SK TAMAN CENDANA
JALAN PERSIARAN CENDANA
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
PENERANGANN KONSEP LAMAN INDAH BULAN KEMERDEKAAN 2022
Setiap tahun Bulan Kemerdekaan akan disambut pada bulan Ogos hingga September. Ia
merupakan suatu program yang memfokuskan kempen menaikkan semangat kecintaan kepada
negara Malaysia tanah tumpah darah. Secara tidak langsung, ianya mendidik masyarakat dan
komuniti setempat yang berbilang bangsa agar dapat bersatu hati dan memupuk semangat
setiakawan .
Tujuan utama program ini adalah;
1. Memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri anak Malaysia.
2. Menguatkan rasa megah terhadap negara Malaysia.
3. Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan.
4. Menyemarakkan peranan sekolah sebagai medium kepada komuniti setempat.
Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
Beberapa tempat telah dipilih sebagai titik fokus untuk memberikan aura serta semangat
cintakan negara kepada warga sekolah khususnya murid-murid SK Taman Cendana dan tidak
lupa juga komuniti yang berada di sekeliling. Tempat pilihan itu ialah;
PONDOK PENGAWAL
PENGGUNAAN BAHAN
- BENDERA KECIL MALAYSIA
- BENDERA KECIL JOHOR
- BANTING BENDERA JOHOR
- BANTING BENDERA MALAYSIA
KONSEP
Menyambut kehadiran wa-rgaBsEeNkDoElaRhA dSEi KseObLAelHah kiri dengan untaian 6 rangkai bendera
kecil yang mempunyai maksud 6 Rukun Iman sebagai paksi utama sekolah yang majoriti
warga beragama Islam.
PENCAHAYAAN LAMPU
Di bahagian tepi pondok pengawal terdapat lampu yang memberikan cahaya pada waktu
malam bagi membantu tugas pengawal sekolah mengawasi kawasan persekitaran denagn
lebih berkesan.
1. KOLAMKU PRIHATIN
PENGGUNAAN BAHAN
- BENDERA KECIL MALAYSIA
- POKOK-POKOK BUNGA BERDAUN
HIJAU
- BENDERA MALAYSIA
- BENDERA JOHOR
- BENDERA SEKOLAH
KONSEP
Kolam Prihatin dihiasi menggunakan bendera kecil Malaysia yang diletakan pada 9 batang
tiang disekeliling kolam tersebut. Bersebelahan kola mini terdapat tiang bendera
Malaysia, bendera Johor dan bendera SEKOLAH. Ketiga- tiga bendera ini berkibar megah
menandakan Malysia merupakan tanah air tercinta, Johor negeri kebanggaan dan sekolah
tempat kami menimba ilmu.
Di kolam ini terdapat pelbagai jenis ikan seperti tilapia, ikan bandaraya dan ikan puyu.
Selain itu terdapat pelbagai jenis tumbuhan hijau yang menyumbang kepada
kesimbangan ekosistem kawasan sekolah.
PENCAHAYAAN LAMPU
Di bahagian atas kolam Malaysia terdapat lampu yang menerangi kawasan
persekitarannya terutama pada waktu malam. Justeru itu kola mini dapat dilihat pada
siang dan malam.
2. SEKOLAHKU SEJAHTERA
PENGGUNAAN BAHAN
- BENDERA MALAYSIA
- BENDERA JOHOR
- BENDERA NEGERI-NEGERI
KONSEP
Pagar hadapan sekolah dihiasi dengan bendera daerah-daerah yang terdapat di negeri
Johor melambangkan ukhuwah yang erat setiap daerah dibawah naungan Sultan Johor
‘Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar’ Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri
Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.
PENCAHAYAAN
Di hadapan pintu masuk utama sekolahku, terdapat lampu di bahagian kiri dan kanan. Oleh itu,
gerbang sekolahku nampak bercahaya ketika malam dan menyerlahkan lagi kecantikkan dan
kehebatannya.
3. BAHTERAKU TEGUH BERSAMA / I LOVE SKTC
PENGGUNAAN BAHAN
- BOT (DIPERBUAT DARIPADA ZINK- BAHAN KITAR SEMULA)
- BANTING BENDERA MALAYSIA
- BANTING BENDERA JOHOR
- HIASAN POKOK-POKOK BUNGA
KONSEP
Bahteraku Teguh Bersama dibina menggunakan kepingan-kepingan zink iaitu bahan kitar
semula. Bahtera ini telah dihias dengan lukisan bendera Malaysia dan juga bendera Johor.
