The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buletin hepa post bil 24 11 November 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh1217, 2021-11-10 04:01:47

buletin hepa post bil 24 11 November 2021

buletin hepa post bil 24 11 November 2021

BIL. 24 11 NOVEMBER 2021

Kekal SaTkAtYif FbIuTkWanITHsaChOaHjaORaTka8n, AmSAeSmIAbNuatkan 181 orang pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi
badan kita cergas malah akan meningkatkan lagi 2021/2022.
kecerdasan akal. Aerobik adalah sukan yang amat
Kkeeckearldaaskatnif abkupmmakla.aeuAndzneiaskyrao.ehbSarikoejkaenlaasadoikihankalaaknihattmausnu,nekmkiaaebnsurmeyaaatpnenbeagmaradtbbmiaeneatrmrksimkuiteaaeknnnacyyenebirhrgomaaansntoekykmnakaaganklnaikhkkueejaatrkbanraneantaunikbmntaeagernsnk,uinkgaknpBdamtarakoeganngnigrpilakamegumiteremminaipsdutiiakbanan.haAkgehibkliaeJnrakewdsauaatnaaniankiutuapsepanegBlaeirjonadrSaluelkilaaankn,i
rentak muzik.mSeelaningiutua,tskuakann aeorotobitk-omtoemt bebrikaadn abannyadk akenbaikmanepmadbaekreisihajtuangsaeperttei lah menggunakan video-video dari
menyihatkan kjaenctuengrd, amseangnumatkeann taotlobt-oatogti mbadeanngduarnanmgemkabneritekkecaenrdaansa.n mYenotaultubbagei sebagai panduan untuk melaksanakan
mengurangkan tekanan. Sehubungan dengan itu, Biro Sukan Persatuan PelasjearnaAmsaasin tersebut.
Pengurusan SSeesih2u0b2u1/n2g02a2nteliatuh, mBenirgoamSbuilkapenndePkeatrasnatuunatunk mPeelalaksjaanrakan program
aerobik secarAa sadasliaPmentagliuanrusbaernsaSmeas-isa2m0a21p/e2l0aj2a2r tKeolahohrtm8e. nAgkatimvitbi ilterseKbeutsetleularuhhan pelajar berasa amat gembira kerana
dikendalikan kpeetiknadSeloktaAtaktniviutinPtuelkajmar epaladakshaarni aRkabaun, 3pNroogverammbera2e0r2o1b, jiakm 3.d00appeatatng.mengikuti program tersebut walaupun
TPperuomjugbraaenmlaujtaAarmasanasjA8ssiapee.PekcmcenatAnigravagakiruntdt3airjiav.uuPl0dsriatea0amiannlalttpaseapjeralmonriesargteintrapatabsadmaaniuligrkdattuee.amnkrtsaeaebThlhblucae.auejturhrrsiiaaaadRdnmdaalaiakbnaheuu-auntsk,anadti3tmmfuakwNlaaikmaolapaevunpmeepealmuasknntejibagkmtaeraieknrKrnaeso2jkeu0hamSr2aosluoe1arndtt,apnegladhdtjmaaaaarel-innppapgeyaanilakattujbatmrbiemereseranlraymanishagaasirtuaknpakgaennnstg-euraacbklauaarhmanabydnaaadnlagbamenla,rsiumtnakedlaiaranennk.addSaaejulplaagamiant
program tersebut adalah untuk memastikan semua bersua sesama mereka.
pelajar sentiasa kekal ceria dan aktif walaupun
Program ini temlaeh rdeikadaaksaendseacnarga dmaleamngtaikliuanti mpeenemrubsieplalajtaforramnWseebcexardaan diPserrotagi roalemh ini turut disertai oleh beberapa orang
seramai 181 odraanlag mpeltaajaliraPnrodgirraummAashas.i Pengurusan Sesi 2021/2022. Bagi mpemenasstyikaanrah dan kaunselor pelatih Universiti
keberkesanan pengendalian, program ini dibahagikan kepada pelajar-pelajar lUetlaakriadaMn alaysia. Keseluruhannya program ini
perempuan. APhrloi JgarwaamtankinuiastaeBlairho Sduikaadn ajukgaa ntelashemcaenrgagudnaaklaanmvdetoa-lviaidneo dadriaYpouatutbedikendalikan dalam suasana ceria dan
sebagai pandumaneunneturkusmi eplalakstafonarmkanWseenbameaxndaaernobdikis.eKrteaseilourleuhhanseprealamjarabi erasdaihgeamrabiprakan ia dapat diadakan secara berkala.

kerana dapat mengikuti program santai tersebut walaupun hanya berlangsung dalam talian.

