Nc Saran MPPUUM
Dekati Pelajar-
Pelajar muka surat 2
Pertandingan Debat
Inter Asasi 2022
muka surat 3
BGS
Roadshow
2022
muka surat 5
UUM CDC-AIA muka surat 6 Huzaidy Hj. Hussain
Pengarah
Jalin Peluang Road to JHEP Baharu
Kerjaya Final dan
E-mentoring muka surat 7
muka surat 4
APRIL NC SARAN MPPUUM DEKATI
46/2022
PELAJAR-PELAJAR
Naib Canselor, Yang Berbahagia Prof Dr.Haim
Hilman Bin Abdullah telah menghadiri Majlis
Ramah Mesra Dan Majlis Berbuka Puasa
bersama-sama dengan Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) di Hotel EDC
UUM selasa lalu.
Seramai 41 orang ahli MPPUUM telah hadir di
dalam majlis tersebut serta beberapa pegawai
kanan universiti. Di antara yang hadir adalah
Yang Berusaha Prof.Dr.Ahmad Martadha Bin
Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar Dan Alumni, Yang Berusaha Dr.Kamarul
Azman Bin Khamis, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan
Encik Huzaidy Bin Hj Hussain, Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Pelajar.serta pegawai-pegawai dan
kakitangan di Bahagian Pembangunan Pelajar
HEPA (B2P).
Di dalam majlis tersebut Prof Haim memberi saranan kepada ahli MPPUUM supaya sentiasa berintegriti
dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang lain dengan mendekatkan diri dengan mereka. Sebagai
seorang wakil pelajar MPPUUM perlu peka dengan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar yang lain serta mencari jalan untuk mengatasinya dengan tidak mengira latar belakang agama
dan bangsa.
Ujar beliau lagi, pendekatan yang diambil oleh Nelson Mandela Mantan Presiden Afrika Selatan perlu
dicontohi. Ahli MPPUUM perlu menjadikan ikhtibar dengan langkah yang diambil oleh beliau dengan
tidak berdendam di antara satu sama lain walaupun beliau pernah dipenjara selama 27 tahun akibat
daripada dasar anti-apartheid beliau.
Di dalam majlis tersebut juga, Prof.Dr.Haim telah menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada
beliau dan semua ahli MPPUUM amat berpuashati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Prof.
Program tersebut telah diakhiri dengan majlis berbuka puasa Prof. Dr.Haim bersama dengan MPPUUM
dan tetamu yang hadir serta solat maghrib berjemaah.
2
Pertandingan Debat Inter Asasi 2022 APRIL
46/2022
Dunia masa kini mendorong para graduan Yang Berusaha Profesor Dr. Abdull Sukor Shaari,
mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah seluruh warga pengurusan dan para pelajar yang
yang lengkap dan holistik, selain kecemerlangan telah memberikan suntikan semangat kepada
akademik. Kemahiran berdebat dan berpidato semua peserta. Syabas dan Tahniah.
merupakan antara aktiviti terbaik yang boleh
digunakan sebagai medium mengasah kemahiran
insaniah para bakal graduan. Bagi memberi
penekanan terhadap aspek kemahiran insaniah
dan memperkasakan personaliti bakal mahasiswa
dan mahasiswi, Pusat Asasi Pengurusan Universiti
Utara Malaysia telah menyertai Pertandingan
Debat yang telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya (UM) bersama Majlis Dekan/
Pengarah Asasi Universiti Awam.
Pertandingan debat ini telah dianjurkan oleh
Puat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) bersama
Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam.
Pertandingan tersebut ini telah berlangsung
secara dalam talian dengan siaran langsung
menggunakan platform Youtube dan SteamYard.
Tujuan utama pertandingan tersebut ialah ini
dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan
di antara Pusat Asasi seluruh negara , selain
memantapkan kemahiran berkomunikasi dalam
kalangan pelajar dan strategi bekerja dalam
kumpulan. Di samping itu ialah untuk melahirkan
pelajar berpengetahuan luas, membentuk ciri-ciri
kepimpinan dinamik dan berketerampilan tinggi.
Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 19
Mac 2022. Pendaftaran dan semakan penyertaan
telah berlangsung pada 18 Mac 2022 jam 8.30
malam.