Bahtera ini juga dihias menggunakan banting bendera Malaysia dan banting bendera
Johor. Di sekeliling bahtera terdapat bunga-bunga yang ditanam menyejukkan lagi mata
memandang. Keindahan bahtera ini dapat dilihat dengan hiasan bendera kecil Malaysia
dan Johor. Ini melambangkan kecintaan kita kepada Negara Malaysia dan negeri Johor
yang tidak berbelah bagi. Untaian 5 bendera kecil yang bermaksud 5 Rukun Negara dan 5
Rukun Islam.
Bersebelahan Bahteraku Teguh Bersama ini ialah tugu sekolah iaitu, “I LOVE SKTC”
dimana ianya dibina bagi menaikkan semangat sayang dan cintakan sekolah.
PENCAHAYAAN
Memandangkan Bahteraku Teguh Bersama ini terletak berhampiran dengan koridor
bangunan sekolah, maka bahtera ini dapat dilihat dengan jelas. Pencahayaan yang terang
menambahkan lagi kecantikkan bahtera ini pada waktu malam.
4. LAMAN MERDEKA PRA SEKOLAH
PENGGUNAAN BAHAN
- BANTING BENDERA MALAYSIA
- BANTING BENDERA JOHOR
- BANTING BENDERA DAERAH-DAERAH JOHOR
- BUNGA RAYA (DIPERBUAT DARIPADA BOTOL
TERPAKAI)
- BUNGA KINCIR ANGIN
- BOLA
- BENDERA-BENDERA KECIL
- HIASAN POKOK-POKOK BUNGA
KONSEP
Di Laman Merdeka Pra Sekolah pula dihias dengan kincir-kincir angin yang berwarna
merah biru mewakili bendera negeri Johor. Beberapa biji belon juga menghiasi taman
permainan. Di sekeliling pagar Laman Merdeka ini di penuhi dengan hiasan banting
bendera Johor dan Malaysia bagi menambahkan seri semangat cintakan Negara.
Papan tanda Laman Merdeka dicat warna merah kemas dan rapi bagi menunjukkan
semangat jati diri serta dijaga rapi bagi mengekalkan kebersihan sekitarnya. Pokok-pokok
bunga yang menghijau tersusun indah bagi menyambut tetamu kehormat di lobby utama.
PENCAHAYAAN
Ini merupakan taman kesukaan murid-murid pra sekolah. Oleh itu sekolah amat
titikberatkan tentang pencahayaan di kawasan taman ini. Dengan cahaya yang terang
akan membuatkan murid-murid berasa selamat.
5. TAMAN KELULUT (PENDIDIKAN KHAS) DAN GAL
Matahari melambangkan semangat warga PPKI
sentiasa berkobar kobar untuk mendidik murid
ke arah kehidupan yang bermakna
11 botol berwarna kuning adalah simbolik
warga pendidik PPKI yang terdiri daripad 7
orang guru dan 3 ppm sebagai tulang
belakang kejayaan murid.
Warna warni bunga melambangkan kepelbagaian keupayaan murid
dan perpaduan warga sekolah
PENGGUNAAN BAHAN
- BUNGA MATAHARI ( DIPERBUAT DARIPADA BOTOL
MINUMAN DAN TAYAR)
- BENDERA KECIL MALAYSIA
- PASU BUNGA (DARIPADA BAHAN-BAHAN
TERBUANG)
KONSEP
Berhadapan dengan Taman Medeka Pra Sekolah, Taman Kelulut juga memainkan
peranan yang penting dalam menjana ekonomi Kelas Pendidikan Khas. Ia diusahakan oleh
guru-guru dan pembantu Pendidikan Khas SK Taman Cendana. Bukan sekadar menjana
ekonomi, Taman Kelulut ini juga merupakan inovasi bagi Unit Pendidikan Khas sekolah.
Botol-botol terpakai digunakan sebagai pasu bagi tanaman bunga-bunga yang berwarna
merah, putih dan kuning. Selain memberikan seri di taman ini, bunga-bunga ini juga
berperanan sebagai makanan bagi kelulut agar rasa madu kelulut menjadi lebih
berkhasiat dan sedap.
Botol-botol terpakai diwarnakan dengan warna-warna bendera Malaysia dan bendera
Johor sebagai tanda semangat cintakan negara.
PENCAHAYAAN
Taman Kelulut ini memastikan cahaya yang sesuai bagi pembiakan kelulut. Waktu siang
dengan sinaran matahari dibawah lindungan dedaun pohon-pohon agar tidak terlalu
panas. Di malam hari pula, cahaya lampu menambahakan lagi keindahan Taman Kelulut
ini.