Selain dapat menyihatkan tubuh badan, mereka juga dapat merasai pengalaman bersukan

STAY FIT WITH COHORT 8, ASASIANdalam talian bersama rakan-rakan yang lain. Program ini turut disertai oleh beberapa orang

pensyarah dan para kaunselor pelatih Universiti Utara Malaysia. Keseluruhan program dapat

dikendalikan dalam suasana ceria dan dan diharapkan dapat dikendalikan secara berkala.

1

2MUKA SURAT 3 COUNSELLING 4 MISI 5 TIGA STAF
MAJLIS KUNJUNGAN INTERVENTION KESUKARELAWAN PAHAT
HORMAT EXCO THROUGH PROJECTIVE KEMANUSIAAN KENANGAN
PERSATUAN PELAJAR DRAWING MANGSA BANJIR DI HYE HYE BYE BYE
SAESSAIS2I0P2E1N/2G0U2R2U S AN BALING 1

OKTOOBKETROB2E4R/21092/12021

MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT
EXCO PERSATUAN PELAJAR ASASI
PENGURUSAN SESI 2021/2022 BERSAMA
PENGARAH PUSAT ASASI PENGURUSAN

Satu Majlis Kunjungan Hormat Exco Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022 dengan Yang
Berbahagia Prof. Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin, Pengarah Pusat Asasi Pengurusan, Universiti Utara
Malaysia telah diadakan pada hari Rabu, 3 November 2021 yang lalu secara dalam talian melalui
platform Webex. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan Exco Persatuan
Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022 serta untuk mengeratkan hubungan di antara barisan
kepimpinan Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan dengan Pengurusan Tertinggi Pusat Asasi Pengurusan
UUM. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan Presiden
Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022, Saudara Ahmad Syazwan bin Ahmad Rafidi. Di
dalam ucapannya, beliau amat bersyukur kerana diberikan peluang menerajui persatuan ini dan
berharap barisan kepimpinan yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan efisien.
Selain itu, beliau juga mengharapkan Majlis Kunjungan Hormat ini dapat memberi input dan impak
kepada seluruh EXCO serta cakna terhadap amanat yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof.
Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin. Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian amanat oleh Yang
Berusaha Profesor Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin, Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM. Beliau
merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan mereka sebagai exco perwakilan pelajar Asasi yang
merupakan satu penghormatan kepada mereka.

Beliau juga menyatakan harapan universiti yang2mahu melahirkan Asasian yang holistik dan menjadi

contoh teladan. Justeru itu, pihak universiti juga mengharapkan pelajar-pelajar terbabit dapat
memperkasakan bakat dan kepimpinan mereka apabila berada di peringkat pengajian Ijazah Sarjana
Muda kelak.
Majlis Kunjungan Hormat ini diakhiri dengan sesi soal dan bergambar yang turut dihadiri oleh Profesor
Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa, Timbalan Pengarah, Pembangunan Pelajar. Adalah diharapkan
Majlis Kunjungan Hormat ini akan memberikan suntikan semangat kepada barisan kepimpinan baharu
agar dapat menggalas amanah yang diberikan.

2

OKTOBER 24/2021

GAMBAR PROGRAM

GAMBAR PROGRAM

COUNSELLING
INTERVENTION

THROUGH
PROJECTIVE

DRAWING

Seramai 714 orang peserta telah mengikuti program ‘’Counselling Intervention Through Projective
Drawing’’ pada 29 Oktober 2021 (Jumaat), bermula 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari melalui Aplikasi
Facebook Live UUM Counselling Centre yang telah disampaikan oleh Puan Jamaidah Jamaludin,
Kaunselor Berdaftar dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tujuan program ini dijalankan sebagai salah satu program latihan secara terbuka kepada semua
kaunselor dan komuniti memandangkan pendekatan kaunseling masih tertumpu kepada kaedah
kaunseling konvensional secara lisan menerusi kaunseling individu dan kelompok. Justeru itu, ia
merupakan satu alternatif baru untuk mempelbagaikan cara dan teknik kaunseling di dalam
menyediakan perkhidmatan tersebut. Malahan, Projective Drawing dapat membantu kaunselor di
dalam menyelami isu atau konflik yang dihadapi oleh klien dalam mewujudkan peluang kepada klien
mencipta ruang yang membolehkannya meluahkan diri dalam spektrum ekspresi yang luas.

