UNGGUL, MESRA, DEDIKASI GOTONG-ROYONG
MASJID PUPUK
LEAD 2022, UUM ANGKAT SEMANGAT
NILAI KEMANUSIAAN
MELALUI PELAKSANAAN PERPADUAN DAN
PROGRAM CSR BERTARAF TOLERANSI TINGGI
ANTARABANGSA
PELAJAR UUM
MAYBANK KOMITED 152 atlet UUM ke
BANTU PENGURUSAN sukum Kali Ke-44
KEWANGAN STAF HEPA
TEAM BUILDING ‘FOOD FOR ALL’
MANTAPKAN HUBUNGAN USAHA MURNI
INTERAKSI DAN SUKARELAWAN
MOTIVASI
PEMBANTU OPERASI & UUM BANTU
AWAM HEPA GELANDANGAN
PHUKET, THAILAND
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
HEPA POST
BIL. 68:37/2022 | 15 SEPTEMBER 2022
LEAD 2022, UUM ANGKAT NILAI KEMANUSIAAN
MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM CSR BERTARAF
ANTARABANGSA
Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya melahirkan pelajar berkemahiran dalam pengurusan program
antarabangsa selari dengan slogan “Universiti Pengurusan Terkemuka”. Penganjuran ASEAN Leadership
Dialogue (LEAD) 2022 di Thailand oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM baru-baru ini misalnya telah
berjaya mengasah bakat kepimpinan dan mewujudkan sebuah arena yang menekankan aspek wacana
intelektual, kesukarelawanan, kesedaran alam sekitar dan memperkasakan pemikiran kritikal dalam
kalangan belia bagi setiap universiti di Asia Tenggara yang turut serta.
Antara pengisian aktiviti yang bernaung di bawah payung LEAD 2022 adalah Prince of Songkla University
iaitu Benchmarking Visit, The Great World Icon: ASEAN Round Table Discussion, Food For All: Hang Up On
Hunger, Go Green AdvenTour: Earth, We Heard You, Thailand Edu-Tour: Towards A Global Social Leap dan
Projek Komuniti Serantau: Misi Jalinan Kasih. Program ini juga menawarkan 25 aktiviti yang menarik yang
meliputi 5 kempen kesedaran iaitu Global Social Leap Campaign, ASEAN Community Engagement, Green
Hero Sustainable Campaign, Food Dietary Speaker’s Corner, dan Hygiene Health Awareness Campaign.
Pengarah program, Muhammad Azri Mizra Menurut Azri, penganjuran LEAD 2022 pada kali ini
menjelaskan bahawa penganjuran program ini juga dilihat memberi impak yang positif kepada
adalah merupakan kesinambungan daripada pihak UUM kerana ianya dapat dijayakan dengan
LEAD 2021 yang telah dijalankan secara atas talian penglibatan oleh badan-dan kerajaan dan NGO
sepenuhnya akibat daripada COVID-19. Namun serta pelajar-pelajar diperingkat antarabangsa.
fokus utama aktiviti yang dijalankan pada ketika Malahan program ini juga selari dengan Sustainable
itu adalah berkaitan aspek keusahawanan dan Development Goals (SDG) yang dituntut oleh
pendigitalan. Pada penganjuran kali ini pula, LEAD Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana
2022 telah berjaya meraih perhatian lebih 1,100 LEAD 2022 telah berjaya mencapai 12 daripada
orang peserta daripada pelbagai buah negara 17 SDG secara keseluruhannya seperti No Poverty,
Asia Tenggara. Zero Hunger, Quality Education, Climate Action dan
banyak lagi.
