The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA SELOKA, SAJAK PESAN IBU, KIJANG YANG LELAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyakilaabdullah86, 2021-07-14 01:21:23

NOTA SELOKA, SAJAK PESAN IBU, KIJANG YANG LELAH

NOTA SELOKA, SAJAK PESAN IBU, KIJANG YANG LELAH

Seloka Santap Istiadat (Za’ba)

Seloka Santap Istiadat Maksud
Santap beradat, santap istiadat, Santap beradat merupakan istiadat
Santap raja di majlis kebesaran, santap raja dalam majlis kebesaran.
Santap merai, hormat-menghormat; Istiadat ini bertujuan menghormati
Bukan santap hendakkan kenyang, dan meraikan tetamu. Majlis ini
Santap santun dengan aturan. juga mengajar tetamu yang hadir
makan secara beradab dan
bukanlah sekadar untuk
mengenyangkan perut.

Nasi disuap di tangan kanan, Berdasarkan adab dan tertib semasa

Lauk dibinjat sopan siuman, makan , menyuap nasi mestilah

Sampai ke mulut mamah perlahan, menggunakan tangan kanan dan

Tanda tidak gelojoh makan. ambillah lauk dengan sopan.
Selesai santap nasi — Makanan hendaklah dikunyah

Diiringkan seteguk minuman, Isyarat perlahan-lahan. Selesai makan nasi,

menghormat, mulia-memuliakan barulah minum air.

Santap nasi suap pertama, Pengarang memberikan peringatan
Berturut dengan suap kedua; agar makan nasi sekadar tiga
Dua suap, ketiga sudah, suapan sebelum membasuh tangan.
Keempatnya basuh tangan; Kemudian, makanlah kuih-muih
Kelima halwa juadah, dan buah-buahan
Keenam mengiring buah-buahan.

Ketujuh berkumur-kumur, Selepas makan hendaklah
Ke delapan makan sirih; berkumur-kumur. Kemudian,
Kelat jatuh ke rengkungan, makanlah sirih agar wajah
Seri naik ke peroman. kelihatan berseri-seri.

Itulah santap beradat kebesaran Pengarang menjelaskan bahawa

Di dalam riwayat zaman yang silam. adab dan tatacara makan secara

beradat dalam sesuatu majlis telah
diamalkan sejak zaman dahulu.

Za'ba
Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka

Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis

mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan Nilai Pengajaran
Persoalan adab sopan Sopan -santun Kita hendaklah bersikap
ketika makan sopan dan beradab ketika
sedang makan agar beroleh
Persoalan keutamaan Kepatuhan keberkatan.
tatacara dan tertib
semasa menjamu selera Tetamu yang hadir
hendaklah patuh dengan
Persoalan kesederhanaan tatacara dan adab ketika
kesederhanaan ketika makan agar tidak
menjamu selera dipandang serong.

Kita mestilah
bersederhana ketika
makan dengan tidak
mengambil makanan
secara berlebihan atau
hawa nafsu agar dapat
mengelakkan pembaziran.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa
Anafora
Contoh
Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

Repetisi Santap beradat, santap istiadat,

Bahasa Istana santap
Inversi Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan
Metafora hendakkan kenyang
Di dalam riwayat zaman yang
silam.

Unsur Bunyi Kelima halwa juadah,
Asonansi
( Perulangan vokal “a” Sampai ke mulut mamah perlahan,

Aliterasi Rangkap 1: abacb
( Perulangan konsonan “m” Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc
Rima akhir Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

Seloka Santap Istiadat

Soalan

1. berdasarkan rangkap kedua seloka ‘santap istiadat’,

apakah adab yang harus diikuti oleh seseorang ketika

makan? (3m)

2. Apakah cara-cara yang boleh dilkukan oleh ibu bapa dalam
memastikan anak-anak menjaga tatatertib sewaktu makan?

(4m)

Sajak Kijang yang Lelah
karya Wan Marzuki Wan Ramli

Sajak Kijang yang Lelah Maksud

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Kehidupan kijang tua yang semakin

Ketika temulang kudratnya bergetar di hilang kekuasaan dan berasa

tengah rimba dipinggirkan.

Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Mengorak telapak di tanah menghijau.

Saat itu Pada masa itu, sang kijang berasa sedih
Sebak menyentap dahan kalbu dan risau. Sang kijang yang uzur masih
Dedaun resah mula berguguran mempunyai harapan untuk menjadi
Pepohon batin akhirnya tumbang ketua kembali.
Akarya menguncup di perdu harap.

Hari ini Kini, sang kijang berusaha menjadi
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki ketua walaupun lelah dan tidak berdaya
Menghambat waktu yang bersisa sementara mempunyai kesempatan pada
Walau dalam jera lelah sisa-sisa usianya.
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang berjalan berhati-hati bagi
Sang kijang lebih berhati-hati menapak mengelakkan dirinya terkena jerat dan
Meski dalam peribadi yang keruh tersandung akar. Sang kijang tetap
Diredah belantara yang mula teduh meneruskan perjalanannya ke dalam
Nun jauh di batas nuraninya hutan walaupun kudratnya lemah. Sang
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah kijang berazam akan meneruskan
terus mengorak penuh berhemah perjalanan walau terpaksa menempuhi
dengan akal dan hati pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap
dia tidak lagi gundah cabaran yang dihadapinya akan
menyusun gerak dan langkah. diselesaikan dengan fikiran dan akal
yang waras .

Wan Marzuki Wan Ramli Mingguan Malaysia, Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Tema: Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam
untuk meneruskan kehidupannya.

Persoalan Nilai Pengajaran
Ketabahan hidup Ketabahan Kita hendaklah tabah
dalam meneruskan menghadapi dugaan
kehidupan hidup agar dapat
menghadapi segala
Sikap berhati-hati Berhati-hati/ ujian.
dalam melakukan Berwaspada
tindakan. Kita hendaklah
berhati-hati dalam
Kewarasan berfikir rasional melakukan sesuatu
dalam menempuhi perkara agar tidak
cabaran dan ditimpa musibah.
rintangan.
Kita hendaklah
Keupayaan yang Bersemangat tinggi menggunakan akal
lemah bukan yang waras ketika
penghalang membuat keputusan
mencapai sesuatu agar tindakan yang
yang diinginkan. diambil tepat.

Kita hendaklah
bersemangat tinggi
untuk mengubah
kehidupan yang lebih
baik agar kehidupan
terjamin.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh
Metafora
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang

Personifikasi Sebak menyentap dahan kalbu

Responsi Suara nyaringnya tidak lagi gah
(perulangan perkataan di tengah bergema
baris)
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Asonansi (e)
Aliterasi (h) Diredah belantara yang mula teduh
Rima akhir
Sang kijang lebih berhati-hati menapak

Baris 1: aaab
Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee

Nada: melankolik (memperlihatkan perasaan sedih atau
duka)

Sajak Kijang yang Lelah

Latihan

1. Berdasarkan rangkap 4 apakah yang dilakukan oleh

kijang? (3m)

2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang

boleh diambil untuk mengatasi sikap mudah berputus

asa dalam diri? (4m)

Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari

Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu Maksud
Kita ada ibu Penyajak menyatakan bahawa setiap
ibu kita satu anak mempunyai seorang ibu namun
pesanannya beribu-ribu. seorang ibu banyak memberi pesanan
dan nasihat kepada anak-anak.

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Ibu sentiasa memberi nasihat kepada
"Buat begini jangan begitu anak-anaknya. Ibu berpesan agar
bacalah buku selalu anaknya rajin membaca buku dan
kukuhkan diri dengan ilmu menuntut ilmu. Ibu juga berpesan
pilihlah kawan yang mulia hati supaya pilih kawan yang berakhlak
tolaklah kawan pementing diri mulia dan mempunyai jati diri,
pilihlah kawan yang punya petunjuk elakkan daripada memilih kawan yang
tolaklah kawan bertabiat buruk." mempunyai sifat pentingkan diri dan
Ibu yang satu menyekat kita di pintu beperangai tidak baik.
bertanya ke mana arah tuju
"Jagalah diri selalu Ibu sentiasa mengingatkan anaknya
di luar sana mungkin bencana menunggu." supaya berhati-hati semasa keluar
Kita menjadi jemu rumah kerana bimbang akan bahaya
mendengar pesanan beribu-ribu yang berlaku.
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu Anaknya berasa jemu mendengar
"Jangan dibiar kepala berkutu nasihat ibu yang semakin bertambah.
carilah ubat jerawat batu."
Ibu juga berpesan agar anaknya
menjaga penampilan diri dan
kesihatan.