Bagi membantu serta merealisasikan tujuan tersebut, Pusat Kaunseling dengan kerjasama Persatuan
Kaunseling dan Psikologi dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial telah
menganjurkan program ‘Counselling Intervention Through Projective Drawing’ khusus kepada kaunselor
dan pelajar bagi memperolehi input yang terbaik bagi memulakan kehidupan yang lebih baik dengan
suasana kondusif di universiti dan secara tidak langsung menghasilkan kecemerlangan hidup dalam
bidang akademik dan aktiviti sehingga membentuk sahsiah dan personaliti yang berkualiti.

Objektif program ini adalah untuk memberikan pengetahuan baru mengenai seni lukisan dan
mewarna yang secara tidak langsung dapat mengetahui emosi klien ketika menjalani sesi kaunseling,
di samping dapat mengembangkan Art Therapy kepada kaunselor dan pelajar. Program ini telah
berjaya mencapai sasaran kepada peserta yang terdiri daripada kaunselor dan pelajar Universiti Utara
Malaysia serta dari seluruh universiti-universiti di Malaysia.

Hasil dari penilaian dan maklum balas mengenai program ini, peserta amat berpuas hati dan ingin
menjalankan program sebegini lagi pada masa akan datang. Peserta memperoleh pelbagai ilmu
mengenai seni dalam sesi kaunseling dan mempelajari pelbagai teknik untuk kaunselor memimpin sesi
secara Art Therapy.

Jelaslah, program sebegini amat bermanfaat kepada kaunselor dan pelajar untuk mengetahui dengan
lebih mendalam seni yang ada semasa menjalankan sesi kaunseling. Walaupun terapi seni masih asing
di Malaysia, hasil program sebegini mampu mengembangkan lagi dan membuka minda orang ramai
untuk mengetahui terapi seni dalam sesi kaunseling.

3

OKTOBER 24/2021

MISI KESUKARELAWAN
KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR

DI BALING

Seramai 68 peserta dalam kalangan staf dan membersihkan rumah mangsa-mangsa yang
pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat. Di samping itu juga mangsa-mangsa
telah terlibat dalam misi kemanusiaan mangsa yang terbabit juga telah diberikan sesi intervensi
banjir di daerah Baling baharu-baharu ini. Misi krisis dan trauma bagi membantu mereka yang
yang diketuai oleh Encik Mohd Khairone Bin mengalami kecemasan psikologi untuk kembali ke
Md.Khatidin, Kaunselor Kanan di Pusat Kaunseling tahap fungsi penyesuaian dan mencegah atau
UUM telah menghulurkan bantuan di beberapa mengurangkan kesan negatif trauma psikologi
kampong di sekitar Daerah Baling termasuklah yang dialami oleh mereka.
kampong Padang Cicar, Kampung Bendang
Sera,Kampung Lubuk Pedati dan lain-lain lagi. Kejadian yang berlaku beberapa minggu yang
lalu di mana hujan lebat yang berterusan melebih
Program anjuran Pusat Kaunseling UUM ini lapan jam pada awal pagi telah menyebabkan
adalah bertujuan bagi memberi bantuan beberapa kawasan di daerah Baling dilanda
kepada mangsa banjir yang terkesan di kawasan banjir buat kali ketiga dalam tempoh seminggu.
terbabit. Di samping itu juga ia merupakan salah Ini telah menyebabkan berlaku limpahan air
satu program khidmat masyarakat UUM kepada Sungai Ketil ke kediaman penduduk sekitar
masyarakat luar selaras dengan usaha universiti yang memaksa seramai 350 penduduk yang
untuk merakyatkan universiti dengan masyarakat terjejas telah dipindahkan ke beberapa buah
sekitar. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan
terbabit.
Menurut Mohd.Khairone di antara bentuk
bantuan yang diberikan adalah berupa bantuan
makanan dan barangan keperluan serta operasi