Tambah Azri lagi, “Beyond Transformative
Innovations in Community Integration and Green Kesepakatan bersama antara Prince of Songkla
Conservation adalah merupakan tema utama University, ASEAN University Network, Kementerian
yang diketengahkan pada LEAD 2022 kali ini Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi
dengan menunjukkan dimensi utama program Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM serta
iaitu penekanan terhadap aktiviti mesra alam serta badan NGO iaitu Absolute Malaysia adalah antara
kemasyarakatan dan kesukarelawanan”. rakan koloborasi yang telah komited menjayakan
program LEAD 2022. Selain itu, kerjasama rakan
Program ini juga telah turut dihadiri oleh Profesor strategik dari pihak Thailand seperti Phuket
Dr. Haim Hilman Abdullah (Naib Canselor UUM), Provincial Governor’s Office, Royale Thai Police,
Dr. Panida Sukseemuang (Timbalan Presiden Patong Municipality, Phuket Reporter’s Association,
Pembangunan Pelajar PSU), Chalermsak Maneesri Patong Hospital (Village Health Volunteer), Patong
(Datuk Bandar Wilayah Phuket), Thammanoon Government Community, Tak Province, Life Guard
Sombat (Pegawai Kerajaan Patong Government of Patong Municipality, Southern Thailand Elephant
Community), serta beberapa pegawai-pegawai Hospital, Nurul Huda Mosque, Dh Thanat Khoman
negeri dan ahli NGO sekitar wilayah Thailand. ASEAN Studies Centre, Khunying Long Learning
Resources Centre, Mangrove DRE.TH., Krabi Elephant
Penganjuran LEAD 2022 telah berjaya meraih tajaan Conservation Section dan Prince of Songkla University
daripada beberapa buah syarikat korporat dan Student Union telah membantu melancarkan setiap
juga sumbangan daripada orang awam berjumlah program yang dirancang oleh LEAD 2022.
lebih RM 26,000.00 dalam bentuk kewangan dan
material seperti telekung, sejadah, Buku Yassin dan
Al-Quran, tasbih serta barangan keperluan harian.
SEPTEMBER |68/2022 2
MAYBANK KOMITED BANTU
PENGURUSAN KEWANGAN STAF HEPA
Baharu-baharu ini, Unit Komunikasi dan Latihan, Bahagian
Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah
menganjurkan Program Pengurusan Kewangan Berkesan Dalam
Era Baharu yang telah diadakan di Dewan Seminar Pusat Islam.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada staf Jabatan Hal
Ehwal Pelajar telah menghadiri program tersebut.
Pada sesi pertemuan bersama staf HEPA, Puan Rafiza Binti Mohd
Radzi, Pengurus Maybank Changlun bersama 7 orang staf
pemasaran yang datang dari pelbagai cawangan Maybank
Utara telah berkesempatan memberi pendedahan tentang pengurusan kewangan di era baharu
berlandaskan pendekatan sistematik Maybank kepada staf HEP.
Antara lain kaedah yang disampaikan adalah pemahaman terhadap konsep-konsep yang dapat
membantu pengguna untuk lebih bijak merancang kewangan secara digital dan pentingnya
pengurusan kewangan secara berhemat, terutama melibatkan simpanan jangka panjang dan cara
membina dana kecemasan yang strategic dan tidak membebankan.
Di samping itu, pihak Maybank juga telah memperkenalkan aplikasi
MAE iaitu teknologi digital yang telah lama diperkenalkan namun
masih belum diaplikasikan secara efektif penggunaannya dalam
kalangan masyarakat terutama penduduk tempatan dalam
negara. Sedangkan aplikasi tersebut telahpun popular digunakan
oleh pelajar asing mahupun penduduk di luar negara. Aplikasi ini
mampu menguruskan hal kewangan harian, termasuk menabung,
mengenal pasti perbelanjaan dan mempunyai kebolehan e-wallet. Selain itu aplikasi MAE tersebut
membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara QR dan tanpa menggunakan pembayaran
secara tunai.
Menurut Rafiza, ‘apa yang sangat menarik menerusi aplikasi yang diperkenalkan ini adalah pengetahuan
mengenai konsep-konsep penting digital kewangan dan dapat memperkasakan pengguna untuk
membuat keputusan kewangan secara lebih bijak, sistematik dan mudah dalam proses pengurusan
kewangan bersesuaian dengan konteks zaman era digital ketika ini”.
