The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi pelbagai nasihat, saranan, dan panduan penting kepada semua warga sekolah dalam pengoperasian sekolah Penggal 3/2021-2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bro Dean Bhd, 2022-01-07 21:07:31

RISALAH RASALAH 'Dari Hati Ke Hati' 2022

Mengandungi pelbagai nasihat, saranan, dan panduan penting kepada semua warga sekolah dalam pengoperasian sekolah Penggal 3/2021-2022

Keywords: Pengoperasian SK South 2022

34 gambar
yang sangat penting untuk dibaca dan diberi
perhatian oleh semua murid, ibu, bapa, &
penjaga

Selepas membaca Wow, satu buku Terima kasih
buku digital ini digital yang cikgu! Baru tau…
saya jadi faham berinformasi !

SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH
MIRI

SARAWAK
YBB4102

SeNARAI 1

#KITAJAGAKITA

Senarai semak
pengoperasian
sekolah 2022

tiga Sekolah kebangsaan south

Tuala
kecil

SeNARAI 2

#KITAJAGAKITA

Senarai semak
pengoperasian
sekolah 2022

lapan

BEKAL
MAKANAN

DAN
MINUMAN

Sekolah kebangsaan south

PENTING SANGAT NI…

SENARAI KUMPULAN

&

PENTING

HANYA MURID
T3,4,& 5
SAHAJA

MINGGU / TARIKH KUMPULAN A KUMPULAN B

M43 (10-14 JANUARI 2022) HADIR BERSEMUKA PDPR

M44 (17-21 JANUARI 2022) PDPR HADIR
BERSEMUKA

M45 (24-28 JANUARI 2022) HADIR BERSEMUKA PDPR

M46 (31 JANUARI – PDPR HADIR
BERSEMUKA
4 FEBRUARI 2022)

M47 (7 – 11 FEBRUARI 2022) HADIR BERSEMUKA PDPR

M48 (14 - 18 FEBRUARI 2022) PDPR HADIR
BERSEMUKA

M49 (21 – 25 FEBRUARI 2022) HADIR BERSEMUKA PDPR

SILA RUJUK SENARAI NAMA ANAK MASING-MASING PADA JADUAL KUMPULAN
DARI GURU KELAS MASING-MASING

Nota Satu

Facemask (pelitup muka) &
HAND-SANITIZERS (sanitizer

tangan)

Galakkan anak supaya pakai
face-mask sepanjang masa

Bekalkan anak extra face mask kalau
boleh 2-4 keping (masukkah dalam plastik)

Bimbing anak cara melupuskan
face-mask dengan betul

Sentiasa bekalkan anak dengan
hand-sanitizer

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ Galakkan anak supaya pakai face-mask
sepanjang masa.
✏️Bekalkan anak extra face mask kalau boleh 2-4
keping, simpan di dalam plastik atau bekas khas
dan simpan di dalam beg. Saya tidak galakkan
murid pakai face mask yang sama dari pagi
hingga tengah hari. Selepas makan waktu rehat
biasanya saya suruh tukar yang baru. Begitu juga
kes tali face mask terputus, mask jatuh di lantai
dan mask jatuh di tandas. Jadi lebih elok sekiranya
bawa lebih face-mask sebagai spare.
✏️ Bimbing anak cara melupuskan face-mask
dengan betul
✏️Sentiasa bekalkan anak dengan hand-sanitizer.
Nasihatkan anak agar sentiasa pakai hand-
sanitizer bukan hanya sebelum makan atau
selepas ke tandas sahaja.
✏️ Kelas ada menyediakan hand-sanitizer tetapi
lebih elok sekiranya murid ada hand-sanitizer
masing-masing untuk meminimumkan perkongsian
barang-barang.

Nota Dua

Parking sebarang !

