanak yang didera • Cuba pelajar kemukakan contoh lain?
• iii. Logos (Logik/Bukti) • Meyakinkan audiens dengan hujah-hujah yang mempunyai bukti • Hal ini bermakna apa-apa yang dikemukakan harus disertakan bukti agar audiens mempercayai akan kebenaran perkara yang disampaikan. • Bukti boleh berbentuk pengalaman hidup, statistik, video dan sebagainya
b. dispositio (penyusunan) • Pada tahap ini: • Pengucap menyusun pidato bagi membentuk struktur ucapan yang kemas • Aristotle menyebutnya sebagai “taxis” iaitu pembahagian • Pidato harus dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kebiasaan cara berfikir manusia iaitu • pengenalan • pernyataan • hujah • epilog (rumusan/bahagian akhir/penutup)
c. Elocutio (gaya) • Pada tahap ini: • Pengucap memilih kata-kata dan menggunakan bahasa yang tepat bagi memperkemas pidatonya • Aristotle menyatakan gunakan bahasa yang tepat, benar dan dapat diterima, pilih kata-kata yang jelas dan langsung, sampaikan kalimah yang indah, mulia dan sesuaikan bahasa dengan pidato dan audiens . • Bincangkan contoh-contohnya.
d. Memoria (memori) • Pada tahap ini: • pengucap harus mengingati perkara yang ingin disampaikan mengikut susunan • Pada zaman klasik, memoria lebih menjurus kepada penghafalan kerana pengucap menyampaikan ucapan yang dihafal • Pada zaman moden, kebanyakan pengucap menyampaikan ucapan menerusi pembacaan teks yang disediakan • Sekarang pelbagai bahan digunakan untuk menggantikan teks atau manuskrip
e. Pronuntiatio (penyampaian) • Pada tahap ini: • pengucap menyampaikan mesej secara lisan. • aspek paralinguistik memainkan peranan penting –intonasi suara, bahasa badan, pandangan mata dan lain-lain. • Kaedah penyampaian boleh dapat bentuk spontan (impromptu), membaca teks atau penghafalan
Kesimpulan • Pada masa ini konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undangundang, hubungan awam, pemasaran dan • pengiklanan kepada bidang lain seperti linguistik, kemanusiaan, agama, sains, sains sosial, kewartawanan, sejarah, kesusasteraan dan seni bina. • Pendek kata, semua bidang memerlukan retorik
Rujukan • Abdul Mua’ti@Zamri bin Ahmad. 2007. Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. • Amida Abdulhamid (2015). Retorik: Yang Indah Itu Bahasa . Kuala Lumur. Dewan Bahad]sa dan Pustaka.