4

OKTOBER 24/2021

TIGA STAF PAHAT
KENANGAN
HYE HYE BYE BYE

Bekerja dengan menerapkan nilai-nilai murni,
etika kerja yang betul dan sikap positif telah
dipraktikkan tiga Pembantu Tadbir Perkeranian/
Operasi (P/O) yang berkhidmat di UUM Student
Excellence and Leadership Center (UUM SELECT)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar walaupun dalam
tempoh yang singkat

Jamilah Ibrahim, Shamsiah Mohd. Shariff dan Siti Dalam pada itu, Siti Mariam hampir 11 tahun
Mariam Abd. Hamid yang ditemui dalam sesi "Hye berkhidmat di UUM turut berkongsi kenangan
Hye Bye Bye" di Pejabat Pengarah UUMSELECT berkhidmat selama tiga bulan di SELECT.
menzahirkan ucapan terima kasih kepada
warga kerja SELECT khususnya dan JHEP amnya Katanya, "Seronok dapat kenal dengan
kerana memudahkan urusan mereka dalam staf di samping dapat tahu dengan lebih
melaksanakan operasi harian SELECT. terperinci tentang fungsi dan peranan
SELECT yang berusia hampir dua tahun"
Menurut Jamilah yang berkhidmat di UUM Senada itu, Pemangku Pengarah SELECT,
lebih 33 tahun, "Saya bersara wajib di Pusat Muhammad Hafiz Badarulzaman merakamkan
Tanggungjawab terakhir UUMSELECT Jabatan Hal setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak
Ehwal Pelajar ". Pengurusan JHEP yang telah menempatkan
ketiga- tiga staf tersebut membantu tadbir urus
Katanya, "Hanya setahun di SELECT namun terlalu SELECT meskipun tempoh hanya sementara
banyak kenangan dan pengalaman diperolehi, namun segala ilmu, budi dan bakti mereka
sukar dilupakan antaranya kerjasama di antara kepada SELECT memberi impak yang berkesan
staf memberi pencapaian yang membanggakan,
kerja sebagai suatu ibadah". Sesi tersebut secara tidak langsung memberi
peringatan bahawa pertemuan dan perpisahan
Sementara itu, Shamsiah yang dipinjamkan pasti berlaku kepada kita sama ada bersara,
untuk berkhidmat di SELECT berkata, "SYUKUR, meletakkan jawatan atau dijemput Illahi lebih
pengalaman sepanjang dua bulan di sini menjadi awal. Walau apa jua ketentuan bakal terjadi,
kenangan abadi, dapat Pengarah, Timbalan abadikan kenangan yang indah dalam
Pengarah dan Penolong Pegawai Tadbir yang perkhidmatan supaya ilmu yang ditinggalkan
baik, rakan sekerja di Pusat Pembangunan boleh dimanfaatkan bersama.
Mahasiswa Holistik dan bahagian Pentadbiran
JHEP yang baik dan banyak membantu"

"Walaupun saya sudah 30 tahun bekerja di UUM,
namun saya belajar banyak ilmu dan bakat baru
dalam persekitaran tempat kerja yang selesa di
SELECT", tambah beliau lagi.

5

OKTOBER 24/2021

Tahniah Di Atas Kejayaan
Di Dalam Anugerah Tokoh Siswa 2020

Anjuran
Kementerian Pengajian Tinggi

Anugerah Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Individu - Nirosh Vathumalai (247151)

Kumpulan - Beta Gamma Sigma (BGS) UUM Chapter
Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar
Roslaili Ahmad Raszi @ Ismail (252638)

Anugerah Kepimpinan Sukarelawan (Alam Sekitar)
Beh Zeng Kang (246101)

Anugerah Badan Majlis Perwakilan Pelajar Terbaik
Majlis Perwakilan Pelajar UUM

Anugerah Fakulti/Persatuan/Kelab Terbaik
Persatuan Inovasi Mahasiswa (INOVASI)

6

OKTOBER 24/2021
7

OKTOBER 24/2021
8

OKTOBER 24/2021
9

OKTOBER 24/2021
10

OKTOBER 24/2021

AKAN DATANG

11

OKTOBER 24/2021
12

OKTOBER 24/2021
13

OKTOBER 24/2021
14

OKTOBER 24/2021
15

OKTOBER 24/2021
16


Click to View FlipBook Version