Kenderaan ibu bapa penjaga tidak
dibenarkan masuk sekolah

Demi keselamatan, jangan parking
seberang jalan

Demi keselamatan, jangan parking
depan pintu masuk & keluar sekolah

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ Banyak kali berlaku, ada parents parking seberang
jalan sebab nak cepat, boleh eksiden dan merbahaya.
Nyaris berlaku kemalangan budak melintas jalan dari
seberang
✏️ Jangan tinggalkan baby, anak kecil dalam kereta
✏️ Demi keselamatan, jangan parking depan pintu masuk
dan keluar sekolah, ada line kuning di sana

Nota Tiga

TUALA KECIL

Bekalkan anak dengan tuala kecil
untuk lap tangan selepas mencuci

tangan
Bekalkan juga tuala untuk lap hingus,
tapi jika berhingus dan tak sihat, elok
rehat dirumah sahaja

Boleh juga bekalkan tissue atau
wet-tissue

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ Bekalkan anak dengan tuala kecil untuk lap tangan
selepas mencuci tangan. Nasihatkan anak jangan guna
tuala yang sama untuk lap meja, selalu terjadi ya ‍♀‍
✏️ Bekalkan juga tuala untuk lap hingus, tapi jika
berhingus dan tak sihat, elok rehat dirumah sahaja.
✏️ Boleh juga bekalkan tissue atau wet-tissue TETAPI
nasihatkan anak agar tidak buang tisu sebarangan
terutama di dalam laci meja. Yang sering terjadi, murid
suka buang tisu dalam laci meja, cikgu jadi tukang kumpul
dan buang sampah bila kelas dah selesai

Nota Empat

ALAT TULIS DAN
PENSEL WARNA

PASTIKAN ALAT TULIS ANAK
LENGKAP!

TIDAK DIBENARKAN PINJAM
ALAT TULIS atau PENSEL WARNA
KAWAN

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ PASTIKAN ALAT TULIS ANAK LENGKAP!
✏️ Seringkali terjadi murid tidak cukup alat tulis dan
pinjam-meminjam alat-tulis serta pensel warna kawan
akan berlaku.
✏️ Atas faktor kebersihan dan keselamatan TIDAK
DIBENARKAN PINJAM ALAT TULIS atau PENSEL WARNA
KAWAN.
Selalu saya sedekah ja pensel, pemadam, sharpener atau
pensel warna pada murid yang sering kali tak cukup alat
tulis dengan alasan alat tulis mereka tinggal di rumah, tapi
hari-hari mau sedekah, Sultan Brunei pun bankrupt
Jadi mohon kerjasama untuk sentiasa check peralatan
anak sebelum turun ke sekolah























✏️ Mohon jangan hadir sekiranya anak demam dan tidak
sihat (batuk, berhingus, panas badan) kerana dikhuatiri
akan menjangkit murid lain. Sila berehat di rumah sehingga
sihat sepenuhnya.
✏️ Sekiranya tidak hadir ke sekolah, maklumkan seawal
yang mungkin, waktu subuh pun boleh
Saya biasanya ambil kehadiran mulai jam 0630 dan tunggu
sehingga jam 0700. Biasanya jam 0730 PKHEM dah minta
senarai kehadiran.
✏️Seringkali guru akan bertanya kepada parents kenapa
anak tak hadir hari ini. Kena faham bahawa guru kelas kena
update kehadiran dan sebab-sebab ketidakhadiran awal.
Kalau lambat bagitau, selalu saya letak “Tiada sebab”
sahaja dengan kata lain, murid tersebut dianggap ponteng
dan berisiko keciciran.
✏️Mohon tulis surat tunjuksebab ketidakhadiran ke
sekolah sebagai bukti dan bawa apabila sudah hadir ke
sekolah nanti. Sijil sakit pun boleh diguna pakai
✏️Bagi ibu bapa yang belum bersedia hantar anak ke
sekolah, tolong buat surat rasmi setiap minggu untuk
rekod

Nota Lapan

BEKAL MAKANAN DAN
MINUMAN

Kantin TIDAK beroperasi.
Digalakkan untuk bawa bekal

sendiri
Murid akan rehat di dalam kelas dan
dijaga guru

Jangan kongsi makanan

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ Kantin tidak beroperasi. Digalakkan untuk bawa bekal
sendiri. Pastikan bekal dan air mencukupi, saya sangat
galakkan bekal air kosong berbanding air berwarna atau
berperisa.
✏️ Murid akan rehat di dalam kelas dan dijaga guru.
✏️ Jangan kongsi makanan.

Nota Sembilan

PAKAIAN SERAGAM

Dibenarkan memakai pakaian PJ bagi
yang tidak muat sehingga Tahun Baru

Cina. Selepas itu WAJIB memakai
pakaian seragam.

