The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zairosh, 2019-12-16 10:06:39

minit mesyuarat 3 2019

minit mesyuarat 3 2019

MINIT MESYUARAT AJK INDUK MAJLIS HAL EHWAL MURID KALI KE 3 2019

TARIKH : 17 NOVEMBER 2019
MASA : 12.00 TGH
TEMPAT : BILIK WAWASAN

KEHADIRAN :

PN SALIHAH BT ZAKARIA ( PK HEM )
PN ZAIROS BT ABDUL HADI ( S/U HEM )
PN HJH SARIPAH BT JUSOH AJK
PN SUR HAIMA BT MUHD SALEH AJK
PN ZAITUN BT YACOB AJK
PN SANIAH BINTI ABDUL RAHMAN AJK
PN NORMADIAH BINTI MD RAZALI AJK
PN WAN HAMIZON BINTI WAN ISMAIL AJK
PN ROSMIZA BT AZMI AJK
PN CHE FARIDAH BINTI ABDULLAH AJK
PN NOORUL HUDA BINTI MAT RIPIN AJK
PN ROSLIZAWATI BT WAN MUHAMMAD AJK
PN ZAITON BT JAYA AJK
PN SALMIAH BT ABD RAHMAN AJK
PN NORHAYATI BINTI MOHD NAWI AJK
PN ROZAINA BINTI ABDUL LATIF AJK
EN ZAMANI B. RASHID AJK

TIDAK HADIR : - Wakil
PN ALWANA BINTI MUSTAPHA - Wakil
PN ZUNAIDAH BINTI JAAFAR

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

- Pk Hem Pn Salihah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK.Beliau juga
mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan dan usaha semua AJK yang
telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap unit masing-masing sepanjang
tahun 2019.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
Pencadang : Pn Che Faridah binti Abdullah
Sokong : Pn Nor Madiah binti Mohd Razali

AGENDA 3 : MAKLUM BALAS MESYUARAT LEPAS
3.1. APDM – Masih terdapat ralat pada data murid. Penjaga utama murid mestilah

mempunyai pendapatan.
3.2. SSDM & eRKM – Masih perlu selesai. Mohon supaya Pn Salmiah membuat semakan

semula dan selesaikan segera.
3.3. Pasca UPSR – Semua program yang dijalankan mestilah ada laporan. Laporan yang

dibuat mestilah mempunyai elemen KMR.
3.4. I Know I Cakna – Program sudah berjalan,laporan program mestilah disiapkan dan

disimpan di dalam fail.

AGENDA 4 : LAPORAN UNIT HEM
- Ketua unit diminta untuk memberikan laporan perkembangan dan perjalanan program
unit masing-masing.

4.1 DATA HEM ( APDM )
- Urusan pendaftaran murid keluar dan masuk tidak ada masalah cuma seorang
murid dari kelas 1AR bernama Nur Qalesya Dayana yang tidak diketahui
statusnya memandangkan sudah tidak hadir ke sekolah selama beberapa bulan.

- Pk Hem memaklumkan murid tersebut tidak dapat dihubungi memandangkan
dia sudah berpindah mengikut ibu kandungnya.

- Pengemaskinian data murid di dalam kelas dilakukan oleh guru kelas, masih
terdapat sedikit masalah ralat, akan cuba diselesaikan secepat mungkin.

4.2 DISIPLIN & PENGAWAS
- Program yang dijalankan adalah :-
i. Taklimat Disiplin
ii. Sifar Ponteng
iii. I Know I Cakna
- Hanya satu program yang tidak dijalankan iaitu Program Sekolah Selamat.
- Jawatankuasa Pengawas untuk tahun 2020 sudah disiapkan.
- Minta pertambahan seorang lagi guru pengawas .

- PK HEM memberi maklum balas tentang beberapa perkara :-
i. Tahun 2020 mesti jalankan instrument di dalam SPKS.
Contoh : Isu basikal lajak – Beri nasihat supaya tidak dibenarkan membawa
basikal ke sekolah
ii. SSDM merupakan di bawah tanggungjawab semua guru kelas. Minta pastikan
guru – guru mengisi / merekodkan amalan baik murid di dalam SSDM.
iii. Watikah pelantikan dan juga Kem Kepimpinan pengawas untuk tahun hadapan
minta diperawalkan.
iv. Tambahan guru pengawas untuk tahun 2020 iaitu Pn Norhayati binti Musa

4.3 KANTIN

-Agihan tugasan guru menjaga kantin semasa rehat menampakkan
keberkesanan. Akan tetapi setelah diberi agihan tugas tersebut kepada guru bertugas,
kurang berjalan dan tidak berkesan.

- Cadangan supaya pada tahun hadapan agihan tugasan guru di Kantin
dimasukkan di dalam jadual bertugas mingguan.

