The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Tahun 5
Tunku Abdul Rahman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11343554, 2021-10-04 10:56:45

Buku Skrap Digital

Sejarah Tahun 5
Tunku Abdul Rahman

Keywords: Tunku Abdul Rahman

“BAPA KEMERDEKAAN”
TUNKU ABDUL RAHMAN

PUTRA AL-HAJ

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD DANIAL ZAMEERULLAH BIN HABIBULLAH

BIODATA DIRI MURID

NAMA MURID : MUHAMMAD DANIAL
ZAMEERULLAH BIN HABIBULLAH
E-MEL: [email protected]
SEKOLAH : SK DESA CEMPAKA
KELAS : 5 WIDURI

ISI KANDUNGAN

01 PENDAHULUAN 02 BIODATA TOKOH

03 PENDIDIKAN 04 KERJAYA

01 PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor Setar,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku merupakan
anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan
Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.

Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang
tidak berdarah gahara. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja
kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang
tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar
istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa
mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
mengidap penyakit puru di kakinya.

02 BIODATA DIRI

BIODATA DIRI

★ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

★ 8 Februari 1903 – 6 Disember 1990.
★ Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari

1955.
★ Perdana Menteri Pertama 1957 hingga 1970.
★ Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
★ Dikenali sebagai "Tunku",
★ Dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan

"Bapa Malaysia"

03 PENDIDIKAN

PENDIDIKAN

Pendidikan Tunku bermula pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu
di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar
bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk
mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah
kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid.
Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran
pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok
untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang
sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School).
Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang
Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin.
Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

PENDIDIKAN

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di
Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima
pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar ke England untuk belajar
undang-undang di Universiti Cambridge. Beliau lulus semester pertama
dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga
untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Pada 1940, beliau dilantik
sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun
1947 dalam jurusan undang-undang dan akhirnya bergelar peguam.

04 KERJAYA

KERJAYA DI KULIM

Pada Januari 1931, Tunku telah dilantik sebagai Kadet dalam Perkhidmatan Awam
Kedah. Kemudian, beliau dipindahkan ke Kulim sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Di Kulim, Tunku menumpukan banyak masa beliau melawat daerah itu dan
mengenali masalah petani yang membentuk 90% penduduk. Tunku juga
menumpukan masanya untuk menyiapkan peperiksaan Undang-undang Kadet

untuk layak mendapat promosi. Beliau mengambil peperiksaan dan
menyerahkannya pada percubaan pertamanya.

KERJAYA DI PADANG TERAP

Sekitar setahun kemudian, Tunku dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah
Padang Terap. Jawatan Pegawai Daerah Padang Terap tidak popular kerana Kuala
Nerang mengalami malaria. Sebaik sahaja Tunku mengambil alih daerah itu, beliau
memberi arahan untuk membuat tinjauan yang dibuat dari rawa yang bersempadan

dengan bandar itu, memperolehi anggaran untuk mengurusnya dan memohon
kepada Sekretariat Negeri bagi dana yang diperlukan. Malangnya, permintaan
untuk dana Tunku ditolak. Beliau menulis lagi kepada Sekretariat Negara, meminta
dana itu disediakan untuk mengurus rawa dan menyingkirkan Kuala Nerang dari
tempat pembiakan utama pembawa malaria. Kali ini wang itu datang dan kerja itu

dijalankan di bawah pengawasan Tunku.

KERJAYA DI LANGKAWI

Daerah ini terdiri daripada sekelompok pulau, penduduk yang kurang penduduk,
jarang ditanam dan tanpa jalan raya. Apabila Tunku memohon dana kerajaan untuk
membangunkan Langkawi permohonannya ditolak. Tunku memenangi kerjasama
daripada orang awam di semua masyarakat menyebabkan pembinaan sebuah jeti
dan kemudiannya membuka beberapa jalan tanah menggunakan wang dan bahan

yang dikumpulkannya.

KERJAYA DI SUNGAI PETANI

Penasihat British pada masa itu, S.W. Jones melawat Langkawi dan sangat kagum
dengan inisiatif Tunku bahawa beliau memujuk Majlis Negeri untuk memindahkan
dan mempromosikannya ke jawatan Pegawai Daerah Sungai Petani, daerah kedua
yang paling penting di Kedah. Tunku tidak lama lagi menjadi Pegawai Daerah yang

paling terkenal Sungai Petani yang pernah dikenali.