Pakaian seragam merangkumi semua pakaian
dari hujung rambut hingga hujung kaki

Sediakan pakaian simpanan (spare) dalam beg
anak.Jarang berlaku tetapi setiap tahun ada

murid yang ‘terlepas’ dan ‘basah’

*lihat perincian untuk makluman lanjut

*SEKIRANYA TIADA PAKAIAN PJ/SUKAN. MURID BOLEH MEMBELINYA DARI PIHAK SEKOLAH.
SEMENTARA ITU BOLEH MEMAKAI BAJU BERWARNA PUTIH.
Sekolah kebangsaan south

✏️ Murid dibenarkan memakai Pakaian PJ / sukan bagi
tempoh sehingga Tahun Baru Cina (bagi yang tidak muat).
Selepas itu wajib memakai pakaian seragam sekolah.
✏️ Bagi pakaian seragam seperti berikut :
KEPALA
✏️ boleh pakai songkok kalau nak tapi mesti jenis keras,
kopiah tidak dibenarkan (Islam)
✏️ sekiranya tiada PJ hari Jumaat, digalakkan pakai Baju Melayu
lengkap bersamping dan bersongkok, kalau tak lengkap, pakai
sahaja baju seragam biasa (Islam)
✏️ Murid perempuan tolong ikat rambut atau gunakan
cekak/getah hitam yang bersesuaian, yang Islam pakai skaf
dalam atau ikat rambut dahulu sebelum pakai tudung. Subang
rantai, gelang dan sebagainya jangan dipakai.
BAJU & SELUAR
✏️ wajib pakai baju PJ apabila kelas PJ (2 kali seminggu)
KAKI
✏️boleh pilih warna hitam atau putih, kasut mesti sama warna
dengan stokin
LAIN-LAIN
✏️ Jarang berlaku tetapi tiap tahun ada
✏️ Spare pakaian untuk yang terkencing/terberak di seluar
atau berak basuh tak bersih.

Nota Sepuluh

TULIS NAMA !!!

Tuliskan NAMA ANAK pada
setiap peralatan anak anda

Diulangi : Tuliskan NAMA ANAK
pada setiap peralatan anak anda

Saya ulang lagi ye : Tuliskan NAMA
ANAK pada setiap peralatan anak anda

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ Tuliskan NAMA ANAK pada setiap peralatan anak
anda,
alat tulis
bekas pensel
botol minuman
kontena bekal
kasut
tali leher (bagi lelaki)
beg
pensel warna
buku teks
tuala/botol hand-sanitizer
segala peralatan yg berkenaan
✏️ Kalau ada barang anak tertinggal di rumah, boleh
hantar ke pondok pengawal tapi jangan lupa letak NAMA
PENUH ANAK SEKALI NAMA BAPA dan KELAS sebab
dalam sekolah ada 40 orang budak nama MOHD, 13 orang
nama VALENTINE, 7 orang nama AIMAN / IRFAN

Nota Sebelas

Eh, kan sampai 10 ?

11. Sekali lagi TOLONG SANGAT-
SANGAT

Tuliskan NAMA ANAK pada
setiap peralatan anak anda

Sekolah kebangsaan south

Berdasarkan pengalaman saya bertahun-tahun menjadi
guru kelas, antara contoh situasi dan soalan atau mesej
parents yang biasa saya terima:

1. Cikgu, ada jumpa kontena anak saya tertinggal? Kontena Tupperware tu
warna hijau
2. Cikgu ada jumpa pensel warna anak saya hilang katanya, missing satu
warna kuning, jenama Luna
3. Cikgu ada jumpa botol air anak saya tertinggal di kelas. Botol
Tupperware warna pepel
4. Cikgu, kasut anak saya tertukar sebelah dengan kawan, tak tahu siapa
punya sebab tiada nama.
5. Cikgu, buku teks anak saya tertinggal di kelas. Cikgu tolong juga cari, jumpa
buku teks tapi tak tulis nama jadi tak tahu siapa punya

Saya memang usahakan selagi mampu untuk menolong
semua perkara diatas, tapi kena ingat juga
JANGAN FIKIR MASA SENDIRI SAHAJA PENTING, MASA
ORANG LAIN PENTING JUGA
Cikgu juga manusia dan parents seperti anda semua
Semoga semua urusan kita dipermudahkan


Click to View FlipBook Version