6. TEROWONG SEJARAH (PRA SEKOLAH)
PENGGUNAAN BAHAN
- BANTING BENDERA MALAYSIA
- GAMBAR- GAMBAR PERDANA MENTERI
- BUNGA RAYA (DIPERBUAT DARIPADA BOTOL-
BOTOL PLASTIK TERPAKAI)
KONSEP
Terowong menuju ke kelas Pra Sekolah 3 ini di hias indah dengan banting-banting kecil
Malaysia dan juga gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia serta penerangannya. Ini
bagi memastikan sejarah Malaysia di terapkan dari peringkat pra sekolah lagi. Semangat
jati diri telah dimulakan di peringkat awal kanak-kanak.
Dua kuntum bunga raya yang menjadi lambang Bunga Kebangsaan Malaysia menyambut
awal di laluan terowong ini. Ianya di perbuat daripada botol-botol plastik yang terpakai.
PENCAHAYAAN
Laluan ini berikan cahaya lampu kalimantang yang terang bagi membantu anak-anak
murid pra sekolah melalui Kawasan ini. Ditambah lagi dengan cat biru lantai
menambahkan lagi seri terowong ini.
7. LAMAN SANTAI KOKURIKULUM
PENGGUNAAN BAHAN
- TAYAR-TAYAR LAMA
- KEPINGAN KAYU
- PINTU GERBANG
- PERMAINAN DAM HAJI DAN DAM ULAR
KONSEP
Menuju laluan ke surau dan padang sekolah pula di sediakan Laman Santai Kokurikulum
untuk murid-murid. Ini bertujuan menyeimbangkan emosi dan jatidiri murid-murid.
Laman Santai Kokurikulum ini menyediakan 4 permainan dam haji dan 4 permainan dam
ular. Mejanya diperbuat daripada tayar-tayar terpakai dan kepingan-kepingan kayu yang
divarniskan semula agar tahan dengan cuaca.
Di lauan masuk dan keluar Laman Santai ini dihias dengan pintu gerbang yang cantik bagi
menambahkan minat dan seri untuk murid-murid bermain di sini.
PENCAHAYAAN
Pada waktu malam, Laman Santai Kokurikulum ini diterangi dengan lampu
besar daripada surau dan juga tandas yang berdekatan.
8. SKTC MUMTAZ, HEBAT, THE BEST
PENGGUNAAN BAHAN
- BANTING BENDERA MALAYSIA
- BANTING BENDERA JOHOR
- GAMBAR- GAMBAR PERDANA MENTERI
- TOKOH-TOKOH NEGAR
- BENDERA KECIL JOHOR
- BENDERA KECIL MALAYSIA
- BENDERA BESAR JOHOR
- BENDERA BESAR MALAYSIA
- MANILA KAD
KONSEP
Keseluruhan kawasan sekolah, bilik-bilik khas dan kelas-kelas telah dihias indah dengan
tema kemerdekaan yang meriah dan cantik.
Di dataran kejat perhimpunan berlangitkan banting-banting kecil Malaysia. Di hadapan
lobby juga telah dihias dengan banting bendera Malaysia bagi menyambut tetamu yang
dihormati.
Hiasan dalaman disetiap kelas-kelas juga dipenuhi dengan tema kemerdekaan yang gilang
gemilang. Tidak lupa juga sudut tokoh kemerdekaan dibuat bagi menambahkan
pengetahuan murid-murid. Berbagai hiasan dipersembahkan oleh murid-murid dan guru-
guru dengan sangat cantik dan kreatif.
PENCAHAYAAN
Lampu-lampu di setiap kelas, bilik bilik khas juga selalu dipantau bagi memastikan murid-
murid yang belajar mendapat pencahayaan yang secukupnya.
PENUTUP
Setiap elemen dan konsep yang dizahirkan sekitar Kawasan sekolah seperti Laman
Merdeaka, Terowong Merdeka, Laman Santai Kokurikulum, I Love SKTC, Kolamku
Sejahtera, Bahtera Teguh Bersama dan juga Taman Kelulut Inspirasi Insan merupakan
saslah satu usaha untuk memupuk semangat kesedaran cintakan sekolah dan menghargai
erti kemerdekaan sebenar sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 65 Malaysia.
Sekolah merupakan salah sastu tempat untuk menimba ilmu supaya anak bangsa
mengerti apa itu kemerdekaan dan menyemai rasa cintakan negara. Pada masa yang
sama kita perlu menjaga dan mengekalkan ekosistem alam semulajadi supaya negara
yang merdeka ini sentiasa harmoni dan seimbang walaupun negara Malaysia berkembang
pesat sesuai dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia
Teguh Bersama”.