- 2 orang pengawas juga akan ditugaskan untuk menjaga kantin setiap kali rehat
tahap 1 & 2.

- Minta seorang ajk guru bagi menggantikan Pn Hjh Junaidah.

- PK HEM memaklumkan dan memohon supaya ajk kantin perlu bekerja kuat sekiranya
penender kantin bertukar. Kerjasama yang baik harus diberikan kepada penender kantin
yang baru sekiranya ada.

- Program orientasi kantin yang dilaksanakan pada tahun ini amat baik dan berkesan,
perlu diteruskan pada tahun hadapan.

- Tambahan ajk kantin Pn Hjh Nor Aini binti Ismail.

4.4 RMTS

- Pemilihan murid baru untuk tahun 2020 sudah dibuat. Jumlah murid tahun 2-5
pada tahun hadapan ialah seramai 81 orang.
- Pn Saripah memohon untuk diadakan lawatan penanda aras RMTS ke SK Islah.
- Minta tambahan ajk seramai dua orang bagi menggantikan ajk lama Pn Roswati

- PK HEM memaklumkan program RMTS untuk tahun hadapan adalah pada waktu pagi
seperti biasa.

- Untuk cadangan pelaksanaan sarapan pagi semua murid masih belum ada punca kuasa,
maka masih belum dapat dilaksanakan.

- Semua urusan bantuan perlu menggunakan borang PB1.
- Tambahan ajk baru ialah Pn Normadiah binti Mohd Razali dan Pn Roslizawati binti

W.Muhammad.

4.5 SUSU SEKOLAH

- Program susu sekolah untuk tahun 2019 berjalan dengan baik dan lancer tanpa
sebarang masalah.

- Stok akhir susu akan dihabiskan pada minggu ini.
- Jawatankuasa susu masih dikekalkan untuk pelaksanaan tahun 2020 sekiranya
masih dikekalkan.

4.6 KWAPM
- Pelaksanaan Kwapm bagi tahun ini berjalan tanpa sebarang masalah.
- Pn Zaiton memberi cadangan supaya wang bantuan Kwapm dibayar secara

tunai kepada murid penerima.
- Minta tambahan ajk guru .

- PK HEM memberi maklum balas tentang pembayaran tunai. Terdapat kekangan dalam
proses pembayaran tunai, iaitu wang yang telah dikeluarkan tidak boleh di bank in
semula. Ini akan menimbulkan masalah sekiranya terdapat murid penerima yang
berpindah sekolah.

- Tambahan ajk iaitu Pn Noorulhuda binti Mat Ripin sebagai Pen. Setiausaha dan Pn Wan
Hamizon binti Wan Ismail sebagai ajk.

4.7 KESIHATAN
- Program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2019 berjalan dengan lancar.
i. Pemeriksaan kesihatan
ii. Pemeriksaan gigi
iii. Suntikan Imunisasi
-Hanya satu program sahaja yang tidak Berjaya dilaksanakan atas sebab-sebab

yang tidak dapat dielakkan iaitu program dalaman remaja ( Intimate ).
- Pn Salmiah memaklumkan bahawa alat penimbang berat mudah dan cepat

rosak. Minta dibeli yang baru.

- PK HEM memberi maklum balas supaya dibeli alat penimbang digital yang baru untuk
memastikan jaminan yang lebih lama.

- Pastikan penggunaan ubat di bilik kesihatan adalah ubat yang dibenarkan sahaja.
Minyak gamat dan minyak panas tidak dibenarkan.

- Pn Salmiah boleh meminta peruntukan dari pihak sekolah untuk membeli stok ubat
sekiranya perlu.

4.8 KEBERSIHAN & KECERIAAN
- Program kebersihan & keceriaan kelas berjalan dengan baik sepanjang tahun.
- Cadangan supaya tandas murid di tingkat bawah di cat baru memandangkan
cat sedia ada sudah lama dan pudar.
-Minta ditambah seorang lagi ajk

- Makluman daripada PK HEM bahawa pada bulan Jun tahun hadapan, kontrak syarikat
pembersihan akan berakhir. Pekerja akan dipilih semula.

- Mohon supaya dirancang program keceriaan sekolah semasa cuti sebelum bermua sesi
persekolahan 2020.

- Tambahan ajk iaitu Pn Noriah binti Deghani.

4.9 PIBG
- PK HEM memaklumkan bahawa tahun 2020 merupakan tahun pemilihan. Akan

ada pemilihan dan pelantikan ajk PIBG yang baru pada tahun hadapan.
- Bilik PIBK akan diwujudkan dan akan diuruskan oleh ajk PIBG.