Menurut beliau lagi MAE adalah produk baharu yang ditawarkan kepada pelanggan. Pengkhususan
dan tumpuan warga Maybank kini adalah terhadap produk ini, bagi membolehkan pengguna
menikmati perbankan digital yang lebih menyeluruh. pengurusan kewangan boleh menjadikan
kehidupan seseorang bertambah baik dengan mempunyai lebih banyak kebebasan dan ketenangan
fikiran.
SEPTEMBER |68/2022 3
TEAM BUILDING MANTAPKAN HUBUNGAN
INTERAKSI DAN MOTIVASI
PEMBANTU OPERASI & AWAM HEPA
‘Team Building’ adalah aktiviti yang amat berkesan untuk sesebuah
organisasi terutama bagi memupuk budaya korporat yang efektif agar
pekerja lebih bermotivasi untuk datang bekerja, mempercayai antara
satu sama lain dan mudah untuk saling bekerjasama.
Bagi mewujudkan pasukan kerja yang cerdas ianya tidak terbatas
hanya menjurus kepada pengambilan pekerja yang cekap dan baik
semata-mata. Hubungan interpersonal yang baik antara kumpulan
subordinat perlu diperkasa agar proses gerak kerja menjadi lebih
teratur dan lebih bertanggungjawab
Dalam sesebuah organisasi misalnya, tidak kira sama ada pengurus atau staf bawahan perlu membina
perpaduan dan persefahaman bagi menjamin mutu perkhidmatan dan kerjasama yang baik sesama
mereka. Hal ini penting dengan mengasah kreadibiliti yang dinamik dan salah satu kaedahnya adalah
menerusi pembinaan pasukan kerja (team building) yang mantap dalam organisasi tersebut.
Menyedari kepentingan ini, Bahagian Pengurusan Korporat HEP telah mengambil inisiatif menganjurkan
kursus ‘Team Building’ selama sehari bertempat di Pantai Merdeka, Kedah dengan melibatkan seramai
lebih 40 kakitangan pekerja Am (PA) dan Pekerja Rendah Am (PRA).
Program ‘Team Building’ ini diserapkan dengan kaedah aktiviti-aktiviti seperti ‘games’ yang membina
kesepaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka serta penerapan Corporate Social Responsibility
(CSR) yang dijalankan sebagai pengisian pada sepanjang sesi program berlangsung.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga telah menghidupkan suasana yang menyeronokkan kepada para
peserta dengan suasana persekitaran yang baru bagi mereka. Secara tidak langsung aktiviti seperti
ini juga telah dapat mewujudkan kesefahaman dan dapat memberi kefahaman tentang pentingnya
komunikasi interpersonal dalam diri para peserta.
SEPTEMBER |68/2022 4
GOTONG-ROYONG MASJID
PUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DAN TOLERANSI
TINGGI PELAJAR UUM
Baru-baru ini, mahasiswa Universiti Utara Malaysia dibersihkan oleh sukarelawan daripada pelajar
(UUM) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan UUM. Semoga usaha murni mereka diberkati Allah
Pelajar (MPP) serta beberapa sukarelawan UUM SWT”.
yang lain telah menyerahkan sumbangan bernilai
lebih 30,000 Baht kepada Masjid Nurul Huda, Krabi, Antara lain, kumpulan sukarelawan MPP, UUM
Thailand. tersebut juga turut meluangkan masa untuk
menunaikan solat Maghrib secara berjemaah
Nazatul Amira Sa’ban selaku Timbalan Naib bersama masyarakat di masjid tersebut.
