The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hos Kommuniti Projek 02 Persatuan Tseng Lung

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jeffrey shaari, 2024-06-26 02:26:36

cu 1 Cultural Mapping

Hos Kommuniti Projek 02 Persatuan Tseng Lung

Persatuan ini diasaskan oleh klan-klan yang berasal dari Tseng Cheng (增城) dan Lung Men (龙门), Guangdong pada tahun 1929. Sebelum itu, ia dikenali sebagai "Tseng Lung Shan Hou She (增龙善后社)", yang ditubuhkan pada tahun 1922 dan terletak di No.171, Jalan Gopeng. Tseng Lung Shan Hou She membantu ahli-ahlinya dalam urusan pengebumian mereka, serta menjaga kebajikan ahli. Klan dari Tseng Lung membeli tanah untuk perkuburan dan mendirikan Makam Leluhur Utama pada tahun 1907. Ketika Tokong Cina Kampar dibina semula pada tahun 1904, klan Tseng Lung menderma sebuah kuil untuk Dewi Guanyin serta sebuah pembakar dupa besi. Pada 1900an, ia memainkan pernanan seperti: • Tempat penginapan sementara bagi ahli-ahli yang baru sampai ke Kampar. • Memberi bantuan dan perlindungan kepada ahli. • Tempat menyelesaikan masalah-masalah dan pertengkaran antara ahli. • Menyatupadu ahli-ahli demi kebaikan klan. • Menguruskan hal-hal kematian ahli. Peranan Persatuan telah berubah mengikut masa. PERSATUAN TSENG LUNG FUI KUON KAMPAR Waktu lawatan: waktu pejabat Tapak bangunan Persatuan Tseng Lung Kampar kini di No. 100, Jalan Gopeng. Tapak ini bermula sejak 1892 dan dibeli oleh persatuan ini pada tahun 1928 untuk membina sebuah bangunan yang baru. Pada tahun 1972, ia dibina semula seperti yang yang dilihat sekarang. Gambar-gambar ahli pengasas yang digantung di dinding. Antara ahli pengasas yang utama ialah Kapitan Perak Chung Keng Qwee (1827-1901), juga pemimpin kongsi gelap Hai San yang menantatangani Penjanjian Pangkor dengan British pada tahun 1874. Beliau juga menguasai penghasilan bijih timah yang terbesar di Malaya pada 1860 sehingga 1900. Papan Tahniah perayaan ulang tahun ke-50. Dalam papan tersebut, didapati ada 9 persatuan Tseng Lung di Malaysia dimana 6 terletak di Negeri Perak, iaitu Gopeng, Kampar, Papan, Tronoh, Sg. Siput dan Taiping. Ini jelas menunjukan bahawa orangorang Tseng Lung mula bertapak di kawasan-kawasan perlombangan bijih timah yang utama. Ruang utama dalam persatuan merupakan tempat bermasyuarat dan pameran gambar-gambar ahli yang meninggal, gambar aktiviti, papan-papan tahniah, perabot antik dan sebagainya. Tingkat atas di bahagian belakang bangunan. Senibina tersebut mengutamakan pengaliran udara supaya ruang penghiburan di tingkat bawah, seperti gambar di bawah, lebih selesa. Di bahagian belakang bangunan terdapat altar yang masih ada 91 tablet leluhur. Keadaan ini kurang dijumpai sekarang di seluruh negara.


Click to View FlipBook Version