4.10 BIMBINGAN & KAUNSELING
- Semua program berjalan dengan baik. Antaranya ialah :-
i. Watikah pelantikan pemimpin muda
ii. Kem Kepimpinan pemimpin muda
iii. Ziarah Cakna
iv.Rehat minda
v.Pasca UPSR
vi. I Know I Cakna

-Satu program yang digugurkan iaitu program Hari Bakat disebabkan masalah
dan kekangan masa.

- Program guru penyayang kurang mendapat sambutan dan kurang pelaksanaan
dari pihak guru bertugas.

- Cadangan supaya dimasukkan tugasan guru bertugas guru penyayang di dalam
jadual bertugas mingguan guru.

4.11 KEDAI SEKOLAH

- Operasi kedai sekolah berjalan seperti biasa dengan lancar
- Sekarang pihak kedai sekolah dalam proses packing buku untuk tahun 2020.
- Tempahan baju dan seluar sukan untuk tahun hadapan juga sudah diselesaikan.
- Senarai pembayaran peralatan persekolahan 2020 juga sudah dikeluarkan dan
menunggu pengesahan dari PK HEM.
- Minta seorang lagi ajk kedai sekolah bagi menggantikan Pn Rokiah bt Husein.

- PK HEM memaklumkan bahawa buku Fun Learning untuk tahun 4 dimansuhkan.
- Untuk tahun 2020, urusan pembayaran buku Super Mind & Fun Learning akan diuruskan

oleh pihak kedai sekolah.

4.12 KEBAJIKAN MURID
- Semua urusan kebajikan murid untuk tahun 2019 berjalan dengan baik.
- Duit tabung masih mempunyai baki sebanyak RM 160.

- PK HEM memohon supaya dikenal pasti murid yang miskin dan dhaif dari segi pakaian
pada minggu pertama persekolahan untuk diberi bantuan.

- Cadangan pada tahun hadapan supaya diadakan ‘ Jualan Amal Kasih ‘.

4.13 KESELAMATAN

- En Zamani melaporkan tiada program untuk tahun 2019,memandangkan
latihan kebakaran tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tertentu.

PK HEM mencadangkan beberapa perkara untuk tahun 2020:-

i. Latihan kebakaran mesti dilaksanakan
ii. Buat surat semula kepada JKR untuk memohon pili bomba.
iii. Kawasan berkumpul sekiranya berlaku kecemasan hendaklah

ditanda / dilabelkan.

4.14 PERHIMPUNAN

- Program yang telah dijalanan :-
i. Murid membaca buku peraturan sekolah.
ii. Pembacaan I’M Free oleh murid- kurang member kesan

-Masalah yang berlaku buku peraturan sekolah mempunyai dua saiz,apabila
dibacakan berlaku kekeliruan kerana muka surat yang berbeza di antara dua buku
tersebut.

- Cadangan Pn Norhayati pada tahun 2020 akan diwajibkan semua murid
mempunyai buku catatan semasa perhimpunan.

- Latihan pengendalian majlis akan terus dilaksanakan kepada murid-murid.

4.15 SPBT
- Bekalan buku aktiviti untuk murid tahun 1-3 sudah sampai.
- Agihan buku teks akan diadakan pada 26 & 28 Disember 2019.
- Cadangan PK HEM ,pada tahun hadapan supaya diadakan spot check buku teks

yang tidak dibalut.

4.16 PPDA & PENCEGAHAN JENAYAH
- PK HEM meminta supaya dikeluarkan senarai nama murid di bawah Kelab

Pencegahan Jenayah pada tahun hadapan.

AGENDA 5 : PERANCANGAN 2020

- PK HEM meminta semua ketua unit supaya :-

Setiap program yang hendak diadakan hendaklah dibuat kertas kerja dan hantar
awal.

Semua perancangan hendaklah dibuat dalam format OPPM, iaitu program
sepanjang tahun. Setiap program mesti ada OPPM & PINTAS.
Setiap unit hendaklah memikirkan satu program untuk djadikan amalan terbaik,
kena laksanakan dan laporkan.
Sila hantar perancangan unit masing-masing untuk dimasukkan ke dalam takwim
unti HEM.

AGENDA 6 : HAL – HAL LAIN

Laporan / dokumentasi semua program yang telah dilaksanakan hendaklah
disiapkan.
Kemaskini fail unit masing-masing sebelum berakhirnya persekolahan.

- PK HEM berharap agar semua AJK dapat terus bekerjasama dan memberi sokongan
terhadap beliau untuk sama-sama meningkatkan dan memantapkan program
terutamanya di dalam unit HEM.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah
Al Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

---------------------------------- --------------------------------------
( ZAIROS BT ABDUL HADI ) ( SALIHAH BT ZAKARIA )
S/U HEM PK HEM


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Dekoperlen
Next Book
สรุปการคิด 62