Pusat Asasi Pengurusan UUM telah menghantar
seramai 10 orang wakil pelajar bagi menyertai
Pertandingan Debat Interasasi dalam dua
kategori utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Tahniah diucapkan kepada Pasukan
Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Inisiatif dan semangat yang ditonjolkan oleh para
pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
seharusnya dicontohi walaupun kejayaan tidak
berpihak kepada mereka. Tahniah diucapkan
kepada Saudara Muhammad Aiman bin Mohd
Zaid yang dinobatkan sebagai pendebat terbaik
Sidang Ketiga dan Saudara Muhamad Azim Siddiq
bin Mohd Nasir yang turut dinobatkan sebagai
Pendebat Terbaik keseluruhan Debat Bahasa
Melayu. Tahniah diucapkan kepada para peserta
yang telah menyertai Pertandingan Debat yang
sangat bermanfaat. Pasukan Pendebat Pusat Asasi
Pengurusan turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM,
3
APRIL
46/2022 UUM CDC-AIA
JALIN PELUANG KERJAYA
Career Development Centre ( CDC), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan AIA Public Takaful Bhd. menjalin
kerjasama bagi membuka peluang kerjaya kepada graduan UUM yang berminat menceburi dunia
pengurusan perniagaan.
Pengurus CDC, Shahrin Ahmad berkata, perbincangan yang diadakan sebagai platform permulaan
antara AIA dan UUM dari segi kerjaya pelajar yang boleh dimanfaatkan bersama.
Katanya lagi, antara agenda kerjasama yang ditekankan ialah bagi membimbing pelajar dari segi
pemasaran, promosi, pembinaan personaliti, komunikasi, latihan dalam asas insurans yang melibatkan
kewangan dan perkhidmatan.
Sementara itu, menurut Wealth Management Advisor AIA, Halimaton Saadiah, "Permulaan yang baik
ke arah kerjasama kerjaya di antara kedua belah pihak diharapkan akan membuka peluang lebih luas
untuk pelajar menyertai Career Fair anjuran CDC nanti.
Jelas beliau, melalui pameran dan taklimat secara fizikal, pelajar akan lebih fokus dan faham mengenai
pelbagai peluang kerjaya yang akan ditawarkan oleh AIA.
Halimaton turut mengucapkan terima kasih kepada CDC UUM atas kerjasama dalam pameran
kerjaya AIA sempena Majlis Konvokesyen UUM baru- baru ini.
4
BGS Roadshow 2022 APRIL
46/2022
Beta Gamma Sigma (BGS) UUM Chapter telah berjaya menjalankan program tahunan mereka iaitu
BGS Roadshow pada 29 Mac 2022. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan
BGS kepada pelajar-pelajar College of Business (COB) khususnya serta pelajar Pengurusan Perniagaan
Antarabangsa (BIBM) di mana khusus mereka diakreditasi oleh Association to Advance Collegiate
Schools of Business (AACSB). Selain itu, dengan berlangsungnya program ini, ia menandakan BGS akan
memulakan BGS Recruitment Drive iaitu pengambilan ahli BGS member yang baru tidak lama lagi.
Ucapan khas kepada penceramah kami, Dr. Mazrah Binti Malik@Malek selaku Penyelaras BGS
UUM Chapter, En. Lingeshweren Vigneshwaran selaku BGS Kohort 2 yang kini merupakan Associate
Audit di KPMG dan juga Cik Nur Hidayah Binti Mohd Rizal iaitu Presiden BGS UUM Chapter 21/22
atas perkongsian bernas mereka tentang ilmu berguna tentang BGS kepada pelajar UUM.
Jutaan terima kasih kepada 389 peserta yang hadir dan membantu menjayakan BGS Roadshow 2022
secara maya. Terima kasih atas sokongan dan nantikan acara kami yang akan datang!
5
APRIL
46/2022
Road to Final dan E-mentoring
Dalam kesibukan mengikuti sesi pembelajaran, di kediaman masing-masing. Sesi E-mentoring
persiapan mental dan fizikal sangat diperlukan dikendalikan oleh para mentor yang terdiri dalam
dalam usaha menjana kecemerlangan. kalangan pensyarah yang mengajar di Pusat
Persiapan dari aspek kerohanian merupakan Asasi Pengurusan. Setiap mentor menggunakan
usaha konsisten yang perlu dilakukan oleh sesi ini untuk bertanya khabar dan berkongsi
semua pelajar. Selain daripada itu, para pelajar panduan serta tips bagi menghadapi Peperiksaan
memerlukan sokongan moral daripada mentor Akhir Semester Kedua. Sesi perkongsian dari hati
mereka apabila berhadapan dengan bebanan ke hati ini telah sedikit sebanyak membantu
tugasan dan kuiz serta peperiksaan akhir yang mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar
semakin hampir. Di atas kesedaran mengenai yang sibuk menyiapkan tugasan dan sedang
kepentingan persiapan kerohanian dan moral, membuat persiapan menduduki peperiksaan
Pusat Asasi Pengurusan bersama Biro Akademik akhir yang akan diadakan pada 17 April 2022
serta Biro Kerohanian Persatuan Pelajar Asasi hingga 23 April 2022.
