The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku ini sebagai panduan ringkas kepada semua ibu bapa penjaga dalam menyediakan anak jagaan masing-masing mengikut rutin norma baharu pembukaan sekolah 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bro Dean Bhd, 2021-03-05 23:04:42

SK SOUTH : BUKU DIGITAL PEMBUKAAN SEKOLAH 2021 NORMA BAHARU

buku ini sebagai panduan ringkas kepada semua ibu bapa penjaga dalam menyediakan anak jagaan masing-masing mengikut rutin norma baharu pembukaan sekolah 2021

31 gambar

yang sangat penting untuk dibaca dan diberi
perhatian oleh semua murid, ibu, bapa, & penjaga

Selepas membaca Wow, satu buku Terima kasih cikgu!
buku digital ini digital yang Baru tau…
saya jadi faham berinformasi !
SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH
MIRI

SARAWAK
YBB4102

SeNARAI 1

#KITAJAGAKITA

Senarai semak
pembukaan
sekolah 2021

tiga

Tuala kecil

Sekolah kebangsaan south

SeNARAI 2

#KITAJAGAKITA

Senarai semak
pembukaan
sekolah 2021

lapan

BEKAL
MAKANAN

DAN
MINUMAN

Sekolah kebangsaan south

Nota Satu

Facemask (pelitup muka) &
HAND-SANITIZERS (sanitizer

tangan)

Galakkan anak supaya pakai
face-mask sepanjang masa

Bekalkan anak extra face mask kalau
boleh 2-4 keping (masukkah dalam plastik)

Bimbing anak cara melupuskan
face-mask dengan betul

Sentiasa bekalkan anak dengan
hand-sanitizer

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ Galakkan anak supaya pakai face-maskrisalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021
sepanjang masa.
✏️Bekalkan anak extra face mask kalau boleh 2-4
keping, simpan di dalam plastik atau bekas khas
dan simpan di dalam beg. Saya tidak galakkan
murid pakai face mask yang sama dari pagi
hingga tengah hari. Selepas makan waktu rehat
biasanya saya suruh tukar yang baru. Begitu juga
kes tali face mask terputus, mask jatuh di lantai
dan mask jatuh di tandas. Jadi lebih elok sekiranya
bawa lebih face-mask sebagai spare.
✏️ Bimbing anak cara melupuskan face-mask
dengan betul
✏️Sentiasa bekalkan anak dengan hand-sanitizer.
Nasihatkan anak agar sentiasa pakai hand-
sanitizer bukan hanya sebelum makan atau
selepas ke tandas sahaja.
✏️ Kelas ada menyediakan hand-sanitizer tetapi
lebih elok sekiranya murid ada hand-sanitizer
masing-masing untuk meminimumkan perkongsian
barang-barang.

Nota Dua

Parking sebarang !

Kenderaan ibu bapa penjaga tidak
dibenarkan masuk sekolah

Demi keselamatan, jangan parking
seberang jalan

Demi keselamatan, jangan parking
depan pintu masuk & keluar

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Banyak kali berlaku, ada parents parking seberang
jalan sebab nak cepat, boleh eksiden dan merbahaya.
Nyaris berlaku kemalangan budak melintas jalan dari
seberang
✏️ Jangan tinggalkan baby, anak kecil dalam kereta
✏️ Demi keselamatan, jangan parking depan pintu masuk
dan keluar sekolah, ada line kuning di sana

Nota Tiga

TUALA KECIL

Bekalkan anak dengan tuala kecil
untuk lap tangan selepas mencuci

tangan
Bekalkan juga tuala untuk lap hingus,
tapi jika berhingus dan tak sihat, elok
rehat dirumah sahaja

Boleh juga bekalkan tissue atau
wet-tissue

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Bekalkan anak dengan tuala kecil untuk lap tangan
selepas mencuci tangan. Nasihatkan anak jangan guna
tuala yang sama untuk lap meja, selalu terjadi ya ‍♀‍
✏️ Bekalkan juga tuala untuk lap hingus, tapi jika
berhingus dan tak sihat, elok rehat dirumah sahaja.
✏️ Boleh juga bekalkan tissue atau wet-tissue TETAPI
nasihatkan anak agar tidak buang tisu sebarangan
terutama di dalam laci meja. Yang sering terjadi, murid
suka buang tisu dalam laci meja, cikgu jadi tukang kumpul
dan buang sampah bila kelas dah selesai

Nota Empat

ALAT TULIS DAN
PENSEL WARNA

PASTIKAN ALAT TULIS ANAK
LENGKAP!