Pesuruhjaya Polis di Kedah bertempur dengan Tunku dan menyeru Setiausaha
kepada Kerajaan untuk mengadu tentang Tunku. Ini menyebabkan Tunku
dipindahkan ke Kulim sebagai Pegawai Daerah.

KERJAYA POLITIK

Pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai
Undang-undang di Alor Setar. Beliau kemudian meminta pertukaran ke Kuala
Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik

sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum
Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain.
Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

untuk menentang Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku
menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO mendesak Datuk

Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai
presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

ISI KANDUNGAN

05 LALUAN 06 NILAI
KEMERDEKAAN

07 PENUTUP 08 SUMBER

RUJUKAN

05 LALUAN
KEMERDEKAAN

LALUAN KEMERDEKAAN

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperoleh
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu

merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili

kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturunkan di Kuala Lumpur pada hari

kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar
Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan rakaman suaranya yang penuh emosi tetapi
berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

06 NILAI

5 NILAI PENGAJARAN

BERBUAT BAIK BANTU SEMUA MENANG DALAM
ORANG AMAN
TONGGAK
PERPADUAN BANTU SEMUA
ORANG

BERBUAT BAIK

Dilahirkan sebagai YM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj ibni ALmarhum Sultan Abdul
Hamid Shah, Tunku merupakan anak lelaki ketujuh Sultan Kedah yang dilahirkan pada tahun
1903. Walaupun dilahirkan dalam keluarga diraja, Tunku merupakan seorang yang berjiwa
rakyat. Semasa membesar, tunku sangat gemar bermain bola bersama anak-anak kampung
dan tidak begitu suka dikawal oleh pengasuh istana.

Ketika menyambung pelajaran di Universiti Cambridge juga Tunku dengan mudah
berkawan dengan ramai orang. Tunku tidak sukakan diskriminasi dan sentiasa
memperjuangkan persamaan hak sesama manusia.

Sejurus pulang ke tanah air, Tunku bekerja sebagai penjawat awam menjadi kadet di
Pejabat Penasihat Undang-Undang di Alor Setar sebelum bertugas sebagai Pegawai Daerah.

Sikap baik hati dan mudah disenangi Tunku membuatkan Tunku sangat popular
sehingga dilabeli sebagai “Man of Peace”.

BANTU SEMUA ORANG

Semasa Jepun menceroboh Tanah Melayu, rakyat hidup menderita dan penuh
dugaan. Ketika itu, Tunku berhempas pulas cuba menyelamatkan rakyat dan
memastikan keselamatan mereka.

Tunku juga tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri apabila menghulurkan
tangan membantu ramai tahanan yang terlepas daripada membina “Landasan
Kereta Api Maut” dengan menyediakan tempat perlindungan dan makanan.

MENANG DALAM AMAN

Tunku merupakan seorang pemimpin yang sangat mengeji pertumpahan darah.
Tunku pernah menolak permintaan Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang
sah untuk bertanding dalam pilihanraya kerana latar belakang parti itu yang lebih
sukakan keganasan. Pada tahun 1956, Tunku telah berbincang dengan para Sultan
tentang pembentukan perlembagaan Tanah Melayu yang bebas. Pada 8 Februari
1956, setiausaha kolonial ketika itu, Alan Lennox-Boyd dan Tunku telah
bersama-sama menandatangani perjanjian yang menjanjikan pembebasan Tanah
Melayu daripada British. Tepat jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957, bendera
Union Jack pun diturunkan menandakan berakhirnya zaman pemerintahan British
tanpa sebarang titisan darah.

TONGGAK PERPADUAN

Setelah berjaya membebaskan Malaya daripada pemerintahan British, Tunku
mengenengahkan idea untuk menyatukan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei untuk menjadi Malaysia pada tahun 1961. Kesemua negeri bersetuju dengan
idea tersebut kecuali Brunei. Maka, terbentuklah "Malaysia" dua tahun berikutnya
iaitu pada 16 September 1963.

Namun, langit tidak cerah berpanjangan. Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew
menentang artikel Perlembagaan Malaysia yang menyentuh tentang kuota dan hak
keistimewaan bangsa Melayu. Artikel itu dikatakan bersifat rasis dan Lee Kuan Yew
kemudian berkempen memperjuangkan kesamarataan dengan tidak mengira
bangsa.

