The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zairosh, 2019-09-11 22:24:29

dialog prestasi 1

dialog prestasi 1

DIALOG PRESTASI GURU KELAS KALI 1 2019

TARIKH : 18 APRIL 2019
MASA : 12.45 TGH
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN : ( PK HEM )
( S/U HEM )
PN SALIHAH BT ZAKARIA
PN ZAIROS BT ABDUL HADI
PN ROSLIZAWATI BT MUHAMMAD
PN NOORULHUDA BT ARIFIN
PN MARYANI BT ABD GHANI
PN HJH ROSWATI BT RAMLI
PN ZAITUN BT YACOB
PN NORIAH BT DEGHANI
PN NORHAYATI BT MUSA
PN HJH NOR AINI BT ISMAIL
PN SANIAH BT ABD RAHMAN
PN HJH ZAINUN BT ISMAIL
PN ASLIZA BT HASSAN
PN HJH SALMIAH BT ABD RAHMAN
PN NORHAYATI BT MOHD NAWI
PN ZARIMA BT AMIR
PN ZAMILA BT MAT AIL
PN HALIJAH BT DAUD
PN NORAZIMAH BT JUSOH
PN SITI SARAH BT ISMAIL
PN NORMADIAH BT MOHD RAZALI
TN HJ AMINUDDIN B. MOHAMMAD
EN SABRI B. CHE ALI
EN AMI NORDIN BIN AB RAZAK
PN HJH MAHURA BT MUHAMMAD
PN ZAITON BT JAYA

TIDAK HADIR :

TN HJ ROSLAN BIN MAJID - URUSAN PERIBADI

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

Pk Hem, Pn Salihah mengucapkan terima kasih di atas kesudian semua guru kelas
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Perjumpaan ini adalah berfokuskan
kepada pengurusan kelas dan kehadiran murid di dalam kelas masing-masing.

AGENDA 2 : KEMASKINI DATA APDM

- Pn Salihah memohon semua guru kelas supaya membuat semakan maklumat murid di
dalam APDM, pastikan maklumat murid dikemaskini dan maklumatnya adalah terkini.

- Pengemaskinian maklumat murid adalah sangat penting terutamanya untuk
mengelakkan berlakunya keciciran bantuan murid.
Tindakan : Semua guru kelas

AGENDA 3 : VERIFIKASI KEHADIRAN

- Guru kelas perlu mengambil tindakan yang sepatutnya kepada murid yang tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab terutamanya murid yang tidak hadir 10 hari ke atas.

- Guru kelas perlu mengenal pasti punca atau sebab murid tidak hadir ke sekolah seperti
berikut :-
a. Menghadiri aktiviti sekolah – dikira hadir
b. Cuti sakit
c. Urusan keluarga
d. Masalah peribadi
e. Lain-lain sebab
f. Tiada sebab
Tindakan : Semua guru kelas

AGENDA 4 : PROGRAM ‘ MY FISH ‘

- Pn Salihah memaklumkan bahawa pada tahun ini akan diadakan satu program bernama
‘ MY FISH ‘. Ini adalah kesinambungan daripada program I Know I Cakna yang diadakan
pada tahun lepas.

- Program ‘ MY FISH ‘ ini akan dijalankan kepada murid yang bermasalah kehadiran
bermulanya mungkin pada bulan Julai di bawah kelolaan Pn Rosmiza.
Tindakan : Makluman semua

AGENDA 5: REKOD SSDM

- Guru kelas diminta mengisi rekod murid di dalam sistem SSDM.
- SSDM merangkumi rekod salah laku dan juga amalan baik murid.
- Untuk sessi pertama ini, guru-guru boleh mengisi rekod salah laku murid bermula dari

bulan Jan hingga Mac.
- Sila rujuk PK Hem sebelum membuat pengisian atau sekiranyan ada masalah.

Tindakan : Semua guru kelas

AGENDA 6 : PENGURUSAN KELAS PAK 21

- PK Hem memohon supaya semua guru kelas menyusun atur dan mempersiapkan kelas
masing-masing mengikut keperluan kelas PAK 21.

- Perkara-perkara asas yang penting seperti berikut hendaklah dipastikan ada:-
1. Susunan kerusi meja murid
2. Jadual Kelas
3. Jadual tugasan murid
4. Peraturan kelas
5. Sudut-sudut mata pelajaran dan hasil kerja murid
6. Perkara-perkara lain seperti Traffic Light, Jadual Kehadiran kelas, Reward Chart dsb.

PENUTUP

- PK HEM berharap agar semua guru kelas dapat terus bekerjasama dalam memastikan
masalah disiplin di kalangan murid dapat ditangani dan kehadiran murid dapat
dipertingkatkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

---------------------------------- --------------------------------------
( ZAIROS BT ABDUL HADI ) ( SALIHAH BT ZAKARIA )
S/U HEM PK HEM




Click to View FlipBook Version