Yang Dipertua II (Kebajikan) MPP UUM berkata, “Sesungguhnya pengalaman tersebut telah
“sumbangan yang diberikan kepada masjid memberi pengalaman baru kepada pelajar-
tersebut tidak hanya terhad kepada bantuan pelajar Islam yang menyertai program ini disamping
berbentuk wang semata-mata malah melibatkan dapat merasai bagaimana suasana menjalani
barangan keperluan aktiviti ibadah masjid seperti ibadah dan bersama dengan masyarakat Islam di
sumbangan 50 unit telekung, sejadah, bahan luar negara” tambah Amira lagi.
bacaan Al-Quran dan Yassin serta barangan dapur
turut telah kami kumpulkan dan sumbangkan Peluang yang dicipta oleh MPP UUM ini dapat sedikit
kepada pihak masjid tersebut”. sebanyak memupuk semangat perpaduan dan
sikap toleransi yang tinggi merentasi sempadan
“Apa yang lagi menarik adalah kami juga telah memandangkan sukarelawan UUM yang terlibat
diberi layanan dengan sangat baik oleh komuniti juga terdiri daripada pelajar berbilang bangsa
sekitar masjid kerana mereka tidak menyangka seperti pelajar daripada kaum India dan Cina.
sumbangan tenaga seperti bergotong-royong
membersihkan masjid yang dijalankan oleh
kumpulan kami telah turut disertai dengan
pelbagai sumbangan yang tidak disangka-
sangka oleh pihak masjid tersebut” katanya.
Encik Chollapat HgaPa selaku pengurus
masjid telah menzahirkan rasa syukur dengan
kedatangan sukarelawan pelajar UUM dan
bantuan yang telah diberikan hasil kerjasama
dengan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia
iaitu Absolute Malaysia.
Beliau berkata “Walaupun masjid ini adalah
sebuah masjid yang uzur pada awalnya, namun ia
kelihatan begitu cantik dan menarik apabila telah
SEPTEMBER |68/2022 5
152 atlet UUM ke sukum Kali Ke-44
Seramai 152 atlet Universiti Utara Malaysia akan mewakili kontinjen UUM sempena Sukan Universiti
Awam Malaysia (SUKUM) Kali Ke-44, di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. SUKUM pada kali ini
dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 24 September ini. Pada temasya sukan tersebut, kontinjen
UUM bakal memberi saingan dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan.
Antara acara yang bakal disertai adalah acara badminton, bola jaring, catur, damak (dart), ‘footgolf’,
hoki, golf, memanah, futsal dan sepak takraw. Walau bagaimanapun, terdapat 17 acara sukan yang
akan dipertandingkan melibatkan lebih 22 buah IPTA dari seluruh negara.
Satu Majlis Amanat Kontinjen UUM ke SUKUM 2022 telah disempurnakan oleh Pendaftar, Rasidi Abdullah
selaku Ketua Kontinjen di Stadium UUM, baru-baru ini sebagai tanda sokongan kepada semua wakil
UUM.
Pada sesi tersebut, Rasidi telah menyampaikan amanat serta menyerahkan baju kontinjen kepada
atlet dan pegawai terlibat. Beliau juga sempat memberikan amanat agar semua atlit UUM yang
mengambil bahagian berjuang dengan penuh semangat kesukanan dalam membawa nama UUM
di SUKUM nanti.
SUKUM kali ini yang diwakili oleh kontinjen UUM menyasarkan 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 11
pingat gangsa selepas mengambil kira rekod pencapaian kejohanan yang lalu.
UUM meletakkan sukan futsal dan catur sebagai sandaran utama kontinjen untuk 2 pingat emas
berdasarkan rekod pencapaian cemerlang atlet dalam beberapa siri kejohanan yang disertai sebelum
ini.
SEPTEMBER |68/2022 6
‘FOOD FOR ALL’ USAHA MURNI SUKARELAWAN
UUM BANTU GELANDANGAN PHUKET, THAILAND
Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama
sukarelawan Prince of Songkla University (PSU) kampus Phuket,
Thailand telah berjaya mengagihkan pek makanan kepada
golongan gelandangan di Patong, Phuket, Thailand. Usaha ini
juga telah mendapat perhatian dan dibantu oleh Datuk Bandar
Wilayah Phuket iaitu Chalermsak Maneesri.