TIDAK DIBENARKAN PINJAM
ALAT TULIS atau PENSEL WARNA
KAWAN

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ PASTIKAN ALAT TULIS ANAK LENGKAP!
✏️ Seringkali terjadi murid tidak cukup alat tulis dan
pinjam-meminjam alat-tulis serta pensel warna kawan
akan berlaku.
✏️ Atas faktor kebersihan dan keselamatan TIDAK
DIBENARKAN PINJAM ALAT TULIS atau PENSEL WARNA
KAWAN.
Selalu saya sedekah ja pensel, pemadam, sharpener atau
pensel warna pada murid yang sering kali tak cukup alat
tulis dengan alasan alat tulis mereka tinggal di rumah, tapi
hari-hari mau sedekah, Sultan Brunei pun bankrupt
Jadi mohon kerjasama untuk sentiasa check peralatan
anak sebelum turun ke sekolah

Nota Lima

PENJARAKAN SOSIAL
DAN FIZIKAL

Duduk ikut nama yang dilabel pada
meja

Bimbing anak anda mengenai penjarakan
fizikal

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Duduk ikut nama yang dilabel pada meja. Mohon
janganlah request anak saya nak duduk depan, anak saya
nak duduk tepi kawan ya...
Kedudukan meja murid telah saya susun ikut senarai
nama.
✏️ Bimbing anak anda mengenai penjarakkan sosial dan
fizikal yang betul dan selamat.
Antaranya:
❗️Elakkan lawat-melawat ke meja kawan (saya selalu kata
kat murid, jangan pergi rumah orang lain )
❗️Elakkan dekat kawan dan elakkan sembang dekat.
❗️Jangan berjalan-jalan di dalam kelas terutamanya masa
pertukaran guru.
❗️Kekal di tempat duduk masing-masing.
kedudukan meja agak terhad. Tetapi saya percaya,
tidak akan menjadi masalah sekiranya murid memberikan
kerjasama.

Nota Enam poin satu

WAKTU DATANG

Ibu/bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah, hantar anak masuk ikut pintu kecil

berhampiran pondok pengawal

Jangan lupa kad QR CODE anak-anak
diserahkan pada anak sebelum masuk sekolah

Mohon tepati masa dan elakkan datang

maklumkan segera kepada guru lewat

kelas sekiranya ada hal kecemasan
*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

Kecuali parents murid pra /PPKI risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Sedia maklum bahawa parents tidak dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah untuk meneman anak. Jangan
risau, murid yang datang ke sekolah, terutamanya murid
yang datang awal, akan ada tempat menunggu sebelum
masuk ke kelas. Suhu akan diambil dan kehadiran akan
discan (guna kad QR CODE) dan direkod. Murid akan
beredar ke kelas ikut giliran kelas dan diiringi oleh
pengawas sekolah. Paling lewat jam 7.10 pagi kelas dah
mula
✏️ Kecuali kes murid datang lewat. Kesian murid itu nanti
berseorangan bila masuk ke kawasan sekolah kerana
semua kawannya sudah masuk ke kelas.
Mohon tepati masa dan elakkan datang lewat.
Sekiranya lewat kerana hal kecemasan (kereta rosak dll)
mohon maklumkan segera kepada guru kelas.
✏️ Waktu balik, sama seperti waktu datang, murid akan
beredar dari kelas ikut giliran kelas masing-masing
dengan iringan guru.