Pengurusan Sesi 2021/2022 telah menganjurkan
program “Road to Final dan E-mentoring”. Program tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya
Program santai tersebut telah diadakan pada 30 Dr. Mohamed Ali bin Haniffa, Timbalan Pengarah
Mac 2022, jam 12.30 tengahari melalui platform I, Puan Nur Shazwani binti Shariffudin, Timbalan
Webex dan dihadiri oleh seramai 181 orang Pengarah II, dan seluruh warga Pusat Asasi
pelajar program Asasi Pengurusan, Universiti Utara Pengurusan, Universiti Utara Malaysia. Ribuan
Malaysia. terima kasih diucapkan kepada para mentor dan
mentee yang sudi meluangkan masa berkongsi
Program dimulakan dengan bacaan Surah Yassin matlamat bagi menjana kecemerlangan. Sesi
yang dipimpin oleh Saudara Ahmad Syazwan bin Mentor-mentee ini akan diteruskan lagi pada
Ahmad Rafidi selaku wakil pelajar Program Asasi Semester Ketiga yang akan bermula pada 8 Mei
Pengurusan. Seterusnya, Solat Hajat diadakan 2022.
6
APRIL
46/2022
HUZAIDY HJ. HUSSAIN PENGARAH
JHEP BAHARU
Pengurus Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Huzaidy Bin Hj.Hussain,
59, telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang baharu mulai 12 April untuk
menggantikan Encik Noor Azman Bin Yusof yang bersara wajib pada 1 April yang lalu.
Anak kelahiran Sungai Petani Kedah itu telah memulakan perkhidmatan di dalam sektor awam selama
lebih 37 tahun di mana 23 tahun perkhidmatan beliau adalah di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Beliau memulakan kerjayanya di UUM pada 1 Disember 1999 sebagai seorang Pegawai Kebudayaan
di mana beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Pusat Budaya Dan Seni selama 20 tahun, Ketua
Penolong Pengarah di Bahagian Pengurusan Korporat HEPA selama 2 tahun dan Pengurus Bahagian
Pembangunan Pelajar selama 3 bulan. Beliau juga merupakan insan yang bertanggungjawab ke atas
pembangunan Pusat Budaya Dan Seni yang bermula dari kosong sehingga dinaikkan taraf sebagai
sebuah Pusat kini.
Huzaidy Hussain menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ibrahim, Sungai Petani, Sekolah
Menengah Ibrahim, Sg Petani dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia
dalam bidang Sejarah dan Sains Politik serta Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan dari Universiti
Utara Malaysia.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha Agung Majlis Varsiti IMT-GT, Setiausaha
Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Exco Majlis Kebudayaan Negeri Kedah,
Juri bagi Festival Filem Malaysia 2016 dan 2018 di samping berbagai-bagai jawatan lagi di dalam
beberapa organisasi serta NGO di peringkat negeri dan kebangsaan.
Di atas kecemerlangan tersebut, beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh MAKUM pada tahun 2010
dan 2018 serta pernah menerima anugerah Bintang Perkhidmatan Cemerlang Negeri Kedah (BCK) dari
Duli Yang Mulia Sultan Kedah pada tahun 2010.
Pelantikan beliau ini telah memecahkan tradisi yang diamalkan
oleh pihak pengurusan universiti sebelum ini di mana pelantikan
Pengarah JHEP lazimnya adalah terdiri dalam kalangan
Pensyarah ataupun Pegawai Tadbir Universiti.
Tahniah dan Selamat Bertugas Encik Huzaidy Hussain!
7
APRIL
46/2022
8
APRIL
46/2022
9
APRIL
46/2022
10
APRIL
46/2022
11
MAC
46/2022
12