The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zairosh, 2019-11-14 10:13:54

minit mesyuarat hem 2

minit mesyuarat hem 2

MESYUARAT AJK INDUK MAJLIS HAL EHWAL MURID
KALI 2 2019

TARIKH : 25 JUN 2019
MASA : 12.45 TGH
TEMPAT : BILIK WAWASAN

KEHADIRAN :

EN YAMAN BIN YAACOB ( GURU BESAR )
PN SALIHAH BT ZAKARIA ( PK HEM )
PN ZAIROS BT ABDUL HADI ( S/U HEM )
PN ZAITUN BT YACOB AJK
PN ZUNAIDAH BT JAAFAR AJK
PN WAN HAMIZON BT WAN ISMAIL AJK
PN ROSMIZA BT AZMI AJK
PN ZAITON BT JAYA AJK
PN SALMIAH BT ABD RAHMAN AJK
PN HJH SARIPAH BT JUSOH AJK
EN ZAMANI B. RASHID AJK
PN ROSLIZAWATI BT WAN MUHAMMAD AJK
PN CHE FARIDAH BT ABDULLAH AJK
PN NORHAYATI BT MOHD NAWI AJK
PN SUR HAIMA BT MUHD SALEH AJK
PN NORMADIAH BT RAZALI AJK
PN ALWANA BINTI MUSTAPHA AJK

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

Pk Hem, Pn Salihah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK. Beliau juga
mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan dan usaha semua AJK yang telah
melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap unit masing-masing .

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
Pembentangan maklum balas minit mesyuarat lepas . Pengerusi mohon supaya minit disahkan.

Pencadang : Pn Norhayati bt Mohd Nawi
Sokong : Pn Normadiah bt Mohd Razali

AGENDA 3 : DATA HEM ( APDM )

- Pn Salihah memberi penekanan tentang maklumat murid di dalam APDM, pastikan
maklumat murid dikemaskini dan maklumatnya adalah terkini.

- Pengemaskinian maklumat murid adalah sangat penting terutamanya untuk
mengelakkan berlakunya keciciran bantuan murid.

- Semua guru kelas sudah dimaklumkan supaya sentiasa mengemaskini maklumat murid,
mohon supaya s/u apdm membuat semakan dan pemantauan.

Tindakan : S/U Apdm

AGENDA 4 : SSDM & e-RKM

4.1 REKOD SSDM
- Guru kelas diminta mengisi rekod murid di dalam sistem SSDM.
- SSDM merangkumi rekod salah laku dan juga amalan baik murid.
- Untuk sessi pertama, guru-guru boleh mengisi rekod salah laku murid bermula dari

bulan Jan hingga Mac, manakala sessi kedua untuk Jun hingga Nov.
- Mohon guru disiplin supaya sentiasa membuat semakan terhadap pengisian SSDM
- Sila rujuk PK Hem sebelum membuat pengisian atau sekiranya ada masalah.

Tindakan : Guru Disiplin

4.2 PENGAWAS
- Mohon supaya sentiasa dibuat pemantauan terhadap semua pengawas untuk

memastikan pengawas sekolah menjalankan tugas dengan sewajarnya.
- Beri penekanan kepada semua pengawas supaya member penekanan tentang

disiplin kepada semua murid.
- Semak buku catatan / laporan pengawas secara kerap dan berkala.

Tindakan : Unit Disiplin & Pengawas

4.3 e-RKM
- PK HEM memaklumkan bahawa pengisian e-RKM di bawah tanggungjawab guru

kelas tahun 1 untuk mengisi maklumat murid, ukuran tinggi dan berat.
- Pemantauan akan dilakukan oleh pihak jururawat .
- Mohon supaya guru kesihatan Pn Salmiah supaya membantu dan membuat

pemantauan sekiranya guru kelas mempunyai masalah.

Tindakan : Guru Kesihatan

AGENDA 5 : PROGRAM SELEPAS UPSR ( PASCA UPSR )

- Pn Rosmiza diminta supaya membuat perancangan untuk program PASCA UPSR
dengan lebih awal supaya program tersebut dapat terus dilaksanakan sebaik sahaja
selesai peperiksaan UPSR. Adakan perbincangan bersama SU Kecemerlangan UPSR.
- Rancang program PASCA UPSR yang lebih menarik dan memberi manfaat kepada
murid supaya murid berasa seronok dan bersemangat untuk hadir ke sekolah walaupun
telah selesai peperiksaan.

Tindakan : Unit Bimbingan & Kaunseling

AGENDA 6 : PROGRAM ‘ I KNOW I CAKNA SIRI 2
6. 1 PK HEM Mohon supaya dimantapkan lagi program guru penyayang. Terima

kasih kerana telah melaksanakan program ini setiap pagi di laluan masuk murid.

6.2 Program ‘ I Know I Cakna Siri 2’
- Ini merupakan satu program penting yang akan dilaksanakan bermula pada bulan Ogos
hingga November 2019.

- Pn Rosmiza diminta supaya membuat kertas kerja cadangan program tersebut dengan
lengkap .
- Sebagai makluman awal program ‘ I Know I Cakna Siri 2 ‘ ini akan dilaksanakan
sebagaimana tahun lepas, cuma terdapat sedikit penambahbaikan kepada program
tersebut. Program ‘ My Fish ‘ dan ‘ My Rabbit ‘ akan dilaksanakan, yang mana mur
id akan diberi ikan dan arnab sebagai haiwan peliharaan.
- Program ini merupakan program bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bersama
Badan Disiplin.

Tindakan : Unit Bimbingan Kaunseling & Disiplin

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN
7.1 PK HEM memberi peringatan bahawa setiap unit hendaklah membuat laporan

dokumentasi bagi semua program yang dijalankan dan disimpan di dalam fail induk dan fail unit
masing-masing.

PENUTUP
- PK HEM berharap agar semua AJK dapat meningkatkan dan memantapkan lagi usaha
bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program yang dirancang untuk
tahun 2019 dapat berjalan dengan baik dan Berjaya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

---------------------------------- --------------------------------------
( ZAIROS BT ABDUL HADI ) ( SALIHAH BT ZAKARIA )
S/U HEM PK HEM

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 2,

KAMPUNG CHICHA, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN.

Laman Sesawang : www.kbgkerian2.blogspot.com

TEL : 09-7667202 FAX : 09-7667201

TARIKH : 25 JUN 2019

MASA : 12.45 TGH

TEMPAT: BILIK WAWASAN

AGENDA :

Ucapan Pengerusi
Ucapan Guru Besar
Pengesahan Minit Mesyuarat lepas
Data HEM ( APDM )
SSDM & e-RKM
Program Selepas UPSR ( Pasca UPSR )
I Know I Cakna Siri 2
Hal-hal lain


Click to View FlipBook Version