Masuk ikut pintu sini

MUKA DEPAN KAD (QR DATANG.MY) MUKA BELAKANG KAD
(QR REKOD SAHSIAH MURID)

Nota Enam poin dua

WAKTU BALIK

Ibu/bapa/penjaga tunggu luar
pagar, anak tunggu di lobi

Sebut nama anak dan kelas pada guru bertugas
(HANYA PERINGKAT AWAL SAHAJA
ADA GURU DI LUAR PAGAR)

Anak akan dimaklumkan, bangun
dan beredar menemui ibu bapa /

penjaga berkenaan

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

Parents tunggu di luar pagar. Ada guru bertugas akan uruskanrisalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021
untuk panggil nama anak (PERINGKAT AWAL SAHAJA) Sila
sebutkan nama penuh anak dan kelas. Terutamanya yang
wakilkan penjaga datuk / nenek yang ambil anak, lupa nama
penuh dan kelas dan agak lama juga dia menunggu
*Paling senang tulis kat kertas atau placards ala2 ambil tetamu
kat airport tu Tunjuk kat guru bertugas atau lambai2
placards kat luar pagar agar anak nampak
✏️ Murid akan tunggu di tempat menunggu dan akan ada
cikgu yang bertugas jaga (SAMPAI JAM 1.00 SAHAJA) Mohon
kepada parents ambil anak tepat pada masa. Bagi kes yang
tunggu abang/kakak tiada masalah, boleh ja tunggu sehingga
abang / kakak habis kelas.
✏️ Untuk murid Islam, mohon alert dengan jadual kelas tasmek
& KAFA
✏️ Selalu ada kes, murid lambat diambil parents sehingga jam
2-3 petang. Kesian tau anak tunggu lama, lapar dan haus
✏️ Maklumkan dengan guru kelas sekiranya ada masalah untuk
ambil ikut masa.
Nota kepada parents yang tunggu di luar pagar:
*Mohon jaga SOP dan penjarakan anda. *







risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Mohon jangan hadir sekiranya anak demam dan tidak
sihat (batuk, berhingus, panas badan) kerana dikhuatiri akan
menjangkit murid lain. Sila berehat di rumah sehingga sihat
sepenuhnya.
✏️ Sekiranya tidak hadir ke sekolah, maklumkan seawal
yang mungkin, waktu subuh pun boleh
Saya biasanya ambil kehadiran mulai jam 0630 dan tunggu
sehingga jam 0730. Biasanya jam 0800 PKHEM dah minta
senarai kehadiran.
✏️Seringkali guru akan bertanya kepada parents kenapa
anak tak hadir hari ini. Kena faham bahawa guru kelas kena
update kehadiran dan sebab-sebab ketidakhadiran awal.
Kalau lambat bagitau, selalu saya letak “Tiada sebab” sahaja
dengan kata lain, murid tersebut dianggap ponteng dan
berisiko keciciran.
✏️Mohon tulis surat tunjuksebab ketidakhadiran ke sekolah
sebagai bukti dan bawa apabila sudah hadir ke sekolah nanti.
Sijil sakit pun boleh diguna pakai
✏️Bagi ibu bapa yang belum bersedia hantar anak ke
sekolah, tolong buat surat rasmi setiap minggu untuk rekod

Nota Lapan

BEKAL MAKANAN DAN
MINUMAN

Kantin ada beroperasi. Tetapi
sangat digalakkan untuk bawa

bekal sendiri
Murid akan rehat di dalam kelas dan
dijaga guru

Jangan kongsi makanan

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Kantin ada beroperasi. Tetapi sangat digalakkan untuk
bawa bekal sendiri. Pastikan bekal dan air mencukupi,
saya sangat galakkan bekal air kosong berbanding air
berwarna atau berperisa.
✏️ Murid akan rehat di dalam kelas dan dijaga guru.
✏️ Jangan kongsi makanan.