TONGGAK PERPADUAN

Sebelum keadaan menjadi lebih tidak terkawal apabila kaum Melayu dan kaum
Cina mula berbalah, Tunku mengambil jalan yang lebih aman untuk
mengendalikan situasi tersebut. Tunku mencadangkan kepada Parlimen Malaysia
supaya mengundi sama ada Singapura akan terus kekal berada di dalam Malaysia
atau sebaliknya.

Pada 9 Ogos 1965, Parlimen sebulat suara bersetuju agar Singapura dipisahkan
dari Malaysia. Walaupun perpisahan itu agak menyedihkan, namun ia akhirnya
membawa keamanan dan kebaikan kepada kedua-dua buah negara.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Tahukah anda, Tunku Abdul Rahman pernah gagal dalam peperiksaan
undang-undang semasa pengajiannya di London pada tahun 1930? Ketika itu,
kakandanya, Tunku Ibrahim memberitahu Tunku Abdul Rahman yang
kegagalannya itu adalah sesuatu yang amat memalukan kaum kerabat mereka.

Namun Tunku tidak pernah berputus asa. Pada tahun 1939, Tunku pulang
semula ke London untuk mengambil semula peperiksaan itu dan telah berjaya
lulus dalam bahagian pertama. Namun, Perang Dunia Kedua meletus dan Tunku
dipanggil pulang semula ke Tanah Melayu untuk bertugas sebagai Pegawai
Daerah di Kulim.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Pada tahun 1947, barulah Tunku berpeluang untuk mengambil cuti untuk fokus dan
menamatkan pengajiannya dalam bidang perundangan. Akhirnya Tunku berjaya
bergelar seorang peguam selepas 18 bulan. Menurut salah seorang cucu kepada
Tunku iaitu Tunku Munawirah, Tunku Abdul Rahman sangat mementingkan
pendidikan semasa hayatnya. Menurut Tunku, pendidikanlah yang akan membantu
mengubah nasib seseorang dan juga menjadi penentu perkembangan sesebuah
negara.

Namun Tunku tidak pernah berputus asa. Pada tahun 1939, Tunku pulang semula ke
London untuk mengambil semula peperiksaan itu dan telah berjaya lulus dalam
bahagian pertama. Namun, Perang Dunia Kedua meletus dan Tunku dipanggil pulang
semula ke Tanah Melayu untuk bertugas sebagai Pegawai Daerah di Kulim.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Pada tahun 1947, barulah Tunku berpeluang untuk mengambil cuti untuk fokus
dan menamatkan pengajiannya dalam bidang perundangan. Akhirnya Tunku
berjaya bergelar seorang peguam selepas 18 bulan. Menurut salah seorang cucu
kepada Tunku iaitu Tunku Munawirah, Tunku Abdul Rahman sangat
mementingkan pendidikan semasa hayatnya. Menurut Tunku, pendidikanlah
yang akan membantu mengubah nasib seseorang dan juga menjadi penentu
perkembangan sesebuah negara.
Kebolehan dan penguasaan bahasa Inggeris juga amat dititikberatkan untuk
mencetuskan pemikiran yang intelek. Menurut salah satu catatan Tunku, subjek
Matematik dan Sains perlu dikekalkan pengajarannya dalam Bahasa Inggeris
untuk mengikut aliran dunia dan teknologi semasa. Walau bagaimanapun, rasa
bangga dan cinta terhadap bahasa kebangsaan jangan sekali-kali dilupakan.

07 PENUTUP

PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor dan halangan dalam pembentukan dan
penubuhan negara Malaysia. Oleh sebab itu, kita sebagai masyarakat Malaysia
haruslah menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu yang bersusah payah
dalam mendapatkan kemerdekaan dan membentuk sebuah negara yang makmur
sehingga kini. Walaupun Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum, bangsa, etnik dan
agama kita tetap boleh mengekalkan perpaduan berbilang kaum ini sehingga
sekarang. Ini membuktikan bahawa tidak sia-sia pengorbanan Tunku Abdul
Rahman dalam memberi idea dan menubuhkan Malaysia dengan melibatkan
beberapa wilayah yang lain. Akhir sekali, kita mestilah menjaga keamanan yang
telah dicapai ini dengan sebaik mungkin agar perpaduan ini terus terikat sehingga
ke generasi yang akan datang.

08 SUMBER
RUJUKAN

SUMBER RUJUKAN

ARKIB NEGARA BIOGRAPHY.COM
MALAYSIA

PERDANA ASTRO AWANI
LEADERSHIP
FOUNDATION

TERIMA KASIH

MALAYSIA NEGARAKU


Click to View FlipBook Version