Suatu senja Pada suatu hari kawan anaknya
seorang temanku merintih bersedih kerana ditinggalkan
kerana kehilangan kekasih kekasihnya. Dia baru menyedari
kini baru disedarinya

pilihan musang berbulu arnab bahawa kekasihnya itu seorang penipu
biarpun menyamar cekap dan telah ditangkap serta dilokap.
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap Anaknya berasa menyesal kerana
Si Bedul di dalam lokap. melupakan pesanan ibu yang sering
mengingatkan agar memilih kawan
Dia menyatakan kesalnya dengan betul. Selepas kejadian itu,
kerana dia alpa anaknya mula menerima kebenaran
ibunya berpesan sejak dulu pesanan ibunya. Dia juga merindui
"Pilihlah kawan yang bermutu pesanan-pesanan ibunya.
Jangan dipilih kawan berhantu."
Mengenangkan nasib temanku itu Penyajak menerangkan bahawa dia
aku merindui pesanan ibu. sangat yakin dengan pesanan
Ya, pesanan ibu. ibunya yang arif dalam menilai
perkara baik dan buruk. Penyajak
Ibu, berjanji tidak akan jemu dan patuh
kuyakini kau mengenali akan nasihat ibunya. Tanggungjawab
yang mana permata, yang mana kaca ibu sempurna apabila telah memberi
yang mana budaya, yang mana buaya nasihat kepada anak-anaknya.
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu Rahman Shaari
aku tidak akan jemu Anjung Deklamator, 2005
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu Pekan Ilmu Publications
dengan pesanan beribu-ribu.

Tema:

Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya
supaya tidak tersalah memilih jalan hidup.

Persoalan Nilai Pengajaran
Ibu hendaklah sentiasa prihatin
Keprihatinan seorang ibu Prihatin akan keselamatan anaknya agar
tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.

Kasih sayang seorang ibu Kasih sayang Anak- anak hendaklah
menyayangi ibu yang memberi
nasihat agar tidak melakukan
perkara yang merosakkan diri.

Sikap berhati-hati dalam Berhati-hati Kita hendaklah berhati-hati dalam
memilih kawan memilih kawan agar terhindar
daripada pengaruh negatif.

Kepentingan menuntut ilmu Rajin Kita hendaklah rajin menuntut
pengetahuan ilmu pengetahuan agar beroleh
kejayaan.

Tanggungjawab seorang Tanggungjawab Seorang ibu hendaklah sentiasa
ibu membimbing dan memberi nasihat atau pesanan
menasihati anaknya kepada anak agar mereka tidak
terpengaruh dengan perkara negatif

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh
Repetisi tapi ibu tetap ibu

Anafora Si Bedul sudah ditangkap

(perulangan perkataan pada awal Si Bedul di dalam lokap.
baris)
aku merindui pesanan ibu.
Epifora Ya, pesanan ibu.
(perulangan perkataan pada akhir
baris) pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
Responsi pilihlah kawan yang punya petunjuk
(perulangan perkataan di tengah tolaklah kawan bertabiat buruk."
baris)
tapi ibu tetap ibu
Sinkope
Jangan dipilih kawan berhantu."
Hiperbola
kini baru disedarinya
Asonansi (i)
Mengenangkan nasib temanku itu
Aliterasi (h)
Baris 1: aaa
Rima akhir Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa

Nada: melankolik (memperlihatkan perasaan sedih atau

duka)

Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu

Latihan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata pilihlah kawan
yang bermutu?

(3m)
2. Pada pendapat anda, mengapakah ibu sering memberikan

peringatan kepada anak-anak?
(4m)


Click to View FlipBook Version