Nota Sembilan

PAKAIAN SERAGAM

Dibenarkan memakai pakaian biasa bagi
murid yang masih tidak sempat membeli
pakaian seragam 1 -26 mac 2021 sahaja
Pakaian seragam merangkumi semua pakaian
dari hujung rambut hingga hujung kaki

Sediakan pakaian simpanan (spare) dalam beg
anak.Jarang berlaku tetapi setiap tahun ada

murid yang ‘terlepas’ dan ‘basah’

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

✏️ KPM membenarkan murid berpakaian biasa yangriSsalEahrSasUalahA:buI,ku digital pembukaan sekolah sk south 2021
KEMAS, & SOPAN bagi yang masih belum membeli pakaian
seragam bermula 1 – 26 Mac 2021 sahaja.
✏️ Bagi pakaian seragam seperti berikut :
KEPALA
✏️ boleh pakai songkok kalau nak tapi mesti jenis keras,
kopiah tidak dibenarkan (Islam)
✏️ sekiranya tiada PJ hari Jumaat, digalakkan pakai Baju Melayu
lengkap bersamping dan bersongkok, kalau tak lengkap, pakai
sahaja baju seragam biasa (Islam)
✏️ Murid perempuan tolong ikat rambut atau gunakan
cekak/getah hitam yang bersesuaian, yang Islam pakai skaf
dalam atau ikat rambut dahulu sebelum pakai tudung. Subang
rantai, gelang dan sebagainya jangan dipakai.
BAJU & SELUAR
✏️ wajib pakai baju PJ apabila kelas PJ (2 kali seminggu)
KAKI
✏️boleh pilih warna hitam atau putih, kasut mesti sama warna
dengan stokin
LAIN-LAIN
✏️ Jarang berlaku tetapi tiap tahun ada
✏️ Spare pakaian untuk yang terkencing/terberak di seluar
atau berak basuh tak bersih.

Nota Sepuluh

TULIS NAMA !!!

Tuliskan NAMA ANAK pada
setiap peralatan anak anda

Diulangi : Tuliskan NAMA ANAK
pada setiap peralatan anak anda

Saya ulang lagi ye : Tuliskan NAMA
ANAK pada setiap peralatan anak anda

*lihat perincian untuk makluman lanjut

Sekolah kebangsaan south

risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

✏️ Tuliskan NAMA ANAK pada setiap peralatan anak
anda,
alat tulis
bekas pensel
botol minuman
kontena bekal
kasut
tali leher (bagi lelaki)
beg
pensel warna
buku teks
tuala/botol hand-sanitizer
segala peralatan yg berkenaan
✏️ Kalau ada barang anak tertinggal di rumah, boleh
hantar ke pondok pengawal tapi jangan lupa letak NAMA
PENUH ANAK SEKALI NAMA BAPA dan KELAS sebab
dalam sekolah ada 40 orang budak nama MOHD, 13 orang
nama VALENTINE, 7 orang nama AIMAN / IRFAN

Nota Sebelas

Eh, kan sampai 10 ?

11. Sekali lagi TOLONG SANGAT-
SANGAT

Tuliskan NAMA ANAK pada
setiap peralatan anak anda

Sekolah kebangsaan south

risalahrasalah:buku digital pembukaan sekolah sk south 2021

Berdasarkan pengalaman saya bertahun-tahun menjadi
guru kelas, antara contoh situasi dan soalan atau mesej
parents yang biasa saya terima:

1. Cikgu, ada jumpa kontena anak saya tertinggal? Kontena Tupperware tu
warna hijau
2. Cikgu ada jumpa pensel warna anak saya hilang katanya, missing satu
warna kuning, jenama Luna
3. Cikgu ada jumpa botol air anak saya tertinggal di kelas. Botol
Tupperware warna pepel
4. Cikgu, kasut anak saya tertukar sebelah dengan kawan, tak tahu siapa
punya sebab tiada nama.
5. Cikgu, buku teks anak saya tertinggal di kelas. Cikgu tolong juga cari, jumpa
buku teks tapi tak tulis nama jadi tak tahu siapa punya

Saya memang usahakan selagi mampu untuk menolong
semua perkara diatas, tapi kena ingat juga
JANGAN FIKIR MASA SENDIRI SAHAJA PENTING, MASA
ORANG LAIN PENTING JUGA
Cikgu juga manusia dan parents seperti anda semua
Semoga semua urusan kita dipermudahkan


Click to View FlipBook Version