Program ini juga telah berjaya melibatkan beberapa agensi
kerajaan dan badan NGO yang lain seperti Phuket Provincial Governor’s Office, Royale Thai Police,
Patong Municipality, Phuket Reporters Association, Patong Hospital (Village Health Volunteer), Patong
Government Community, Tak Province dan Life Guard of Patong Municipality.
Nurul Izzah Rosman selaku Bendahari program ‘Food For All’ menyifatkan bahawa program
seumpama ini merupakan satu inisiatif produktif yang mampu menjana kesahsiaan diri para pelajar
dengan mendekatkan diri kepada usaha-usaha murni melibatkan kemasyarakatan serta nilai
kebertanggungjawaban yang tinggi dalam kalangan mereka.
Beliau turut menerangkan bahawa selain dari aktiviti memberikan makanan kepada para gelandangan
di sekitar Phuket, terdapat aktiviti sampingan yang telah diusahakan seperti pengedaran risalah dan
penganjuran speaker’s corner untuk menerapkan nilai kemasyarakatan dalam diri rakyat Thailand
yang kurang berkemampuan dan terbiar”.
Datuk Bandar Wilayah Phuket juga turut berterima kasih atas inisiatif
yang diambil oleh Sekretariat LEAD 2022 Majlis Perwakilan Pelajar UUM
dalam memastikan suara rakyat Thailand didengari oleh masyarakat
global. Beliau juga kagum dengan idea kreatif yang dijayakan oleh
sukarelawan UUM iaitu dengan mengedarkan risalah digital mengikut
trend terkini kerana lebih mesra alam dan selari dengan usaha Persatuan
Bangsa-bangsa Bersatu iaitu Sustainable Development Goals (SDG) 13:
Climate Action dan SDG 15: Life on Land.
Melalui program tanggungjawab sosial korporat ini, Izzah berkata ia sedikit sebanyak dapat membantu
golongan gelandangan serta memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang isu yang
berlaku di daerah Patong. Selain itu, inisitatif ini juga secara langsung mendukung aspirasi UUM dalam
menjalankan kolaborasi global demi memastikan kesejahteraan komuniti sejagat dengan penganjuran
misi kesukarelawanan untuk melahirkan graduan yang cemerlang akademik dan pengetahuan am.
SEPTEMBER |68/2022 7
BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PELAJAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
(MEMO DALAMAN)
Ruj. Fail Kami: UUM/HEP (SSSD)/ Z - 1 Tarikh: 11 September 2022
KEPADA :SEMUA DEKAN/TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR PUSAT
PENGAJIAN, PENGETUA INASIS DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
DARIPADA
TAJUK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
:BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PELAJAR, JABATAN HAL
EHWAL PELAJAR
:TARIKH PENGKREDITAN WANG PTPTN BAGI SEMESTER A221 DAN
A222
Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) peringkat dalaman telah bersetuju dengan tarikh pengkreditan wang PTPTN kepada
peminjam PTPTN bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma adalah pada Kelompok
Ke dua.
Tarikh pengkreditan wang PTPTN bagi Semester A221 adalah pada 07 Oktober 2022
manakala Semester A222 adalah pada 24 Mac 2023.
Mohon kerjasama pelajar agar dapat menggunakan saluran yang betul sekiranya terdapat
sebarang pertanyaan lanjut terus berhubung dengan Unit Biasiswa dan Penajaan, Bahagian
Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, HEP di talian 04-928 4083/4087/4085.
Sekian, terima kasih
Unit Biasiswa dan Penajaan
Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah |
Malaysia |
E-mel: [email protected]
SEPTEMBER |68/2022 88
SEPTEMBER |68/2022 9 99
Kata Inspirasi
‘Masa depan tergantung pada apa
yang kamu lakukan hari ini.’
10